expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 31 December 2014

Inilah tahun 2014. selamat tinggal tahun 2014! Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada kisah hidup ku ini :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

aku dedikasikan entry ini buat sesiapa sahaja yang menemani aku sepanjang tahun 2014. kawan2 lame. kawan2 baru. guru2 yang setia menemani dan sesiapa sahaja yang sudi melayan kerenah aku ni.

aku yang banyak cakap. aku yang kadang2 touching. aku yang mengada2. aku yang kadang2 marah.

mintak maaf ku susun sepuluh jari.. terutama kepada Irdina yang aku selalu terpukul bila aku rase geram. *walaupun aku bukan nak marah dia. nak marah dekat benda lain . tapi dah dia je gebu macam punching bag. sape suruh jadikan aku mangsa geletek selalu? kau tau tak aku jenis geli!! hish. hahaha -,-" perhatian. ini Irdina SMKDE. kang tertukar pulak. hahaha.

terima kasih saya ucapkan kepada syasya dan batrisyia kerana menjadi kawan satu line tempat duduk yang sangat memahami. sorry kalau ade mase korang bercakap aku tetiba "haaa? ape dia? ape dia?" haha. menyibuk aje kan aku? kan? kan?ape pun korang, terima kasih sebab support aku. aku teringat moment2 kita bakar biskut sampai ade satu tray hangus same2. waktu tuh pulak aku baru je touching dengan vitala. nanges2 pun nak jugak bakar biskut. dapat jugak band 5. hehehe.

to Aliah Rapaie. aku sayang kau wei. walaupun kau poyo. jenis selamba je. tapi aku tau hati kau baik. kau berbakat dalam seni. especially time buat replika baju kadazan tuh. terima kasih sebab jadi kengkawan aku. sayang kau. sorry kalau terbuli ke ape. tak berniat pun sebenarnya. maklumlah aku ni kan rock semacam.

heee. to Riva, thanks for supporting me to speak in english. i remembered how you tell me to keep speaking with you. until now i'm grateful that i've passed oral test in PT3 with gred A. To Yap and Wendy, this three friends always in my heart.

untuk Valar dan Rahman, dua2 manusia ni tak ada fb, jadi aku malas nak tulis sebab aku tau korang tak bace punye. hahaha.

To Sara, aku tau kita tak berapa rapat form 1 and form 2. tapi form 3 ni sebab kita dah duduk dekat2 jadi kita dah jadi rapat lebih dari dlu. sorry tau kalau kita ade salah faham. ape pun, nice dapat bekerjasama especially waktu drama tuh. oh yee. best lah dapat peluk kau especially time aku touching. macam peluk teddy bear. hehehe. *aku memang kalau dah touching aku suke peluk orang. x dapat peluk orang, tiang pun aku peluk jee. macam cite hindustan. hahaha.

To Fatin, Linda, Anis dan Jidin. korang adalah grup yang terbest aku penah join dalam hidup. korang selalu support aku sampaikan hari aku nak pergi ambik ujian UKM 2 tuh pun korang sanggup suruh aku pergi walaupun mungkin akan korban kan usaha kita selama sebulan lebih untuk debat. alhamdulillah kita menang :')

aku masih ingat macammana satu grup kita pergi redah pasar borong selayang tuh untuk jalankan PT3. aku tau susah. tapi kita dapat jugak lalui. suke duka tuh takkan aku lupa. Fatin. pindah jauh2 jangan lupa aku. cepatlah beli henfon baru. Anis, jangan lupa aku tau. Jidin, aku nak tengok kau berisi sikit tahun depan sebab kau suke sangat makan kek. tau? tau? ye? jage kesihatan elok2. sayang korang!!! korang ni adalah geng aku yang terkuat daripada kelas lain.

To Vitala, Nazrien dan Barra(abang angkat yang lebih muda daripada aku) walaupun korang suke menyakat aku, aku bersyukur dapat kawan dengan korang. jase korang menenangkan aku time periksa dengan magik2 korang tuh aku hargai sangat. terima kasih! walaupun kebanyakan mase especially Vitala yang pernah aku kejar dengan penyapu, baling kasut kat kau. *dah kau nakal sangat pi baling batu tuh apasal? hahaha. sorry..

untuk cikgu2 form 3, saya sayang semua ckgu2!

ape pun. beberapa event yang xkan saye lupa untuk tahun ini.
1.Drama Komsas 2014-dimana aku jadi watak Hajah Derisah. Anak aku Khairyssya.*sorry kalau eja tak betul. dan suami aku si haji pakir. *rahman. hahahaha.
2.Bakar biskut untuk band- bakar biskut sampai hangus satu tray. buat macam sandwich dan sapu nutella. yum2. hehehe.
3.Drama English 2014- aku ambik watak hantu sampai berguling2 atas lantai. *ni ape kes ni? hahaha.
4.Bahas ala parlimen-akak2! inilah kenangan terindah especially bila mamat poyo sekolah lain final tuh saje cari nahas dengan kita! urghhh.
5.menjejak bukti di pasar borong-jangan main2 kau. kene interview orang dekat pasar borong tau..
6.pameran warisan-yahuuu! kita kelas kedua yang jalan kan PBL. hebat kan? hehehehe.

dan lain2 lagi.. sayang korang. muah!

dan yang terakhir... 3 minggu terindah dalam hidup aku.. PPCS'14. dedikasi utama buat Intan dan Irdina. sayang korang. sebab kauorang lah yang ajar aku macammana nak survive duduk kat asrama. dengan perangai aku yang suke bertanya ulang2 kali macam radio rosak. aku memang minah minyak cap kapak plus minah bebel kat sekolah. huhuhuhu.

terima kasih kepada amira, jiran depan *dah macam duduk dekat rumah flat dah. sebab jadi kawan aku yang gile2. walaupun suke buli aku. aku tetap sayang kau tau.

sebenarnya, marah aku tanda aku sayang. tanda aku caring dan peduli. kalau aku terlebih ketawa, jangan marah aku. mungkin sebab aku jarang gelak. kepada sesiapa yang annoying, suke menyakat aku.. aku sayang korang sebenarnya lebih dari orang lain. sebab tanpa korang, hidup aku macam kereta atas jalan raya je. kalau ade korang, hidup aku macam roller coaster. ade turun naik. best sangat.

teruskan berjaya di masa hadapan! aku mintak maaf. susun sepuluh jari. semoga kita mengharungi tahun 2015 dengan azam yang baru. kalau pindah mane2 jangan lupakan aku tau. ye.


No comments:

Post a Comment