Assalamualaikum.
Here am I again writing something at my blog. Walaupun tak ada orang baca, but still for my own to keep or untuk kegunaan masa depan. Huahuahua. Boleh sajo kan kalau adik-adik junior akan datang nak kisah hidup kan, apa lagi dijemput lah membaca blog ini. muahahaha.
Paling aku rasa yang akan baca mestilah Sabi! Hehehe.
So, dengan trial hari selase hadapan, maka aku pun jadi cuak-cuak semacam. busy sangat lately ni. kelas sampai ke petang bro. intensif buat latihan past year. fuhhh. Penat bro.. kadang-kadang tepu otak tahap tepung.
Okay, so nak dijadikan cerita. sebenarnya tak lama dah nak SPM. So, tak ada dah masa nak main-main sebenarnya. Memang aku rasa kurang bersedia untuk trial ni. Eeeee. kejap. aku rasa aku x bersedia langsung =,='. pelik betul jadual dia. hari kedua dah ada fizik. *garu kepala yang tak gatal* adehhh. aku ni dah lah jenis study fizik ala kadar je. stress. aku tak dapat lagi nak suka fizik. belum datang inspirasi. *atau mungkin dah hancur.* okay whatever.
Sementara untuk addmath, nampak lah aku ni merupakan pokemon yang berjaya cikgu Syamim tangkap lalu melatih aku sampai aku minat addmath. perghhh. Hebat ayat aku. Apa-apa pun, alhamdulillah aku dah dapat mencintai addmath dengan hati yang terbuka. Hopefully, aku akan dapat A dalam SPM nanti. *mudah-mudahan dapat straight A's.* AMIN!!!!
Okay, bila rujuk balik perkara di atas, *eh tetiba bunyi macam surat rasmi pulak. okay, aku terpengaruh dengan dialog diri yang mengundang kepada aku menulis blog ini.
Sesuatu yang tidak aku ingini sekali lagi telah berlaku dalam kehidupan aku menjadikan aku terdiam dan terkedu seketika. Ya, aku cuba untuk menafikan tetapi akhirnya aku tak dapat juga nak menidakkan kebenaran. ialah, macam orang suluh torchlight kan. mestilah terang benderang.
Dan dekat situ, aku terfikir. Mungkin ini ujian yang lebih besar untuk aku. Okay, nampak tak perkaitan dia dekat situ? Setiap kali nak exam, setiap kali tulah mental koyak. aku harap sangat SPM nanti aku tak diuji dengan ujian yang terlalu berat sampai menganggu konsentrasi aku. cukuplah :')
Tapi, benda yang buat aku rasa glad ialah, aku dapat tengok siapa yang sebenar-benarnya berada di sisi aku. Kawan-kawan yang sudi untuk menjadi perisai tatkala aku diserang oleh bahaya. walaupun bahaya tersebut tak menyentuh aku, tetapi sinarannya boleh dikatakan tahap sinaran gamma.
Well, masa berlalu, manusia berubah dan aku sedar perkara tu. Tapi, apa salahnya kalau aku menentang arus bukan? Alhamdulillah aku masih begini. teguh berdiri dan menjadi Hidayah yang sama seperti dulu.
Satu pencapaian yang membanggakan buat diri sendiri.
Actually not much for today. Aku tidur awal sebab pening kepala dan bangun pukul 11 malam. now, dah pukul 1 lebih. baru sempat habis kan past year PAI dengan soalan sejarah sikit2. Memang kalau nak cerita tak bersedia, aku memang x bersedia.
Tapi, satu benda yang aku tahu, in Shaa Allah dengan izin-Nya aku boleh. Selagi ada berkat dan doa dari guru-guru, in shaa Allah aku mampu.
Itulah sebabnya bila aku belajar, aku suka berguru. Aku suka bertanya walaupun soalan tuh nampak bodoh disebabkan simple dan orang lain dah tahu. Itulah kekuatan aku sejak dari dulu lagi. Ya, kita boleh berdikari untuk mencari sendiri dari buku atau internet, tapi keberkatan dari seorang insan yang bernama guru tidak dapat kita nafikan. Betul?
Dalam aku rasa patah hati yang teramat sangat ini, aku hanya berharap aku dapat melalui semua ini dengan sepantas yang boleh. Sebab aku tak berada di sini dengan lebih lama lagi :') aku nak melarikan diri dari segalanya dan melupakan semua yang menghiris hati.
Wahai kawan, yang jauh di sana bertabahlah. Wahai sahabat lama, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dalam rasa sibukmu yang juga sedang bergelut menghadapi SPM.. Terima kasih kerana masih berada di sisi.
Kafarah dosa untuk aku kerana aku masih cuai dan leka dengan tuhan. Ya Allah, ampuni aku.
Keputusan yang berat untuk aku lakukan, tetapi roda sudahpun berputar. Perkara yang sama berulang dan aku akan pergi dan terus berlari mengukir jalan baru tanpa kau. Maafkan aku atas dosa yang telah aku lakukan. Halalkan lah segala kenangan yang pernah kita ada dan secebis senyuman yang kau kongsikan. Aku bukan patung yang tak mempunyai perasaan.
Buat Syaf, Misha, Umai, Najib, Naqib, Fatin, Hakim, Sabi, Ain dan Eli.. kalian lah penyebab aku masih berdiri kukuh. Allah telah menghantar kalian untuk menjadi vertebrae yang selalu memberikan sokongan. Sampai bila kita bersahabat, aku tak pasti. tetapi kalian menyumbang kepada kedewasaan ini.
Biarkan mereka yang mensia-siakan.
Biarkan mereka yang tidak menghargai.
Apabila hilang selamanya,
Aku akan menjadi bayang-bayang yang kau sesali.
Semoga pengakhirannya merupakan pengakhiran yang terbaik. Demi SPM yang dicita, demi sahabat yang disayangi, demi cita-cita yang murni, ilmu yang dihargai dan guru-guru yang dihormati. Aku akan terus tersenyum!
Seikhlas dan setulus, Nurhidayah aka rhidanurhidayah
No comments:
Post a Comment