expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 30 December 2014

Apa nak bawak kalau pergi marikh? Hahaha :D jr.astrophysicist

Assalamualaikum..

hari yang sejuk kan hari ni? yep. saya keluar rumah pagi2 harini redah hujan. sejuk gile. nasib baik hujan tak lebat. hahaha. pegi mane? pegi beli barang sikit dengan kuaci. teringin pulak nak makan kuaci tuh yang pegi beli tuh.



haa. tu dia kuaci. kalau korang nak tau, kuaci ni membawa macam2 sejarah sebenarnya dekat PPCS. banyak gile memori dengan kuaci ni. *in fact sekarang pun saya tengah makan kuaci tau. okey. *eh? apa pulak lah kaitan kuaci dengan planet marikh ni?? O.o

okey. sebelum beralih kepada imbas kembali memori ni. biar saya selitkan sikit ilmu pengetahuan yang saya dapat daripada ensiklopedia sains yang saya bace semalam. memandangkan saya jr.astrophysicist kan. okey. well. alam semesta ni terlalu besar sebenarnya. kalau nak bayangkan kita ni kecik macammana banding dengan alam semesta memang tak terbayang langsung!

dalam ensiklopedia tuh, besar matahari boleh kita lambangkan sebagai bunga matahari tuh *ha, kan ade kaitan dengan kuaci jugak tuh? manakala bumi ni pulak macam semut kecik yang warna biru. nisbah jarak bumi dengan matahari pulak adalah 15 kaki. *berapa cm saya tak pasti. ape pun. nampak sangat kan beza antara bumi dan matahari tuh? ini belum cerita lagi pasal planet Jupiter semua. xpe. lain kali in shaa Allah saye buat entry khas untuk ilmu pengetahuan yang sedikit saya pelajari.

okey. berbalik kepada tajuk asal entry ini, "apa nak bawak kalau pergi ke marikh?" okey. buat pengetahuan korang, sekarang ni marikh dikenal pasti sebagai planet yang ada kemungkinan untuk hidupan hidup. jadi, macam-macam kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti potensi planet tersebut. mana lah tau satu hari nanti manusia boleh pindah planet marikh pulak. kan?

nak tau jauh tak jauh jarak antara satu planet ke planet lain tuh. nak travel pergi marikh daripada bumi pun ambik mase dalam 6 bulan kalau tak ada apa2 halangan. so, adalah satu hari yang bersejarah waktu dekat PPCS tuh, AF 1 dan AF 2 pun bergabung dan membentuk kumpulan. hahaha. dan tugasan yang diberikan "fikirkan ape yang hendak anda bawa dalam perjalanan ke marikh untuk memastikan hidup anda bahagia. dan kotak yang di beri ialah 1m x1m x1m. wah. boleh tahan besar. tapi kalau nak bawak gi marikh gerenti kecik je rase. yelah. bawak barang2 nak gi kem 3 minggu pun dah banyak beg. tuh x masuk lagi ade yang bawak baldi bagai tuh.

mungkin ade yang kata gila nak fikir semua benda tuh. tapi kita kene jugak fikir. manalah tau kita yang nak pegi marikh akan datang? sape tau?

ha. dan pada hari itu, secara kebetulan aku satu kumpulan dengan Nik Amira dan Baihaqi dari AF 1 dan paling mengejutkan aku satu kumpulan lagi dengan Hakim dan Azim dari AF 2. hai. balik2 nampak muke mereka berdua juga. balik2 dapat nombor yang same juga dengan mereka berdua. pendek kata macam takdir pulak. memang takdir pun agaknye. hahaha. takpe.. seronok juga satu kumpulan dengan mereka. walaupun perangai dua manusia tuh kontra. :)

okey. agak2 ape yang kitaorang fikir ye kalau nak bawak pergi marikh? haa. tengok ni..




haa. tengok banyak2 dalam senarai tuh. tengok. ade kuaci kan? kalau perasan, lepas je senarai kuaci tuh semua benda yang kitaorang tulis dah jadi berganda-ganda merepek dari biase. tapi yelah kan. pemikiran luar kotak. inilah yang kita mahu. yaa itu dia! haahahaha.

sebenarnya kuaci ini bermula daripada idea azim. adehhh. hahaha. inilah berlaku apabila azim dibenarkan memegang marker pen. tulisan aku tabik sebab lagi lawa dari tulisan aku. hahaha. katanya kuaci boleh dimakan sewaktu bosan dan paling penting boleh simpan dalam poket. hahaha. adehhh. my comment, kalau bagi kat aku,intan,mira dengan dina rasenye kuaci satu beg plastik pun boleh habis dalam mase 3 hari. ni nak tahan 6 bulan dengan kuaci muatan satu poket? hahaha. itu lawak.

lepastuh alang2 dah tulis kuaci kat dalam tuh aku pergi lah request hamster. tujuan asalnya nak jadikan hamster tuh haiwan peliharaan je. oh. alih2 si Hakim kata boleh lah bela hamster. kalau dah membiak senang sikit. adehhh. Nik pulak dia kata boleh lah masak hamster tuh buat lauk kalau teringin nak makan nasi. *haa? lauk?? O.o comel2 sanggup ke nak buat lauk?? huhuhu. sampai hati. nak masak ape agak2 nye hamster tuh? hahahaha.

yang watermelon seeds tuh lagi lawak. rasenye beberapa kali jugak cadangkan biji benih ape nak bawak sampai beberapa cadangan pertama ade yang requested nak bawak biji benih pokok durian dengan rambutan. hoi. nak tanam kat mane dalam kapal angkasa tuh? kalau betul tumbuh pokok durian tuh mau runtuh kapal angkasa tuh. hahahahaha. akhirnye kitaorang ambik keputusan pilih tembikai. tembikai pokoknye kecik, sedap dan mengenyangkan. hahaha. bagus2. lepas ni kalau nak pegi marikh kita tanam tembikai aje lah.

whiteboard mainan tuh pun aku yang request tau. alah. tau tak yang magnetic whiteboard yang budak2 kecik main tuh? haa. yang tuh lah. berapa banyak kertas yang korang nak bawak pergi marikh?? *oppss. lupa nak cakap. sebenarnya kalau pergi marikh xtau boleh balik lagi ke tak. hahaha. ape pun. aku request benda tuh mane lah tau kot bosan2 sangat. telefon rosak ke boleh lah meluahkan perasaan kat situ. kot lah frust dengan rakan2 satu kapal angkasa tuh. *kata kumpulan lain, kalau xnak bosan, jangan lupa bawak syahila. muahahahah!

jarum dan benang tuh functionnya nak jahit pakaian yang koyak atau rosak. disebabkan tak boleh nak bawak pakaian banyak2 makan jarum dan benang adalah penggantinya. sob2. first aid kit jangan lupaa. minyak cap kapak yang utama tau.. minyak cap kapak memang teman sejati sayee.. dari dulu,kini dan in shaa Allah akan datang. jadi kalau nak pergi ke marikh, jangan lupa bawak minyak cap kapak. ubat migrain, ubat selsema, ubat demam, ubat gastrik dan ubat mengantuk. semuanya boleh. *eh? aku ni dah kenapa? dah macam promoter minyak cap kapak pulak dah. hehehe.

maggi? haa. tak ingat sape cadangkan. tapi bila buat presentation kat depan, maggi ini jadi persoalan yang hebat diperdebatkan. dah maggi je sedap dan senang masak. nak buat macammana kan? tapi x boleh bawak banyak2. kotak tuh kecik aje. hahaha. kalau anda nak tau, power bank tuh sebenarnya ade request nak bawak 10. fuish. banyaknye. nampak sangat x boleh hidup kalau takde telefon. ye lah. x boleh nak main game coc. muahahaha. kalau internet tuh dekat marikh memang tak ade lah. jauh sangat.

paling yang aku rase lawak Baihaqi request batu nisan. adehhh. terus kitaorang kate "berat sangat tuh bai." hahaha. instead kitaorang suh bawak kain kafan dengan kapur barus. hajat Bai nak bawak batu nisan ke marikh tak tercapai. kata mereka, kalau mati campak aje biarkan terapung jadi seperti space junk. *itu kejam. hahahaha.

ape pun. kumpulan lain ade yang sangat bijak bawak cangkul. *kenape tak terfikir eh? hahaha.

colour pencils tuh sebenarnya idea aku jugak. merepek kan? hahaha. paling x tahan tuh lah. shawl warna warni. bila ditanya kenapa bawak shawl? kenapa tak pakai tudung sarung je??

jawapannya senang. tak payah digosok. takkan nak bawak iron gi marikh. pakai kedut2 pun lawa lagi. hahahaha. sepintas kumpulan2 lain yang paling aku rase terkesan di minda ialah keperluan untuk membawa gambar abg daim. atas permintaan ramai, kumpulan syahila akan membawa gambar abg daim sekiranya ke marikh. fuhhh. ini memang terbaik. salute!!

itulah al kisahnya. ade jugaklah yang beberapa kumpulan nak bawak bendera permata pintar. *wah. ini kes membodek ke ape ni?? hahaha. bawak bendera Malaysia dulu! mane tau ade alien kat marikh tuh boleh lah dia kenal bendera Malaysia. tak ke bangga gitu?

ape pun. inilah kisahnya AF'14. it's been a great oppoturnity satu grup dengan Nik,Baihaqi,Azim dan Hakim. idea diaorang memang agak giler2.*idea aku pun boleh tahan gile. tapi kita xtau. mungkin daripada idea gila inilah ade idea yang lebih baik tercetus. fikir luar kotak okay? :)

sebelum tido, saya nak ucap terima kasih kepada Hidayah MK kerana telah menulis nama2 dibawah kertas mahjong tersebut dengan menambahkan Hidayah kuase dua disitu. jasamu tidak akan ku lupa. oh ye. typo spectacles tuh jangan lupa yaa. hehehe.

PS:baru perasan, sebelah kuaci tuh ade tulis kacang hijau. sape mintak? Bai? kau nak cambahkan jadi toge ke? hahaha.




No comments:

Post a Comment