expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 27 December 2014

Permainan Tradisional di PPCS'14

assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

dah 27 haribulan disember dah. x sangka betul tinggal beberapa hari aje sebelum masuknya tahun 2015. masih lagi setiap kali aku bangun pagi, aku mesti check wasep aku dan bace kerenah2 kawan-kawan dan rakan2 di astrofizik. tak ketinggalan juga dengan adik2 di penaakulan mantik. yeah.

esok hari sabtu. langit dekat sini dah berapa hari mendung aje sebab dah masuk musim hujan. hmmm. jadi memang bintang2 langsung x kelihatan.takpelah. bak kata abg aimran, bintang tuh tetap ade dekat situ. sama macam bulan. jangan lah kita risau. selagi x kiamat, selagi tuh lah ianya masih ada.

aku masih teringat lagi moment kitaorang ramai2 tengok bulan dengan bintang melalui teleskop dekat balai cerap abang afiq. *balai cerap abg afiq selalu duduk tuh. wuuuuuu. sebenarnya, AF 1 yang dipanggil untuk tgk dulu sebelum AF 2. jadi, yang paling dramatiknya, tengah2 sibuk kitaorang buat mind map, ckgu suruh keluar dari makmal. mula2 semua malas. aku ingat lagi, x silapnya Alia ada kata "alaa cikgu. tunggulah. sikit je lagi mind map ni nak siap dah. *eh? mind map ke journal ha??"

terus je cikgu Nisah kata "baik kamu cepat. kalau tak awan tutup bulan dengan bintang-bintang tuh rugi kamu." terus kitaorang teringat kata-kata abg wan langkawi, langit malam ni macam dengki sikit kadang2 dengan teleskop tuh. asal bukak je teleskop, awan pun datang. asal bukak je teleskop, awan pun datang. asal awan datang je, teleskop pun dipasang. huhuhu. kitaorang pun ape lagi, lari marathon lah jawabnya ke balai cerap. mau x semput naik ke tingkat atas tuh. termengah2 nak kejar tengok langit malam. sebelum malam kelmarin sebelum tuh kitaorang naik balai cerap. tapi x nampak ape2. sayang gile.

nampak tak abang afiq sebelah tiang pemegang teleskop? haa. abg afiq kalau nak gune teleskop tuh x payah panjat tangga dah. muahahaha 

apapun. itu merupakan salah satu pengalaman terbaik aku kat ppcs. walaupun agak gayat sikit nak naik tangga tuh, aku tetap naik jugak sebab aku nak tengok sendiri dengan mata aku. kitaorang nampak nebula tau malam tuh. jangan main2.

paling kitaorang terkejut, malam tuh kitaorang nampak lunar halo. eh? ape pulak lunar halo ni? lunar halo ni lebih kurang macam pelangi berbentuk bulat keliling bulan.sebenarnya halo ni wujud kerana terdapatnya pembiasan cahaya. dan dalam kes pembentukan halo, halo terhasil daripada jumlah ais kristal dalam awan. *kalau tak silap lah. kalau nak lebih detail boleh lah anda tanya pakcik google ye.

untungkan kitaorang? pagi tuh belajar pasal lunar halo dan malam tuh terus nampak. memang rezeki lah orang katakan.

ape pun. beralih pula kepada permainan tradisional, eh? rasenye entry ni tajuk dia memang permainan tradisional. kenapa pulak aku pegi cerita pasal teleskop? O.o hahaha. tak kisah lah.

okey. hari sabtu tuh minggu pertama tuh kami semua ada aktiviti permainan tradisional. boleh tahan game2 dia mencabar. paling aku rasa yang ramai tak dengar ialah game sabung ayam. apo bondo eh tuh? haa. game tuh sebenarnya kene gune satu kaki je. satu kaki lagi pegang and lepastuh cuba jatuh kan lawan. haa. kumpulan AF 2 lawan dengan budak2 greentech dua kalah wei. serius penat laga lama2. ikutkan hati nak aje rempuh. tapi apakan daya, ini bukan perlawanan gusti.

bergerak ke station lepas tuh, main lambung2 penutup botol tuh. *apatah nama dia. aku pun dah lupa. SOMEBODY TOLONG INGATKAN PLISSSS! hahaha. ade sorang dalam grup tuh *aku pun dah lupa. eh? asal aku cepat lupa ni? kalau kitaorang biar aje dia yang lambung penutup botol tuh, sampai ke sudah dia aje lah yang main. kahkahkahkah

wei. sumpah ngantuk sekarang. hahaha.

lepastuh macam2 lagi lah permainan tradisional yang kitaorang main. sepak takraw lah, ketingting lah, galah panjang lah, lompat getah lah. congkak tak sempat pulak nak main. gasing pun ada tau...

kalau time sepak takraw tuh xpayah cakap lah. sikit2 terkena orang lain. kalau budak2 lelaki selamba gila main dalam hujan. aku pun tak faham dengan happynye muke masing2 boleh bermain dalam hujan. sungguh bahagia ku lihat muke mereka ketika itu. hahaha

sebenarnya tak ada benda sangat nak cerita time permainan tradisional ni sebab masing2 x kenal satu sama lain lagi. ape pun, malam tuh rasanya kitaorang tengok movie. mengecewakan perasaan jiwa raga je bile movie tuh tengok sekerat lepastuh dah kena masuk tido. hahaha.

weih. boring kan entry harini? =( hhmm. sorry lah. sebab aku tulis entry ikut perjalanan dalam diary aku. in shaa Allah akan datang aku buat yang lagi best yaa. sekian dulu. selamat malam..

1 comment: