Assalamualaikum. :)
So, hari sabtu dah tiba kembali. Minggu yang sangat meletihkan untuk kedua-duanya. Physically and mentally broken. Yeah. Aku cuba tabahkan diri sampailah menunggu hari cuti. Baru tenang sikit.
Not much achievement though since bangun pagi tadi. hahaha. baru sempat siapkan kerja matematik dan separuh handout bio. Semalam aku ingat nak start buat dah kerja-kerja sekolah. Tapi dah terulangkaji sejarah pulak dengan Sabi. Tapi tak kisahlah. Bagus jugaklah. Sebab rasa macam dah lama je aku tinggalkan sejarah ni berbanding subjek2 lain.
Too much things happen this week like seriously aku asyik2 rasa sebak sorang2 pastuh nak menangis tak lepas. Stress sangat bro. Tambah lagi dengan unnecessary thinkings semua.
I mean like somehow, aku tiba-tiba larut dengan perasaan sedih. Why? Banyak sebabnya. Antaranya, aku terasa macam kebanyakan orang-orang sekeliling aku hanya berada dengan aku bila aku gembira je. Bila aku mampu tersenyum, tersengih bagai nak gila. Certain times, aku perasan yang orang cari aku bila betul-betul bosan je. Well, salah aku jugakkan yang layan je. So maybe dalam mindset dorang, aku ni penghibur tak ubah macam badut.
So, orang-orang yang macamtuh, waktu aku dalam kesedihan, dorang bukan kawan aku. Tunggu lah sampai aku betul-betul gembira balik baru lah korang ni kawan aku. Kalau x, aku yang akan semakin bertambah-tambah koyak hati, koyak rabak mental aku.
Kenapa aku kata bahaya? sebab aku perasan, lately ni kalau aku down sangat2. nanti aku jadi lemah semacam. orang pun perasan aku pucat. mana taknya, terbangun tengah-tengah malam xde sebab. tambah lagi dengan benda-benda yang buat aku sedih.
Sometimes aku terfikir, kenapa lah manusia disekeliling aku tak pernah nak bersyukur? Yeah well. maybe dorang tak pernah merasa kekurangan kot, ataupun tak pernah merasa kehilangan. kan?
Apalah nak banding dengan aku ni. Siapalah aku. Sesuai ke aku nak berkawan dengan orang macamtuh?
Semua benda ni membuatkan aku selalu ambik masa sorang-sorang layan angin yang menghembus dekat aku. Masalahnya aku tak mampu berhenti berfikir!
Tuh tak masuk lagi dengan tragedi yang terjadi sampai aku rasa macam, ya rabbi... penat lah nak hadap manusia di sekeliling. ape rasanya ya kalau tinggal dalam kelompok kucing? Kurang kot rasa sakit hati ke, rasa tak selamat ke.
Alhamdulillah masih ade manusia yang mampu buat aku distracted dari kesedihan ni walaupun aku tak cerita, dia masih boleh buat aku ketawa. Pengunjung setia bilik aku yang sudi nak belajar dengan aku. Orang yang sudi yang nak berjalan dengan aku waktu petang-petang dan sudi nak support aku berdiri bila tak stabil sebab sakit pinggang pagi2. Tolong jangan nangis bila akak dah tak sekolah dekat sini. Tolong tabah ya. :') mungkin akak kadang-kadang membuli jugak tapi akak sayang dengan korang.
coz korang membuatkan akak masih percaya yang kalau kita betul2 rasa sayang dekat orang, kita akan luangkan sedikit masa kita untuk mereka walaupun sesibuk mana. bukannya lari ke mana-mana bila bosan atau pun sibuk sampai nak mesej kita "saya sibuk. bila ada masa kita borak ya." pun x mampu. saya tak boleh terima :')
Somehow bersyukur coz tiba-tiba kawan lama aku contact balik. Rasa macam Allah hantar kawan aku ni tepat2 masanya. Terima kasih kawan. Rasa lega dapat bercakap dengan kau semula.
Well, panjang pulak aku emo ni. So back to my life, ada banyak benda yang aku kene buat untuk assignments. habis lah aku minggu depan. Penyek lah aku. hahaha. Mana taknya. dengan all those bengkel SPM + assignments + hafazan + K3M + FSC yang semakin mendekat. Moga bertabah ya semua. hahahaha. hopefully aku cukup rehat lah.
So, shall we start back our mission?
No comments:
Post a Comment