dah masuk 3 minggu lebih aku dah kembali semula ke sekolah. nampaknya banyak lagi yang aku tak ceritakan dalam blog ini.
tapi yang paling dasyatnya sudah semestinya pasal drama-drama yang berlaku kat sini. ya. bermulalah daripada detik pertama aku kembali ke sekolah.
okay. aku mulakan dengan cerita pasal bilik aku tahun ni. actually aku orang second yang daftar. kiranya awal jugaklah aku datang en. hahaha. nasib aku lah dapat bilik paling atas sekali. semput aku naik turun tangga. maka aku akan kurus lah nanti. cekeding.mana taknya, nak pergi tanya kawan sekelas pun kene turun tangga, nak ajak orang makan or sukan pun turun tangga. nak belajar sekalipun turun tangga. mak aih. letih.
pernah sekali awal2 tuh, aku xlalu sangat nak makan. sabtu dengan ahad. menggigil kaki turun tangga nak ke dewan makan sekali dengan gayat pandang bawah. huhuhu. nak je aku mintak orang dukung aku tahu. -,-"
begitulah rutin aku. naik tangga turun tangga. habis lemak2 yang terkumpul sebulan lebih tuh. hahaha.
maka al-kisah seterusnya, aku menunggu punya menunggu lah roommate aku. fuhh. nervous jugaklah sebab xtahu siapa roommate kan?
menunggu, sabtu tak ada. ahad? aku pun menunggu. sambil kunci pintu bilik sebab aku rasa takut. *biasalah. duduk bilik kat tingkat atas. mestilah rasa seram sikit. lagipun x ramai orang. dari pagi ada je yang mengetuk. berdebar-debar hati aku nak bukak pintu tu. ingat roommate dah sampai.
first, bukak2 rupanya Yana dengan sapa tah *tak ingatlah pulak. datang ketuk untuk tanya roommate dah sampai ke belum. aku dengan muka kecewa plus tak puas hati.senget2 mulut aku menahan rasa geram tuh. hehehe.
second, ada jugak, tapi aku tak ingat siapa ketuk. tapi yang ketiga tuh x boleh blah. aku dah suspect dah yang itu betul2 roommate aku sebab dalam pukul 3 petang. aku pun berdebar-debar bukak pintu tuh. orang yang aku nampak? SABI!! bayangkan macammana aku rasa terkejut campur happy bila dia sebut 'akak!!'
mak aih. rupa-rupanya...
"Akak. akak kat sini rupanya. saya dekat wing sebelah sana."sambil tunjukkan ke arah wing lagi satu.
naik turun nafas aku wei time tuh. patah berkali-kali patah campur remuk campur mental koyak sampai jadi debu yang berterbangan. *fuh hiperbola!
serious talk. aku memang mental koyak waktu tuh lagi2 lepas dah pukul 5 petang!
malam tuh aku menangis. *dasyat sangat masalah kehidupan aku tuh. ha. dah lah belah wing aku tuh memang ada sikit je bilik. sikit pulak orang. sunyi gilaa. sudahnya aku pun angkatlah semua jam loceng, botol air purple aku tuh, apa-apa buku nak study dan bantal peluk aku ke bilik sabi. gilir-gilir lah tukar bilik sampailah hari rabu tuh. *dah x ingat dah tarikhnya bila. tapi beberapa hari sebeelum budak baru masuk.
mati-matian aku ingatkan aku memang dah dapat roommate. gila kau tak seronok. tiba-tiba balik kau nampak ada kasut dekat depan bilik. hahaha. roommate aku ni balik lambat sikit rupanya.
so, yang buat lagi dramatiknya tuh, tiba-tiba pukul 6.30 petang tuh aku dikejutkan dengan kenyataan bahawa roommate aku tuh kene pindah bilik lain pulak! ish. dasyat betul. terus terkebil-kebil mata aku. hahaha. malam tuh, kejadian sama berulang lagi. aku terpaksa angkut segala barang-barang yang beberapa tuh termasuk jam loceng tuh sekali ke bilik sabi.
siapalah roommate aku tuh ya? aku tertanya-tanya sepanjang masa. bertuah betul. fikir aku. maka aku pun tertunggu-tunggulah sampai ke 18 Januari tuh.
Hmm. pendek kata, banyak sangat plot twist hidup aku ni. kita tunggu je sambungan selepas ni. *xlarat dah nak menulis.

No comments:
Post a Comment