expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 22 December 2014

PT3 and Astrofizik 2014.

Assalamualaikum..

entri ini saya mulakan dengan sorotan keputusan PT3 2014. akhirnya journey PT3 dah pun berakhir dan hasilnya pun telah dituai. *eh? dituai? macam padi pulak. hehehe.

apapun, tahniah kepada semua calon yang dapat straight A's especially yang dari AF. bangga lah aku jadi kengkawan korang. apapun aku doakan semoga jumpa dekat quadp tahun depan. x jumpe dekat quad p pun xpe. janji ada masa reunion.

haaaa, harini agak2 nak tulis entry apa ya?? okey. here's the deal. harini rasa macam nak cerita je pasal cheers dan game yang jadi favourite kitaorang dekat PPCS.

sebenarnya, cheers kitaorang anak-anak astrofizik ni panjang ceritanya. daripada yang menyanyi hinggalah ke parodi dan iklan sebelum dapat cheers yang betul2.

cheers yang pertama dah x ingat sangat. yang penting ada perkataan "menuju puncak, bersinar di angkasa" ini kalau dengar boleh tertido ni. ahahahaaha. serius time mula-mula duduk dalam bulatan tuh, budak2 lelaki duduk satu bulatan dorang2 jee kat situ. budak2 perempuan duk satu bulatan jee. hei? ape kes haa? pening kepala aku dengan dorang waktu tuh. haishhh. yang aku ingat muke Baihaqi je yang time tuh sengih tengok aku dengan intan bagi macam2 idea yang merepek. *eh yeke? ke aku je yang perasantan? hikhikhik.

beralih pulak kepada yang kedua. aduhai. AF kat mana? AF AF kat mana??? kali ni sibuk semua dengan kuali bagai. yang budak2 lelaki siap action dengan kaki sekali. aku ingat lagi siapa yang cakap yang better lelaki pakai kain je laaa. kita yang ganti jadi lelaki. action je lebih suara tak ada. aduhaii -,-" tak sepadan betul *kaum lelaki Astrofizik sila kawal diri anda daripada meledak. hahahaha.

kali ketigaaa.. cheers kami dah lebih kepada iklan sudeehhhhh....

"korang-korang"
"ye....yeee"
"korangggggggg"
"yeeeeeee"
"AF tanya apa khabar" Suara Irsyad. hahaha
"AF tanya apa khabar" x2
"AF tanya apa khabar semua"
two three
"boom boom ting, boom boom tingggg, boom boom ting ke tang ting ke tang ting ke tang ting ke tang" lebih kau sambung sendiri -,-" tak faham macammana si harith boleh plak dia hafal. aku dah semput buat ting ke tang ting ke tang pun xhabis2 lagi. Sham dengar kitaorang cakap "roti kentang." agaknya dia lapar sangat kot time tuh sampai teringat makanan. hahahaha.

lepastuh? haa. lepastuh x ingat dah ape diaaa. yang pasti ada perkataan "Terlajak Pintar". aku selalu tersasul terlajak laris. hahahaha. terpengaruh sangat dengan iklan ni..

sampai lah yang ketiga.. cheers nii buatkan kami semangat sampai lah ke sudah. hmm. ape pun...

"Cuak,cuak,cuak"
"tak cuak,tak cuak"
"gentar,gentar,gentar"
"tak gentar,tak gentar"
"takut,takut,takut"
"tak takut,tak takut"
"AF tak takut, AF tak gentar"
"lawan tak takut, lawan tak gentar"
"cuak tak cuak,cuak, cuak tak cuak,cuak"
"go astrofizik!"

cheers ni mula2 perlahan aje. sampai lah kehadiran penaakulan mantik punye cheers yang tersangatlah bombastic.

"siapa kita??"
"siapa lagi!"
"penaakulan mantik"
"itu nama kami"
"jangan sangka kecil"
"tapi tak berani"
"tak takut,tak takut"
tepuk tangan
"tak takut,tak takut"
"muka garang hati lembut, yang lain cuba ikut, akhirnya macam siput, sorakan sangkut2"
"gelekan menari, sorakan menyanyi" lalalalala
*dah semput senarnya nak menulis. sorry kalau salah. aduhaiii..

serius time ni memang terasa malu sangat dengan adik2 comel ni..time dorang bagi cheers aku mesti cakap dengan nak ambik salah sorang dan cubit2 pipi dorang. aduhai..


well. itulah kisahnya tentang cheers kami.. ade lagi kisah yang bersangkut paut dengan cheers ni. oh yaa! kalau korang nak tau, lepas je wujud cheers yang ala-ala iklan tuh, setiap benda yang kitaorang lakukan adeee jee yang nak sertakan sekali tagline tuhhh.

"mukeee je cantikk hati hitam"
"otak jee pintar, cheers sedut-sedut"

macam2 lagi lagi lah tagline nya. dah x ingat dah! hahahaha

hmmm. bila dah malam2 macamni.. teringat plak macam-macam favourite game yang kitaorang selalu main.. antaranya ialah pindahkan tempat batu kecil ini. ceh. ade lagu sekali tau. game dia memang tricky gila. sampaikan kalau dah laju, barang mesti terkumpul satu tempat.

lepastuh biawak dengan buaya. biawak, buaya,biawak, buaya. muke nik kalau main game ni mesti kitaorang gelak plus seram. aduhai >_< aku kalau main game ni mesti awal-awal dah terkeluar punyeee. hahahaha.

bile dah terkeluar, masa minggu pertama tuh, aku dengan celine dan beberapa orang lagi telah  menambah challenge tersebut dengan menambahkan perkataan badak dan katak. hahaha. tergelak jugak lah kejapp walaupun yang lain masih sibuk main biawak dengan buaya tuh. aduhaiii.

aku paling tak boleh game silent killer. aduh. main kenyit-kenyit mata pulak. menikam jiwa raga betul. ada satu mase tuh, baru berapa minit aje game dah ramai giler silent killer tuh bunuh. hish. cepat betul dia bekerja.

aku tengok sorang2. perhati ajeee.. and aku memang dah target dah macam budak spect hitam putih ajee yang silent killer cekap tuh. terus malas dah nak pandang dia. *masa tuh gelar budak spect hitam putih sebab x kenal nama hahahaha. memang rupa-rupanya dia suspect utama! muahahahaha. aku dah layak ni jadi csi tauuu... second silent killer ialah syazana. perghh. dia ni muke memang tersangat lah selamba.. sampai kan tak tahu dia berlakon disebalik muka selamba itu.

paling aku tak sangka, game seterusnya. tak ingat hari bila. masih lagi silent killer. aku telah dibunuh dalam game tersebut oleh anis. perghh. anis yang comel tuh jadi silent killer? dah lah cute. bile wink dekat aku rase macam dia tengah gurau2 ajee. aku pun terkesima kejap. blurr. hahahaha.

ape pun, aku rasa game yang paling kejam sepanjang PPCS ialah truth or daree. memang lah tersangat kejam. okey lah. dah penat jari ni nak menaip. sambung esok..sorry kalau boring. aura takde ni. hahahaha

2 comments: