alhamdulillah. pagi tadi dapat jugak aku tukar font blog ni dan cantikkan sikit. *cantik ke? entah lah. tapi lepas tuh tak sempat nak tulis entry dah kene keluar. mama kata nak belajar bawak kereta sampai rumah makngah. pening wei! inilah jadi bila ade kereta pun nak naik motor. aku kalau hujan x kisah. janji naik motor.
well. semalam ade lah komplen yang aku terlupa beberapa kisah dalam "apa nak bawak kalau pergi ke marikh?" well. kumpulan irsyad rupanya yang cakap suruh bawak poket doraemon 4 dimensi. baru ku tau. hahaha. sorry lah. aku ingat kumpulan aku punye je dengan cangkul,gambar abang daim dan syahila. heee >_<
btw, malam semalam bile miss nisah join conversation kata kalsium boleh membuatkan orang mengantuk, aku rase aku tak normal agaknya. sebab time tuh dalam 11.30. aku baru lepas minum susu perisa strawberri. honestly tak ngantuk langsung! bak kata Tipah. minum susu berkotak2 tapi mengantuk pun tak. tinggi pun tak. *bila nak tinggi lagi? dah 2 tahun macamni aje haa. huhuhu.sedih lah sebab makin pendek dari orang lain. tapi, eh? semakin dekat muke ke tanah kan semakin lambat tua? ade jugak faedah ye jadi pendek. hehehe. *tapi janganlah sampai jadi cam suster ngesot. heeeee.
mesti ade yang tanye ape hal lah tajuk jadi camtuh? ingatkan ade benda yang rosak ke ape kan? takde benda lah. sebenarnya okay je. cuma dah xtau dah nak tulis apee kat sittuuuu. memang xtau sangat2. sorry tauu. haahahaha.
dalam diary aku, journey seterusnya ialah pada tarikh 13 disember 2014. well. hari tuh bertepatan dengan hari sukaneka sebenarnya.
haa. tengok ni. semua muke steady lagi tau walaupun penat. yelah. nampak kamera je senyum. nampak kamera je senyum. tau dah. muahahahah!
ape pun. pada hari itu, agak penat juga kerana jadual hariannya yang tersangat lah padat. ape je yang kitaorang buat hari tu? hmmm. pagi2 lagi kitaorang dah kene lawan dengan budak greentech. macam biase, AF 2 dgn greentech dualah. hehe.
okey. macammana nak start ni. hmmm. haa! macam2 game sebenarnya yang kitaorang main hari tu. tapi awal2 AF 2 dah dapat stesyen yang aku rase KBAT nya kuase 10. nak tau stesen ape? stesen pancing botol. *pancing botol? dengan macam pancing ikan dah. hahaha. memang ye pun. waktu mula2 tuh, aku nampak ade kat atas track, lidi kene ikat dengan benang dan hujungnya paku. lepastuh ade botol kaca banyak2 kat situ. punyelah mati-matian aku ingat aku orang last time akak dgn abg RA yang jage situ suruh beratur, rupanya aku orang first. haa. macam2 cara aku tgk dorang cuba. aku pulak tak habis2 cuba masukkan paku tuh dalam botol kaca and cuba angkat. ceh! tak jadi jugak.
ah sudah lah cerita pasal pancing botol. *frust senarnya sebab haritu, kumpulan aku benang yang ikat botol tuh putus. hahaha. ade macam2 game lagi. paling aku rase x boleh blah haritu cari gule2 dalam tepung. tiup punye tiup. habis tudung! disebabkan hari itu, aku dah xboleh nak pakai dah tudung sarung warne hitam tuh. huhuhu. paling xtahan, mulut penuh dengan tepuk. wekkkkk. ayaq lioq tepung. jenuh lah kitaorang cuba buang tepung tuh dari mulut. wekkk. kesudahannya kalah dengan greentech dengan bilangan satu jee.. sedih.
lepas tuh ade game bola tampar kain. eh? ape pulak game bola tampar kain ni? haa. ramai2 pegang kain batik lepastuh cuba pas bola tuh dekat kumpulan lagi satu. mula2 lawan dengan budak2 perempuan greentech je. pakai bola tampar yang paling ringan kat dunia. lepas tuh pakai bola sepak pulak. adehhh..
tapi moment yang paling best rasenye bile lawan dengan budak2 lelaki. wah. memang mencabar betul sebab budak2 lelaki ni lambung belon isi air tuh tinggi2. buatnye jatuh atas kepala mau pecah basah terus. hahaha. memang lagi satu cuak gile bile main pas2 baling ke belakang belon isi air tuh. cuak gile. *tuh pasal agaknye ade abg tuh takut belon. hihihihi. hehehe. sebagai mana banyaknya sejarah kisah kuaci, begitula banyaknye sejarah kisah belon di PPCS 2014.
nak tau game ape lagi yang KBAT terlebih? haaa. game seterusnya, jeng3. apung kan jarum atas air. *eh? cane tuh? hahaha. beruntung lah sape yang kuku panjang tuh. *kalau korang nak tau, kebanyakan yang kuku panjang majoritinya kaum lelaki dan bukanlah kaum perempuan. -,-" ha apung kan. apung lagi. hahaha *perasan tak sebenarnya ini takde rupa sukaneka? hahahaha.
game kedua terakhir *ni yang aku rase paling teruk dalam sejarah. hahaha. game lari sambil pakai kain batik. malu giler. hahaha. dah lah tergesa2 kene pakai. lepas tuh lari2 terbukak pula ikatan kain batik tuh. adeeehhh. -,-" tapi series lawak tengok budak2 lelaki pakai kain batik. (ada gambar tak??? hello anybody. hahaha.)
last game kitaorang main tiup dan pecahkan belon jee. *sekali lagi beruntung lah orang kuku panjang. huhuhu. aku ni jugak yang last terkial2. ape pun. abaikan ajelahhh. hahahaha.
game tuh habis around pukul 10.balik2 je semua orang tido. atleast aku bangun jugak lah pukul 12 tengah hari tuh sebab pukul 2 ada latihan dekat auditorium. haa. yang budak2 perempuan AF floor bawah semua tido. dah dekat pukul 2 baru aku,intan,mira dengan dina serbu satu2. baru terbangun! *patutnya pergi pinjamkan jam loceng keramat kuasenye setara dengan loceng penggera kebakaran. hahaha. kesudahannya semua lambat. Alia lagi kesian sebab terkunci. Haziqah ingat semua dah keluar, jadi dia kunci je pintu. hahaha.
first time rsenye tengok budak2 lelaki merungut sebab budak2 perempuan lambat. hei. diaorang lambat sebab masalah teknikal. takpe2. entry lain aku hambat korang balik.korang pun ade gak episod lambatnya. muahaha. tapi aku tau, yang merungut ni sebabnya nak menari zapin. especially Alia kan. hahahaha *habis lah Alia. nama kau gak aku market. Tipahh pun.. nampak sangat ye ade yang tunggu beriya. hehehehe.
malam itu, malam tengok meteor shower sebenarnya. lepas isya terus aje kitaorang gi dekat dengan padang tuh. dah lah macamtuh, aku jalan dengan Hidayah MK pulak tuh. *nak jugak mention. rasenye dah merapu2 dah aku harini. hahaha. masing2 malam tuh semua diberi gelang glow in the dark. bila ku tanya dengan abg paan ape functionnya "senang nak cari kalau hilang." betul jugak. kalau dah dalam gelap ni. dah tak nampak muke dah. nampak gigi je putih itu pun kalau senyum. hehehe.
Malam tuh buruj orion yang paling senang cari. oh ye! lupa nak cakap. kitaorang bentang tikar malam tuh. lepas tuh baring tengok langit. best kan? tapi disebabkan langit x cerah sangat, jadi x semua bintang2 nampak jelas. ini semua disebabkan pencemaran cahaya. *aik? pencemaran cahaya? haa. budak2 astrofizik tau lah. kalau dulu kita selalu dengan pencemaran bunyi,air, dengan udara je kan? kitaorang belajar pencemaran cahaya sekali. hai.. kan bagus kalau ade tugasan geografi cari pasal pencemaran cahaya. xpayah lah budak2 SMKDE nak gi redah pasar haritu. *aik. melalut lagi. ape benda kau ni dayah? hahaha.
malam tuh x pasal2 semua orang piknik sekali. siap makan pizza bagai lagi. tuh tak masuk lagi perang berebut laser hebat daripada abang daim. asyik Afiq je yang main. geram pulak aku. hahaha. mintak2 tak dapat. sekali abang daim bagi, terus aku sorok. bersekongkol pulak dengan Audrey. hehehe.
nampak 8 je meteor shower tuh sebab meteor shower tuh laju sangat. nasib baik sempat nampak salah satu. mula2 je aku tengok orang beriya cari. lepas tuh ramai yang tido. tak tido pun makan. tak makan pun main game. kesudahannya aku bukak kedai kopi bersidang atas tikar tuh. hahahaha. forum tak bertauliah lah katakan.
kitaorang pun balik pukul 1 pagi. serius ngantuk gila time tuh. ahahaha. budak2 lelaki sempat lagi menyakat kak atiqah tuh. mentang2 lah abang wan takde. hehehe. sape eh ade sorang manusia tuh menyanyi kuat gile. *ingat kitaorang tak dengar ke? ha? tapi aku tak ingat sape manusia tuh. sob2. hahahaha.
sekian sahaja cerita saya yang memboringkan pada hari ini. esok rasenye saya akan ceritakan tentang lawatan ke Melaka pulak. nanti kan..
selamat malam.
PS: nanti saye letak gambar dalam entry lain lah. malam ni internet lembab. hahaha.
No comments:
Post a Comment