expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 5 November 2016

Late Night Thoughts

Blog yang setia dengan aku untuk sekian tahun,

Less than 2 days more towards SPM. Aku sepatutnya dah tidur by sekarang but still awake. Maybe kesan kopi atau kesan tidur petang atau kedua-duanya sekali. Fuhh, macam sebut denda kes jenayah je bunyinya. 

Okay lah gais. Sebenarnya ini draf yang entah kali keberapa aku nak publish tak jadi2. --" sebenarnya payah nak pastikan yang betul2 jadi aku publish. Alahai. Benda yang sama jugak jadi dekat novel-novel aku yang asal separuh je berhenti. asal separuh je terbengkalai. =,=" ya Allah. Mana pergi semangat aku yang time kecik belajar anyam ketupat yang mama sampai tak larat nak ajar pas kat mak ngah yang tak jemu-jemu ajar sampai berhari-hari tuh? Punya lah gigih belajar. Dengan nenek yang berdedikasi mengajar aku mengait sampai aku pandai mengait alas meja. *Seriously aku tengah tersengih sekarang. Ya Allah. Indahnya masa-masa tuh, tak perlu masuk sekolah Vokasional pun ada orang Allah hantar untuk aku belajar benda-benda macamtuh. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya family aku ni holistik. Sebelah ayah skor akademik, sebelah mak memang skor bahagian masak-masak, menjahit, mengait. To be honest aku value kedua-duanya dalam cara yang tersendiri. Sampai sekarang aku jealous bila mama cerita yang nenek sebenarnya pandai buat kuih bahulu yang bakar guna sabut kelapa tuh. Aduh, lambat lahir lah aku ni. Kalau tak merasa dah zaman nenek yang mudah 40-an tu. Takpelah. 

Makngah pulak family yang meniaga. Legasi dia bersambung dengan abang Syafiq. Tapi aku tabik dengan mak ngah. sebab makngah teruskan legasi perniagaan arwah atuk iaitu berniaga minuman. Paling legend orang kenal family belah mak aku ni "keluarga air soya". Takpun cendol. *emoji berfikir. Pelik jugak eh, bila aku ingat-ingat balik. Mak aku pun dulu bukak warung air batu campur. Mak aih, dia punya eksklusif warung air batu campur tuh sampai letak lotus seed. Aku sendiri dah 17 tahun hidup baru merasa makan kuih bulan perisa lotus seed tuh. Ini semua cerita sebelum aku lahir lah. Masya Allah mama. Hebat betul mak aku ni. Zaman sekarang ni air batu campur letak jagung je. Tuh dah kira sedap lah tuh. Dekat Selayang, bila balik mesti aku merengek dengan mak aku nak mintak air batu campur mak Qawi. *tepuk dahi. Ya, mama dengan selambanya ajak aku naik motor, lalu kami pun dengan deruman enjin motor pergi menjelajah selayang. Yeah. 

Yang dewasa dah tua, yang remaja dah nak jadi dewasa. Zhafran yang kecik dulu tuh dah nak masuk sekolah rendah dah. Dah pandai dah dan senang nak ajak berbual. Seronok sangat. Atleast tak ada lah takut dah dengan aku. Aku ni budak-budak kecik bawah enam tahun susah nak kamceng. =,=" ya rabbi apa masalah hidup aku ni? Muka garang sangat ke? Maaflah. Tak dapat nak buat muka comel2. 

Kakak Nurul pun dah nak masuk 31 dah tahun depan. Uhuk. Awet muda kakak aku ni. Aku pulak yang macam tua sekarang. Entahlah nak.Hahaha. Tak kisah lah. Aku gi kedai mana-mana dah macam anak dua, yang kakak aku tuh pulak orang nampak macam 20 an. Sama je macam mak aku. jalan dengan kitaorang pun macam adik beradik. bukan macam anak beranak. sumpah aku rasa kelakar. 

So, pendek cerita. Aku dah nak masuk alam dewasa dah sebenarnya. Hmmm. 

Banyak perkara yang menjenguk fikiran aku. Termasuklah persahabatan yang aku rasa tergantung di tengah jalan ni. Sambil aku tengok langit Bangi yang tak berbintang tadi, aku terfikir, masih ada yang tak selesai. 

Sebab dalam hidup aku selalu percaya, selagi masih ada yang tak selesai dengan seseorang manusia itu, selagi itu hubungan kita takkan pernah terputus. 

Aku dah minta maaf dengan kebanyakan orang, hati aku makin kurang rasanya beban. Tapi, beban yang masih tersisa ni, bukan sebab aku rasa aku bersalah, aku rasa tanggungjawab aku masih tak selesai terhadap dia. Tapi, disebabkan hati ni dah terkoyak seribu, jadi aku macam speechless. Sumpah aku tak dapat nak bercakap apa-apa walaupun lidah ni kurnia dari tuhan lebih petah berbicara daripada kebanyakan yang lain. Subhanallah. Aku bersyukur. Tapi, apakah petandanya? 

Seiring dengan namaku, Nurhidayah, aku masih memohon petunjuk. Sebab aku tak pasti apa yang harus aku lakukan. 

*hela nafas. 

Terlalu banyak perkara yang membuatkan aku terkeliru disepanjang perjalanan ini. Kenapa aku takut, kenapa aku begitu, kenapa aku begini, kenapa aku jadi tak kisah atau kenapa aku boleh jadi terlalu teruja? Semua ni membuatkan aku kadang-kadang duduk dan termenung sendiri, atau bercakap dengan kucing. *Kucing pun tak suka aku. -,-" sad life. Aku ni jahat agaknya. sebab tuh kucing pun x suka dekat. Uwaaaaa.

Disebabkan dah nak SPM, maka aku pun ingin bergerak untuk memohon restu daripada semua yang berjasa kepada aku. Tak kisah lah ade kaitan dengan SPM atau tak, termasuklah makngah, nenek dan makcik. Disebabkan orang-orang macam mereka lah membuatkan hidup aku lebih lagi dari seseorang yang bergelar pelajar.

Sejenak panggilan telefon dengan mama, Aku cakap lah dengan beliau yang aku nak call makngah dan nenek semua untuk minta maaf dan mohon restu. Beliau pun sambil tertawa pun berkata "Tak nak minta ampun dengan mohon restu mama ke?" Muahahaha. Malu sebenarnya aku nak cakap, tapi aku sayang dia walaupun aku bukan jenis expressive sangat. Sebab aku jenis memberontak. 

Tapi satu kelemahan aku yang mak aku tahu, aku ni memberontak pun lembut jugak. Sikit je kalau mak aku menjiwang habislah kekentalan jiwa aku macam besi boleh jadi kain kapas terus. Mak aih. Sebab tuh kalau mak aku bercerita dengan orang lain "Dia ni cara dia care, dengan mak dia pun marah-marah. Tapi sebenarnya dia tak nak tunjuk dia sayang." Ya rabbi. tak nak keluar bilik aku lepas tuh. Malu wei. Depan acah2 gangster je. 

Aku masih ingat dulu time kecik-kecik, bila aku nak sesuatu dan mak aku tak bagi, aku mesti mengamuk sekejap. tapi bila mak aku pujuk-pujuk, "lain kali ya,okay?" aku mengangguk jugak. dah besar ni, perangai suka tengok2 je, Sampai dah di offer pun kalau nak dibelikan, aku geleng je. *tepuk dahi. 

"Baiknya lah anak aku ni. Kenapa baik sangat ni?" Perli mama. Aduh. Hahaha. Tapi bab makan aku tak menolak. *nampak sangat kan kenapa pipi tuh tembam en Hidayah. 

Aku sayang mama. *semua orang sayang mak dia kecuali yang mengikut jejak tanggang. One thing becoz mama memang jadi kawan yang takkan kecewakan aku lah.

Bila orang jumpa mama, semua kata mama peramah dan happy go lucky. Dan ada yang kata aku macam mengikut jejak langkah mak aku. Yeah, I am proud of that. 

Okay, honestly tiba-tiba rasa lapar sekarang -,-"

Aku perasan yang aku dah melalut jauh sangat ni, takpelah. Release semua yang aku tak cerita dekat orang. Dah dekat SPM ni, tak baik semak-semak kan fikiran.

Kuat merepek jugak aku ni kan. Hmmm..

SPM.

Aku harap aku mampu tenang dan segala apa yang aku pelajari selama ni peroleh barakah. Amin..

Sekian, late night thoughts. Saya harap tak menyemak dan tak juga membuatkan sesiapa yang membaca annoying sebab saya dah jauh merepek. 


Sunday, 23 October 2016

Exactly 14 Days Before SPM

Hmm.. *tongkat dagu, menghadap laptop dan termenung sekejap.

Bilik masih dalam keadaan yang huru-hara. Ni betul-betul dasyat ni. Haih, Buku habis dah bersepah atas meja, beg kat lantai, kipas seiling makin perlahan disebabkan beratnya habuk-habuk yang membebani beliau. -,-"

Alhamdulillah, semalam dah habis dah event-event penting yang berjalan dekat sini. Event-event yang saya maksudkan ialah, event-event yang memerlukan untuk pakai baju kemas-kemas, cantik-cantik, banyak aksesori dan sebagainya dah habis. 

Jumaat haritu, batch Iridescent selamat graduate dengan kekuatan seramai 96 orang. Maksudnya, kami dah berjaya lalui apa yang senior-senior kami lalui dengan jayanya. Yeay! Graduated with Diploma High School. Bukan mudah nak survive, kami menangis, kami bergaduh, kami meraung, kami berguling, berlari, melompat dan banyak lagi.

Sekarang, apa yang perlu kami selesaikan ialah SPM. Yang akan datang lagi 14 hari je lagi. 

Disini saya sorotkan beberapa gambar sepanjang hari graduasi batch Iridescent. 

Dengan Najib, budak paling tinggi dalam kelas yang membuatkan kitaorang semakin pendek -,-"

Ni namanya dua orang manusia pengacau abadi hidup. Tak ubah macam hantu dua-duanya. =,="

Kesayangans dan cikgu Fizik suku masa :P
P/S: perasan tak muka kitaorang ada iras-iras semua? kecuali yang tudung kuning tuh. huhuhuhu. 

Batch Iridescent dengan kekuatan 96 orang. Tahniah semua!

Ni aku, Syaf, Misha dan Umai. Harini semua normal ya. Pakai kasut flat je. 
Pendek kata, kami batch baru yang rasmi jubah baru. Muahahaha. Adehh. So, from now, I am looking forward for next graduation. *dan aku harap, aku tak lambat lagi nak attend hari graduasi yang akan datang, In shaa Allah. huhuhuhu. 

Apa yang membuatkan aku sangat terharu ialah ada beberapa surprise waktu hari graduasi yang aku tak jangka. Pertama sekali, adik-adik kesayangan ni bagi hadiah Al-Quran dengan warna favourite aku. Ya Allah. Macam termakbul pulak doa aku. Aku tak mengharap orang bagi bunga atau coklat waktu hari graduasi,sebab bunga akan layu dan aku akan sedih. Coklat akan habis dimakan. Hehehe. Demand pulak aku ni kan. Tapi kalau next time ada yang nak bagi pun aku terima je. 

Okay, lepastuh ada yang muncul dan buat surprise jugak. Ish. Punya lah drama dia haritu kata jauh sangat nak jalan. =,=" yang itu, bukan aku je. Dengan orang lain pun sekali terperanjat. Tahniah lah Pakcik. Saya tabik!

Yang last sekali sebab mak aku still masak makanan favourite aku walaupun dari haritu lagi dia cakap macam x sempat nak masak. haish, dah suku hari graduation, baru dia bagi tahu. Uwaaa. Nak nangis aku, aku cepat sangat terharu ke dengan surprise2 berbentuk macamni? Pelik pulak aku rasa. hahaha.

Okay, tuh hari graduasi. Gambar2 yang lain masih ada dalam simpanan. Dan sebenarnya yang paling aku terkilan ialah sebab xde gambar kelas waktu haritu. entah kemana-mana tah classmate aku hari. Aku dah kata dah. Yang suka lari2 ni, kita ikat je dorang kat tiang sebelum bergambar. Baru lengkap gambar kelas.

Semalam pulak dinner batch. Hmmm. Tapi...

Nak cerita panjang pulak! Hehehe. So, aku rasa better aku stop sampai sini. Maybe, aku kene start gerak kemaskan bilik dan bersihkan sawang2 dekat kipas tuh. Huhuhu. Ada baiknya kalau aku tidur awal malam ni. Hmmm. *emoji berfikir. 

Aku yakin, in shaa Allah, Iridescent akan cemerlang dunia dan akhirat. Pendek kata, doakan kami semua ya!

Saturday, 15 October 2016

Random Post.

Assalamualaikum.

Okay, tinggal 22 hari lagi nak SPM. Memang dah kritikal sangat-sangat ni. Rasa takut tapi masih lagi x dapat nak boost kemampuan ke tahap maksimum. Well, semalam hampir seharian sakit kepala. Dengan perubahan cuaca mendadak, aku perhatikan ramai yang tak sihat. Aku bab-bab cuaca ni kalau nak effect pun sama ada kepala atau tekak. Dua-dua ni sensitif. Punya dasyat aku rasa sakit kepala tuh sampai aku ketuk-ketuk pun tak hilang lagi. Nauzubillah, aku x boleh bayang sakit kepala orang yang real migrain tu. 

One positif thing is that aku rasa aku mampu tidur awal semalam. Hmm. *emoji berfikir* ni semua sebab aku xnak telan ubat. Yelah. Paracetemol bukan boleh makan selalu. Nanti lama-lama badan lali. Elok-elok boleh makan sebiji, kene ganda dua dos ubat tuh baru boleh berkesan.

Jadi, aku just nak cakap something. "Life is full of surprises."

Lately ni, hidup aku macam terlalu banyak kejutan yang aku langsung x sangka. Ada yang macam susah nak terima, ada yang aku dah awal-awal jangka so tak ada lah surprise sangat.

However, dengan masa yang sikit je lagi ni, aku rasa risau nak tinggalkan adik-adik junior yang aku sayang ni dekat sini. 

Khabar angin bergerak lebih pantas daripada angin puting beliung yang sebenar dengan kekuatan menghancurkan dalam senyap. Mampu menyebabkan perang dingin yang mampu menyerap segala aura positif disekelilingnya. Semalam lepas habis talk, aku disapa oleh angin yang memang sepoi-sepoi bahasa membuatkan langkah ku perlahan menikmati keindahan sekolah ini. *ayat dah cukup berpuisi dah ni.

Apa pun, macammana? Risau memang terlalu banyak aku risau. Lagi-lagi dengan perang dingin yang tiba-tiba muncul. 

Tak apalah. Tolak ke tepi dulu benda tuh. Hari Graduasi menjelang tiba jugak. 5 hari lagi. Uhuk. Aku x jangka sebenarnya hari graduasi tahun ni, tapi apa-apa pun aku redha. buat rakan-rakan yang ibu bapanya tak boleh datang, jangan sedih sangat. tahun depan waktu ambik result, mohon datang sekali. boleh lah aku berkenalan. teringin jugak nak jumpa mak Umai ke sape2 jelah. 

Sebenarnya terlalu banyak yang aku nak luah, tapi tak terluah. Aku pun xtahu macammana nak cakap. hmmm...

Aku masih lagi takut. Aku tahu,  tapi aku x cuba lagi untuk memberanikan diri.

Saturday, 1 October 2016

Hello October! To the journey of SPM!

Assalamualaikum,

Dari pagi aku sibuk dah lagha sampai lah sekarang. Muahaha. Okay. Bagi sikit masa je lagi. Aku nak tulis blog ni sekejap. Sebab dah lama sangat tak update.

Well, kalau ikut perkiraan, SPM lagi 36 hari. atau sebenarnya mungkin 31 hari? Entah lah. ada pulak ura-ura yang SPM akan dipercepatkan. Fuhhh. Sakit jiwa nak fikir. Kalau lagi awal mula, lagi awal habis. Tapi masalahnya aku tak bersedia lagi. Hahaha.

Nak cerita pasal trial haritu, macam-macam betul dugaan dia. Ingat lagi waktu sehari sebelum exam sejarah. Pagi yang indah dengan air milo secawan, aku dah lah tak turun sarapan. Ha, tiba-tiba ada pelawat yang tak di undang. Monyet! Dia main cak-cak dengan penghuni bilik ni. Mula-mula aku terkejut tuh sampai nak lari ke luar bilik, fuhh. tersepak habis tumpah air milo. Tak pasal-pasal aku jadi cinderella sementara. jenuh jugak nak lap air milo tuh. bukan sikit2. sampai tumpah ke luar pintu! orang ketuk pintu tanya "apa jadi ni sampai air milo ke luar?"

Ya rabbi.tuh mula-mula ingat dah habis dah. rupa-rupanya dia datang lagi. stress aku. terkejut aku lari lah keluar lagi. kali ketiga? aku rasa dah penat, tengah aku settle kan lap lantai tuh, kat situ jugak aku menangis macam budak kecik. Sudahnya aku tak sempat habis baca dua tajuk terakhir. aku redha je keesokannya. 

Kenangan dekat sekolah menengah ni, sumpah aku takkan lupa. especially tahun ni. Yalah. kita semua makin dewasa, makin matang. mestilah perangai pun dah berbeza kan.

Aku rasa maybe hari terakhir aku ada dekat sini tahun ni,mungkin aku menangis. Hahahaha. Rindu sangat dekat diaorang. Syaf, Umai, Misha. Ya rabbi. Tiga-tiga manusia ni. Diaorang paling banyak tengok-tengokkan aku. Selalu biasanya bila aku takut nak langkah longkang. Susah betul ada kawan macam aku ni. tengok longkang kecik pun dah cuak. apatah lagi yang besar jurangnya.

Tuh tak masuk lagi pakcik fizik yang pelik tuh. Hahaha. Newly joined in the team, Hafiz. welcome to the group of weirdos. Naqib, Najib dan Hafiz. still wondering what will I do after SPM. 

Aku akui terlalu banyak perkara yang indah waktu jadi remaja. Semua ni dengan ledakan emosi. Yang kadang kau boleh kawal, kadang kau tak mampu.

Kita jadi remaja sekali je. Benda ni takkan berulang lagi. 

One thing aku rasa yang kurang best sebab kemungkinan besar graduate tahun ni. arghhh. huhuhu. aku redha je. Menunggu dan terus menunggu. Kejutan apa yang akan ada esok? Hmmm..

Okay lah,ini je yang aku nak tulis hari ni.Sekarang aku rasa aku kene buat sesuatu untuk SPM. maybe latihan SPM? hahaha.

Sincerely,
Yours, those who love me dearly. 

Friday, 19 August 2016

Things in life

Assalamualaikum.

Here am I again writing something at my blog. Walaupun tak ada orang baca, but still for my own to keep or untuk kegunaan masa depan. Huahuahua. Boleh sajo kan kalau adik-adik junior akan datang nak kisah hidup kan, apa lagi dijemput lah membaca blog ini. muahahaha.

Paling aku rasa yang akan baca mestilah Sabi! Hehehe.

So, dengan trial hari selase hadapan, maka aku pun jadi cuak-cuak semacam. busy sangat lately ni. kelas sampai ke petang bro. intensif buat latihan past year. fuhhh. Penat bro.. kadang-kadang tepu otak tahap tepung.

Okay, so nak dijadikan cerita. sebenarnya tak lama dah nak SPM. So, tak ada dah masa nak main-main sebenarnya. Memang aku rasa kurang bersedia untuk trial ni. Eeeee. kejap. aku rasa aku x bersedia langsung =,='. pelik betul jadual dia. hari kedua dah ada fizik. *garu kepala yang tak gatal* adehhh. aku ni dah lah jenis study fizik ala kadar je. stress. aku tak dapat lagi nak suka fizik. belum datang inspirasi. *atau mungkin dah hancur.* okay whatever.

Sementara untuk addmath, nampak lah aku ni merupakan pokemon yang berjaya cikgu Syamim tangkap lalu melatih aku sampai aku minat addmath. perghhh. Hebat ayat aku. Apa-apa pun, alhamdulillah aku dah dapat mencintai addmath dengan hati yang terbuka. Hopefully, aku akan dapat A dalam SPM nanti. *mudah-mudahan dapat straight A's.* AMIN!!!!

Okay, bila rujuk balik perkara di atas, *eh tetiba bunyi macam surat rasmi pulak. okay, aku terpengaruh dengan dialog diri yang mengundang kepada aku menulis blog ini.

Sesuatu yang tidak aku ingini sekali lagi telah berlaku dalam kehidupan aku menjadikan aku terdiam dan terkedu seketika. Ya, aku cuba untuk menafikan tetapi akhirnya aku tak dapat juga nak menidakkan kebenaran. ialah, macam orang suluh torchlight kan. mestilah terang benderang.

Dan dekat situ, aku terfikir. Mungkin ini ujian yang lebih besar untuk aku. Okay, nampak tak perkaitan dia dekat situ? Setiap kali nak exam, setiap kali tulah mental koyak. aku harap sangat SPM nanti aku tak diuji dengan ujian yang terlalu berat sampai menganggu konsentrasi aku. cukuplah :')

Tapi, benda yang buat aku rasa glad ialah, aku dapat tengok siapa yang sebenar-benarnya berada di sisi aku. Kawan-kawan yang sudi untuk menjadi perisai tatkala aku diserang oleh bahaya. walaupun bahaya tersebut tak menyentuh aku, tetapi sinarannya boleh dikatakan tahap sinaran gamma.

Well, masa berlalu, manusia berubah dan aku sedar perkara tu. Tapi, apa salahnya kalau aku menentang arus bukan? Alhamdulillah aku masih begini. teguh berdiri dan menjadi Hidayah yang sama seperti dulu.

Satu pencapaian yang membanggakan buat diri sendiri.

Actually not much for today. Aku tidur awal sebab pening kepala dan bangun pukul 11 malam. now, dah pukul 1 lebih. baru sempat habis kan past year PAI dengan soalan sejarah sikit2. Memang kalau nak cerita tak bersedia, aku memang x bersedia.

Tapi, satu benda yang aku tahu, in Shaa Allah dengan izin-Nya aku boleh. Selagi ada berkat dan doa dari guru-guru, in shaa Allah aku mampu.

Itulah sebabnya bila aku belajar, aku suka berguru. Aku suka bertanya walaupun soalan tuh nampak bodoh disebabkan simple dan orang lain dah tahu. Itulah kekuatan aku sejak dari dulu lagi. Ya, kita boleh berdikari untuk mencari sendiri dari buku atau internet, tapi keberkatan dari seorang insan yang bernama guru tidak dapat kita nafikan. Betul?

Dalam aku rasa patah hati yang teramat sangat ini, aku hanya berharap aku dapat melalui semua ini dengan sepantas yang boleh. Sebab aku tak berada di sini dengan lebih lama lagi :') aku nak melarikan diri dari segalanya dan melupakan semua yang menghiris hati.

Wahai kawan, yang jauh di sana bertabahlah. Wahai sahabat lama, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dalam rasa sibukmu yang juga sedang bergelut menghadapi SPM.. Terima kasih kerana masih berada di sisi.

Kafarah dosa untuk aku kerana aku masih cuai dan leka dengan tuhan. Ya Allah, ampuni aku.

Keputusan yang berat untuk aku lakukan, tetapi roda sudahpun berputar. Perkara yang sama berulang dan aku akan pergi dan terus berlari mengukir jalan baru tanpa kau. Maafkan aku atas dosa yang telah aku lakukan. Halalkan lah segala kenangan yang pernah kita ada dan secebis senyuman yang kau kongsikan. Aku bukan patung yang tak mempunyai perasaan.

Buat Syaf, Misha, Umai, Najib, Naqib, Fatin, Hakim, Sabi, Ain dan Eli.. kalian lah penyebab aku masih berdiri kukuh. Allah telah menghantar kalian untuk menjadi vertebrae yang selalu memberikan sokongan. Sampai bila kita bersahabat, aku tak pasti. tetapi kalian menyumbang kepada kedewasaan ini.

Biarkan mereka yang mensia-siakan.

Biarkan mereka yang tidak menghargai.

Apabila hilang selamanya,

Aku akan menjadi bayang-bayang yang kau sesali.

Semoga pengakhirannya merupakan pengakhiran yang terbaik. Demi SPM yang dicita, demi sahabat yang disayangi, demi cita-cita yang murni, ilmu yang dihargai dan guru-guru yang dihormati. Aku akan terus tersenyum!

Seikhlas dan setulus, Nurhidayah aka rhidanurhidayah

Saturday, 16 July 2016

Just happened to be like this.

Assalamualaikum. :)

So, hari sabtu dah tiba kembali. Minggu yang sangat meletihkan untuk kedua-duanya. Physically and mentally broken. Yeah. Aku cuba tabahkan diri sampailah menunggu hari cuti. Baru tenang sikit.

Not much achievement though since bangun pagi tadi. hahaha. baru sempat siapkan kerja matematik dan separuh handout bio. Semalam aku ingat nak start buat dah kerja-kerja sekolah. Tapi dah terulangkaji sejarah pulak dengan Sabi. Tapi tak kisahlah. Bagus jugaklah. Sebab rasa macam dah lama je aku tinggalkan sejarah ni berbanding subjek2 lain.

Too much things happen this week like seriously aku asyik2 rasa sebak sorang2 pastuh nak menangis tak lepas. Stress sangat bro. Tambah lagi dengan unnecessary thinkings semua. 

I mean like somehow, aku tiba-tiba larut dengan perasaan sedih. Why? Banyak sebabnya. Antaranya, aku terasa macam kebanyakan orang-orang sekeliling aku hanya berada dengan aku bila aku gembira je. Bila aku mampu tersenyum, tersengih bagai nak gila. Certain times, aku perasan yang orang cari aku bila betul-betul bosan je. Well, salah aku jugakkan yang layan je. So maybe dalam mindset dorang, aku ni penghibur tak ubah macam badut.

So, orang-orang yang macamtuh, waktu aku dalam kesedihan, dorang bukan kawan aku. Tunggu lah sampai aku betul-betul gembira balik baru lah korang ni kawan aku. Kalau x, aku yang akan semakin bertambah-tambah koyak hati, koyak rabak mental aku. 

Kenapa aku kata bahaya? sebab aku perasan, lately ni kalau aku down sangat2. nanti aku jadi lemah semacam. orang pun perasan aku pucat. mana taknya, terbangun tengah-tengah malam xde sebab. tambah lagi dengan benda-benda yang buat aku sedih.

Sometimes aku terfikir, kenapa lah manusia disekeliling aku tak pernah nak bersyukur? Yeah well. maybe dorang tak pernah merasa kekurangan kot, ataupun tak pernah merasa kehilangan. kan?

Apalah nak banding dengan aku ni. Siapalah aku. Sesuai ke aku nak berkawan dengan orang macamtuh? 

Semua benda ni membuatkan aku selalu ambik masa sorang-sorang layan angin yang menghembus dekat aku. Masalahnya aku tak mampu berhenti berfikir!

Tuh tak masuk lagi dengan tragedi yang terjadi sampai aku rasa macam, ya rabbi... penat lah nak hadap manusia di sekeliling. ape rasanya ya kalau tinggal dalam kelompok kucing? Kurang kot rasa sakit hati ke, rasa tak selamat ke.

Alhamdulillah masih ade manusia yang mampu buat aku distracted dari kesedihan ni walaupun aku tak cerita, dia masih boleh buat aku ketawa. Pengunjung setia bilik aku yang sudi nak belajar dengan aku. Orang yang sudi yang nak berjalan dengan aku waktu petang-petang dan sudi nak support aku berdiri bila tak stabil sebab sakit pinggang pagi2. Tolong jangan nangis bila akak dah tak sekolah dekat sini. Tolong tabah ya. :') mungkin akak kadang-kadang membuli jugak tapi akak sayang dengan korang.

coz korang membuatkan akak masih percaya yang kalau kita betul2 rasa sayang dekat orang, kita akan luangkan sedikit masa kita untuk mereka walaupun sesibuk mana. bukannya lari ke mana-mana bila bosan atau pun sibuk sampai nak mesej kita "saya sibuk. bila ada masa kita borak ya." pun x mampu. saya tak boleh terima :')

Somehow bersyukur coz tiba-tiba kawan lama aku contact balik. Rasa macam Allah hantar kawan aku ni tepat2 masanya. Terima kasih kawan. Rasa lega dapat bercakap dengan kau semula. 

Well, panjang pulak aku emo ni. So back to my life, ada banyak benda yang aku kene buat untuk assignments. habis lah aku minggu depan. Penyek lah aku. hahaha. Mana taknya. dengan all those bengkel SPM + assignments + hafazan + K3M + FSC yang semakin mendekat. Moga bertabah ya semua. hahahaha. hopefully aku cukup rehat lah.

So, shall we start back our mission? 









Saturday, 9 July 2016

Random thoughts

First and foremost, Assalamualaikum. :)

I guess aku tergesa-gesa sangat nak balik rumah haritu sampaikan aku tertinggal diari aku dekat rak buku. huhuhu. Serves you right sebab x kemas awal-awal malam tu. Well, tak apalah. Atleast aku masih ade medium untuk menulis dan meluahkan apa-apa.

To be honest, aku x sangka pulak dah seminggu aku bercuti dekat rumah. Guess what? Banyak lagi 'pakej percutian' yang cikgu2 bagi tapi aku x siapkan. Huhuhu. Apa boleh buat. Mood nak mereput tu lagi kuat daripada mood nak buat kerja.

For sure one thing yang aku lega sekarang is that, research aku finally done. Along with the poster and aku rasa semua benda dah begin nak okay. :) betul cakap kawan-kawan aku selama ni, it is just a matter of time. mesti ada hikmah di sebalik semua ni. dan ternyata selepas malam tu, seekor kucing yang dah selama ni duduk dalam jantung aku akhirnya keluar dengan relanya. 

Oh! baru aku perasan. agak lama jugak ya aku x menulis dekat blog ni. Sebenarnya dah naik sem 4 dah pun. suasana baru, roommate baru, jadual baru, kelas intensif dengan orang-orang baru. semuanya masih aku ambil masa untuk sesuaikan diri. something yang buat aku rasa lain sangat ialah dah berjauhan dengan junior2 sekalian. uhuk.

Pada mulanya aku rasa dah berputus asa untuk melaksanakan sebahagian daripada impian aku pada daun-daun di pokok aku tuh sampaikan aku x tampal2 lagi dekat board bilik aku yang sekarang. hmm. nampaknya balik hari ahad ni, kenelah aku tampal balik.

AHAD??? alaaaa. dah nak balik dah rupa-rupanya :( alamak. lagi busy lah rutin lepas ni. kenapa?? yalah. awal2 pagi kena siap cepat2 sebab nak turun breakfast, tengah hari mesti setengah jam luang masa untuk lunch dan petang kene turun DM awal2. sebenarnya, aku tak suka sangat duduk DM. sebab ramai sangat orang. kang x pasal2 aku rasa awkward tak tentu pasal.

So? ape aku nak buat balik sekolah ni?? Hmmm. benda yang paling terdekat aku perlu bersedia ialah, of course exam K3M! and right after that, FSC pulak. wow. ini satu lagi event yang ramai orang. ehem. aku memang lah suka jumpa orang. tapi yang ramai sangat ni kang tersesat kemana-mana pulak. as if, ramai orang dah makin meninggi dari aku, yang datang tuh pulak tinggi2. huhuhuhu. ape aku merepek ni? Ya Ampun. hahaha.

okay2. so, approximately sebulan after FSC tuh trial pulak. cepatnya masa berlalu. well teapot! i guess nanti bilik kita akan penuh ditampal dengan nota-nota sekalian. biar bangun awal2 pagi celik nampak nota dulu. kalau dah hari2 nampak, in shaa Allah ingat. Amin,...

Tapi kan..

Semakin jauh aku pergi dan aku menimba ilmu, semakin aku sedar, ilmu dapat mengubah perspektif dan cara kau berfikir. I mean like, hidup kau seriously akan jadi lebih tenang. Aku rasa mulai dari sekarang, aku akan aplikasikan cara aku belajar both chemistry and biology dalam semua subjek yang aku belajar. Well, the only key is that jangan pernah merungut.

Boleh jadi perkara yang kau paling benci, itulah perkara yang kau akan suka nanti. Well, kalau asyik bergaduh dan bencikan orang pun boleh tersuka, takkan subjek pun x boleh kan? hahah. cuma kau takdelah bergaduh bertekak mulut. maybe boleh struggle buat latihan banyak2?

Somehow aku memang nak habiskan tempoh belajar aku ni dengan selaju yang boleh. Ade misi yang x selesai dan aku bercadang nak sudahkan dalam masa 6 tahun dari sekarang.. lama ke lagi 6 tahun tuh? hmmm..

Mungkin selepas tuh kalau ade rezeki, baru aku fikir nak sambung belajar lagi ke x. alaaa. belajar x semestinya kene masuk uni kan? boleh je belajar sendiri.tapi, cikgunya nak cari kat mana ya??

Just thinking. So I guess, selamat berusaha!



Saturday, 28 May 2016

Cuti Akhir Semester 3-Final conclusion and my feelings.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Tak sangka finally aku dah ade dekat rumah. Semalam merupakan hari terakhir aku berada di sekolah untuk semester 3.

Masa berlalu, adik-adik kesayangan aku semakin membesar menggantikan zaman aku sewaktu kecik dan x matang dulu. Tapi aku rasa mereka patut bersyukur. Atleast ada seorang kakak yang dah ada pengalaman untuk diceritakan kepada mereka.

Tinggal lagi satu semester je and aku akan graduate sebagai pelajar kolej. Like seriously, dulu aku xpernah terfikir pun yang aku akan jadi senior di tempat lain selain daripada SMK Darul Ehsan. Now, aku di tahun akhir. Tak di nafikan too much things happen mewarnai hidup aku x ubah macam novel. Apa-apa pun, minggu ni especially start Selasa tu, aku terlalu banyak buat throwback terutamanya dengan Sabi. However, kami masih gagal mengingati bagaimanakah kami berjumpa buat pertama kalinya. 

Pelik jugak aku tak ingat. Sebab biasanya orang-orang yang significant dalam hidup aku mesti aku ingat. Hmmm. Alahai tak apa lah Sabi. Yang penting kita dah kenal. Tak ada apa-apa yang dapat ubah perkara itu. Hehehe.

Ada beberapa perkara yang aku sebenarnya risau bila aku pulang sekolah untuk semester ke-4 ni. Of course salah satunya aku akan berasa sedih..

1.Sabi.
Memandangkan semua level 2 akan dipindahkan ke blok lain sebabkan dah nak dekat SPM, jadi aku risau aku akan terpisah jauh sangat daripada Sabi. Tak apalah. Aku akan tetap berdoa supaya Sabi dekat juga dengan aku. Kalau x kesian lah dia duduk jauh. Xkan nak mendaki hari-hari??

To be honest, maybe aku akan nangis kalau dipisahkan jauh dari Sabi. Dulu duduk depan bilik pastu semester ni satu aras. Kalau dia takde, sape yang nak melawat bilik aku? Bukak laci keramat aku dan makan snek sama-sama? Uhuk. Sape nak buat aku rasa macam aku seorang kakak?

Baru-baru ni sempat lah ajar dia sikit addmath and yes! aku dah berjaya buatkan dia minat dengan buku bio. Aku ni patut jadi promoter barang tahu. Tapi yang pasti bukan mi segera ya! Ade je manusia yang ketuk bilik aku tanya pasal mi segera. Semua aku cakap tak ada walaupun ade. aku bukannya nak jadi bussinesswoman. -_-

Apepun, perkara tergila yang kita buat semester ini bukanlah cadangan memakai baldi tatkala tiada payung, tetapi apabila kita seia sekata memakai kain batik ke prep dengan seluar slack sampai jadi perhatian orang ramai! huh.

Masalahnya kita tak berniat nak cari publisiti murahan. ianya just nak cuba rasa jadi orang dulu-dulu. macammana pergi sekolah pondok ke mengaji pakai kain batik malam2?

2.Eileen.
Roommate yang paling gigih mengejutkan aku pagi-pagi terutamanya waktu hari sekolah.Terima kasih Eileen. 

Sorry sebab susahkan tau. Especially dua minggu terakhir semester 3 ni. Akak memang terpaksa sangat tidur lambat. Sampai pagi, akak dengar orang kejut, tapi badan x terdaya nak gerak. Dah nama pun tidur pukul 3 4 pagi.

Eileen ni lah roommate aku yang biasanya melayan je aku bercakap. Minatnya lagu-lagu Westlife dan bestfriend dia  Amira yang ada bela harimau peliharaan imaginasi warna pink macam aku. cuma harimau dia besar dan xde kuase elektrik. maksudnya harimau dia comel je lah.

Paling gempak roommate aku ni, dia paling dasyat membawa kepada moment2 suspens dalam perjalanan cerita hidup aku. Bukan aku je. Orang lain pun sama juga terkena dengan dia ni  >_< 

Pendek kata, masa berlalu sekejap sangat dengan dia. Thanks and sangat berbaloi tunggu dua minggu dengan penuh debaran sampai mental koyak dan menangis. Maybe akak takut sangat. Tapi Tuhan dah bagi yang terbaik. 

Kalau jodoh kita panjang nak jadi roommate, kita jumpa lagi okay? In shaa Allah.

3.Kipas seiling.

Ni pun satu benda lah yang aku rindu. Kipas seiling yang selalu je "bercakap". Selagi ada sumber elektrik, selagi tu dia bercakap.

Mula-mula masuk tuh, aku risau jugak. Takut2 nanti hilang pendengaran pulak lama-lama sebab pencemaran bunyi. tuh pun salah satu penyebab aku menangis sebab stress first two week duduk sorang2.

Tapi, bila fikir-fikir balik. Kipas tuh lah peneman tatkala suka dan duka. dan beliau lah yang menceriakan bilik tersebut. Oh kipas! aku akan merindui kamu nanti.

4.Wing A50
Tamatnya semester 3 berakhirlah tugas aku sebagai akak ketua wing. menguruskan wing yang penghuni yang paling sikit  dan kesemuanya junior merupakan salah satu kenangan buat aku.

Al maklumlah. satu-satunya manusia level 2 kat situ kan. boleh lah aku acah senior. :P

Apa2pun, aku akan ingat moment2 aku kumpulkan penghuni wing aku dan buat rollcall sambil bersila depan bilik makan keropok. Atleast sejam juga lah aku membebel. Maafkan kalau buat silap ya!

5.Zaman sekolah menengah yang semakin ke penghujungnya.

Rasa macam tak ready nak tamatkan zaman remaja ni. Lepas ni dah x boleh dah nak jadi budak2. *maybe dengan Sabi boleh.

Bak kata Syakira, memang kita menangis, bermandi peluh, x cukup tidur, mental koyak. tapi lepas ni kita tak rasa dah jadi budak sekolah menengah. something serious waiting forward for us.

Jadi azam aku naik cuti semester ni, aku nak enjoy jadi senior!Oh ya. Walaupun aku terkilan banyak perkara semester ni, masih ada perkara yang dapat ubat kekecewaan aku tu.

Alhamdulillah waktu penutupan Multiple Intelligence Aspiration Week(MIAW) tuh bahagian intrapersonal, aku menang first prize diikuti dengan sape tah lepastuh Umai. Cerpen Mencari Erti. Alhamdulillah.

However, debat final aku kalah. actually aku x kisah kalah atau memang. but bila tgk borang permarkahan, aku jadi down. sebab aku tahu, akulah penyebabnya kalah. Sorry Farhat. Sorry Najib. aku x buat apa yang terbaik untuk korang.

Maybe aku x sebaik tahun lepas. tapi terima kasih sebab berikan peluang untuk aku berdebat di final senior year.
Sejak bila kau pandai tutup2 mulut bila gelak ni Hidayah?

Perasan tak muka kami macam ade iras adik beradik? Ape pun mereka ni memang gempak.

sorry sebab kita kalah. kau bahagia Najib?

Alhamdulillah. Mari kita merenung masa depan debater sekalian.
Seia-sekata sehati dan sejiwa pakai biru. hehehe.
K4 in action. Still incomplete. Praying that one day our class will have a picture with complete classmates --"
Muka-muka bahagia tak sabar nak balik. Sabi, Kira, aku and Lisa dekat depan. some of those that rapat dengan aku. Pengubat duka lara


May Allah bless all of us. Semoga semester akan datang menjadi semester yangl lebih baik dari sebelumnya..

Menangis tengah-tengah malam, memekak nyanyi lagu jiwang, mental koyak pasal research sampai duduk terjelepuk depan bilik menangis sebab tinggal beg yang ada kunci dekat depan ds sampai hujan ribut x ambik2. sampai lah Umai, Syaf, Misha semua datang cari aku kat bilik. sebab x normal langsung aku yang turun makan selalu ni xturun makan. biasanya aku heret dorang sekali. prihatin jugak ya mereka dengan perut aku yang berkeroncong ni. hahahaha. Alhamdulillah ade kawan2 yang begini! kalau tak mahu aku mogok makan haritu lepastuh mengamuk lapar malam. dahlah hujan senang buat aku lapar. 

Terlalu banyak episod sedih untuk semester ni. But supportive people keep me going.They are songs to my heart. Cinta-cinta hati yang aku harap sampai ke jannah. 

Sekian, sampai menulis lagi. =)

Sunday, 22 May 2016

Semester 3 hampir ke penghujungnya!

Tengah-tengah malam macamni tiba-tiba aku hyper pulak. Overdose minum milo sejuk tak? hahahaha.

Alhamdulillah. Isnin tinggal paper Chemist je lagi. Memang lah tiga paper lagi. Tapi aku rasa happy sangat-sangat! Chemist merupakan salah satu subjek favourite after Biology. Tapi tak dinafikan exam kali ni sumpah tough gila. Semput aku.

Malam ni nampaknya aku buat perangai lama aku balik. Belajar tengah-tengah malam sambil layan lagu jiwang. Fuhh. Best gila menjerit malam-malam nyanyi lagu jiwang. Nasib roommate aku dah tidur. Kalau tak mesti mengganggu jiwa raga dia je. Kalau boleh nak je aku berpusing-pusing sekali dalam bilik ni. *cepat sangat ke gula dalam badan aku ni dibreakdown?

Macam sekarang ni pun aku dengar lagu "We don't talk anymore" siap letak dekat status whatsapp. jadi kontroversi jugak sampai Sabi tanya, tuju status tuh dekat sape? Tuju dekat sape pulak? Lirik lagu je. Susah nak keluar lagu tuh dari kepala otak aku. Jadi, aku pun tulis dekat whatsapp.

Just a short conclusion pasal semester ni. Overall ianya memang cukup GILA!

Too much things happen. Drama gila and banyak plot twist. Sangat-sangat plot twist. Sampai aku rasa dah ikut terpusing-pusing sekali. Sekarang aku tak sabar nak menunggu minggu hadapan. Hari Khamis in shaa Allah balik!! Yeay.

Yelah. Cukup-cukuplah drama dekat sekolah. Biar aku berdrama dekat rumah pulak. Bestfriend terbaik dunia dah tak sabar nak tunggu aku balik.

ape2pun, good luck lah untuk chemist isnin nanti. huhuhu. okay. hyper aku dah kurang sikit. 

Wednesday, 11 May 2016

Your smile :)

Emotional deeply alert. Tak tahulah betul ke tak ayat ni, tapi aku personally fikir begitu. 
Sebelum aku tidur ni, aku rasa hendak menulis sekejap. Rentung hangus otak belajar kalkulus malam-malam buta ni.

Senyuman. Ya. Itu yang aku nak cuba bincang malam ni sikit.

Somehow, aku sangat suka perhatikan gambar orang. Especially orang-orang yang sangat dekat kepada aku. Mostly, aku suka perhatikan gambar sebab orang biasanya akan sedaya upaya nak senyum kan? Hahaha. Aku pun macam tu jugak.

Mama suka sangat simpan gambar-gambar candid aku. Semua dia abadikan dalam album sampai penuh beralbum-album dekat rumah. Perghh. Gambar dari aku baby sampailah kakak aku kahwin semua dia simpan. Paling aku rasa tak boleh blah, banyak gambar candid yang aku rasa aku x sanggup nak tengok pun. lebih-lebih lagi kalau gambar aku senyum nampak gigi-gigi aku yang mak aku gelar gigi arnab or gigi kapak tuh.

sebab tuh lah kalau perasan gambar aku sekarang jarang senyum nampak gigi melainkan aku happy gila-gila nak mati sampai kalau senyum tak nampak gigi sakit pipi.

Tapi, bila aku fikir-fikir semula, aku dah jadi macam mak aku. memerhati di sebalik gambar.

Senyuman yang ikhlas atau tidak. Sama ada dalam senyuman itu ada rasa sunyi atau sedih, aku rasa aku dapat rasa benda tu. 

Aku sanggup penuhkan laptop aku, fone aku dengan gambar-gambar. Supaya aku dapat cari gambar yang terbaik antara semua untuk mengubat rasa rindu aku pada orang-orang yang aku sayang dan aku rindu.

Dan apa yang aku paling hargai ialah memori.

Jadi, senyumlah. Sebab aku akan tersenyum juga. 

Eh, tunggu sekejap. Kenapa senyuman tu yang kau berikan? bukan yang itu. bukan! aku nak yang betul-betul ikhlas dari hati kau. bukan penuh dendam atau rasa sedih dan sunyi.

Dan aku terus mengkaji senyuman di balik gambar-gambar itu.

Monday, 18 April 2016

Kemanakah hilangnya inspirasi??

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah kem Jambori 2016. Nampaknya, satu lagi event penting berlalu pergi meninggalkan aku. Wah, setelah tarikh terakhir aku menulis 20 Februari yang lalu, malam ni baru aku sempat menulis.

Itupun sampingan sebelum aku tidur, sempatlah aku baca fizik sikit. Btw, exam dah dipercepatkan. Uhuk. Kejang otak aku nak fikir banyak-banyak. Kem Jambori tu pun baru habis petang tadi. Percaya atau tidak, aku terpaksa heret buku sekali walaupun aku rasa aku tak dapat nak baca banyak pun. paling habis pun lepas satu muka surat.

Serious penat sangat! kecenderungan aku nak tidur sangat-sangat tinggi. Halahai! Sabar ajelah.

Apapun, sebenar aku baru je melalui fasa broken melampau sekali lagi. Sampaikan sakitnya tuh memberikan kesan sewaktu aku nak bangun pagi. 

I mean like sekarang ni aku sedang menghadapi masa-masa yang sukar. Semua benda sedang bergerak dan berubah disekeliling aku and apa yang merisaukan aku sekarang ini ialah menjelangnya exam dua dalam 15 hari!!

wow, maksudnya aku ada banyak silibus untuk ulangkaji setiap subjek! Fuh. Berpeluh aku nak fikir macamni. 

Entahlah. Sejak tahun 2016 ni, aku sedikit sebanyak kehilangan diri aku yang dulu. Aku jadi lebih sensitif dan kuat menangis sebab aku sukar nak pendam perasaan aku. Aku sedih ke, sakit hati ke, aku nangis aje.

Tapi, punca aku menangis tahun ni beza sangat dengan punca aku menangis waktu tahun lepas. Sampaikan aku rasa, "hei, kenapa aku menangis sebab benda ni pulak?"

Apapun..

Ke manakah hilangnya inspirasi?

Ke manakah hilangnya senyuman mesra aku?

Ke manakah hilangnya gelak tawa aku?

Ke manakah hilangnya aku yang dulu?

Ini yang membuatkan aku tertanya-tanya setiap kali aku melihat bayang diri aku sendiri dalam bayangan situasi tahun lepas.

Setelah lama aku tak berpeluang nak main piano, baru dua tiga hari ni aku berpeluang semula. Eh? berpeluang atau baru aku hendak ambil peluang? Entahlah.

Dan lagu yang cuba aku mainkan tak lain dan tak bukan God Knows, Haruhi Suzumiya.

Aku sebenarnya agak sensitif dengan lagu tuh, sampaikan kalau aku rasa gelisah malam-malam atau masa-masa tertentu aku akan pasang lagu tersebut dalam versi piano.

Satu ketika dalam seminggu lalu, malam sewaktu masa prep. emosi aku sangatlah tak stabil. sebab aku tend to macam nak mengamuk daripada buat kerja sekolah.

sebab mungkin terlalu banyak perkara yang aku pendam dalam fikiran ketika tuh sampai aku rasa tak happy nak buat kerja sekolah.

tiba-tiba lah Naqib ni nak mengacau aku jugak. biasanya dia buat cara lain, tapi malam tu tak berkesan langsung, *biasanya tak berkesan sangat pun* akhirnya dia pasang lagu God Knows, Haruhi Suzumiya versi real punya. Wah, macam dia tahu je lagu tuh significant pada aku.

Tak lama lepastuh mula lah aku buat kerja semula. apa yang buat dia terkejut tuh, sebab aku mampu ikut lagu tuh dari A-Z. i mean like, pelik sangat ke? mungkin dah lebih seratus kali aku dengar. dan lagu-lagu yang melibatkan emosi aku selalunya akan terpahat lebih kukuh dalam ingatan.

lagu-lagu menyimpan kenangan lebih baik daripada medium-medium lain. malah dapat mengalahkan penulisan. sebab aku perasan, setiap lagu yang aku dengar dalam timeline hidup aku seolah-olah perakam semulajadi. jadi, bila aku dengar lagu2 tertentu, lagu tuh lah menyimpan segala memori aku baik suka mahupun duka.

dan yang mana lagu yang aku suka itulah salah satu inspirasi aku.

tapi persoalannya, manakah inspirasi aku selebihnya?

hilang dibawa angin? direntap ego atau disambar jarak?

aku tak tahu. mungkin malam ni aku terlalu emo.

semoga aku mampu bersedia untuk perang exam 2 dalam masa singkat ini.


Saturday, 20 February 2016

Sekilas lalu kerenah aku dan rakan-rakan sekelas.

Assalamualaikum.

Aku tulis entry ni sebenarnya nak bagi kawan-kawan sekelas aku baca sesuatu. Kiranya ini adalah entry penghargaan buat mereka yang pelbagai perangainya. :)

Masih lagi terasa sakitnya pinggang, lutut dan belakang aku akibat impak jatuh terhentak semalam. Tengah PJK main cross over tuh, silap rempuh ditolak, aku hilang stability dan jatuh terhentak pinggang. Pitam sekejap.

Macammana aku pitam? aku x sempat nak search lagi dari sudut perubatan. tapi, aku rasa aku jatuh sebab aku tiba-tiba kebas seluruh badan. macam, kalau kau terhentak bahagian siku. Funny Bone. bila terkena pada titik ni kau akan rasa kebas seluruh tangan. mungkin titik pada tulang belakang aku terusik menyebabkan aku tiba-tiba kebas sampai pitam sekejap.

aku rasa badan aku dipegang. diriba dan air mata aku mengalir sebab kepeningan. tapi bila nak bergerak aku x mampu. situasi ni berlaku dua kali tahun lepas. sekali, bila aku berlari dengan laju dan akhirnya menghentam pintu kaca tuh sebab tak nampak, dan sekali lagi bila aku masuk tarik tali tahun lepas.

sekarang, aku rasa sakit lagi. huhuhu.

apapun, sebab aku nak menulis benda ni adalah terinspirasinya daripada Umairah. *eh? apahal pulak tiba-tiba ni?

okay. sebabnya begini. tiba-tiba waktu aku dah bukak mata lepas pitam tuh dia cakap "kenapa aku rasa macam pernah jadi eh?"*seperti mengingat sesuatu. "Haaa! waktu kau langgar pintu kaca tahun lepas! aku ada waktu tuh."

aku masih ingat lagi tahun lepas. waktu badan aku kebas tak boleh bergerak waktu pitam tuh, aku masih boleh mendengar. dan aku dapat rasa tangan aku drastik mendadak sejuk. macam semalam.

mungkin x cukup darah sampai keseluruh badan aku waktu kedua-dua kejadian.

Terima kasih kawan-kawan untuk perhatian yang anda curahkan semalam. macam-macam kerenah mereka waktu aku pengsan tuh. yang paling aku rasa kelakar, Mojik(Luqman) boleh pulak hasut aku pergi PK banyak kali? hahaha. lepastuh semua orang pulak kata dia macam care kat aku. *care lah sangat. sebenarnya nak join sekali kan pergi PK? hahaha.

jadi, hampir satu jam sebelum aku rasa menggigil separuh badan tuh hilang.

paling x boleh blah, umairah cerita dekat cikgu Alin pasal aku terlanggar pintu tuh. cikgu macam nak tak nak je percaya. tercerita pulak pasal kucing beliau.

"Macam kucing saya pulak. lari laju2, lepastuh langgar sliding door. pening2 kucing tuh jadinya"

Mungkin kucing tuh rabun silau tak macam aku? hahaha. kucing..kucing. pergi buat spect okay?

so, entry khas ni, aku tulis kan buat 4 orang special, yang menjadikan aku 5 beradik unik dengan mereka. yang lain2 aku buat lain kali ya?

1.Syafiqah.
-Nenek tua yang suka bercerita. Mostly pasal movies yang dia tengok. Kalau dengan aku membebel dia boleh tahan lah. sarkastik dia boleh tahan jugaklah sampai koyak mental. paling power, Naqib takut dengan dia sebab dia kecik  tapi kalau menyepak orang kuat wooo. hahaha. almaklumlah ada silat gayung kan. wuuuuu. Nenek, kalau baca benda ni nanti kau ajar aku silat tau. 

pernah sekali dia sepak Naqib pasal dia tuang air atas kepala Syaf. hahahaha. kene sekali flying kick dengan kawan tuh.

dia nilah yang paling aku rasa sayang, rasa nak cekik, rasa nak tampar. semua dekat dia. kiranya, dalam 5 beradik ni dialah yang paling garang. macam Angah. hehehe. tapi, aku dengan dia ni tertukar2. kejap, macam dia lagi tua. kejap lagi macam aku pulak. hadoi.

2.Umairah
-16 tahun. imaginasi kuat. aku paling suka bila dia kata dia nak bina kapal terbang kaca. dia suka buat aku terhibur. kadang-kadang dengar dia bercakap pun aku boleh ketawa. kiranya kalau aku sedih ke apa, sekarang ni aku turun bilik dia je. unsur2 saspens pada dia sangat banyak. dan kadang2 blur sikit. lain aku cakap, lain dia cakap. hahaha. 

teringat lagi beberapa hari lepas, tengah malam. tiba2 dia cakap dengan aku. "Hidayah, dalam bilik ni, ada benda yang sedang bernafas selain daripada kita berdua."

ini sumpah cakap weh. aku rasa seram waktu tuh. aku pun cuba husnuzon sambil kata "Kucing ke?" sambil ketawa teragak-agak. "kau ni agak2lah kalau kucing aku nak sumbat mana? dalam beg?"

aku tanya2 lagi. sebab semakin seram. alahai. rupa-rupanya..

"pokok lah hidayah. xpelah."

aku pun teringat sesuatu. oh! mesti dia bawak alga kampucati. *ni pun aku gelak jugak. especially bila dengar dia bercerita pasal alga kampucati tuh. uhuk. hahahaha. kiranya, umairah ni selalu buat aku terhibur lah. btw, rumit betul penjagaan alga kampucati tuh. huhuhu.

well, dalam 5 beradik ni dia lah paling x matang. macam adik bongsu lah kiranya. dia ni senang buat aku terhibur. bila aku sedih, mental koyak, bila dia lah aku lari. sebab betul2 bawah bilik aku je! hahaha.

PS: Umai, nanti bagi link blog kau pleasee. hahaha

3.Naqib.
Ini manusia yang sorang ni sebenarnya sama je dengan orang jerami. *gelaran ni Syaf yang bagi. sebabnya dia ni mostly tak ada perasaan pun. dia tak faham pun perasaan orang. setahun jugaklah aku terseksa sebab dia dalam kelas selalu melukakan perasaan jiwa raga aku..

tapi, tahun ni dia dah lain sikit. *tepuk tangan. dia dah jadi macam abang aku yang xpernah aku ada. bersama kembar bukan adik beradiknya. *nanti aku tulis dalam perenggan seterusnya. sebabnya dia berlagak macam manusia yang paling cool nak handle manusia yang sensitif macam aku. hahaha.

sebab dia kata, aku special case. macam fellow friends anime dia yang lain. cuma, katanya otak aku ni resistance kuat. x mudah diracuni. nak buat macammana babe. aku ni trendsetter. bahaya kalau senang dipengaruhi.

sebab kalau tak, siapa yang pengaruh aku dapat pengaruhi orang lain jugak.

walaupun dia manusia yang x faham apa perasaan orang lain sebab dia orang jerami, tapi, bila aku sedih, aku x okay. dia lah yang akan datang. tarik kerusi dan tanya apa-apa yang dia rasa berkaitan. ataupun paling x boleh pun dia buat lawak hambar dia tuh sampai aku gelak terkekeh-kekeh. *bila mental koyak, benda x berapa lawak pun kau gelak sampai macam nak tercabut tekak.

bila aku tanya, kenapa dia sibuk ada kat mana aku ada, katanya sebab aku special case. dan dia dah lama sangat perhati aku. hahaha. tapi mohon lah yang lain baca jangan salah faham. kami x couple ke apa. just macam adik beradik. sebab bila aku rasa nak jadi budak2, dia lah yang aku kacau. sebab dia suka kacau aku dalam banyak keadaan.

4. Najib.
Najib. Naqib. ha. macam kembar lah diaorang ni. harini dua2 pakai kemeja pink. comel pulak aku tengok. dah lah dua2 tinggi. terhibur harini! hahaha. Najib ni macam kembar Naqib yang totally opposite. kalau Naqib xde perasaan, Najib sangat2 lah memahami. so, kalau aku bercakap dengan dia, or randomly senyum. memang dia sangat2 memahami! oh. untungnya dapat dua2 manusia ni umpama abang2 kembar aku. biarpun aku lagi tua. masalahnya mereka tinggi sangat. jadi, aku jadi kecik. hehehe.

aku paling enjoy bila menyanyi dengan dia. coz selalunya kami akan random je. gila2 sikit dengan Najib and bila satu grup, kami akan okay. get along. memang kalau tiba2 aku nak jadi budak2 mengada sikit pun pergi dekat dia. even kalau barang aku dah banyak sangat. *maximum 4 buku tebal kat tangan, aku akan campak kat dia dua. hehe. acah2 buli. thanks sebab faham aku..

Jadilah kalian abang kembar pada aku! hehehe. oh, dah lah minggu depan kami satu team debat! chaiyoookkk.

PS: seminggu eh kau cabar aku pakai tudung bidang 60? nanti aku pakai tau. teringin jugak nak merasa. in shaa Allah. belanja eh nanti? hehehe.

So... sebenarnya post ni aku taip waktu rabu lepas. sekarang dah sabtu. ni. semua post yang kat atas ni.

jadi, aku nak sambung sikit lah apa yang terjadi sepanjang seminggu ni.

jatuh, pitam, menghabiskan merentas desa sambil berpimpinan dengan Yana. jadi orang terakhir yang menghabiskan merentas desa. wah. aku memang x fit! >_< bak kata Naqib, fitness training aku perlulah berdasarkan training budak 12 tahun punya. *nampaknya aku perlu dilayan macam budak kecil lah lepas ni.

semalam pulak, Najib dan beberapa lagi dalam kelas cikgu cop buat kelas kecantikan pulak waktu kelas fizik! hahahaha. kelakar lah.

dan, macammana aku jadi protective gila dengan bendera sapphire. *aku rasa orang lain x faham macammana aku jadi protective sangat melainkan Najib. huhuhu.

so, goodluck sayang2 sekalian untuk exam. moga2 kita tabah ya!!! nanti buat study grup sekali utk beradik lima. huhuhu.




Tuesday, 9 February 2016

Masa yang begitu pantas berlalu.....

Assalamualaikum.

Well. Dah lama jugak aku tak update blog ni. hahaha. Apa-apa pun, aku lega sangat dah balik rumah. Maklumlah, dekat rumah je lah tempat bermanja-manja dan nak jadi budak-budak semaksimum mungkin. 

Walaupun hari rabu minggu lepas dah officially 17 years old, masih lagi nak jadi budak-budak tuh memang ada. I guess tak cukup membesar lagi kot. hahaha. Apapun, berkaitan tajuk ni, aku tetap rasakan ianya sangat-sangat lah betul.

Apa yang mak aku selalu ulang-ulang, "Masa akan berlalu, dan berlalu dengan pantas."

I mean like, sedar macam berlalu pantas. Tapi semakin sedar bila aku join hari graduasi jumaat lepas. Erudite dah officially graduate. Sedihnyaa. Hahaha. Farewell Erudite. Moga tahun ni Iridescent pulak mencipta nama. kalau tahun lepas hanyalah nama, sekarang dah jadi legend pun.

Eh? Apahal pulak aku pergi tengok hari graduasi? fuhh. panjang ceritanya kenapa. tapi aku rasa seronok tengok mereka bergraduasi. macam, segala-galanya penamat bagi perjuangan mereka di institusi kesayangan kami ini. ada sesetengah individu yang berjaya membuatkan mata aku berair sebab aku nampak kelegaan di wajah mereka yang penderitaan mereka bergelut dengan diri sendiri dah berakhir.

Hakikatnya, masih terbentang perjalanan yang luas dihadapan mereka. Sama seperti aku. Hari tu jugak aku rasa darah aku tiba-tiba bersemangat. berkobar-kobar macam aku yang nak graduate.

Mujur cikgu Alin cakap, "eh awak ni mana boleh graduate lagi. hahahaha"

x cukup umur lagi lah nak graduate. *tutup mata, tutup muka.  untunglah orang tuh sebab dapat graduate di usia muda. sama umur macam aku tapi dah graduate. aku ni umur dah terlajak baru nak masuk sini memang lah kan. *uhuk2.

sebulan lebih berlalu dan macam-macam dah terjadi dalam hidup aku. yang penting dipenuhi dengan sinetron sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Bersempena dengan fenomena El-Nino yang membawa angin panas dan kering, dah dua kali aku menghadapi demam dan sakit yang teruk. bukan sorang-sorang pulak tuh. berjemaah dengan rakan-rakan sekelas. fuhhh. hari-hari telan ubat demam, dah malas dah nak pergi pk. 

paling drama sinetronnya tuh adalah, tepat waktu birthday aku tuh, nak pergi pk, pk pulak tutup! Masya Allah. kesian kawan aku tuh. hahaha. 

yang peliknya, bila hari graduasi tuh, aku dah hampir pulih sepenuhnya. bila balik rumah, eh? dah x sakit lagi? alhamdulillah. barangkali benar bahawa aku homesick+ stress. mana taknya, assignment bertimbun ya Allah. bertambah pulak dengan kau sakit lagi. hah, memang tak boleh nak buat apa melepek je atas katil telan ubat.

oh, lupa nak cakap, Alhamdulillah, dah dapat pun roommate. itu yang paling penting. semoga dia bertabahlah duduk sebilik dengan aku sampailah ke pertengahan tahun dan kalau bertuah sampai ke hujung tahun. hehehe.

dua benda yang paling mengejutkan aku ialah apabila tiba-tiba aku dilantik menjadi Naqibah dan Ketua wing untuk tahun ni. fuhh. semput bila fikir dapat kedua-dua jawatan sekaligus.

tapi, Alhamdulillah dipermudahkan setakat ni. dapat adik-adik yang sangat memahami di wing tersebut. bila fikir-fikir balik, rasanya wing kami yang paling ramai junior. dan aku adalah satu-satunya senior paling tua disitu. *dahlah rasmi 17 tahun kan. hahaha. 

so total senior kat situ, sorang foundation 3, dua foundation tuh dan aku je yang level 2. hahaha.

bila buat perjumpaan wing dekat depan koridor, *ngek kan aku? depan pintu tuh jugak lah nak buat perjumpaan. tak apalah asal kami bahagia. semua perkataan aku akan dahulu kan dengan "akak" ini "akak" itu. wah. best betul. nasib aku x amalkan seniority.

untuk adik-adik dalam kumpulan usrah dan rakan sebatch, aku mintak maaf. aku sedang cuba memperbaiki. agak sukar dan mencabar, aku tak nafikan. tapi akan aku cuba.

mungkin aku masih culture shock dengan semua ni. hati tuh masih nak jadi budak-budak. nak dimanjakan macam tahun lepas. tapi sekarang kau yang jadi paling tua. hmmm..

tapi, aku pun rasa jugak penangan dia bila aku lihat segala perubahan di sekeliling. orang-orang baru. benda ni paling aku rasa bila aku turun dewan makan. kekosongan yang ada dipenuhi oleh sesuatu yang asing.

buat roommate baru, Eileen, hahaha. thank you sebab tinggalkan nota sweet dengan bear putih kecik tuh untuk teman akak waktu birthday sebab Eileen balik. terharu sangat. serious. maka birthday tahun inilah yang aku rasa paling mencipta sejarah. disebabkan roommate terpaksa balik, makan ubat instead of benda-benda manis macam coklat dan paling x boleh blah.

aku pakai telekung pergi kelas prep. hadui. ini semua disebabkan aku ingat lepas solat isyak terus roll call. -,-"

dahlah aku tetiba je emo waktu haritu, *aku waktu sakit memang emo sikit. apatah lagi kalau dah x larat. nak melangkah pun dah macam apa je malam sambut birthday tuh. pendek kata, jagalah kesihatan!

bila dah balik rumah ni, aku rasa lega sikit. boleh bernafas. *eh? dekat sekolah tak bernafas ke? bernafas memang bernafas, tapi rasa macam tercekik.

sekali sekala ronda sekitar gombak dengan selayang dengan mama je. aku rasa tenang. semangat aku yang hilang pun pulih semula. semoga bila aku kembali ke sekolah naik cuti ni, aku akan lebih bersemangat lagi. kalau aku keep on track wishlist dekat pokok yang aku letak dekat board tuh, in shaa Allah aku dapat habiskan tahun ni dengan senyuman dan tanpa kesalan.

tapi, ada sesuatu yang aku nak tulis untuk seseorang sebelum aku tutup entry ini.

ada seorang individu, yang aku kenal. dia sedang cuba mencari sesuatu, tetapi masih tidak ketemu. kenapa? tapi..

"Saya melihat ke sekeliling, dan saya lihat ramai orang yang sedih."

ya Adik. ramai orang yang sedih. akak dapat tengok. akak tahu. tapi kenapa adik gagal nak faham kesedihan yang orang lain rasa? adik cuba nak betulkan,  tapi adik tak mampu.

kenapa? sebab adik tak faham. adik sendiri tak merasa.

biar akak jelaskan sikit. kesedihan setiap manusia sangat berbeza-beza. dan akak rasa, kesedihan adik datangnya disebabkan melihat kesedihan orang lain.

ada manusia yang ditakdirkan untuk diberi ujian keluarganya porak peranda. dia tidak bahagia. tapi dia cuba juga tersenyum dan ubati kesedihannya itu dengan melihat kebahagiaan keluarga orang lain yang dia sangat peduli.

ada manusia, yang ditakdirkan untuk susah hati, sebab tak berkecukupan duit. dia melihat orang sekelilingnya ada segala-galanya. mungkin juga dia akan diuji dengan kata-kata rakan2nya, atau disisihkan kerana tidak setaraf. orang sebegini mungkin juga akan diuji sikap amanahnya.

ada manusia, akan diuji dengan sering disalah ertikan. dibenci hanya kerana menjadi diri sendiri. atau di pijak-pijak kerana menjadi manusia yang terlalu mementingkan kepentingan orang lain sebelum diri sendiri.

ada juga manusia, yang diuji dengan lebih daripada salah satu diatas, atau ketiga-tiganya sekali. kita tidak tahu.

mungkin jugak, adik insan yang bertuah. x merasa ketiga-tiganya. maka, Allah uji dengan cara Allah mencampakkan rasa simpati dalam diri sehinggakan rasa turut terbeban sekiranya melihat kesedihan.

x mudah untuk kita memahami orang lain sekiranya kita tidak pernah melalui.
x mudah untuk kita menjadi pendengar yang baik sekiranya kita tak ubah seperti batu.

akak cuma mampu doakan semoga adik menjadi orang yang lebih memahami satu hari nanti dan dilaksanakan hasrat murni itu. buat masa ini? teruskan mencuba.

akak rasa tak perlu kot akak ulang teori dunia pertama dan kedua tuh lagi. dah hadam dah kan? 

satu je yang aku nak tekankan sekarang. buat yang bersedih, banyak2 lah dengar lagu Fynn Jamal. Suatu Yang Pernah, Terbang Tunduk dan lain-lain akan buat kita lebih faham in shaa Allah. aku suka dengar lagu dia sebab lirik dia sangat mendalam.

walaupun kadangkala aku ketawa bila dengar lagu contohnya lagu "Lelaki" wah. lirik dia, "Biar sehancur mana dia dicincang dunia, xmati."

tabah betul lelaki kan? hahaha. agaklah. mereka ni agak kebal sikit. kadang-kadang kebal sangat, sampai mesej yang kita cuba sampaikan dekat dia pun x sampai-sampai.

buat yang sedang bersedih, yang ada dalam dunia kedua, kalian tak berseorangan. lihatlah sekeliling. pasti akan ada penghuni dua kedua jugak.

Sampai entry seterusnya. buat masa ini sekian....




Tuesday, 26 January 2016

Plot twist atas plot twist- first week of the school

dah masuk 3 minggu lebih aku dah kembali semula ke sekolah. nampaknya banyak lagi yang aku tak ceritakan dalam blog ini.

tapi yang paling dasyatnya sudah semestinya pasal drama-drama yang berlaku kat sini. ya. bermulalah daripada detik pertama aku kembali ke sekolah.
okay. aku mulakan dengan cerita pasal bilik aku tahun ni. actually aku orang second yang daftar. kiranya awal jugaklah aku datang en. hahaha. nasib aku lah dapat bilik paling atas sekali. semput aku naik turun tangga. maka aku akan kurus lah nanti. cekeding.mana taknya, nak pergi tanya kawan sekelas pun kene turun tangga, nak ajak orang makan or sukan pun turun tangga. nak belajar sekalipun turun tangga. mak aih. letih.

pernah sekali awal2 tuh, aku xlalu sangat nak makan. sabtu dengan ahad. menggigil kaki turun tangga nak ke dewan makan sekali dengan gayat pandang bawah. huhuhu. nak je aku mintak orang dukung aku tahu. -,-"

begitulah rutin aku. naik tangga turun tangga. habis lemak2 yang terkumpul sebulan lebih tuh. hahaha.

maka al-kisah seterusnya, aku menunggu punya menunggu lah roommate aku. fuhh. nervous jugaklah sebab xtahu siapa roommate kan?

menunggu, sabtu tak ada. ahad? aku pun menunggu. sambil kunci pintu bilik sebab aku rasa takut. *biasalah. duduk bilik kat tingkat atas. mestilah rasa seram sikit. lagipun x ramai orang. dari pagi ada je yang mengetuk. berdebar-debar hati aku nak bukak pintu tu. ingat roommate dah sampai.

first, bukak2 rupanya Yana dengan sapa tah *tak ingatlah pulak. datang ketuk untuk tanya roommate dah sampai ke belum. aku dengan muka kecewa plus tak puas hati.senget2 mulut aku menahan rasa geram tuh. hehehe.

second, ada jugak, tapi aku tak ingat siapa ketuk. tapi yang ketiga tuh x boleh blah. aku dah suspect dah yang itu betul2 roommate aku sebab dalam pukul 3 petang. aku pun berdebar-debar bukak pintu tuh. orang yang aku nampak? SABI!! bayangkan macammana aku rasa terkejut campur happy bila dia sebut 'akak!!'

mak aih. rupa-rupanya...

"Akak. akak kat sini rupanya. saya dekat wing sebelah sana."sambil tunjukkan ke arah wing lagi satu.

naik turun nafas aku wei time tuh. patah berkali-kali patah campur remuk campur mental koyak sampai jadi debu yang berterbangan. *fuh hiperbola!


serious talk. aku memang mental koyak waktu tuh lagi2 lepas dah pukul 5 petang!

malam tuh aku menangis. *dasyat sangat masalah kehidupan aku tuh. ha. dah lah belah wing aku tuh memang ada sikit je bilik. sikit pulak orang. sunyi gilaa. sudahnya aku pun angkatlah semua jam loceng, botol air purple aku tuh, apa-apa buku nak study dan bantal peluk aku ke bilik sabi. gilir-gilir lah tukar bilik sampailah hari rabu tuh. *dah x ingat dah tarikhnya bila. tapi beberapa hari sebeelum budak baru masuk.

mati-matian aku ingatkan aku memang dah dapat roommate. gila kau tak seronok. tiba-tiba balik kau nampak ada kasut dekat depan bilik. hahaha. roommate aku ni balik lambat sikit rupanya.

so, yang buat lagi dramatiknya tuh, tiba-tiba pukul 6.30 petang tuh aku dikejutkan dengan kenyataan bahawa roommate aku tuh kene pindah bilik lain pulak! ish. dasyat betul. terus terkebil-kebil mata aku. hahaha. malam tuh, kejadian sama berulang lagi. aku terpaksa angkut segala barang-barang yang beberapa tuh termasuk jam loceng tuh sekali ke bilik sabi.

siapalah roommate aku tuh ya? aku tertanya-tanya sepanjang masa. bertuah betul. fikir aku. maka aku pun tertunggu-tunggulah sampai ke 18 Januari tuh.

Hmm. pendek kata, banyak sangat plot twist hidup aku ni. kita tunggu je sambungan selepas ni. *xlarat dah nak menulis.