expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 31 December 2014

Inilah tahun 2014. selamat tinggal tahun 2014! Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada kisah hidup ku ini :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

aku dedikasikan entry ini buat sesiapa sahaja yang menemani aku sepanjang tahun 2014. kawan2 lame. kawan2 baru. guru2 yang setia menemani dan sesiapa sahaja yang sudi melayan kerenah aku ni.

aku yang banyak cakap. aku yang kadang2 touching. aku yang mengada2. aku yang kadang2 marah.

mintak maaf ku susun sepuluh jari.. terutama kepada Irdina yang aku selalu terpukul bila aku rase geram. *walaupun aku bukan nak marah dia. nak marah dekat benda lain . tapi dah dia je gebu macam punching bag. sape suruh jadikan aku mangsa geletek selalu? kau tau tak aku jenis geli!! hish. hahaha -,-" perhatian. ini Irdina SMKDE. kang tertukar pulak. hahaha.

terima kasih saya ucapkan kepada syasya dan batrisyia kerana menjadi kawan satu line tempat duduk yang sangat memahami. sorry kalau ade mase korang bercakap aku tetiba "haaa? ape dia? ape dia?" haha. menyibuk aje kan aku? kan? kan?ape pun korang, terima kasih sebab support aku. aku teringat moment2 kita bakar biskut sampai ade satu tray hangus same2. waktu tuh pulak aku baru je touching dengan vitala. nanges2 pun nak jugak bakar biskut. dapat jugak band 5. hehehe.

to Aliah Rapaie. aku sayang kau wei. walaupun kau poyo. jenis selamba je. tapi aku tau hati kau baik. kau berbakat dalam seni. especially time buat replika baju kadazan tuh. terima kasih sebab jadi kengkawan aku. sayang kau. sorry kalau terbuli ke ape. tak berniat pun sebenarnya. maklumlah aku ni kan rock semacam.

heee. to Riva, thanks for supporting me to speak in english. i remembered how you tell me to keep speaking with you. until now i'm grateful that i've passed oral test in PT3 with gred A. To Yap and Wendy, this three friends always in my heart.

untuk Valar dan Rahman, dua2 manusia ni tak ada fb, jadi aku malas nak tulis sebab aku tau korang tak bace punye. hahaha.

To Sara, aku tau kita tak berapa rapat form 1 and form 2. tapi form 3 ni sebab kita dah duduk dekat2 jadi kita dah jadi rapat lebih dari dlu. sorry tau kalau kita ade salah faham. ape pun, nice dapat bekerjasama especially waktu drama tuh. oh yee. best lah dapat peluk kau especially time aku touching. macam peluk teddy bear. hehehe. *aku memang kalau dah touching aku suke peluk orang. x dapat peluk orang, tiang pun aku peluk jee. macam cite hindustan. hahaha.

To Fatin, Linda, Anis dan Jidin. korang adalah grup yang terbest aku penah join dalam hidup. korang selalu support aku sampaikan hari aku nak pergi ambik ujian UKM 2 tuh pun korang sanggup suruh aku pergi walaupun mungkin akan korban kan usaha kita selama sebulan lebih untuk debat. alhamdulillah kita menang :')

aku masih ingat macammana satu grup kita pergi redah pasar borong selayang tuh untuk jalankan PT3. aku tau susah. tapi kita dapat jugak lalui. suke duka tuh takkan aku lupa. Fatin. pindah jauh2 jangan lupa aku. cepatlah beli henfon baru. Anis, jangan lupa aku tau. Jidin, aku nak tengok kau berisi sikit tahun depan sebab kau suke sangat makan kek. tau? tau? ye? jage kesihatan elok2. sayang korang!!! korang ni adalah geng aku yang terkuat daripada kelas lain.

To Vitala, Nazrien dan Barra(abang angkat yang lebih muda daripada aku) walaupun korang suke menyakat aku, aku bersyukur dapat kawan dengan korang. jase korang menenangkan aku time periksa dengan magik2 korang tuh aku hargai sangat. terima kasih! walaupun kebanyakan mase especially Vitala yang pernah aku kejar dengan penyapu, baling kasut kat kau. *dah kau nakal sangat pi baling batu tuh apasal? hahaha. sorry..

untuk cikgu2 form 3, saya sayang semua ckgu2!

ape pun. beberapa event yang xkan saye lupa untuk tahun ini.
1.Drama Komsas 2014-dimana aku jadi watak Hajah Derisah. Anak aku Khairyssya.*sorry kalau eja tak betul. dan suami aku si haji pakir. *rahman. hahahaha.
2.Bakar biskut untuk band- bakar biskut sampai hangus satu tray. buat macam sandwich dan sapu nutella. yum2. hehehe.
3.Drama English 2014- aku ambik watak hantu sampai berguling2 atas lantai. *ni ape kes ni? hahaha.
4.Bahas ala parlimen-akak2! inilah kenangan terindah especially bila mamat poyo sekolah lain final tuh saje cari nahas dengan kita! urghhh.
5.menjejak bukti di pasar borong-jangan main2 kau. kene interview orang dekat pasar borong tau..
6.pameran warisan-yahuuu! kita kelas kedua yang jalan kan PBL. hebat kan? hehehehe.

dan lain2 lagi.. sayang korang. muah!

dan yang terakhir... 3 minggu terindah dalam hidup aku.. PPCS'14. dedikasi utama buat Intan dan Irdina. sayang korang. sebab kauorang lah yang ajar aku macammana nak survive duduk kat asrama. dengan perangai aku yang suke bertanya ulang2 kali macam radio rosak. aku memang minah minyak cap kapak plus minah bebel kat sekolah. huhuhuhu.

terima kasih kepada amira, jiran depan *dah macam duduk dekat rumah flat dah. sebab jadi kawan aku yang gile2. walaupun suke buli aku. aku tetap sayang kau tau.

sebenarnya, marah aku tanda aku sayang. tanda aku caring dan peduli. kalau aku terlebih ketawa, jangan marah aku. mungkin sebab aku jarang gelak. kepada sesiapa yang annoying, suke menyakat aku.. aku sayang korang sebenarnya lebih dari orang lain. sebab tanpa korang, hidup aku macam kereta atas jalan raya je. kalau ade korang, hidup aku macam roller coaster. ade turun naik. best sangat.

teruskan berjaya di masa hadapan! aku mintak maaf. susun sepuluh jari. semoga kita mengharungi tahun 2015 dengan azam yang baru. kalau pindah mane2 jangan lupakan aku tau. ye.


lawatan ke Melaka.*kerenah jr.astrophysicist the whole day :)

assalamualaikum.

malam ni bergerak tulis entry awal sikit. biase dah pukul 10 baru terkial2 nak bukak komputer. haa. rase macam nak buat dua entry harini. satu untuk yang tersayang family member astrophysicist dan satu lagi untuk yang tersayang di SMK Darul Ehsan. :)

kenape? kenape dua entry? haa. sebab tepat pukul 12 malam ni dah mula tahun baru 2015. well. ikut kalender mataharilah. tapi kalau nak tau, bumi mengorbit matahari dengan mengambil masa 365 1/4 hari. itu lah sebabnya 4 tahun sekali ade tahun lompat. get it? haa. ini pun dah termasuk dalam segmen ilmu dah ni.

okey. 15 disember 2014. lawatan ke Melaka. yeay! keluar sekejap daripada Selangor. punye lah eksaited sebab dapat keluar. yelah. specialnya kitaorang sebab dapat keluar daripada selangor. course lain pergi dekat2 je. paling dekat di KL. so. kemana kitaorang pergi sebenarnya? kitaorang pergi ke kompleks falak al khawarizimi.

lebih kurang pukul 7, kitaorang dah ade kat dalam bas. maksudnya pada hari itu, julung2 kalinya kitaorang x sempat nak tertdo dalam surau lepas solat subuh. sebabnya, awal2 kitaorang dah lari pegi dewan makan. pukul 7 terus naik bas. paling aku terkezot tuh, sempat lagi mereka berwasep2 atas bas tuh. awal pagi aku tak tahu sangat apekah kerenah mereka sebab aku tertdo. *sorry lah ekk. tak dapat nak buat ape2. hahaha.

sampai aje dekat sane, semua dah eksaited ni. hahaha. tuh diaa. tapi ape pun, semua pegi makan dulu. makanan yang diaorang hidang untuk pagi tuh adalah mihun goreng. kesiannya. inilah detik apabila intan dibahan sekali lagi dengan toge.



ni lah jadinya kalau time makan pun nak berwasep. penuh gambar toge haa dalam fon aku. -,-" Baihaqi. terima kasih kerana meninggalkan sejarah yang amat berkesan dalam hidup intan dan dalam telefon aku. hahahaha.

after that, kitaorang ade taklimat sekejap. haa. best jugak lah. *bagi aku. time yang tak boleh blah tuh bila penceramah tuh cari mana abang RA kitaorang. muahahaha. RA dengan pelajar dah same dah. tuh lah. comel sangat sampai dah jadi geng kitaorang dah. hehehe.

kitaorang ade taklimat sampai lah tengah hari sebelum makan tengah hari dan solat berjemaah. terkejut aku time tuh Afiq jadi imam solat. *aku tak nampak. Alia yang kata sebab dengar suara macam suara Afiq. hahaha. yang bace iqamat rasenye orang lain. *Alia kata suara Azim. yeke? aku pun tak dapat pastikan kesahihannya. tapi Alia kan mama kitaorang. takkan dia tak kenal suara anak bongsu dia sendiri? ape pun, aku tabik ah dengan Afiq dan Azim. nampak je main2. tapi bab ibadah tak bawak main2 woo.. *bab ini je lah puji. yang lain.. urghhh. *banyak nak komplen ni. korang tunggu je laaa.

after that kitaorang terus naik balai cerap.



sebenarnya kan, daripada gambar ni je aku boleh hurai satu2 gelagat diaorang ni. hahaha. ade yang terpejam. kalau korang tengok betul2 Irsyad dah macam tertido kat situ. Sabri dah kenape kau pegang bahu Hakim? Hakim kau kesedihan ke ape? Sham, aku tau gambar kau mahal tapi jangan pandang kamera dengan pandangan membunuh macam tuh. Hafiz, kau dah kenape begitu? hahaha. abang wan duduk kat hujung sane teramat lah comel. Azim, kau memang mengada2 kan bukak spect? hahaha. aku dengan Alia tak ketinggalan terpejam sambil senyum menampakkan barisan gigi yang maksimum. Syahila tetiba je jadi macam perempuan melayu terakhir control ayu kat situ. hahaha.

Opss jap. SABRI!! kau jadikan gerhana lah kat Atifah. tak nampak dah. hahahaha.

oh jap. sebenarnya ini bukan balai cerap lagi. balai cerap gelap tau. nak tangkap gambar pun xnampak. hahaha. ape2 pun yang aku paling x boleh lupa budak2 ni lah. semua syok sangat berkumpul dekat air cond bawah kaki tuh. adehhhh. nasib baik tak bau stokin tau. mau bau semerbak karang dekat balai cerap tuh. hahahaha.



ni apesal ni? hoi2. jangan bunuh diri pulak! hahaha. *gurau2. heeeee.tuh yang ade dah angkat tangan bagai tuh. jangan syok sendiri.

hahaha. after this. kitaorang pergi tayangan 3D kejap.*sorry lah kalau terbalik2 yee..


sorry. nak jugak tayang muke pakai spect 3D. tau x. satu roommate semua pakai tudung hijau. hijau tudung intan paling lawa. tudung aku macam daun musim luruh. hahaha

ni budak2 lelaki syok sendiri. jangan tanya kenapa. hahahaha.

okey. after that pergi melawat galeri kejap. hahaha. kat sini tak sempat sangat nak main ape2. tapi kan.. satu benda jee yang aku geram. hahaha.

aku ingat lagi ade beberapa orang manusia termasuk lah Alia yang ade sewaktu aku nak cuba mesin berapa berat kita kalau dekat planet lain. contoh macam dekat bulan, kita akan jadi semakin ringan. dekat Jupiter akan jadi berat kita beribu2 kg.

punye lah orang lain tekan2 berat aku berapa dekat planet lain. datang pulak ade manusia ni tekan berat aku berapa dekat bumi. -_- tak klakorr wei. tak klakorr.. tak ade orang tau berani tekan berat aku kat bumi berapa. sape manusia tuh? cepat mengaku sekarang! urghhhh.

well. habis dah cerita dekat kompleks falak tuh. hehehe. ni nak cerita kisah dalam bas pulak. hmmm..

dalam bas ni lah aku tengok semuanya jadi kucar kacir kat grup wasep. haa. memang ketakutan lah budak2 perempuan nak tdo dan terlelap. lagi2 yang selalu jadi bahan tuh kan. memang takut ah nak tdo. tak boleh nak relaks langsung aku tengok. mane taknya. tangkap gambar orang lain pastuh post kat wasep.

yang paling tak boleh tahan main teka2 gambar tuh. adehhhh. dan semestinya gambar abg daim tersayang lagi femes menjadi pilihan. ambik gambar mata lah. gambar hidung lah mulut lah segala. nasib baik lah aku boleh relaks. hahaha. *untung kan jadi orang x femes? x de orang nak bahan. hehe.

sebab tuh lah selang berapa minit je dengar manusia ketawa. selang berapa minit je dengar orang gelak. haish. aku ade je simpan gambar2 mereka ni tertdo dalam bas. tapi rase macam kejam sangat lah pulak kalau letak kat public ni. mau meroyan nanti nak masuk tahun baru ni. hehehe.

otw balik tuh makan kuaci lagi. intan bawak. *ha. kan dah kate. kisah kuaci ni banyak betul! hahaha. sambil2 melayan kerenah wasep2 diaorang tuh lagi. boleh lah. sampai2 je dah pukul 6.45. terus masuk dewan makan dan makan dulu.

dan malam tuh, bersambung dengan latihan terakhir zapin sebelum talentime. okeylah. talentime ni aku cerita asing sebab aku rase macam banyak sangat nak tulis. hahahaha.

PS:sampai sekarang kalau time hujan aku mesti teringat waktu dalam bas. sebab otw balik tuh hujan dengan sangat lebat. okey. byee! nak menghadiri IC-AMPM.hahahaha










Tuesday, 30 December 2014

Error'14-No Specific Title found.

Assalamualaikum.

alhamdulillah. pagi tadi dapat jugak aku tukar font blog ni dan cantikkan sikit. *cantik ke? entah lah. tapi lepas tuh tak sempat nak tulis entry dah kene keluar. mama kata nak belajar bawak kereta sampai rumah makngah. pening wei! inilah jadi bila ade kereta pun nak naik motor. aku kalau hujan x kisah. janji naik motor.

well. semalam ade lah komplen yang aku terlupa beberapa kisah dalam "apa nak bawak kalau pergi ke marikh?" well. kumpulan irsyad rupanya yang cakap suruh bawak poket doraemon 4 dimensi. baru ku tau. hahaha. sorry lah. aku ingat kumpulan aku punye je dengan cangkul,gambar abang daim dan syahila. heee >_<

btw, malam semalam bile miss nisah join conversation kata kalsium boleh membuatkan orang mengantuk, aku rase aku tak normal agaknya. sebab time tuh dalam 11.30. aku baru lepas minum susu perisa strawberri. honestly tak ngantuk langsung! bak kata Tipah. minum susu berkotak2 tapi mengantuk pun tak. tinggi pun tak. *bila nak tinggi lagi? dah 2 tahun macamni aje haa. huhuhu.sedih lah sebab makin pendek dari orang lain. tapi, eh? semakin dekat muke ke tanah kan semakin lambat tua? ade jugak faedah ye jadi pendek. hehehe. *tapi janganlah sampai jadi cam suster ngesot. heeeee.

mesti ade yang tanye ape hal lah tajuk jadi camtuh? ingatkan ade benda yang rosak ke ape kan? takde benda lah. sebenarnya okay je. cuma dah xtau dah nak tulis apee kat sittuuuu. memang xtau sangat2. sorry tauu. haahahaha.

dalam diary aku, journey seterusnya ialah pada tarikh 13 disember 2014. well. hari tuh bertepatan dengan hari sukaneka sebenarnya.




haa. tengok ni. semua muke steady lagi tau walaupun penat. yelah. nampak kamera je senyum. nampak kamera je senyum. tau dah. muahahahah!

ape pun. pada hari itu, agak penat juga kerana jadual hariannya yang tersangat lah padat. ape je yang kitaorang buat hari tu? hmmm. pagi2 lagi kitaorang dah kene lawan dengan budak greentech. macam biase, AF 2 dgn greentech dualah. hehe.

okey. macammana nak start ni. hmmm. haa! macam2 game sebenarnya yang kitaorang main hari tu. tapi awal2 AF 2 dah dapat stesyen yang aku rase KBAT nya kuase 10. nak tau stesen ape? stesen pancing botol. *pancing botol? dengan macam pancing ikan dah. hahaha. memang ye pun. waktu mula2 tuh, aku nampak ade kat atas track, lidi kene ikat dengan benang dan hujungnya paku. lepastuh ade botol kaca banyak2 kat situ. punyelah mati-matian aku ingat aku orang last time akak dgn abg RA yang jage situ suruh beratur, rupanya aku orang first. haa. macam2 cara aku tgk dorang cuba. aku pulak tak habis2 cuba masukkan paku tuh dalam botol kaca and cuba angkat. ceh! tak jadi jugak.

ah sudah lah cerita pasal pancing botol. *frust senarnya sebab haritu, kumpulan aku benang yang ikat botol tuh putus. hahaha. ade macam2 game lagi. paling aku rase x boleh blah haritu cari gule2 dalam tepung. tiup punye tiup. habis tudung! disebabkan hari itu, aku dah xboleh nak pakai dah tudung sarung warne hitam tuh. huhuhu. paling xtahan, mulut penuh dengan tepuk. wekkkkk. ayaq lioq tepung. jenuh lah kitaorang cuba buang tepung tuh dari mulut. wekkk. kesudahannya kalah dengan greentech dengan bilangan satu jee.. sedih.

lepas tuh ade game bola tampar kain. eh? ape pulak game bola tampar kain ni? haa. ramai2 pegang kain batik lepastuh cuba pas bola tuh dekat kumpulan lagi satu. mula2 lawan dengan budak2 perempuan greentech  je. pakai bola tampar yang paling ringan kat dunia. lepas tuh pakai bola sepak pulak. adehhh..

tapi moment yang paling best rasenye bile lawan dengan budak2 lelaki. wah. memang mencabar betul sebab budak2 lelaki ni lambung belon isi air tuh tinggi2. buatnye jatuh atas kepala mau pecah basah terus. hahaha. memang lagi satu cuak gile bile main pas2 baling ke belakang belon isi air tuh. cuak gile. *tuh pasal agaknye ade abg tuh takut belon. hihihihi. hehehe. sebagai mana banyaknya sejarah kisah kuaci, begitula banyaknye sejarah kisah belon di PPCS 2014.

nak tau game ape lagi yang KBAT terlebih? haaa. game seterusnya, jeng3. apung kan jarum atas air. *eh? cane tuh? hahaha. beruntung lah sape yang kuku panjang tuh. *kalau korang nak tau, kebanyakan yang kuku panjang majoritinya kaum lelaki dan bukanlah kaum perempuan. -,-" ha apung kan. apung lagi. hahaha *perasan tak sebenarnya ini takde rupa sukaneka? hahahaha.

game kedua terakhir *ni yang aku rase paling teruk dalam sejarah. hahaha. game lari sambil pakai  kain batik. malu giler. hahaha. dah lah tergesa2 kene pakai. lepas tuh lari2 terbukak pula ikatan kain batik tuh. adeeehhh. -,-" tapi series lawak tengok budak2 lelaki pakai kain batik. (ada gambar tak??? hello anybody. hahaha.)

last game kitaorang main tiup dan pecahkan belon jee. *sekali lagi beruntung lah orang kuku panjang. huhuhu. aku ni jugak yang last terkial2. ape pun. abaikan ajelahhh. hahahaha.

game tuh habis around pukul 10.balik2 je semua orang tido. atleast aku bangun jugak lah pukul 12 tengah hari tuh sebab pukul 2 ada latihan dekat auditorium. haa. yang budak2 perempuan AF floor bawah semua tido. dah dekat pukul 2 baru aku,intan,mira dengan dina serbu satu2. baru terbangun! *patutnya pergi pinjamkan jam loceng keramat kuasenye setara dengan loceng penggera kebakaran. hahaha. kesudahannya semua lambat. Alia lagi kesian sebab terkunci. Haziqah ingat semua dah keluar, jadi dia kunci je pintu. hahaha.

first time rsenye tengok budak2 lelaki merungut sebab budak2 perempuan lambat. hei. diaorang lambat sebab masalah teknikal. takpe2. entry lain aku hambat korang balik.korang pun ade gak episod lambatnya. muahaha. tapi aku tau, yang merungut ni sebabnya nak menari zapin. especially Alia kan. hahahaha *habis lah Alia. nama kau gak aku market. Tipahh pun.. nampak sangat ye ade yang tunggu beriya. hehehehe.

malam itu, malam tengok meteor shower sebenarnya. lepas isya terus aje kitaorang gi dekat dengan padang tuh. dah lah macamtuh, aku jalan dengan Hidayah MK pulak tuh. *nak jugak mention. rasenye dah merapu2 dah aku harini. hahaha. masing2 malam tuh semua diberi gelang glow in the dark. bila ku tanya dengan abg paan ape functionnya "senang nak cari kalau hilang." betul jugak. kalau dah dalam gelap ni. dah tak nampak muke dah. nampak gigi je putih itu pun kalau senyum. hehehe.

Malam tuh buruj orion yang paling senang cari. oh ye! lupa nak cakap. kitaorang bentang tikar malam tuh. lepas tuh baring tengok langit. best kan? tapi disebabkan langit x cerah sangat, jadi x semua bintang2 nampak jelas. ini semua disebabkan pencemaran cahaya. *aik? pencemaran cahaya? haa. budak2 astrofizik tau lah. kalau dulu kita selalu dengan pencemaran bunyi,air, dengan udara je kan? kitaorang belajar pencemaran cahaya sekali. hai.. kan bagus kalau ade tugasan geografi cari pasal pencemaran cahaya. xpayah lah budak2 SMKDE nak gi redah pasar haritu. *aik. melalut lagi. ape benda kau ni dayah? hahaha.

malam tuh x pasal2 semua orang piknik sekali. siap makan pizza bagai lagi. tuh tak masuk lagi perang berebut laser hebat daripada abang daim. asyik Afiq je yang main. geram pulak aku. hahaha. mintak2 tak dapat. sekali abang daim bagi, terus aku sorok. bersekongkol pulak dengan Audrey. hehehe.

nampak 8 je meteor shower tuh sebab meteor shower tuh laju sangat. nasib baik sempat nampak salah satu. mula2 je aku tengok orang beriya cari. lepas tuh ramai yang tido. tak tido pun makan. tak makan pun main game. kesudahannya aku bukak kedai kopi bersidang atas tikar tuh. hahahaha. forum tak bertauliah lah katakan.

kitaorang pun balik pukul 1 pagi. serius ngantuk gila time tuh. ahahaha. budak2 lelaki sempat lagi menyakat kak atiqah tuh. mentang2 lah abang wan takde. hehehe. sape eh ade sorang manusia tuh menyanyi kuat gile. *ingat kitaorang tak dengar ke? ha? tapi aku tak ingat sape manusia tuh. sob2. hahahaha.

sekian sahaja cerita saya yang memboringkan pada hari ini. esok rasenye saya akan ceritakan tentang lawatan ke Melaka pulak. nanti kan..

selamat malam.
PS: nanti saye letak gambar dalam entry lain lah. malam ni internet lembab. hahaha.

Apa nak bawak kalau pergi marikh? Hahaha :D jr.astrophysicist

Assalamualaikum..

hari yang sejuk kan hari ni? yep. saya keluar rumah pagi2 harini redah hujan. sejuk gile. nasib baik hujan tak lebat. hahaha. pegi mane? pegi beli barang sikit dengan kuaci. teringin pulak nak makan kuaci tuh yang pegi beli tuh.



haa. tu dia kuaci. kalau korang nak tau, kuaci ni membawa macam2 sejarah sebenarnya dekat PPCS. banyak gile memori dengan kuaci ni. *in fact sekarang pun saya tengah makan kuaci tau. okey. *eh? apa pulak lah kaitan kuaci dengan planet marikh ni?? O.o

okey. sebelum beralih kepada imbas kembali memori ni. biar saya selitkan sikit ilmu pengetahuan yang saya dapat daripada ensiklopedia sains yang saya bace semalam. memandangkan saya jr.astrophysicist kan. okey. well. alam semesta ni terlalu besar sebenarnya. kalau nak bayangkan kita ni kecik macammana banding dengan alam semesta memang tak terbayang langsung!

dalam ensiklopedia tuh, besar matahari boleh kita lambangkan sebagai bunga matahari tuh *ha, kan ade kaitan dengan kuaci jugak tuh? manakala bumi ni pulak macam semut kecik yang warna biru. nisbah jarak bumi dengan matahari pulak adalah 15 kaki. *berapa cm saya tak pasti. ape pun. nampak sangat kan beza antara bumi dan matahari tuh? ini belum cerita lagi pasal planet Jupiter semua. xpe. lain kali in shaa Allah saye buat entry khas untuk ilmu pengetahuan yang sedikit saya pelajari.

okey. berbalik kepada tajuk asal entry ini, "apa nak bawak kalau pergi ke marikh?" okey. buat pengetahuan korang, sekarang ni marikh dikenal pasti sebagai planet yang ada kemungkinan untuk hidupan hidup. jadi, macam-macam kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti potensi planet tersebut. mana lah tau satu hari nanti manusia boleh pindah planet marikh pulak. kan?

nak tau jauh tak jauh jarak antara satu planet ke planet lain tuh. nak travel pergi marikh daripada bumi pun ambik mase dalam 6 bulan kalau tak ada apa2 halangan. so, adalah satu hari yang bersejarah waktu dekat PPCS tuh, AF 1 dan AF 2 pun bergabung dan membentuk kumpulan. hahaha. dan tugasan yang diberikan "fikirkan ape yang hendak anda bawa dalam perjalanan ke marikh untuk memastikan hidup anda bahagia. dan kotak yang di beri ialah 1m x1m x1m. wah. boleh tahan besar. tapi kalau nak bawak gi marikh gerenti kecik je rase. yelah. bawak barang2 nak gi kem 3 minggu pun dah banyak beg. tuh x masuk lagi ade yang bawak baldi bagai tuh.

mungkin ade yang kata gila nak fikir semua benda tuh. tapi kita kene jugak fikir. manalah tau kita yang nak pegi marikh akan datang? sape tau?

ha. dan pada hari itu, secara kebetulan aku satu kumpulan dengan Nik Amira dan Baihaqi dari AF 1 dan paling mengejutkan aku satu kumpulan lagi dengan Hakim dan Azim dari AF 2. hai. balik2 nampak muke mereka berdua juga. balik2 dapat nombor yang same juga dengan mereka berdua. pendek kata macam takdir pulak. memang takdir pun agaknye. hahaha. takpe.. seronok juga satu kumpulan dengan mereka. walaupun perangai dua manusia tuh kontra. :)

okey. agak2 ape yang kitaorang fikir ye kalau nak bawak pergi marikh? haa. tengok ni..




haa. tengok banyak2 dalam senarai tuh. tengok. ade kuaci kan? kalau perasan, lepas je senarai kuaci tuh semua benda yang kitaorang tulis dah jadi berganda-ganda merepek dari biase. tapi yelah kan. pemikiran luar kotak. inilah yang kita mahu. yaa itu dia! haahahaha.

sebenarnya kuaci ini bermula daripada idea azim. adehhh. hahaha. inilah berlaku apabila azim dibenarkan memegang marker pen. tulisan aku tabik sebab lagi lawa dari tulisan aku. hahaha. katanya kuaci boleh dimakan sewaktu bosan dan paling penting boleh simpan dalam poket. hahaha. adehhh. my comment, kalau bagi kat aku,intan,mira dengan dina rasenye kuaci satu beg plastik pun boleh habis dalam mase 3 hari. ni nak tahan 6 bulan dengan kuaci muatan satu poket? hahaha. itu lawak.

lepastuh alang2 dah tulis kuaci kat dalam tuh aku pergi lah request hamster. tujuan asalnya nak jadikan hamster tuh haiwan peliharaan je. oh. alih2 si Hakim kata boleh lah bela hamster. kalau dah membiak senang sikit. adehhh. Nik pulak dia kata boleh lah masak hamster tuh buat lauk kalau teringin nak makan nasi. *haa? lauk?? O.o comel2 sanggup ke nak buat lauk?? huhuhu. sampai hati. nak masak ape agak2 nye hamster tuh? hahahaha.

yang watermelon seeds tuh lagi lawak. rasenye beberapa kali jugak cadangkan biji benih ape nak bawak sampai beberapa cadangan pertama ade yang requested nak bawak biji benih pokok durian dengan rambutan. hoi. nak tanam kat mane dalam kapal angkasa tuh? kalau betul tumbuh pokok durian tuh mau runtuh kapal angkasa tuh. hahahahaha. akhirnye kitaorang ambik keputusan pilih tembikai. tembikai pokoknye kecik, sedap dan mengenyangkan. hahaha. bagus2. lepas ni kalau nak pegi marikh kita tanam tembikai aje lah.

whiteboard mainan tuh pun aku yang request tau. alah. tau tak yang magnetic whiteboard yang budak2 kecik main tuh? haa. yang tuh lah. berapa banyak kertas yang korang nak bawak pergi marikh?? *oppss. lupa nak cakap. sebenarnya kalau pergi marikh xtau boleh balik lagi ke tak. hahaha. ape pun. aku request benda tuh mane lah tau kot bosan2 sangat. telefon rosak ke boleh lah meluahkan perasaan kat situ. kot lah frust dengan rakan2 satu kapal angkasa tuh. *kata kumpulan lain, kalau xnak bosan, jangan lupa bawak syahila. muahahahah!

jarum dan benang tuh functionnya nak jahit pakaian yang koyak atau rosak. disebabkan tak boleh nak bawak pakaian banyak2 makan jarum dan benang adalah penggantinya. sob2. first aid kit jangan lupaa. minyak cap kapak yang utama tau.. minyak cap kapak memang teman sejati sayee.. dari dulu,kini dan in shaa Allah akan datang. jadi kalau nak pergi ke marikh, jangan lupa bawak minyak cap kapak. ubat migrain, ubat selsema, ubat demam, ubat gastrik dan ubat mengantuk. semuanya boleh. *eh? aku ni dah kenapa? dah macam promoter minyak cap kapak pulak dah. hehehe.

maggi? haa. tak ingat sape cadangkan. tapi bila buat presentation kat depan, maggi ini jadi persoalan yang hebat diperdebatkan. dah maggi je sedap dan senang masak. nak buat macammana kan? tapi x boleh bawak banyak2. kotak tuh kecik aje. hahaha. kalau anda nak tau, power bank tuh sebenarnya ade request nak bawak 10. fuish. banyaknye. nampak sangat x boleh hidup kalau takde telefon. ye lah. x boleh nak main game coc. muahahaha. kalau internet tuh dekat marikh memang tak ade lah. jauh sangat.

paling yang aku rase lawak Baihaqi request batu nisan. adehhh. terus kitaorang kate "berat sangat tuh bai." hahaha. instead kitaorang suh bawak kain kafan dengan kapur barus. hajat Bai nak bawak batu nisan ke marikh tak tercapai. kata mereka, kalau mati campak aje biarkan terapung jadi seperti space junk. *itu kejam. hahahaha.

ape pun. kumpulan lain ade yang sangat bijak bawak cangkul. *kenape tak terfikir eh? hahaha.

colour pencils tuh sebenarnya idea aku jugak. merepek kan? hahaha. paling x tahan tuh lah. shawl warna warni. bila ditanya kenapa bawak shawl? kenapa tak pakai tudung sarung je??

jawapannya senang. tak payah digosok. takkan nak bawak iron gi marikh. pakai kedut2 pun lawa lagi. hahahaha. sepintas kumpulan2 lain yang paling aku rase terkesan di minda ialah keperluan untuk membawa gambar abg daim. atas permintaan ramai, kumpulan syahila akan membawa gambar abg daim sekiranya ke marikh. fuhhh. ini memang terbaik. salute!!

itulah al kisahnya. ade jugaklah yang beberapa kumpulan nak bawak bendera permata pintar. *wah. ini kes membodek ke ape ni?? hahaha. bawak bendera Malaysia dulu! mane tau ade alien kat marikh tuh boleh lah dia kenal bendera Malaysia. tak ke bangga gitu?

ape pun. inilah kisahnya AF'14. it's been a great oppoturnity satu grup dengan Nik,Baihaqi,Azim dan Hakim. idea diaorang memang agak giler2.*idea aku pun boleh tahan gile. tapi kita xtau. mungkin daripada idea gila inilah ade idea yang lebih baik tercetus. fikir luar kotak okay? :)

sebelum tido, saya nak ucap terima kasih kepada Hidayah MK kerana telah menulis nama2 dibawah kertas mahjong tersebut dengan menambahkan Hidayah kuase dua disitu. jasamu tidak akan ku lupa. oh ye. typo spectacles tuh jangan lupa yaa. hehehe.

PS:baru perasan, sebelah kuaci tuh ade tulis kacang hijau. sape mintak? Bai? kau nak cambahkan jadi toge ke? hahaha.




Sunday, 28 December 2014

Kisah Jr.Astrophysicist PPCS'14

assalamualaikum...

sebenarnya cerita memang ade banyak. tapi nak letak tajuk dah xde idea. so letak aje lah ape2 tajuk biarpun ia membosan kan. entry semalam boring tak?? sorry tau! hahahaha.

okey. dan malam ni sebelum beralih kepada down to memory lane bak kata omputih, biar aku kemukakan gambar2 yang menjadi sensasi dekat grup wasep. dan gambar2 ini menyebabkan hikayat nak mewujudkan syarikat poster pun wujud. hehehehe
Ha irsyad? jangan main2. gambar ni tak pasal2 boleh jadi gambar femes untuk dedikasi kepada sape2. hahahaha. btw, kenape kau buat mulut camtuh? hahaha

ni manusia mane yang syok tido ni? anak sape lah yang tido ye tuh? *anak sape pulak yang menangkap gambar ni? hahaha
Khas buat Bai, gambar toge ini di dedikasikan buat Baihaqi yang memang pandai mencari gambar2 toge.
ha. ini ade lagi gambar toge yang pernah menjadi viral di grup wasep AF. toge ini adalah gambar terbaik melambangkan tema tudung hijau dan sweater putih. *sape makan toge, dia lah yang terasa. heee. jangan marah.

haa azim. dengan sudut dan ketepatan posing kau memang layak diletakkan caption seolah-olah macam panik. hahahaha.boleh katakan gambar favourite dorang ni kat wasep.
tak boleh nak komen lah. yang penting gambar ni tak pernah gagal buat aku tersengih seketika. hahaha *kalau tak puas hati sila PM ye. nanti sye remove dari blog ini. sekian.
okey lah. hahaha. sudah2 lah post gambar mereka. tak pasal2 mereka pula yang femes. ececeyh. nak tengok gambar yang seterusnya? ini kisah hari ke 10 aku berada di PPCS bersama warganegara AF sekalian.
hati2. rasenye tak semua warganegara AF yang asli kat situ. ade yang tukang2 sibuk je nak menyelit dekat situ. hehehe
ape pun. kalau korang perasan, ramai yang sedaya upaya cuba tahan silau kat situ. termasuklah aku sendiri sampai dah macam tido pulak dah dalam gambar tuh. hahaha. berkerut dahi menahan sinaran matahari.

sebenarnya ini selepas kitaorang beratur untuk menyambut kedatang VVIP yang pergi ke ic-gate. pagi2 normal lagi walaupun sebelum tuh kelas AF 2 pergi menceroboh kelas AF 1 dan meluangkan mase main game bersama2 seketika.

haa tengok. beriya betul masing2 buat muke yang paling buruk tengah2 main coc ni. eh? nampak tak ade 3 orang je perempuan kat situ? sob2. sebenarnya yang lain dah kene ambik dengan geng sebelah sane. tinggal aku,yuyen dengan angeline je. sampai hati. hahahaha.

rindunyaa nak main coc dengan diaorang semula. sob2 :'( hmm. nak jumpe korang. nak jumpee. nakkkkkkk. uwaaaaaaa!!! ingat lagi mase ni macammana bincang2. biasenye dekat AF 1 Hafiz yang jadi ketua dorang dengan intan. sape yang kene ambik awal2 kiranya mahal lah tuh. hahahaha

terima kasih kepada abang daim, kerana telah bertapa satu hari satu malam kerana memikirkan game tersebut untuk anak-anak di AF.

begitulah al-kisah bingkisan blog aku pada hari ini.

ha? ape? dah habis dah. nak ape lagi??

eh3. tunggu2. sebenarnya ade lagi nak tulis. uwaaaaaaa.. aku rase sedih sebab gelang yang aku dapat time meteor shower yang glow in the dark tuh dah hilang. :'( uwaaaaa. ape pun yang hanya tinggal dalam simpanan aku sekarang ialah gelang getah,ketupat, spektroskop dan rubu' mujayyab je.

macammana pulak al kisahnya ada ketupat ni? haaa. ni lah yang buat aku tersenyum bila ingat hari clinic skills. harituh lah moment yang aku tau abang wan RA kitaorang pandai buat ketupat. wah. excited sungguh aku tengok diaorang buat ketupat. especially budak-budak lelaki. dari awal sampai kesudah ketupat tuh aje lah yang diaorang kerjakan. ha. belajar elok2 buat ketupat. tahun depan raya aku nak tengok korang hidang ketupat daripada daun kelapa. bukan ketupat plastik adabi tuh tau. ye? ye??

waktu clinic skills tuh sebenarnya kitaorang belajar macam2. belajar anyam tikar *takdelah tikar sangat. tapi boleh lah. facial treatment *yang ni sabun dia bau kuat gileee. dah basuh muke 10 kali pun bau lagi. hahaah. paling rase geli sebab orang lain gosok2 muke dengan pipi kita. hahaha. patutnya lepas kitaorang dah buat facial treatment tuh kitaorang pegi menari. tapi guru menarinya dah tak ada! hahaha.

dah siap buat ketupat, pegi buat gelang getah. dah siap buat gelang getah pegi kelas interpersonal skills. aik? macam persiapan nak pegi masuk teater je? dah berhias, dah bermekap, dah belajar cara bercakap. tinggal menari je yang tak sudah. hahaha.

hmmm. tiba2 teringat pulak satu lagi kerenah budak2 lelaki AF yang masih segar dalam ingatan aku ni.. pada suatu  hari, kira2 pukul 10-10.30 malam... sesuatu yang.....
ha tengok ni. aku terkejut jugak mula2. apehal lah dorang bertiga ni *sebenarnya afiq dengan azim je. then harith tiba2 join pulak. kenape lah ambik susu kotak tuh banyak2? kesian course lain yang x ambik lagi.

rupa2nya inilah bendanya yang mereka nak buat. robot susu kotak rupanya. hahahaha. semua perisa kopi kat situ :D

ni kalau nak tengok lagi jelas. ade2 je lah budak2 ni kreativitinya. disebabkan perangai korang yang nakal dan gile2 ni lah aku tak boleh lupakan korang. :') thanks sebab bagi kenangan indah ye semuaa.

okey lah. itu aje lah untuk malam ni. sebab rasa macam dah letih jari nak menaip. tapi sebelum tuh biar saya persembahkan beberapa lagi gambar yang femes di grup wasep kami. terimalah!
kami panggil dia alep tinggi. alep tinggi... ohhhhh alep tinggi. hahahaha.

sabiiiiiii. *opsss silap. sabriiii. kenapakah anda begitu?? hahahaha

O.o haaaaaa?? OMG. sape tuh?????? hahahaha

oh lupe. ade benda lagi nak tulis. *ish. mesti korang menyampah. dari tadi kata dah nak habis tapi tak habis2 jugak. hahaha. sebenarnya tadi kami ade diskusi sikit sebab aku pergi bangkit kan tentang teori masa. so, ape itu masa?

dari segi pemahaman aku tentang ape yang telah diterangkan tadi, masa ni ada kaitan dengan pergerakan. ade pergerakan ade lah masa. maksudnya, setiap ape yang berlaku dalam kehidupan kita ni macam banyak2 gambar yang ditangkap. jadi masa menghubungkan kesemua gambar tersebut maka terjadilah pergerakan. 

yang paling menariknya, jisim mempengaruhi masa. jisim juga mempengaruhi graviti. *eh? jadi gravity ade kene mengena dengan masa? gitu? haaa. kata mereka, kalau sape2 yang duduk tinggi2 tuh maksudnya lebih cepat tua lah sebab jauh dari gravity. makin jauh dari gravity, makin cepat mase berlalu. huahuahuahua.

jadi kalau nak muda selalu, selalu2 lah berada dekat dengan tanah. atau travel lah ke planet Jupiter sebab planet jupiter lebih kuat daya tarikan gravitynya. hahahaha.

PS: agaknya aku nampak macam form 5 sebab aku duduk rumah flat tak? hahahaha. kan jauh dari tanah tuh. hehehe. sape2 yang tinggi tuh kalau muke cepat nampak tua nasib lah. hehehe. :P

okeylah. sekian dulu. selamat malam! semoga anda, anda dan anda berpuas hati dengan entry ini. hehehehe.

Saturday, 27 December 2014

Permainan Tradisional di PPCS'14

assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

dah 27 haribulan disember dah. x sangka betul tinggal beberapa hari aje sebelum masuknya tahun 2015. masih lagi setiap kali aku bangun pagi, aku mesti check wasep aku dan bace kerenah2 kawan-kawan dan rakan2 di astrofizik. tak ketinggalan juga dengan adik2 di penaakulan mantik. yeah.

esok hari sabtu. langit dekat sini dah berapa hari mendung aje sebab dah masuk musim hujan. hmmm. jadi memang bintang2 langsung x kelihatan.takpelah. bak kata abg aimran, bintang tuh tetap ade dekat situ. sama macam bulan. jangan lah kita risau. selagi x kiamat, selagi tuh lah ianya masih ada.

aku masih teringat lagi moment kitaorang ramai2 tengok bulan dengan bintang melalui teleskop dekat balai cerap abang afiq. *balai cerap abg afiq selalu duduk tuh. wuuuuuu. sebenarnya, AF 1 yang dipanggil untuk tgk dulu sebelum AF 2. jadi, yang paling dramatiknya, tengah2 sibuk kitaorang buat mind map, ckgu suruh keluar dari makmal. mula2 semua malas. aku ingat lagi, x silapnya Alia ada kata "alaa cikgu. tunggulah. sikit je lagi mind map ni nak siap dah. *eh? mind map ke journal ha??"

terus je cikgu Nisah kata "baik kamu cepat. kalau tak awan tutup bulan dengan bintang-bintang tuh rugi kamu." terus kitaorang teringat kata-kata abg wan langkawi, langit malam ni macam dengki sikit kadang2 dengan teleskop tuh. asal bukak je teleskop, awan pun datang. asal bukak je teleskop, awan pun datang. asal awan datang je, teleskop pun dipasang. huhuhu. kitaorang pun ape lagi, lari marathon lah jawabnya ke balai cerap. mau x semput naik ke tingkat atas tuh. termengah2 nak kejar tengok langit malam. sebelum malam kelmarin sebelum tuh kitaorang naik balai cerap. tapi x nampak ape2. sayang gile.

nampak tak abang afiq sebelah tiang pemegang teleskop? haa. abg afiq kalau nak gune teleskop tuh x payah panjat tangga dah. muahahaha 

apapun. itu merupakan salah satu pengalaman terbaik aku kat ppcs. walaupun agak gayat sikit nak naik tangga tuh, aku tetap naik jugak sebab aku nak tengok sendiri dengan mata aku. kitaorang nampak nebula tau malam tuh. jangan main2.

paling kitaorang terkejut, malam tuh kitaorang nampak lunar halo. eh? ape pulak lunar halo ni? lunar halo ni lebih kurang macam pelangi berbentuk bulat keliling bulan.sebenarnya halo ni wujud kerana terdapatnya pembiasan cahaya. dan dalam kes pembentukan halo, halo terhasil daripada jumlah ais kristal dalam awan. *kalau tak silap lah. kalau nak lebih detail boleh lah anda tanya pakcik google ye.

untungkan kitaorang? pagi tuh belajar pasal lunar halo dan malam tuh terus nampak. memang rezeki lah orang katakan.

ape pun. beralih pula kepada permainan tradisional, eh? rasenye entry ni tajuk dia memang permainan tradisional. kenapa pulak aku pegi cerita pasal teleskop? O.o hahaha. tak kisah lah.

okey. hari sabtu tuh minggu pertama tuh kami semua ada aktiviti permainan tradisional. boleh tahan game2 dia mencabar. paling aku rasa yang ramai tak dengar ialah game sabung ayam. apo bondo eh tuh? haa. game tuh sebenarnya kene gune satu kaki je. satu kaki lagi pegang and lepastuh cuba jatuh kan lawan. haa. kumpulan AF 2 lawan dengan budak2 greentech dua kalah wei. serius penat laga lama2. ikutkan hati nak aje rempuh. tapi apakan daya, ini bukan perlawanan gusti.

bergerak ke station lepas tuh, main lambung2 penutup botol tuh. *apatah nama dia. aku pun dah lupa. SOMEBODY TOLONG INGATKAN PLISSSS! hahaha. ade sorang dalam grup tuh *aku pun dah lupa. eh? asal aku cepat lupa ni? kalau kitaorang biar aje dia yang lambung penutup botol tuh, sampai ke sudah dia aje lah yang main. kahkahkahkah

wei. sumpah ngantuk sekarang. hahaha.

lepastuh macam2 lagi lah permainan tradisional yang kitaorang main. sepak takraw lah, ketingting lah, galah panjang lah, lompat getah lah. congkak tak sempat pulak nak main. gasing pun ada tau...

kalau time sepak takraw tuh xpayah cakap lah. sikit2 terkena orang lain. kalau budak2 lelaki selamba gila main dalam hujan. aku pun tak faham dengan happynye muke masing2 boleh bermain dalam hujan. sungguh bahagia ku lihat muke mereka ketika itu. hahaha

sebenarnya tak ada benda sangat nak cerita time permainan tradisional ni sebab masing2 x kenal satu sama lain lagi. ape pun, malam tuh rasanya kitaorang tengok movie. mengecewakan perasaan jiwa raga je bile movie tuh tengok sekerat lepastuh dah kena masuk tido. hahaha.

weih. boring kan entry harini? =( hhmm. sorry lah. sebab aku tulis entry ikut perjalanan dalam diary aku. in shaa Allah akan datang aku buat yang lagi best yaa. sekian dulu. selamat malam..

Friday, 26 December 2014

Flashback to the memories. PPCS AF 2014

Assalamualaikum...

dah 2 hari x tulis blog. ahahaha. rasenye ada yang dah kecewa dengan prestasi aku especially boss aku yang dilantik secara x sengaja dan tak sedar. well. harini barulah aku dapat tulis something. semalam aku pergi rumah mak ngah aku. sorry sangat2 eh.

honestly, aku sangat... sangat..... sangat................ rindu korang semua. termasuklah adik-adik penaakulan mantik yang telah dijadikan anak-anak angkat aku selain mama and papa dorang. sejak aku masuk ppcs ni, macam2 nama aku dapat. yaya lah. ummi yaya lah. kak panda lah. okey2. aku terima semuanya kecuali "Ayah". itu dilarang sama sekali!

pagi ni, bila aku tengok hujan dekat selayang, fikiran aku melayang dekat kawan-kawan dan adik2 yang ada dekat kawasan pantai timur. Ya Allah. lindungilah kami daripada segala bencana dan marabahaya. semoga kita diselamatkan oleh rahmat Allah. semua ini ujiannya.

okeylah. back to the memories. aku baca balik catatan diary aku sewaktu dekat sana yang dimana catatan diary tersebut bermula dengan hari keempat. alamak. dah cari dah gambar jam loceng keramat. x jumpe lah pulak. adehhhhh xD mana pulak dia pegi? takpe2. yang penting kebanyakan orang dengar mesti ingat. jam tuh bunyi dia tak lari macam bunyi penggera kebakaran. series. tapi ade2 mase pun walaupun jam tuh bunyi, aku tetap tak terbangun sebab aku memang tido mati. hahaha.

ape pun, hari keempat tersebut pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aktiviti petangnya. walaupun pagi tuh bermula dengan cubaan melihat matahari melalui teleskop yang dipasang filter. haaa. yang lawaknya, ade beberapa orang manusia termasuklah aku sendiri walaupun dah beberapa kali tengok, tak nampak ape2 pun. setelah mencuba banyak kali, akhirnya barulah nampak. adehhh. serius malu giler budak2 lelaki gelakkan kitaorang.

itulah sebabnye abang wan langkawi kata, fotometri lebih praktikal berbanding teleskop. yelah. kalau ikut pemerhatian, ada orang rabun, ada orang mata dia sangat terang. ade yang pakai spect tebal dan macam-macam lagi. macam kes kitaorang, mata elok pun x nampak jugak. nampak hitamm aje dalam teleskop. eh? itu bukan sebab x nampak. itu sebab tak reti tengok. hehehe.contohlah, sebelum aku masuk astrofizik ni, aku tak reti sangat nak tengok buruj2 kat langit. habis okey pun nampak buruj yang bentuk kuali tuh. eh silap. bukan bentuk kuali. bentuk periuk tuh. walaupun sebenarnya buruj orion pun senang cari jugak. hehehe.

oh ya. dalam catatan tuh jugak, sebenarnya hari sebelum hari tuh, budak2 lelaki yang awal2 nya senyap  *kecuali sham memang awal2 dah bising dah mula menunjukkan aura kenakalan mereka. situasi tersebut berlaku di dewan makan di mana aku dan beberapa orang lagi turun lambat. haish! tak pasal-pasal time tuh kene duduk satu meja dengan lelaki.

sebenarnya segan juga nak duduk satu meja dengan lelaki. tapi apakan daya, ku tebalkan muka dan terus duduk. kalau x lambat pulak nak ke surau. alih-alih, siap je selesai makan. baru angkat cawan nieh. *cerita dengan gaya tangan. hahaha. terus meja tuh bergerak. ade manusia yang dah pusingkan meja tuh! elok pinggan aku dah sampai kat aku, aku nak ambik semula, dan pinggan tersebut telah lari ke tempat lain. *lari? macam pinggan tuh ade kaki pulak ye. huhuhu.

ape pun, time tuh mungkin aku rasa macam nak gelak campur nak marah skit. tapi in the end, aku rindu sangat saat2 tuh. hmmm. *hembus nafas.

Ingat lagi waktu game petang? hahaha. suatu petang tuh, kami semua main game dekat dengan dewan makan. pukul 5 kami berkumpul disitu sebab Abang wan dengan Kak Tiqah kata ada game ikan terbang. ikan terbang? hahahaha. aku dengar tajuk pun aku dah gelak. belum time main lagi.

ape pun, yang aku ingat, aku satu kumpulan dengan celine. ya Allah. kauorang tau x, mase tuh aku masih ingat yang aku capai kertas warna merah untuk bentuk ikan. mula2 abang wan kata xleh pakai gunting. so kene pakai tangan lah?? yep. kitaorang pakai tangan aje.. here's the part paling lawak. aku yang LUKIS ikan tuh. ikan paling kecik dan ikan paling buruk kat dunia. x rupa ikan langsung! nak kata ikan bawal tak. ikan leper tak. ikan sardin apatah lagi! oh. ade yang cadangkan supaya kitaorang buat ikan bilis je. hehe

macam-macam bentuk dan saiz ikan yang kitaorang telah cipta. maka pertandingan tersebut pun bermula apabila kami ditugaskan untuk "menerbangkan" ikan tersebut dari garisan permulaan sampailah ke penamat. ya Allah. macam-macam cara! lepas je letak atas lantai. maka ade yang meniup, ade yang menepuk. paling aku rase aku x tahan nak gelak sampai kejang perut bila sham guna fail untuk menerbangkan ikan tersebut. cehhh. bikin aku kejang pipi je lah xD. cubaan kali pertama, ikan kitaorang yang hodoh tuh yang menang. tapi kali kedua dapat tempat ketiga aje. agaknye kesilapan teknikal kot ataupun teknik kami dah dikalahkan oleh teknik Sham. atau, si tukang menerbangkan ikan dah penat gile nak meniup. semput agaknye.

well. setelah dua kali percubaan. datanglah pulak ikan-ikan yang sama saiz diberi kepada setiap kumpulan oleh abang wan. wah! tanpa disangka-sangka, ikan-ikan tersebut telah ditransform menjadi ikan ade jet pack, enjin turbo, ikan sampan dan sebagainya! rasenye ikan kertas kitaorang ade jet pack kot. hehehe.

best sebenarnya game petang tuh. sebab kitaorang main game tuh bukan untuk menang. just untuk berseronok. Ya Allah. rindunya nak gelak same2 dengan diaorang lagi.. never a dull moment at all with them.

Sekian untuk entry ini. :)

Tuesday, 23 December 2014

gosip?? scandal?? teman tapi mesra?? or hanya sekadar spekulasi?? O.o

memandangkan hari ini punye entry agak merbahaya... jadi gambar tidak akan dibenarkan. hahahahaha.

okey. here's the deal. sebenarnya dalam AF ni tidak ku nafikan ramai juga yang cun, tidak dinafikan juga yang hensem. *oh pliss. jangan perasantan yeee..apa pun ramai jugak yang terkena tempias gosip ni. ada jugak yang sampai sekarang masih ku tak tau kebenarannya. tapi yang penting ade lah beberapa orang yang sangat2 lah femes dalam AF.

contohnya tipah. setakat ni dah berapa ramai dah digosipkan dengan dia. aduheiii.. ajiemm lah, apiez lahaa, mr.ribery lah. aduhaaaiii. pening kepala. eh tipahh. pilih salah satu je boleh tak?? akak tengok pun dah pening dah nak membaca, berkakanda,adinda bagai dengan bai sampai nak mengembara dengan hulubalang harith. kalau diaorang dah berdrama dekat wasep, aku jadi nenek kebayan aje lah. itu pun alep jee yang layan. huhuhu. cedihhhh kitaaa..

ape pun. tipah menari dengan apiez time zapin. alahai sawitnyeeee. untung apiezz dapat menari dengan tipahhh. bekerjasama pulak tuh. kesudahannya mamAlia dengan tipah ada antara penari zapin yang paling lembut dalam talentime *sumber daripada saksi yang tidak dikenalpasti.

ape pun ajiemm *budak spect hitam putih, anda adalah penguasa nombor satu cerita gosip di AF. -,-" aduheii.. hampir kesemua orang anda nak rembat. caca lah, audrey lah. yuyen lah. mama Aliaa pandai2 lah yee tarbiah anak bongsu mama yang paling manje tuh supaya bertaubat yee. cakap dengan dia pilih sorang sudahhh..

antara faktor-faktor yang menyebabkan cerita gosip ini bermula ialah daripada permainan ToD. wah. permainan ni memang nampak sangat ye memberikan kesan dan impak yang setara dengan impak big bang. adeeehhh. aku pun penah terkena tempiasnya dengan sabri. sorry sabri. kerana game ToD ini  kita terkena tempiasnya. tak lawak tahuu... tak klakorrrr *suara sya

masih berlegar lagi spekulasi tentang irsyad. sejarahnya bermula apabila irsyad seolah-olah malas nak menari dengan alia untuk tarian zapin. alia pun mintak lah tukar dengan saya dan menari dengan anak bongsunya ajiemm.. kami ingatkan irsyad sebenarnya patah hati akibat tak dapat menari dengan syazana yang kemudiannya telah menari dengan abang wan. kisah ini semakin rumit apabila saya bertanyakan kepada ajiemm dia hendak tukar ke tak menari dengan alia? adehhh.. dah mintak nak tukar, irsyad pulak taknak tukar. sebenarnya apa cerita ni? cer cite. cer cite!

saya ingin memintaa maaf kepada ajieemmm *bukan nama sebenar kerana telah hilang sabar dalam kes urusan perbincangan nak tukar pasangan menari itu. kesudahannya konflik disettlekan dengan cara baik dan irsyad pun menari dengan alia dengan bahagianya.  jadi, ada pihak menyatakan bahawa sebenarnya chad *bukan nama sebenar menaruh hati aleeeyaaaaa *bukan ejaan sebenar,tapi sebutan sama. semoga chad dikurniakan kesabaran ya!

kes yang ketiga juga berlaku bermula daripada zapin yang melibatkan harithhh dengan yennnnnn dimana harithhh menunjukkan caring terlebih kepada yen. nampaknya kalau saya mintak tukar pasangan menari pun sudah tentu harith menolak keras permintaan itu. huh! kalau digandingkan dengan intan pula, pastinya talentime pada hari itu akan kucar kacir kerana kedua2 nya saling anti sesama sendiri sehinggakan intan menulis panjang lebar tentang kemenyampahan beliau terhadap ******. *nama dirahsiakan demi keamanan sejagat.

kes keempat melibatkan TTM. teman tapi mesra. kami amat mengagumi mak tan feaaaa dengan pak pijall kerana telah rapat sejak sebelum zaman latihan talentime bermula lagii.. sebab itulah mereka selalu sangat berborak sesama sendiri dan mengabaikan saya selaku roomate mak tan feaaa. haduhaii. ape pun, saya doakan semoga teman tapi mesra ini kekal ye! tolong kawan elok2 kalau panjang umur jodoh nak kawin jemput sayyeeeeeee...

Buat Afiqqq adik angkat yang sayaa sayanggiiiiiii.. kakak2 semua mintak maaf kerana telah menggosipkan anda dengan Angeline. kami bergurau aja nooooo. ni sebab dah xde bahan dah sampai nak membahan orang lain pulak je kejeee..dah tuh sape suh pakai baju same2 warne tema pulak??

buat bai, walaupun keprihatinan anda kepada mak tan feaaa dalam tema warna bajunya, sorry. kami tak benarkan anda untuk mengambil beliauu.. apa pun terima kasih kerana sudah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa tema untuk mak tan feaa ialah tema toge.. anda memang pemilik gambar-gambar toge yang segar dan terbaik yang pernah saya jumpe sebelum ini. miraaa seaweed *bukan nama sebenar pun mengkagumi kehalusan dan ketelitian anda dalam memilih gambar-gambar toge terbaik untuk dijadikan pameran.

ade satu yang menjadi kemusykilan bagi aku. kata mereka, semua rahsia budak2 lelaki dah terbongkar waktu main ToD. kecuali sorang. sape lagi kalau bukan si Tuppel. *bukan nama sebenar. ini membuatkan aku musykil dan setelah saya siasat buat sekian lama, suspek masih lagi tidak mahu mengaku dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan klu-klu yang membantu siasatan. nampaknya tak lama lagi terpaksa lah saya tutup kes ini akibat kepeningan melampau.

kalau anda semua nak tahu, saya jugak terlibat dalam kecelaruan gosip ini. antara yang terawal ialah mereka menggosipkan sye dengan sham. ini kerana melalui ice breaking pertama, saya dgn syazana dan sham adalah satu kumpulan. aduhhh! *tepuk dahi. tapi sekarang akhirnya sham dah pun digosipkan dengan seorang lagi hidayah daripada kursus mk. *aik? tadi ajiemm dengan chacha mk *bukan ejaan sebenar sekarang dengan hidayah mk pulak? hadoiiii..

sebelum saye mengundur diri, sayaa ingin memintaa maaf jika entry ini akan membangkitkan kemarahan sesetengah pihakk. saya telah sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan identiti anda. diharapkan semua menganggap ini hanya satu spekulasi. kalau ada yang x puas hati, kita adakan perbincangan secara aman.. sekian melaporkan daripada melodiastrofizik'14.

#janganmarohhhnaaa. gurau ajjeeee >_< peace








Monday, 22 December 2014

PT3 and Astrofizik 2014.

Assalamualaikum..

entri ini saya mulakan dengan sorotan keputusan PT3 2014. akhirnya journey PT3 dah pun berakhir dan hasilnya pun telah dituai. *eh? dituai? macam padi pulak. hehehe.

apapun, tahniah kepada semua calon yang dapat straight A's especially yang dari AF. bangga lah aku jadi kengkawan korang. apapun aku doakan semoga jumpa dekat quadp tahun depan. x jumpe dekat quad p pun xpe. janji ada masa reunion.

haaaa, harini agak2 nak tulis entry apa ya?? okey. here's the deal. harini rasa macam nak cerita je pasal cheers dan game yang jadi favourite kitaorang dekat PPCS.

sebenarnya, cheers kitaorang anak-anak astrofizik ni panjang ceritanya. daripada yang menyanyi hinggalah ke parodi dan iklan sebelum dapat cheers yang betul2.

cheers yang pertama dah x ingat sangat. yang penting ada perkataan "menuju puncak, bersinar di angkasa" ini kalau dengar boleh tertido ni. ahahahaaha. serius time mula-mula duduk dalam bulatan tuh, budak2 lelaki duduk satu bulatan dorang2 jee kat situ. budak2 perempuan duk satu bulatan jee. hei? ape kes haa? pening kepala aku dengan dorang waktu tuh. haishhh. yang aku ingat muke Baihaqi je yang time tuh sengih tengok aku dengan intan bagi macam2 idea yang merepek. *eh yeke? ke aku je yang perasantan? hikhikhik.

beralih pulak kepada yang kedua. aduhai. AF kat mana? AF AF kat mana??? kali ni sibuk semua dengan kuali bagai. yang budak2 lelaki siap action dengan kaki sekali. aku ingat lagi siapa yang cakap yang better lelaki pakai kain je laaa. kita yang ganti jadi lelaki. action je lebih suara tak ada. aduhaii -,-" tak sepadan betul *kaum lelaki Astrofizik sila kawal diri anda daripada meledak. hahahaha.

kali ketigaaa.. cheers kami dah lebih kepada iklan sudeehhhhh....

"korang-korang"
"ye....yeee"
"korangggggggg"
"yeeeeeee"
"AF tanya apa khabar" Suara Irsyad. hahaha
"AF tanya apa khabar" x2
"AF tanya apa khabar semua"
two three
"boom boom ting, boom boom tingggg, boom boom ting ke tang ting ke tang ting ke tang ting ke tang" lebih kau sambung sendiri -,-" tak faham macammana si harith boleh plak dia hafal. aku dah semput buat ting ke tang ting ke tang pun xhabis2 lagi. Sham dengar kitaorang cakap "roti kentang." agaknya dia lapar sangat kot time tuh sampai teringat makanan. hahahaha.

lepastuh? haa. lepastuh x ingat dah ape diaaa. yang pasti ada perkataan "Terlajak Pintar". aku selalu tersasul terlajak laris. hahahaha. terpengaruh sangat dengan iklan ni..

sampai lah yang ketiga.. cheers nii buatkan kami semangat sampai lah ke sudah. hmm. ape pun...

"Cuak,cuak,cuak"
"tak cuak,tak cuak"
"gentar,gentar,gentar"
"tak gentar,tak gentar"
"takut,takut,takut"
"tak takut,tak takut"
"AF tak takut, AF tak gentar"
"lawan tak takut, lawan tak gentar"
"cuak tak cuak,cuak, cuak tak cuak,cuak"
"go astrofizik!"

cheers ni mula2 perlahan aje. sampai lah kehadiran penaakulan mantik punye cheers yang tersangatlah bombastic.

"siapa kita??"
"siapa lagi!"
"penaakulan mantik"
"itu nama kami"
"jangan sangka kecil"
"tapi tak berani"
"tak takut,tak takut"
tepuk tangan
"tak takut,tak takut"
"muka garang hati lembut, yang lain cuba ikut, akhirnya macam siput, sorakan sangkut2"
"gelekan menari, sorakan menyanyi" lalalalala
*dah semput senarnya nak menulis. sorry kalau salah. aduhaiii..

serius time ni memang terasa malu sangat dengan adik2 comel ni..time dorang bagi cheers aku mesti cakap dengan nak ambik salah sorang dan cubit2 pipi dorang. aduhai..


well. itulah kisahnya tentang cheers kami.. ade lagi kisah yang bersangkut paut dengan cheers ni. oh yaa! kalau korang nak tau, lepas je wujud cheers yang ala-ala iklan tuh, setiap benda yang kitaorang lakukan adeee jee yang nak sertakan sekali tagline tuhhh.

"mukeee je cantikk hati hitam"
"otak jee pintar, cheers sedut-sedut"

macam2 lagi lagi lah tagline nya. dah x ingat dah! hahahaha

hmmm. bila dah malam2 macamni.. teringat plak macam-macam favourite game yang kitaorang selalu main.. antaranya ialah pindahkan tempat batu kecil ini. ceh. ade lagu sekali tau. game dia memang tricky gila. sampaikan kalau dah laju, barang mesti terkumpul satu tempat.

lepastuh biawak dengan buaya. biawak, buaya,biawak, buaya. muke nik kalau main game ni mesti kitaorang gelak plus seram. aduhai >_< aku kalau main game ni mesti awal-awal dah terkeluar punyeee. hahahaha.

bile dah terkeluar, masa minggu pertama tuh, aku dengan celine dan beberapa orang lagi telah  menambah challenge tersebut dengan menambahkan perkataan badak dan katak. hahaha. tergelak jugak lah kejapp walaupun yang lain masih sibuk main biawak dengan buaya tuh. aduhaiii.

aku paling tak boleh game silent killer. aduh. main kenyit-kenyit mata pulak. menikam jiwa raga betul. ada satu mase tuh, baru berapa minit aje game dah ramai giler silent killer tuh bunuh. hish. cepat betul dia bekerja.

aku tengok sorang2. perhati ajeee.. and aku memang dah target dah macam budak spect hitam putih ajee yang silent killer cekap tuh. terus malas dah nak pandang dia. *masa tuh gelar budak spect hitam putih sebab x kenal nama hahahaha. memang rupa-rupanya dia suspect utama! muahahahaha. aku dah layak ni jadi csi tauuu... second silent killer ialah syazana. perghh. dia ni muke memang tersangat lah selamba.. sampai kan tak tahu dia berlakon disebalik muka selamba itu.

paling aku tak sangka, game seterusnya. tak ingat hari bila. masih lagi silent killer. aku telah dibunuh dalam game tersebut oleh anis. perghh. anis yang comel tuh jadi silent killer? dah lah cute. bile wink dekat aku rase macam dia tengah gurau2 ajee. aku pun terkesima kejap. blurr. hahahaha.

ape pun, aku rasa game yang paling kejam sepanjang PPCS ialah truth or daree. memang lah tersangat kejam. okey lah. dah penat jari ni nak menaip. sambung esok..sorry kalau boring. aura takde ni. hahahaha

Sunday, 21 December 2014

My story at PPCS 2014(part 1)

assalamualaikum!~

it seems that i am homesick. haa? nape nak homesick padahal memang ada dekat rumah? hmm. aku homesick sebab aku anggap pusat permata pintar rumah kedua aku. kawan2 dekat kursus astrofizik family aku. aku belum pulih sepenuhnya sebab aku langsung xnak berenggang dengan telefon. even tengah cas pun fon aku tuh dalam keadaan berdiri pun aku balas jugak wasep dorang. uwaaaaa!!!!!!!!

esok nak ambik result. hmm. nervous2. apa pun, get ready budak2 SMK Darul Ehsan. here we go!

so tonight, aku akan perkenalkan RA dan TA kitaorang serta Key Instructor dan lain-lain lagi. hehehe.

Apa maksud RA? entah lah. aku pun tak pasti. yang penting mereka lah yang jaga kami waktu kami berada di PPCS ni. dah lebih kurang abang or kakak, or we can say more like mak dan ayah. jeng,jeng,jeng! siapakah mereka?

Yang pertama. Kak Tiqah. yeay! kak Tiqah ni macammana nak kenal dia? biasanya tengok kasut je. kasut biru gelap dengan polkadot tuh dialah! heee. eh? kenapa kena tengok kasut? rasa pelik tak? haa. begini ceritanya..
ni yang pakai shawl ni kak Tiqah. haa. jangan ade yang komplen nape letak yang ade gambar aku sekali ye.
haa. sebenarnya. Kak Tiqah ni ada kembar. namanya kak Mira. honestly, waktu baru 2 or 3 hari masuk, aku macam perasan yang ramai orang muke dekat-dekat sama. tapi terconfuse bila aku balik dari dewan makan. "eh? tadi nampak kak tiqah kat dewan makan, nape cepat sangat sampai ke surau??" O.o

tak lama lepas tuh, baru lah terbongkar rahsia yang rupanya kak Tiqah ni ada kembar. aduhhh! *tepuk dahi lah kami dibuatnya. bila dah tau kebenarannya, jenuh juga lah kami mencari perbezaannya, sebab memang seiras! dan akhirnya kasut menjadi penanda. huahuahua

tapi ada sekali tuh, malam lepas isya, kami semua masing-masing kene berkumpul dalam barisan dengan ditemani RA masing-masing. jadi kami pun mencari-cari. manalah Kak Tiqah ni. dan akhirnya kami pun nampak. "Kak Tiqah, mana nak kumpul ni??"

"Ni bukan Kak Tiqah lah. Akak nak cari budak-budak penaakulan mantik." 
*aduhhh. terus kami semua tepuk dahi. hahaha. salah RA lagi. ye lah. dalam dewan serbaguna kan tak pakai kasut. terus tertukar. hikhikhik >_< begitulah kisahnya macammana kami dapat RA yang kembar. unik kan? dah lah macamtuh. budak-budak penaakulan mantik selalu je beratur sebelah kitaorang. hehehehe

okey. RA yang kedua pulak bernama Abang Syazwan. atau nama panggilan mesranya abang wan. yeee. siapakah abang wan RA kita ni???

pliss jangan complain tentang saya. hahaha. ape pun comel abang wan kita ni. siap pegang popia lagi. hikhikhikhik. :D
abang wan ni bakal guru sekolah rendah tak silap saya. beliau ni sangat sporting orangnya. baru umur 20. ingat baik-baik muke abang wan ni sebab ade lagi 2 orang abang wan yang akan muncul. kang nanti terconfuse pulak. kan dah susah tuh?

haritu mase lawatan pergi ke kompleks al-khawarizmi Melaka, waktu dengar ceramah, penceramah tuh tanya mana RA. Kak Tiqah pun angkat tangan diikuti abang wan yang duduk sekali dengan kitaorang. muahahahaha. penceramah tuh kata, RA dengan pelajar lebih kurang jeeee. dah pakai baju pun same! comel sangat lah abang wan ni. heeeeee. untung Syazana dapat abang wan time menari zapin tuh. jeles i. 

okeylah. dah habis pasal RA. beralih pula kepada tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar. are you ready guys??

yang lelaki dari kiri abg syahir, encik wan , abang daim, abang paan, abang afiq dan abang wan langkawi. yang bertudung hijau itu ialah cik nisah, guru AF 2 yang kami sayangi. hehehehe.

sebelum itu. maafkan saya kalau saya tak dapat nak describe sangat tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar di AF 1. maafkan lah diri saya yang tak berapa nak kenal ini. huhuhu. especially abang syahir dan encik wan. apa yang saya tahu mereka berdua adalah orang yang baik. manakala encik wan, our key instructor rajin benor melayan kami di grup wasep. terima kasih kerana sudi layan kerenah kami yang entah ape2 itu dan memberikan banyak ilmu kepada kami. terima kasih :)

apa pun, saya mulakan dengan cikgu nisah. cikgu nisah merupakan seorang yang sporting jugak. walaupun kami merepek sepanjang mane pun, cikgu ni tetap cool aje. yang penting miss nisah memang comel. hehehe. *bukan bodek tau. ini ikhlas dari hati. sejak hari pertama lagi, saya memang dah selesa dengan miss nisah. paling tak boleh dilupakan kenangan bermain ToD bersama miss nisah. thank you miss nisah walaupun saya banyak tanya, miss nisah tetap layan jugak.

seterusnya abang daim. haaa. abang daim ni hero of our grup wasep. gambar2nya sering menjadi pujaan sampaikan ade orang request, kalau nak pergi marikh jangan lupa bawak gambar abang daim! wow. aura abang daim boleh dikatakan sungguh dasyat sampaikan syahila menyuapkan abang daim kek red velvet di jamuan perpisahan. alololo abang daim. abang daim memang comel!

kita beralih pula kepada abang afiq. haa. abang afiq ni adalah orang Malaysia yang paling tinggi yang pernah saya jumpeee. memang tinggi sampai saya rasa mampat berdiri di sebelah. abang afiq ni yang saya ingat tentang beliau ialah, beliau selalu bukak pintu dan menjengah. nampak muke sikit je lepastuh masuk dan tersengih.hehehehe. eh? eh? hahaha. abang afiq ni memang suke bergurau tahu.ada2 jee lawak dia. >_<

lepastuh abang paan pulak. haaa. abang paan ni memang sumbangannya sangatlah penting. sebab beliau ni lah yang selalu bawakkan makanan untuk budak-budak AF 2. dalam pukul 10-10.30 pagi memang nampak je dia bawak plastik, terus excited. huahuahuahua. abang paan ni ade trademark baru lah. "come on!" hahaha. ni yang buat kitaorang gelak dengan hari2 terakhir kami di PPCS :')

tapi satu je yang kami takleh lupa pasal abang paan ni. kadang2 beliau bergurau nampak macam real. serius! banyak kali kami tertipu. pernah sekali tuh, kami tertipu berturut-turut! huhuhu. dekat2 pukul 3 petang, kami semua disuruh beratur kat luar. bila nak ditanya kemana, beliau kata nak ke Langkawi. punyalah Alia excited time tuh. orang lain semua excited. series. muka abang paan memang betul2 macam nak bawak kitaorang gi Langkawi!

bila masuk dekat bilik komputer. ceh! rupanya ada test. so, kitaorang diberi satu laman web.. namanya lovetest.com. kitaorang series lah ingatkan memang adeeee. rupa-rupanya, tipu lagi! aduhaii >_< sampai sekarang kami ingat benda tuh. huhuhu.

kita beralih pulak kepada abang wan langkawi. haaa. abang wan. ni dah 3 abg wan dah dalam kursus kami. dah jadi macam boboiboy dah. pernah sekali panggil abang wan RA. abang wan langkawi pun toleh jugak. series rase bersalah. errr err..

apapun, abang wan langkawi tak kurang hebat nya macam tenaga pengajar dekat sni. banyak ilmunya dan datang khas dari langkawi. satu karakter yang kitaorang perasan, setiap kali cakap mesti ade ketawa membuatkan kitaorang kejang pipi nak gelak. hehe.tak kisah lah. yang penting semuanya happy. agaknya abang wan langkawi ni pun pening gak menjawab soalan kami yang bertubi-tubi banyaknya. sama macam tenaga pengajar yang lain, rajin jugak menjawab! hee. terima kasih.

okey. habis sudah describe mereka. rasanya macam nak cerita pasal kenangan waktu makan lah. eh? penting eh??

sebenarnya tengah rasa lapar ni. huhu. bila dah balik rumah jadual makan semua tunggang langgang. dah x lalu nak makan sebab dah tak duduk kat meja bulat tuh. uwaaaa!!!!







ku ceritakan, ini adalah meja keramat di mana kursus astrofizik makan setiap hari. jangan diambil tempat kami. hahahaha.jujur aku katakan, aku rindu dewan makan! aku rindu meja bulat. kerap jugalah kami datang bertandang ke sini. pagi2 kene beratur makan sarapan. tengah hari ada orang senduk nasi. *eh,yang ni pun nak cerita ke??

paling tragik, bila kalau terlambat. kalau lambat mesti ade satu meja budak2 lelaki dengan budak2 perempuan gabung makan. aku pun pernah sekali terkena. wah. habis je makan, elok aje nak berdiri, nak ambik pinggan, tiba-tiba meja tuh berpusing. aduh. dah macam ape dah. pening kepala aku nak kejar. -,-"" dah lah macamtuh. ramai2 pulak yang pusing tuh. aduhaiii..

ape pun, aku rindu insiden meja berputar tuh. huhuhuhu...

kat sni jugak, Afiq kene dare nyanyi lagu Negaraku depan tiang tengah-tengah dewan makan. yee. semua orang pandang dia. kesian. tabahkan diri ya Afiq. ape pun semangat patriotik mesti kena ada.kat meja makan ni lah kami bergurau dan kadangkala main game ringkas. pernah sekali tuh, kami terlambat sebab main game pindahkan tempat batu kecil ini. hahahaha.nasib baik x kena denda tau...

aku sebenarnya terselamat daripada menjadi kisah permainan ToD yang berada di dewan makan ini. rupa-rupanya si Hakim or Tuppel ni ade dare kene cakap I love u dekat budak greentech waktu time tengah makan. haa. padan muke :P

pernah sekali, aku ambik dare dan mereka merancangkan dare itu special edition sekali dengan dare Sabri. ape kes daa. ade ke patut dorang suruh aku duk kat piano and sabri duduk kat pintu? ingat sawit ke?? cite dulu2 pun tak ada macam tuh tau... aduhaiii -,-"

ape pun. jari dah letih nak menulis. komputer pun mintak ditutup. perut pun dan meraung mintak makan. sampai disini saja dulu. in shaa Allah esok sambung.

wei2. nervouss lah esok. macammana ni? =,=""" uwaaa. tolong sayee!!!


Saturday, 20 December 2014

Farewell my astrophysics friends :')

Assalamualaikum and salam sejahtera.

ni adalah gambar pada malam jamuan perpisahan kami. sbak tengok gambar ni. :')


dah sekian lama aku tak update blog ni. kali terakhir aku update pun pasal pameran warisan tuh. the news is, aku baru je balik dari kem PPCS 2014 dibawah kursus astrofizik! semalam. hmmm.

masih terasa sebenarnya bahang rindu ni. masih segar dalam ingatan macammana aku kemas barang 3 hari 3 malam nak bawak pegi kem. hahaha. aku kan bukan alumni. so aku memang tak tahu apa-apa. ZERO! aku rindu semuanya. semuanya!

dengan PT3 punye result nak mendatang, aku risau kalau-kalau aku kekok bila nak kembali ke sekolah. nak menghadap dewan SMK Darul Ehsan. nak duduk kat kantin, pakai baju sekolah. Ya Allah. teringat rutin setiap masa.

apa-apa pun, dalam entri ni aku akan cerita pasal karakter kawan-kawan aku dekat PPCS. tak delah semuanya yang aku kenal sangat. but most of them aku kenal dan beberapa orang memang mendatangkan kesan dalam hidup aku..

okey. here i'll start my journey through my writing.

1.Intan Sofea Zaki: roommate aku. suke sengih walaupun orang membahan dia. dia susah nak marah orang sebab dia ni jenis tak ambik kisah. selalu sangat bagi tutorial fesyen. jadi ustazah pilihan dekat ppcs dan sering dibahan oleh baihaqi dengan tagline "toge". hahaha. selalu sangat pakai tudung hijau sweater putih. itulah akibatnya :P

2.Irdina Sofiyah Tajul Aris: roommate aku yang sampai lepas aku. comel2 orangnya dan jenis tak makan nasi. suara dia lembut aje macam bercakap dengan emak.selalu bagi nasihat yang terbaik dan tolong aku daripada pelbagai aspek. tagline dia yang aku selalu ingat ialah "eiii. menyampah pulak aku"

3.Audrey: guru menari zapin yang patutnya ambik watak puteri gunung ledang dalam talentime. tersangat lah fasih dalam bahasa melayu sampaikan kita bercakap dengan dia pun rasa macam bercakap dengan melayu. suke menyakat dan membahan orang. mentang-mentang lah dia ni comel. wekkkk :P

4.Celine Hoh: tinggi, baik dan pandai. caring dan lemah lembut. simple aje dia ni dan suke mencuba benda baru. paling tak boleh lupa botol air dia dengan botol air aku satu geng tau. hahahaha.

5.Angeline: seorang yang berani bersuara. berketurunan bidayuh dan selalu jugak berborak dengan aku. salah seorang yang fluent jugak bahasa inggeris.

6.Haziqah Ammar adik form 2 yang kelihatannya seperti form 3. lagi tinggi daripada aku. guna loghat utara yang secara tidak langsung membuatkan aku nak bercakap utara jugak.

7.Alia Syakirah: seorang yang terlebih excited. sangat terkenal dengan tagline "anak-anak" membuatkan dia menjadi mama/ummi/ mummy dan sebagainya untuk sementara waktu. kalau gelak susah nak berhenti walaupun cover-cover. hihihihi. sekarang orang selalu panggil dia mamAlia"pronunciation"mama lia" jarak tau.

8.Nurul Atifah: sinonim dengan panggilan nama tipah. selalu sangat cover mulut guna tag nama. agak pemalu orangnya. oh yaa. dia form 2 tau. bila bercakap dengan dia ni rasa macam tua sebab dia panggil " akak dayah" menari pun lembut dan ramai gila yang minat dekat dia. huahuahuahua

9.syahila che'a: budak ni cakap apa pun orang gelak and pay attention. hebat betul. selalu riuhkan kursus astrofizik dengan lawak dia. aku pun kena gak dengan dia ni. terasa bila dia cakap pasal "minyok cak kapok." kahkahkah. :D tapi serious tak boleh nak marah walau ape pun yang dia cakap.

10.amira zulaikha: budak ni. jiran depan aku je. yang paling aku terkejut, dah seminggu kitaorang kat ppcs baru terbongkar yang dia ni jiran depan. kalau aku tak tanye, sampai ke sudah dia lonely. turun makan sorang, apa sorang. yelah. roommate dia budak-budak course lain. dah lah si "fluffy" ni cepat terharu. suke buli orang pulak tuh. hish. sekali tengok macam bantal peluk dah. "adik, adik budak penaakulan mantik ye?" hahahaah *eh. banyak sangat plak aku cerita pasal dia ni  -,-" jangan marah yee :)

11.Nik Amira: wah. ini memang penari asmaradana yang hebat ni. tinggi jugak dia ni tau. bila aku masuk je kem ppcs ni kenapalah aku terasa pendek berbanding orang lain? apa pun best satu kumpulan dengan dia ni. klakor*tagline sya. hahaha. ingat lagi mase tugasan nak bawak ape gi planet marikh tuh. huhuhu

12.Nursyazana: kami panggil dia sya je. dia ni selamba. lebih kurang syahila. tagline dia ni memang banyak sangat. aku sukelah tagline dia! kami satu zodiak iaitu aquarius. hari pertama lagi kami dah bercakap. ingat tak yang ice breaking tuh? heee. antara tagline sya yang femes adalah "Klakooor","kuang ajoooo" dan juga "apa kau pikir kau kelakar?" dengar je dia ni cakap mesti semua ketawa punyeeee.. berkesan sungguh mengalahkan album lagu!

13.Aesha: budak ni ade lesung pipit yang sangat cantik. baik hati dan agak pendiam bagi aku. tak tahu lah dengan orang lain yang dia rapat kalau dia ni bising pulak. hehehe :)

14.Anis: budak ni pun bagi aku agak pendiam tapi kerap jugak dengar dia gelak dengan syahila. form 2 en? hahaha. selalu sangat pakai seluar mickey mouse yang comel tuh. buat elok2 ukm 1 dan 2 tahun depan. masuklah kem lagi ye :)

15.Ong Yuyen: Yen! haha. dia ni selalu diseru-seru oleh budak-budak lelaki terutama AF 2. ni ramai sangat minat ni. dah ade boyfriend ke belum? kalau ade dah tak boleh lah lelaki AF nak try contact or usha. walaupun yen ni pendiam tapi dia bagus dalam kerjasama apa-apa pun. tahniah. :) great to be a class with you.

16.Nurhidayah (aku): entah lah. malas nak describe diri sendiri. yang penting aku masuk kem ada masa jadi diri sendiri. ada masa dah tak rupa macam aku dah.*eh? macammana tuh?

17.Irsyad: disebabkan dia excited sangat nak bace blog ni, maka aku mulakan untuk describe dia ni dlu. *yeke kau excited? hahaha. apapun, first impression aku kat dia ni ingat dia ni macam form 2. aku tanya orang lain, orang lain pun ingat dia form 2. rupa-rupanya form 3. paling poyo bila aku tanya "kau form 2 eh?" dia boleh jawab "mungkin." aduyai. kadang-kadang annoying. tapi bila bagi presentation, dia bagus sebab orang tak stress dengar. selamba sangat-sangat. tahniah ar. :)

18.Hafiz: dia ni kan, first impression aku, intan dengan irdina same aje.. macam poyo sikit *jangan marah. kami tak tahu pulak yang dia ni alumni.sorry hafiz. first impression tau. ape pun kau sebenarnya baik je walaupun kadang-kadang nampak garang. selalu jugak ni membahan orang. akhirnya dia jadi ketua kitaorang waktu pertama kali buat cheers. hahahaha.

19.Ibnur Hakim: ni first impression aku mula dalam kelas.aku rasa dia ni same je macam budak lelaki yang pandai dalam kelas aku dan akan jadi pesaing yang tegar lah. tapi bila dah lame kenal, eh. lain gila. banyak cakap and banyak tanya jugak macam aku. hahahaha. ape pun selalu sangat grup dengan dia. macam takdir pulak bila nak ambik nombor kumpulan tuh. ayat klise dari dia yang selalu aku dengar adalah "tahniah ar" hahaha.

20.Baihaqi: ha baihaqi pegi kem pulak harini. haduhai. rindu nak dengar dia berpuitis kat wasep dan bagi tazkirah. serius bila dia bercakap santai gila.kalau bercakap dengan dia in shaa Allah tak stress. best satu kumpulan dengan dia. sporting. ape pun bai, jangan puitis sangat. karang aku nanges pulak bace ayat kau. hahaha.

21.Sabri: kesian Sabri. selalu sangat nama dia kena seru. macam yuyen. sabri ni pendiam kalau depan-depan. belakang-belakang terutama kat wasep memang kecoh betul. adee jee ideanya. hadohai.. ape pun dia ni baik. jangan terasa ye sabri.

22.Afiq: Afiq?? awat hang ni tinggi haa? macam form 3 dah aku tengok padahal form 2. dia ni kemas orangnya. tapi tersangatlah nakal sampai cikgu kadang-kadang dah tak tau nak buat ape. takpelah. memahami. kecik lagi kan form 2? hehe. jangan marah. always smile afiq.. :)

23.Hafizal : Fizal! dia ni rapat betul dengan budak-budak penaakulan mantik. aku suka bersembang dengan dia sebab dia ni memang peramah dan banyak bercerita. sama macam intan. banyak benor ceritanya. rasanya dia ni lelaki paling tinggi dalam AF. pandai budak ni. :) kalau masuk quadp tahun depan jangan lupakan aku tau. aku nak kau create satu animasi khas untuk aku. 2-3 minit pun jadi lah :P *ceh gurau ajaa nooo.

24.Hamiz: Hmm. cikgu kata dia ni ade macam nerd skit. bagi aku pendiam. sorry. tak dapat nak describe kau sangat.

25.Alif AF 1: orang panggil alif tinggi je. sorry. x dapat nak describe jugak. huhu

26. Alif AF 2: aku perhati je dia ni pun jenis pendiam jugak. tak tahu lah kalau dengan orang lain bising pulak en?

27.Hazrisham: haa. budak ini.. ku lihat seperti form 3 atau form 5. ku kenal waktu ice breaking dan ku tahu lahirnya bulan 2 jugak. ilusi semata-mata ni. kau sham, memang selalu buat aku ketawa lah dari hari pertama kita sekelas pun. kau selalu kata kau tak ada rahsia atau motivasi. hadoyai sham.. kau jelah yang selama ni orang yang aku jumpe panggil yaya. takkan aku lupa kau typo tulis kat buku kau "Ayah" akan ku kenang sampai bile2 sham. hahahaha

28.harith: Harith ni banyak jugak idea bernas dia. haritu aku dari tertdo kat surau automatik terbangun bila dia bagi ceramah. same macam baihaqi cuma baihaqi power sikit. jangan marah harith. thanks sebab bagi banyak info kat aku. :)

29.Amirun: dia ni pun pendiam gak. sorry. susah nak describe. hahaha.

30.Azim: dia ni lah yang paling menyerlah sekali annoying dalam AF dan jugak AF 2. dia ni time latihan kau audi selalu sangat baring kat mane2. xleh duduk diam sampai MamAlia pening kepala dengan anak bongsu dia ni. ape pun, aku ingat dia ni form 3. tapi sbnrnye form 2. padanlah dengan perangai kan?apapun annoying dia buat orang gelak juga. sama macam sham.

okey. sekian.. kesimpulannya dekat sini, first impression selalu terbalik dengan yang sebenar. ada pun yang selalu menyakat, itulah yang tinggalkan kesan yang lebih kepada memori dan hati berbanding yang biasa. apa pun dedikasi khas buat amira, kau punye keropok seaweed takkan ku lupakan sampai bile2. to intan and dina, thanks sebab support aku. hakim, kau memang selalu bagi kerjasama. sham, kau memang selalu ceriakan AF 2. banyak lagi nak tulis tapi dah lenguh jari ni. aku sambung esok. sekian.