expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 February 2016

Sekilas lalu kerenah aku dan rakan-rakan sekelas.

Assalamualaikum.

Aku tulis entry ni sebenarnya nak bagi kawan-kawan sekelas aku baca sesuatu. Kiranya ini adalah entry penghargaan buat mereka yang pelbagai perangainya. :)

Masih lagi terasa sakitnya pinggang, lutut dan belakang aku akibat impak jatuh terhentak semalam. Tengah PJK main cross over tuh, silap rempuh ditolak, aku hilang stability dan jatuh terhentak pinggang. Pitam sekejap.

Macammana aku pitam? aku x sempat nak search lagi dari sudut perubatan. tapi, aku rasa aku jatuh sebab aku tiba-tiba kebas seluruh badan. macam, kalau kau terhentak bahagian siku. Funny Bone. bila terkena pada titik ni kau akan rasa kebas seluruh tangan. mungkin titik pada tulang belakang aku terusik menyebabkan aku tiba-tiba kebas sampai pitam sekejap.

aku rasa badan aku dipegang. diriba dan air mata aku mengalir sebab kepeningan. tapi bila nak bergerak aku x mampu. situasi ni berlaku dua kali tahun lepas. sekali, bila aku berlari dengan laju dan akhirnya menghentam pintu kaca tuh sebab tak nampak, dan sekali lagi bila aku masuk tarik tali tahun lepas.

sekarang, aku rasa sakit lagi. huhuhu.

apapun, sebab aku nak menulis benda ni adalah terinspirasinya daripada Umairah. *eh? apahal pulak tiba-tiba ni?

okay. sebabnya begini. tiba-tiba waktu aku dah bukak mata lepas pitam tuh dia cakap "kenapa aku rasa macam pernah jadi eh?"*seperti mengingat sesuatu. "Haaa! waktu kau langgar pintu kaca tahun lepas! aku ada waktu tuh."

aku masih ingat lagi tahun lepas. waktu badan aku kebas tak boleh bergerak waktu pitam tuh, aku masih boleh mendengar. dan aku dapat rasa tangan aku drastik mendadak sejuk. macam semalam.

mungkin x cukup darah sampai keseluruh badan aku waktu kedua-dua kejadian.

Terima kasih kawan-kawan untuk perhatian yang anda curahkan semalam. macam-macam kerenah mereka waktu aku pengsan tuh. yang paling aku rasa kelakar, Mojik(Luqman) boleh pulak hasut aku pergi PK banyak kali? hahaha. lepastuh semua orang pulak kata dia macam care kat aku. *care lah sangat. sebenarnya nak join sekali kan pergi PK? hahaha.

jadi, hampir satu jam sebelum aku rasa menggigil separuh badan tuh hilang.

paling x boleh blah, umairah cerita dekat cikgu Alin pasal aku terlanggar pintu tuh. cikgu macam nak tak nak je percaya. tercerita pulak pasal kucing beliau.

"Macam kucing saya pulak. lari laju2, lepastuh langgar sliding door. pening2 kucing tuh jadinya"

Mungkin kucing tuh rabun silau tak macam aku? hahaha. kucing..kucing. pergi buat spect okay?

so, entry khas ni, aku tulis kan buat 4 orang special, yang menjadikan aku 5 beradik unik dengan mereka. yang lain2 aku buat lain kali ya?

1.Syafiqah.
-Nenek tua yang suka bercerita. Mostly pasal movies yang dia tengok. Kalau dengan aku membebel dia boleh tahan lah. sarkastik dia boleh tahan jugaklah sampai koyak mental. paling power, Naqib takut dengan dia sebab dia kecik  tapi kalau menyepak orang kuat wooo. hahaha. almaklumlah ada silat gayung kan. wuuuuu. Nenek, kalau baca benda ni nanti kau ajar aku silat tau. 

pernah sekali dia sepak Naqib pasal dia tuang air atas kepala Syaf. hahahaha. kene sekali flying kick dengan kawan tuh.

dia nilah yang paling aku rasa sayang, rasa nak cekik, rasa nak tampar. semua dekat dia. kiranya, dalam 5 beradik ni dialah yang paling garang. macam Angah. hehehe. tapi, aku dengan dia ni tertukar2. kejap, macam dia lagi tua. kejap lagi macam aku pulak. hadoi.

2.Umairah
-16 tahun. imaginasi kuat. aku paling suka bila dia kata dia nak bina kapal terbang kaca. dia suka buat aku terhibur. kadang-kadang dengar dia bercakap pun aku boleh ketawa. kiranya kalau aku sedih ke apa, sekarang ni aku turun bilik dia je. unsur2 saspens pada dia sangat banyak. dan kadang2 blur sikit. lain aku cakap, lain dia cakap. hahaha. 

teringat lagi beberapa hari lepas, tengah malam. tiba2 dia cakap dengan aku. "Hidayah, dalam bilik ni, ada benda yang sedang bernafas selain daripada kita berdua."

ini sumpah cakap weh. aku rasa seram waktu tuh. aku pun cuba husnuzon sambil kata "Kucing ke?" sambil ketawa teragak-agak. "kau ni agak2lah kalau kucing aku nak sumbat mana? dalam beg?"

aku tanya2 lagi. sebab semakin seram. alahai. rupa-rupanya..

"pokok lah hidayah. xpelah."

aku pun teringat sesuatu. oh! mesti dia bawak alga kampucati. *ni pun aku gelak jugak. especially bila dengar dia bercerita pasal alga kampucati tuh. uhuk. hahahaha. kiranya, umairah ni selalu buat aku terhibur lah. btw, rumit betul penjagaan alga kampucati tuh. huhuhu.

well, dalam 5 beradik ni dia lah paling x matang. macam adik bongsu lah kiranya. dia ni senang buat aku terhibur. bila aku sedih, mental koyak, bila dia lah aku lari. sebab betul2 bawah bilik aku je! hahaha.

PS: Umai, nanti bagi link blog kau pleasee. hahaha

3.Naqib.
Ini manusia yang sorang ni sebenarnya sama je dengan orang jerami. *gelaran ni Syaf yang bagi. sebabnya dia ni mostly tak ada perasaan pun. dia tak faham pun perasaan orang. setahun jugaklah aku terseksa sebab dia dalam kelas selalu melukakan perasaan jiwa raga aku..

tapi, tahun ni dia dah lain sikit. *tepuk tangan. dia dah jadi macam abang aku yang xpernah aku ada. bersama kembar bukan adik beradiknya. *nanti aku tulis dalam perenggan seterusnya. sebabnya dia berlagak macam manusia yang paling cool nak handle manusia yang sensitif macam aku. hahaha.

sebab dia kata, aku special case. macam fellow friends anime dia yang lain. cuma, katanya otak aku ni resistance kuat. x mudah diracuni. nak buat macammana babe. aku ni trendsetter. bahaya kalau senang dipengaruhi.

sebab kalau tak, siapa yang pengaruh aku dapat pengaruhi orang lain jugak.

walaupun dia manusia yang x faham apa perasaan orang lain sebab dia orang jerami, tapi, bila aku sedih, aku x okay. dia lah yang akan datang. tarik kerusi dan tanya apa-apa yang dia rasa berkaitan. ataupun paling x boleh pun dia buat lawak hambar dia tuh sampai aku gelak terkekeh-kekeh. *bila mental koyak, benda x berapa lawak pun kau gelak sampai macam nak tercabut tekak.

bila aku tanya, kenapa dia sibuk ada kat mana aku ada, katanya sebab aku special case. dan dia dah lama sangat perhati aku. hahaha. tapi mohon lah yang lain baca jangan salah faham. kami x couple ke apa. just macam adik beradik. sebab bila aku rasa nak jadi budak2, dia lah yang aku kacau. sebab dia suka kacau aku dalam banyak keadaan.

4. Najib.
Najib. Naqib. ha. macam kembar lah diaorang ni. harini dua2 pakai kemeja pink. comel pulak aku tengok. dah lah dua2 tinggi. terhibur harini! hahaha. Najib ni macam kembar Naqib yang totally opposite. kalau Naqib xde perasaan, Najib sangat2 lah memahami. so, kalau aku bercakap dengan dia, or randomly senyum. memang dia sangat2 memahami! oh. untungnya dapat dua2 manusia ni umpama abang2 kembar aku. biarpun aku lagi tua. masalahnya mereka tinggi sangat. jadi, aku jadi kecik. hehehe.

aku paling enjoy bila menyanyi dengan dia. coz selalunya kami akan random je. gila2 sikit dengan Najib and bila satu grup, kami akan okay. get along. memang kalau tiba2 aku nak jadi budak2 mengada sikit pun pergi dekat dia. even kalau barang aku dah banyak sangat. *maximum 4 buku tebal kat tangan, aku akan campak kat dia dua. hehe. acah2 buli. thanks sebab faham aku..

Jadilah kalian abang kembar pada aku! hehehe. oh, dah lah minggu depan kami satu team debat! chaiyoookkk.

PS: seminggu eh kau cabar aku pakai tudung bidang 60? nanti aku pakai tau. teringin jugak nak merasa. in shaa Allah. belanja eh nanti? hehehe.

So... sebenarnya post ni aku taip waktu rabu lepas. sekarang dah sabtu. ni. semua post yang kat atas ni.

jadi, aku nak sambung sikit lah apa yang terjadi sepanjang seminggu ni.

jatuh, pitam, menghabiskan merentas desa sambil berpimpinan dengan Yana. jadi orang terakhir yang menghabiskan merentas desa. wah. aku memang x fit! >_< bak kata Naqib, fitness training aku perlulah berdasarkan training budak 12 tahun punya. *nampaknya aku perlu dilayan macam budak kecil lah lepas ni.

semalam pulak, Najib dan beberapa lagi dalam kelas cikgu cop buat kelas kecantikan pulak waktu kelas fizik! hahahaha. kelakar lah.

dan, macammana aku jadi protective gila dengan bendera sapphire. *aku rasa orang lain x faham macammana aku jadi protective sangat melainkan Najib. huhuhu.

so, goodluck sayang2 sekalian untuk exam. moga2 kita tabah ya!!! nanti buat study grup sekali utk beradik lima. huhuhu.




No comments:

Post a Comment