malam ni bergerak tulis entry awal sikit. biase dah pukul 10 baru terkial2 nak bukak komputer. haa. rase macam nak buat dua entry harini. satu untuk yang tersayang family member astrophysicist dan satu lagi untuk yang tersayang di SMK Darul Ehsan. :)
kenape? kenape dua entry? haa. sebab tepat pukul 12 malam ni dah mula tahun baru 2015. well. ikut kalender mataharilah. tapi kalau nak tau, bumi mengorbit matahari dengan mengambil masa 365 1/4 hari. itu lah sebabnya 4 tahun sekali ade tahun lompat. get it? haa. ini pun dah termasuk dalam segmen ilmu dah ni.
okey. 15 disember 2014. lawatan ke Melaka. yeay! keluar sekejap daripada Selangor. punye lah eksaited sebab dapat keluar. yelah. specialnya kitaorang sebab dapat keluar daripada selangor. course lain pergi dekat2 je. paling dekat di KL. so. kemana kitaorang pergi sebenarnya? kitaorang pergi ke kompleks falak al khawarizimi.
lebih kurang pukul 7, kitaorang dah ade kat dalam bas. maksudnya pada hari itu, julung2 kalinya kitaorang x sempat nak tertdo dalam surau lepas solat subuh. sebabnya, awal2 kitaorang dah lari pegi dewan makan. pukul 7 terus naik bas. paling aku terkezot tuh, sempat lagi mereka berwasep2 atas bas tuh. awal pagi aku tak tahu sangat apekah kerenah mereka sebab aku tertdo. *sorry lah ekk. tak dapat nak buat ape2. hahaha.
sampai aje dekat sane, semua dah eksaited ni. hahaha. tuh diaa. tapi ape pun, semua pegi makan dulu. makanan yang diaorang hidang untuk pagi tuh adalah mihun goreng. kesiannya. inilah detik apabila intan dibahan sekali lagi dengan toge.
ni lah jadinya kalau time makan pun nak berwasep. penuh gambar toge haa dalam fon aku. -,-" Baihaqi. terima kasih kerana meninggalkan sejarah yang amat berkesan dalam hidup intan dan dalam telefon aku. hahahaha.
after that, kitaorang ade taklimat sekejap. haa. best jugak lah. *bagi aku. time yang tak boleh blah tuh bila penceramah tuh cari mana abang RA kitaorang. muahahaha. RA dengan pelajar dah same dah. tuh lah. comel sangat sampai dah jadi geng kitaorang dah. hehehe.
kitaorang ade taklimat sampai lah tengah hari sebelum makan tengah hari dan solat berjemaah. terkejut aku time tuh Afiq jadi imam solat. *aku tak nampak. Alia yang kata sebab dengar suara macam suara Afiq. hahaha. yang bace iqamat rasenye orang lain. *Alia kata suara Azim. yeke? aku pun tak dapat pastikan kesahihannya. tapi Alia kan mama kitaorang. takkan dia tak kenal suara anak bongsu dia sendiri? ape pun, aku tabik ah dengan Afiq dan Azim. nampak je main2. tapi bab ibadah tak bawak main2 woo.. *bab ini je lah puji. yang lain.. urghhh. *banyak nak komplen ni. korang tunggu je laaa.
after that kitaorang terus naik balai cerap.
sebenarnya kan, daripada gambar ni je aku boleh hurai satu2 gelagat diaorang ni. hahaha. ade yang terpejam. kalau korang tengok betul2 Irsyad dah macam tertido kat situ. Sabri dah kenape kau pegang bahu Hakim? Hakim kau kesedihan ke ape? Sham, aku tau gambar kau mahal tapi jangan pandang kamera dengan pandangan membunuh macam tuh. Hafiz, kau dah kenape begitu? hahaha. abang wan duduk kat hujung sane teramat lah comel. Azim, kau memang mengada2 kan bukak spect? hahaha. aku dengan Alia tak ketinggalan terpejam sambil senyum menampakkan barisan gigi yang maksimum. Syahila tetiba je jadi macam perempuan melayu terakhir control ayu kat situ. hahaha.
Opss jap. SABRI!! kau jadikan gerhana lah kat Atifah. tak nampak dah. hahahaha.
oh jap. sebenarnya ini bukan balai cerap lagi. balai cerap gelap tau. nak tangkap gambar pun xnampak. hahaha. ape2 pun yang aku paling x boleh lupa budak2 ni lah. semua syok sangat berkumpul dekat air cond bawah kaki tuh. adehhhh. nasib baik tak bau stokin tau. mau bau semerbak karang dekat balai cerap tuh. hahahaha.
ni apesal ni? hoi2. jangan bunuh diri pulak! hahaha. *gurau2. heeeee.tuh yang ade dah angkat tangan bagai tuh. jangan syok sendiri.
hahaha. after this. kitaorang pergi tayangan 3D kejap.*sorry lah kalau terbalik2 yee..
![]() |
sorry. nak jugak tayang muke pakai spect 3D. tau x. satu roommate semua pakai tudung hijau. hijau tudung intan paling lawa. tudung aku macam daun musim luruh. hahaha |
![]() |
ni budak2 lelaki syok sendiri. jangan tanya kenapa. hahahaha. |
okey. after that pergi melawat galeri kejap. hahaha. kat sini tak sempat sangat nak main ape2. tapi kan.. satu benda jee yang aku geram. hahaha.
aku ingat lagi ade beberapa orang manusia termasuk lah Alia yang ade sewaktu aku nak cuba mesin berapa berat kita kalau dekat planet lain. contoh macam dekat bulan, kita akan jadi semakin ringan. dekat Jupiter akan jadi berat kita beribu2 kg.
punye lah orang lain tekan2 berat aku berapa dekat planet lain. datang pulak ade manusia ni tekan berat aku berapa dekat bumi. -_- tak klakorr wei. tak klakorr.. tak ade orang tau berani tekan berat aku kat bumi berapa. sape manusia tuh? cepat mengaku sekarang! urghhhh.
well. habis dah cerita dekat kompleks falak tuh. hehehe. ni nak cerita kisah dalam bas pulak. hmmm..
dalam bas ni lah aku tengok semuanya jadi kucar kacir kat grup wasep. haa. memang ketakutan lah budak2 perempuan nak tdo dan terlelap. lagi2 yang selalu jadi bahan tuh kan. memang takut ah nak tdo. tak boleh nak relaks langsung aku tengok. mane taknya. tangkap gambar orang lain pastuh post kat wasep.
yang paling tak boleh tahan main teka2 gambar tuh. adehhhh. dan semestinya gambar abg daim tersayang lagi femes menjadi pilihan. ambik gambar mata lah. gambar hidung lah mulut lah segala. nasib baik lah aku boleh relaks. hahaha. *untung kan jadi orang x femes? x de orang nak bahan. hehe.
sebab tuh lah selang berapa minit je dengar manusia ketawa. selang berapa minit je dengar orang gelak. haish. aku ade je simpan gambar2 mereka ni tertdo dalam bas. tapi rase macam kejam sangat lah pulak kalau letak kat public ni. mau meroyan nanti nak masuk tahun baru ni. hehehe.
otw balik tuh makan kuaci lagi. intan bawak. *ha. kan dah kate. kisah kuaci ni banyak betul! hahaha. sambil2 melayan kerenah wasep2 diaorang tuh lagi. boleh lah. sampai2 je dah pukul 6.45. terus masuk dewan makan dan makan dulu.
dan malam tuh, bersambung dengan latihan terakhir zapin sebelum talentime. okeylah. talentime ni aku cerita asing sebab aku rase macam banyak sangat nak tulis. hahahaha.
PS:sampai sekarang kalau time hujan aku mesti teringat waktu dalam bas. sebab otw balik tuh hujan dengan sangat lebat. okey. byee! nak menghadiri IC-AMPM.hahahaha
No comments:
Post a Comment