expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 28 May 2016

Cuti Akhir Semester 3-Final conclusion and my feelings.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Tak sangka finally aku dah ade dekat rumah. Semalam merupakan hari terakhir aku berada di sekolah untuk semester 3.

Masa berlalu, adik-adik kesayangan aku semakin membesar menggantikan zaman aku sewaktu kecik dan x matang dulu. Tapi aku rasa mereka patut bersyukur. Atleast ada seorang kakak yang dah ada pengalaman untuk diceritakan kepada mereka.

Tinggal lagi satu semester je and aku akan graduate sebagai pelajar kolej. Like seriously, dulu aku xpernah terfikir pun yang aku akan jadi senior di tempat lain selain daripada SMK Darul Ehsan. Now, aku di tahun akhir. Tak di nafikan too much things happen mewarnai hidup aku x ubah macam novel. Apa-apa pun, minggu ni especially start Selasa tu, aku terlalu banyak buat throwback terutamanya dengan Sabi. However, kami masih gagal mengingati bagaimanakah kami berjumpa buat pertama kalinya. 

Pelik jugak aku tak ingat. Sebab biasanya orang-orang yang significant dalam hidup aku mesti aku ingat. Hmmm. Alahai tak apa lah Sabi. Yang penting kita dah kenal. Tak ada apa-apa yang dapat ubah perkara itu. Hehehe.

Ada beberapa perkara yang aku sebenarnya risau bila aku pulang sekolah untuk semester ke-4 ni. Of course salah satunya aku akan berasa sedih..

1.Sabi.
Memandangkan semua level 2 akan dipindahkan ke blok lain sebabkan dah nak dekat SPM, jadi aku risau aku akan terpisah jauh sangat daripada Sabi. Tak apalah. Aku akan tetap berdoa supaya Sabi dekat juga dengan aku. Kalau x kesian lah dia duduk jauh. Xkan nak mendaki hari-hari??

To be honest, maybe aku akan nangis kalau dipisahkan jauh dari Sabi. Dulu duduk depan bilik pastu semester ni satu aras. Kalau dia takde, sape yang nak melawat bilik aku? Bukak laci keramat aku dan makan snek sama-sama? Uhuk. Sape nak buat aku rasa macam aku seorang kakak?

Baru-baru ni sempat lah ajar dia sikit addmath and yes! aku dah berjaya buatkan dia minat dengan buku bio. Aku ni patut jadi promoter barang tahu. Tapi yang pasti bukan mi segera ya! Ade je manusia yang ketuk bilik aku tanya pasal mi segera. Semua aku cakap tak ada walaupun ade. aku bukannya nak jadi bussinesswoman. -_-

Apepun, perkara tergila yang kita buat semester ini bukanlah cadangan memakai baldi tatkala tiada payung, tetapi apabila kita seia sekata memakai kain batik ke prep dengan seluar slack sampai jadi perhatian orang ramai! huh.

Masalahnya kita tak berniat nak cari publisiti murahan. ianya just nak cuba rasa jadi orang dulu-dulu. macammana pergi sekolah pondok ke mengaji pakai kain batik malam2?

2.Eileen.
Roommate yang paling gigih mengejutkan aku pagi-pagi terutamanya waktu hari sekolah.Terima kasih Eileen. 

Sorry sebab susahkan tau. Especially dua minggu terakhir semester 3 ni. Akak memang terpaksa sangat tidur lambat. Sampai pagi, akak dengar orang kejut, tapi badan x terdaya nak gerak. Dah nama pun tidur pukul 3 4 pagi.

Eileen ni lah roommate aku yang biasanya melayan je aku bercakap. Minatnya lagu-lagu Westlife dan bestfriend dia  Amira yang ada bela harimau peliharaan imaginasi warna pink macam aku. cuma harimau dia besar dan xde kuase elektrik. maksudnya harimau dia comel je lah.

Paling gempak roommate aku ni, dia paling dasyat membawa kepada moment2 suspens dalam perjalanan cerita hidup aku. Bukan aku je. Orang lain pun sama juga terkena dengan dia ni  >_< 

Pendek kata, masa berlalu sekejap sangat dengan dia. Thanks and sangat berbaloi tunggu dua minggu dengan penuh debaran sampai mental koyak dan menangis. Maybe akak takut sangat. Tapi Tuhan dah bagi yang terbaik. 

Kalau jodoh kita panjang nak jadi roommate, kita jumpa lagi okay? In shaa Allah.

3.Kipas seiling.

Ni pun satu benda lah yang aku rindu. Kipas seiling yang selalu je "bercakap". Selagi ada sumber elektrik, selagi tu dia bercakap.

Mula-mula masuk tuh, aku risau jugak. Takut2 nanti hilang pendengaran pulak lama-lama sebab pencemaran bunyi. tuh pun salah satu penyebab aku menangis sebab stress first two week duduk sorang2.

Tapi, bila fikir-fikir balik. Kipas tuh lah peneman tatkala suka dan duka. dan beliau lah yang menceriakan bilik tersebut. Oh kipas! aku akan merindui kamu nanti.

4.Wing A50
Tamatnya semester 3 berakhirlah tugas aku sebagai akak ketua wing. menguruskan wing yang penghuni yang paling sikit  dan kesemuanya junior merupakan salah satu kenangan buat aku.

Al maklumlah. satu-satunya manusia level 2 kat situ kan. boleh lah aku acah senior. :P

Apa2pun, aku akan ingat moment2 aku kumpulkan penghuni wing aku dan buat rollcall sambil bersila depan bilik makan keropok. Atleast sejam juga lah aku membebel. Maafkan kalau buat silap ya!

5.Zaman sekolah menengah yang semakin ke penghujungnya.

Rasa macam tak ready nak tamatkan zaman remaja ni. Lepas ni dah x boleh dah nak jadi budak2. *maybe dengan Sabi boleh.

Bak kata Syakira, memang kita menangis, bermandi peluh, x cukup tidur, mental koyak. tapi lepas ni kita tak rasa dah jadi budak sekolah menengah. something serious waiting forward for us.

Jadi azam aku naik cuti semester ni, aku nak enjoy jadi senior!Oh ya. Walaupun aku terkilan banyak perkara semester ni, masih ada perkara yang dapat ubat kekecewaan aku tu.

Alhamdulillah waktu penutupan Multiple Intelligence Aspiration Week(MIAW) tuh bahagian intrapersonal, aku menang first prize diikuti dengan sape tah lepastuh Umai. Cerpen Mencari Erti. Alhamdulillah.

However, debat final aku kalah. actually aku x kisah kalah atau memang. but bila tgk borang permarkahan, aku jadi down. sebab aku tahu, akulah penyebabnya kalah. Sorry Farhat. Sorry Najib. aku x buat apa yang terbaik untuk korang.

Maybe aku x sebaik tahun lepas. tapi terima kasih sebab berikan peluang untuk aku berdebat di final senior year.
Sejak bila kau pandai tutup2 mulut bila gelak ni Hidayah?

Perasan tak muka kami macam ade iras adik beradik? Ape pun mereka ni memang gempak.

sorry sebab kita kalah. kau bahagia Najib?

Alhamdulillah. Mari kita merenung masa depan debater sekalian.
Seia-sekata sehati dan sejiwa pakai biru. hehehe.
K4 in action. Still incomplete. Praying that one day our class will have a picture with complete classmates --"
Muka-muka bahagia tak sabar nak balik. Sabi, Kira, aku and Lisa dekat depan. some of those that rapat dengan aku. Pengubat duka lara


May Allah bless all of us. Semoga semester akan datang menjadi semester yangl lebih baik dari sebelumnya..

Menangis tengah-tengah malam, memekak nyanyi lagu jiwang, mental koyak pasal research sampai duduk terjelepuk depan bilik menangis sebab tinggal beg yang ada kunci dekat depan ds sampai hujan ribut x ambik2. sampai lah Umai, Syaf, Misha semua datang cari aku kat bilik. sebab x normal langsung aku yang turun makan selalu ni xturun makan. biasanya aku heret dorang sekali. prihatin jugak ya mereka dengan perut aku yang berkeroncong ni. hahahaha. Alhamdulillah ade kawan2 yang begini! kalau tak mahu aku mogok makan haritu lepastuh mengamuk lapar malam. dahlah hujan senang buat aku lapar. 

Terlalu banyak episod sedih untuk semester ni. But supportive people keep me going.They are songs to my heart. Cinta-cinta hati yang aku harap sampai ke jannah. 

Sekian, sampai menulis lagi. =)

No comments:

Post a Comment