expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 5 November 2016

Late Night Thoughts

Blog yang setia dengan aku untuk sekian tahun,

Less than 2 days more towards SPM. Aku sepatutnya dah tidur by sekarang but still awake. Maybe kesan kopi atau kesan tidur petang atau kedua-duanya sekali. Fuhh, macam sebut denda kes jenayah je bunyinya. 

Okay lah gais. Sebenarnya ini draf yang entah kali keberapa aku nak publish tak jadi2. --" sebenarnya payah nak pastikan yang betul2 jadi aku publish. Alahai. Benda yang sama jugak jadi dekat novel-novel aku yang asal separuh je berhenti. asal separuh je terbengkalai. =,=" ya Allah. Mana pergi semangat aku yang time kecik belajar anyam ketupat yang mama sampai tak larat nak ajar pas kat mak ngah yang tak jemu-jemu ajar sampai berhari-hari tuh? Punya lah gigih belajar. Dengan nenek yang berdedikasi mengajar aku mengait sampai aku pandai mengait alas meja. *Seriously aku tengah tersengih sekarang. Ya Allah. Indahnya masa-masa tuh, tak perlu masuk sekolah Vokasional pun ada orang Allah hantar untuk aku belajar benda-benda macamtuh. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya family aku ni holistik. Sebelah ayah skor akademik, sebelah mak memang skor bahagian masak-masak, menjahit, mengait. To be honest aku value kedua-duanya dalam cara yang tersendiri. Sampai sekarang aku jealous bila mama cerita yang nenek sebenarnya pandai buat kuih bahulu yang bakar guna sabut kelapa tuh. Aduh, lambat lahir lah aku ni. Kalau tak merasa dah zaman nenek yang mudah 40-an tu. Takpelah. 

Makngah pulak family yang meniaga. Legasi dia bersambung dengan abang Syafiq. Tapi aku tabik dengan mak ngah. sebab makngah teruskan legasi perniagaan arwah atuk iaitu berniaga minuman. Paling legend orang kenal family belah mak aku ni "keluarga air soya". Takpun cendol. *emoji berfikir. Pelik jugak eh, bila aku ingat-ingat balik. Mak aku pun dulu bukak warung air batu campur. Mak aih, dia punya eksklusif warung air batu campur tuh sampai letak lotus seed. Aku sendiri dah 17 tahun hidup baru merasa makan kuih bulan perisa lotus seed tuh. Ini semua cerita sebelum aku lahir lah. Masya Allah mama. Hebat betul mak aku ni. Zaman sekarang ni air batu campur letak jagung je. Tuh dah kira sedap lah tuh. Dekat Selayang, bila balik mesti aku merengek dengan mak aku nak mintak air batu campur mak Qawi. *tepuk dahi. Ya, mama dengan selambanya ajak aku naik motor, lalu kami pun dengan deruman enjin motor pergi menjelajah selayang. Yeah. 

Yang dewasa dah tua, yang remaja dah nak jadi dewasa. Zhafran yang kecik dulu tuh dah nak masuk sekolah rendah dah. Dah pandai dah dan senang nak ajak berbual. Seronok sangat. Atleast tak ada lah takut dah dengan aku. Aku ni budak-budak kecik bawah enam tahun susah nak kamceng. =,=" ya rabbi apa masalah hidup aku ni? Muka garang sangat ke? Maaflah. Tak dapat nak buat muka comel2. 

Kakak Nurul pun dah nak masuk 31 dah tahun depan. Uhuk. Awet muda kakak aku ni. Aku pulak yang macam tua sekarang. Entahlah nak.Hahaha. Tak kisah lah. Aku gi kedai mana-mana dah macam anak dua, yang kakak aku tuh pulak orang nampak macam 20 an. Sama je macam mak aku. jalan dengan kitaorang pun macam adik beradik. bukan macam anak beranak. sumpah aku rasa kelakar. 

So, pendek cerita. Aku dah nak masuk alam dewasa dah sebenarnya. Hmmm. 

Banyak perkara yang menjenguk fikiran aku. Termasuklah persahabatan yang aku rasa tergantung di tengah jalan ni. Sambil aku tengok langit Bangi yang tak berbintang tadi, aku terfikir, masih ada yang tak selesai. 

Sebab dalam hidup aku selalu percaya, selagi masih ada yang tak selesai dengan seseorang manusia itu, selagi itu hubungan kita takkan pernah terputus. 

Aku dah minta maaf dengan kebanyakan orang, hati aku makin kurang rasanya beban. Tapi, beban yang masih tersisa ni, bukan sebab aku rasa aku bersalah, aku rasa tanggungjawab aku masih tak selesai terhadap dia. Tapi, disebabkan hati ni dah terkoyak seribu, jadi aku macam speechless. Sumpah aku tak dapat nak bercakap apa-apa walaupun lidah ni kurnia dari tuhan lebih petah berbicara daripada kebanyakan yang lain. Subhanallah. Aku bersyukur. Tapi, apakah petandanya? 

Seiring dengan namaku, Nurhidayah, aku masih memohon petunjuk. Sebab aku tak pasti apa yang harus aku lakukan. 

*hela nafas. 

Terlalu banyak perkara yang membuatkan aku terkeliru disepanjang perjalanan ini. Kenapa aku takut, kenapa aku begitu, kenapa aku begini, kenapa aku jadi tak kisah atau kenapa aku boleh jadi terlalu teruja? Semua ni membuatkan aku kadang-kadang duduk dan termenung sendiri, atau bercakap dengan kucing. *Kucing pun tak suka aku. -,-" sad life. Aku ni jahat agaknya. sebab tuh kucing pun x suka dekat. Uwaaaaa.

Disebabkan dah nak SPM, maka aku pun ingin bergerak untuk memohon restu daripada semua yang berjasa kepada aku. Tak kisah lah ade kaitan dengan SPM atau tak, termasuklah makngah, nenek dan makcik. Disebabkan orang-orang macam mereka lah membuatkan hidup aku lebih lagi dari seseorang yang bergelar pelajar.

Sejenak panggilan telefon dengan mama, Aku cakap lah dengan beliau yang aku nak call makngah dan nenek semua untuk minta maaf dan mohon restu. Beliau pun sambil tertawa pun berkata "Tak nak minta ampun dengan mohon restu mama ke?" Muahahaha. Malu sebenarnya aku nak cakap, tapi aku sayang dia walaupun aku bukan jenis expressive sangat. Sebab aku jenis memberontak. 

Tapi satu kelemahan aku yang mak aku tahu, aku ni memberontak pun lembut jugak. Sikit je kalau mak aku menjiwang habislah kekentalan jiwa aku macam besi boleh jadi kain kapas terus. Mak aih. Sebab tuh kalau mak aku bercerita dengan orang lain "Dia ni cara dia care, dengan mak dia pun marah-marah. Tapi sebenarnya dia tak nak tunjuk dia sayang." Ya rabbi. tak nak keluar bilik aku lepas tuh. Malu wei. Depan acah2 gangster je. 

Aku masih ingat dulu time kecik-kecik, bila aku nak sesuatu dan mak aku tak bagi, aku mesti mengamuk sekejap. tapi bila mak aku pujuk-pujuk, "lain kali ya,okay?" aku mengangguk jugak. dah besar ni, perangai suka tengok2 je, Sampai dah di offer pun kalau nak dibelikan, aku geleng je. *tepuk dahi. 

"Baiknya lah anak aku ni. Kenapa baik sangat ni?" Perli mama. Aduh. Hahaha. Tapi bab makan aku tak menolak. *nampak sangat kan kenapa pipi tuh tembam en Hidayah. 

Aku sayang mama. *semua orang sayang mak dia kecuali yang mengikut jejak tanggang. One thing becoz mama memang jadi kawan yang takkan kecewakan aku lah.

Bila orang jumpa mama, semua kata mama peramah dan happy go lucky. Dan ada yang kata aku macam mengikut jejak langkah mak aku. Yeah, I am proud of that. 

Okay, honestly tiba-tiba rasa lapar sekarang -,-"

Aku perasan yang aku dah melalut jauh sangat ni, takpelah. Release semua yang aku tak cerita dekat orang. Dah dekat SPM ni, tak baik semak-semak kan fikiran.

Kuat merepek jugak aku ni kan. Hmmm..

SPM.

Aku harap aku mampu tenang dan segala apa yang aku pelajari selama ni peroleh barakah. Amin..

Sekian, late night thoughts. Saya harap tak menyemak dan tak juga membuatkan sesiapa yang membaca annoying sebab saya dah jauh merepek. 


No comments:

Post a Comment