it seems that i am homesick. haa? nape nak homesick padahal memang ada dekat rumah? hmm. aku homesick sebab aku anggap pusat permata pintar rumah kedua aku. kawan2 dekat kursus astrofizik family aku. aku belum pulih sepenuhnya sebab aku langsung xnak berenggang dengan telefon. even tengah cas pun fon aku tuh dalam keadaan berdiri pun aku balas jugak wasep dorang. uwaaaaa!!!!!!!!
esok nak ambik result. hmm. nervous2. apa pun, get ready budak2 SMK Darul Ehsan. here we go!
so tonight, aku akan perkenalkan RA dan TA kitaorang serta Key Instructor dan lain-lain lagi. hehehe.
Apa maksud RA? entah lah. aku pun tak pasti. yang penting mereka lah yang jaga kami waktu kami berada di PPCS ni. dah lebih kurang abang or kakak, or we can say more like mak dan ayah. jeng,jeng,jeng! siapakah mereka?
Yang pertama. Kak Tiqah. yeay! kak Tiqah ni macammana nak kenal dia? biasanya tengok kasut je. kasut biru gelap dengan polkadot tuh dialah! heee. eh? kenapa kena tengok kasut? rasa pelik tak? haa. begini ceritanya..
![]() |
ni yang pakai shawl ni kak Tiqah. haa. jangan ade yang komplen nape letak yang ade gambar aku sekali ye. |
tak lama lepas tuh, baru lah terbongkar rahsia yang rupanya kak Tiqah ni ada kembar. aduhhh! *tepuk dahi lah kami dibuatnya. bila dah tau kebenarannya, jenuh juga lah kami mencari perbezaannya, sebab memang seiras! dan akhirnya kasut menjadi penanda. huahuahua
tapi ada sekali tuh, malam lepas isya, kami semua masing-masing kene berkumpul dalam barisan dengan ditemani RA masing-masing. jadi kami pun mencari-cari. manalah Kak Tiqah ni. dan akhirnya kami pun nampak. "Kak Tiqah, mana nak kumpul ni??"
"Ni bukan Kak Tiqah lah. Akak nak cari budak-budak penaakulan mantik."
*aduhhh. terus kami semua tepuk dahi. hahaha. salah RA lagi. ye lah. dalam dewan serbaguna kan tak pakai kasut. terus tertukar. hikhikhik >_< begitulah kisahnya macammana kami dapat RA yang kembar. unik kan? dah lah macamtuh. budak-budak penaakulan mantik selalu je beratur sebelah kitaorang. hehehehe
okey. RA yang kedua pulak bernama Abang Syazwan. atau nama panggilan mesranya abang wan. yeee. siapakah abang wan RA kita ni???
![]() |
pliss jangan complain tentang saya. hahaha. ape pun comel abang wan kita ni. siap pegang popia lagi. hikhikhikhik. :D |
abang wan ni bakal guru sekolah rendah tak silap saya. beliau ni sangat sporting orangnya. baru umur 20. ingat baik-baik muke abang wan ni sebab ade lagi 2 orang abang wan yang akan muncul. kang nanti terconfuse pulak. kan dah susah tuh?
haritu mase lawatan pergi ke kompleks al-khawarizmi Melaka, waktu dengar ceramah, penceramah tuh tanya mana RA. Kak Tiqah pun angkat tangan diikuti abang wan yang duduk sekali dengan kitaorang. muahahahaha. penceramah tuh kata, RA dengan pelajar lebih kurang jeeee. dah pakai baju pun same! comel sangat lah abang wan ni. heeeeee. untung Syazana dapat abang wan time menari zapin tuh. jeles i.
okeylah. dah habis pasal RA. beralih pula kepada tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar. are you ready guys??
yang lelaki dari kiri abg syahir, encik wan , abang daim, abang paan, abang afiq dan abang wan langkawi. yang bertudung hijau itu ialah cik nisah, guru AF 2 yang kami sayangi. hehehehe.
sebelum itu. maafkan saya kalau saya tak dapat nak describe sangat tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar di AF 1. maafkan lah diri saya yang tak berapa nak kenal ini. huhuhu. especially abang syahir dan encik wan. apa yang saya tahu mereka berdua adalah orang yang baik. manakala encik wan, our key instructor rajin benor melayan kami di grup wasep. terima kasih kerana sudi layan kerenah kami yang entah ape2 itu dan memberikan banyak ilmu kepada kami. terima kasih :)
apa pun, saya mulakan dengan cikgu nisah. cikgu nisah merupakan seorang yang sporting jugak. walaupun kami merepek sepanjang mane pun, cikgu ni tetap cool aje. yang penting miss nisah memang comel. hehehe. *bukan bodek tau. ini ikhlas dari hati. sejak hari pertama lagi, saya memang dah selesa dengan miss nisah. paling tak boleh dilupakan kenangan bermain ToD bersama miss nisah. thank you miss nisah walaupun saya banyak tanya, miss nisah tetap layan jugak.
seterusnya abang daim. haaa. abang daim ni hero of our grup wasep. gambar2nya sering menjadi pujaan sampaikan ade orang request, kalau nak pergi marikh jangan lupa bawak gambar abang daim! wow. aura abang daim boleh dikatakan sungguh dasyat sampaikan syahila menyuapkan abang daim kek red velvet di jamuan perpisahan. alololo abang daim. abang daim memang comel!
kita beralih pula kepada abang afiq. haa. abang afiq ni adalah orang Malaysia yang paling tinggi yang pernah saya jumpeee. memang tinggi sampai saya rasa mampat berdiri di sebelah. abang afiq ni yang saya ingat tentang beliau ialah, beliau selalu bukak pintu dan menjengah. nampak muke sikit je lepastuh masuk dan tersengih.hehehehe. eh? eh? hahaha. abang afiq ni memang suke bergurau tahu.ada2 jee lawak dia. >_<
lepastuh abang paan pulak. haaa. abang paan ni memang sumbangannya sangatlah penting. sebab beliau ni lah yang selalu bawakkan makanan untuk budak-budak AF 2. dalam pukul 10-10.30 pagi memang nampak je dia bawak plastik, terus excited. huahuahuahua. abang paan ni ade trademark baru lah. "come on!" hahaha. ni yang buat kitaorang gelak dengan hari2 terakhir kami di PPCS :')
tapi satu je yang kami takleh lupa pasal abang paan ni. kadang2 beliau bergurau nampak macam real. serius! banyak kali kami tertipu. pernah sekali tuh, kami tertipu berturut-turut! huhuhu. dekat2 pukul 3 petang, kami semua disuruh beratur kat luar. bila nak ditanya kemana, beliau kata nak ke Langkawi. punyalah Alia excited time tuh. orang lain semua excited. series. muka abang paan memang betul2 macam nak bawak kitaorang gi Langkawi!
bila masuk dekat bilik komputer. ceh! rupanya ada test. so, kitaorang diberi satu laman web.. namanya lovetest.com. kitaorang series lah ingatkan memang adeeee. rupa-rupanya, tipu lagi! aduhaii >_< sampai sekarang kami ingat benda tuh. huhuhu.
kita beralih pulak kepada abang wan langkawi. haaa. abang wan. ni dah 3 abg wan dah dalam kursus kami. dah jadi macam boboiboy dah. pernah sekali panggil abang wan RA. abang wan langkawi pun toleh jugak. series rase bersalah. errr err..
apapun, abang wan langkawi tak kurang hebat nya macam tenaga pengajar dekat sni. banyak ilmunya dan datang khas dari langkawi. satu karakter yang kitaorang perasan, setiap kali cakap mesti ade ketawa membuatkan kitaorang kejang pipi nak gelak. hehe.tak kisah lah. yang penting semuanya happy. agaknya abang wan langkawi ni pun pening gak menjawab soalan kami yang bertubi-tubi banyaknya. sama macam tenaga pengajar yang lain, rajin jugak menjawab! hee. terima kasih.
okey. habis sudah describe mereka. rasanya macam nak cerita pasal kenangan waktu makan lah. eh? penting eh??
sebenarnya tengah rasa lapar ni. huhu. bila dah balik rumah jadual makan semua tunggang langgang. dah x lalu nak makan sebab dah tak duduk kat meja bulat tuh. uwaaaa!!!!
ku ceritakan, ini adalah meja keramat di mana kursus astrofizik makan setiap hari. jangan diambil tempat kami. hahahaha.jujur aku katakan, aku rindu dewan makan! aku rindu meja bulat. kerap jugalah kami datang bertandang ke sini. pagi2 kene beratur makan sarapan. tengah hari ada orang senduk nasi. *eh,yang ni pun nak cerita ke??
paling tragik, bila kalau terlambat. kalau lambat mesti ade satu meja budak2 lelaki dengan budak2 perempuan gabung makan. aku pun pernah sekali terkena. wah. habis je makan, elok aje nak berdiri, nak ambik pinggan, tiba-tiba meja tuh berpusing. aduh. dah macam ape dah. pening kepala aku nak kejar. -,-"" dah lah macamtuh. ramai2 pulak yang pusing tuh. aduhaiii..
ape pun, aku rindu insiden meja berputar tuh. huhuhuhu...
kat sni jugak, Afiq kene dare nyanyi lagu Negaraku depan tiang tengah-tengah dewan makan. yee. semua orang pandang dia. kesian. tabahkan diri ya Afiq. ape pun semangat patriotik mesti kena ada.kat meja makan ni lah kami bergurau dan kadangkala main game ringkas. pernah sekali tuh, kami terlambat sebab main game pindahkan tempat batu kecil ini. hahahaha.nasib baik x kena denda tau...
aku sebenarnya terselamat daripada menjadi kisah permainan ToD yang berada di dewan makan ini. rupa-rupanya si Hakim or Tuppel ni ade dare kene cakap I love u dekat budak greentech waktu time tengah makan. haa. padan muke :P
pernah sekali, aku ambik dare dan mereka merancangkan dare itu special edition sekali dengan dare Sabri. ape kes daa. ade ke patut dorang suruh aku duk kat piano and sabri duduk kat pintu? ingat sawit ke?? cite dulu2 pun tak ada macam tuh tau... aduhaiii -,-"
ape pun. jari dah letih nak menulis. komputer pun mintak ditutup. perut pun dan meraung mintak makan. sampai disini saja dulu. in shaa Allah esok sambung.
wei2. nervouss lah esok. macammana ni? =,=""" uwaaa. tolong sayee!!!
RA tu residet assitant la sayang
ReplyDeleteTrima kasih kak dayah.... Sedih mngenang kisah2 yng dh brlalu ni...
ReplyDelete