Assalamualaikum...
dah 2 hari x tulis blog. ahahaha. rasenye ada yang dah kecewa dengan prestasi aku especially boss aku yang dilantik secara x sengaja dan tak sedar. well. harini barulah aku dapat tulis something. semalam aku pergi rumah mak ngah aku. sorry sangat2 eh.
honestly, aku sangat... sangat..... sangat................ rindu korang semua. termasuklah adik-adik penaakulan mantik yang telah dijadikan anak-anak angkat aku selain mama and papa dorang. sejak aku masuk ppcs ni, macam2 nama aku dapat. yaya lah. ummi yaya lah. kak panda lah. okey2. aku terima semuanya kecuali "Ayah". itu dilarang sama sekali!
pagi ni, bila aku tengok hujan dekat selayang, fikiran aku melayang dekat kawan-kawan dan adik2 yang ada dekat kawasan pantai timur. Ya Allah. lindungilah kami daripada segala bencana dan marabahaya. semoga kita diselamatkan oleh rahmat Allah. semua ini ujiannya.
okeylah. back to the memories. aku baca balik catatan diary aku sewaktu dekat sana yang dimana catatan diary tersebut bermula dengan hari keempat. alamak. dah cari dah gambar jam loceng keramat. x jumpe lah pulak. adehhhhh xD mana pulak dia pegi? takpe2. yang penting kebanyakan orang dengar mesti ingat. jam tuh bunyi dia tak lari macam bunyi penggera kebakaran. series. tapi ade2 mase pun walaupun jam tuh bunyi, aku tetap tak terbangun sebab aku memang tido mati. hahaha.
ape pun, hari keempat tersebut pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aktiviti petangnya. walaupun pagi tuh bermula dengan cubaan melihat matahari melalui teleskop yang dipasang filter. haaa. yang lawaknya, ade beberapa orang manusia termasuklah aku sendiri walaupun dah beberapa kali tengok, tak nampak ape2 pun. setelah mencuba banyak kali, akhirnya barulah nampak. adehhh. serius malu giler budak2 lelaki gelakkan kitaorang.
itulah sebabnye abang wan langkawi kata, fotometri lebih praktikal berbanding teleskop. yelah. kalau ikut pemerhatian, ada orang rabun, ada orang mata dia sangat terang. ade yang pakai spect tebal dan macam-macam lagi. macam kes kitaorang, mata elok pun x nampak jugak. nampak hitamm aje dalam teleskop. eh? itu bukan sebab x nampak. itu sebab tak reti tengok. hehehe.contohlah, sebelum aku masuk astrofizik ni, aku tak reti sangat nak tengok buruj2 kat langit. habis okey pun nampak buruj yang bentuk kuali tuh. eh silap. bukan bentuk kuali. bentuk periuk tuh. walaupun sebenarnya buruj orion pun senang cari jugak. hehehe.
oh ya. dalam catatan tuh jugak, sebenarnya hari sebelum hari tuh, budak2 lelaki yang awal2 nya senyap *kecuali sham memang awal2 dah bising dah mula menunjukkan aura kenakalan mereka. situasi tersebut berlaku di dewan makan di mana aku dan beberapa orang lagi turun lambat. haish! tak pasal-pasal time tuh kene duduk satu meja dengan lelaki.
sebenarnya segan juga nak duduk satu meja dengan lelaki. tapi apakan daya, ku tebalkan muka dan terus duduk. kalau x lambat pulak nak ke surau. alih-alih, siap je selesai makan. baru angkat cawan nieh. *cerita dengan gaya tangan. hahaha. terus meja tuh bergerak. ade manusia yang dah pusingkan meja tuh! elok pinggan aku dah sampai kat aku, aku nak ambik semula, dan pinggan tersebut telah lari ke tempat lain. *lari? macam pinggan tuh ade kaki pulak ye. huhuhu.
ape pun, time tuh mungkin aku rasa macam nak gelak campur nak marah skit. tapi in the end, aku rindu sangat saat2 tuh. hmmm. *hembus nafas.
Ingat lagi waktu game petang? hahaha. suatu petang tuh, kami semua main game dekat dengan dewan makan. pukul 5 kami berkumpul disitu sebab Abang wan dengan Kak Tiqah kata ada game ikan terbang. ikan terbang? hahahaha. aku dengar tajuk pun aku dah gelak. belum time main lagi.
ape pun, yang aku ingat, aku satu kumpulan dengan celine. ya Allah. kauorang tau x, mase tuh aku masih ingat yang aku capai kertas warna merah untuk bentuk ikan. mula2 abang wan kata xleh pakai gunting. so kene pakai tangan lah?? yep. kitaorang pakai tangan aje.. here's the part paling lawak. aku yang LUKIS ikan tuh. ikan paling kecik dan ikan paling buruk kat dunia. x rupa ikan langsung! nak kata ikan bawal tak. ikan leper tak. ikan sardin apatah lagi! oh. ade yang cadangkan supaya kitaorang buat ikan bilis je. hehe
macam-macam bentuk dan saiz ikan yang kitaorang telah cipta. maka pertandingan tersebut pun bermula apabila kami ditugaskan untuk "menerbangkan" ikan tersebut dari garisan permulaan sampailah ke penamat. ya Allah. macam-macam cara! lepas je letak atas lantai. maka ade yang meniup, ade yang menepuk. paling aku rase aku x tahan nak gelak sampai kejang perut bila sham guna fail untuk menerbangkan ikan tersebut. cehhh. bikin aku kejang pipi je lah xD. cubaan kali pertama, ikan kitaorang yang hodoh tuh yang menang. tapi kali kedua dapat tempat ketiga aje. agaknye kesilapan teknikal kot ataupun teknik kami dah dikalahkan oleh teknik Sham. atau, si tukang menerbangkan ikan dah penat gile nak meniup. semput agaknye.
well. setelah dua kali percubaan. datanglah pulak ikan-ikan yang sama saiz diberi kepada setiap kumpulan oleh abang wan. wah! tanpa disangka-sangka, ikan-ikan tersebut telah ditransform menjadi ikan ade jet pack, enjin turbo, ikan sampan dan sebagainya! rasenye ikan kertas kitaorang ade jet pack kot. hehehe.
best sebenarnya game petang tuh. sebab kitaorang main game tuh bukan untuk menang. just untuk berseronok. Ya Allah. rindunya nak gelak same2 dengan diaorang lagi.. never a dull moment at all with them.
Sekian untuk entry ini. :)
No comments:
Post a Comment