expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 3 February 2017

Turning 18? Yeay or Nay?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

18 years ago, there was a little girl born to this world and that girl is me. *ramai lagi yang lahir pada harini 18 tahun lalu aku yakin. Hahaha. Tak apalah. Nak cakap ni, sebenarnya dah berbulan aku tak update blog ni. Masya Allah. Berbelas dah cubaan untuk update post terbaru ni. Huhuhu. 

Okaylah. Nampaknya bila dah officially 18 ni,adalah manusia-manusia yang dalam wish tu siap tanya, "Cepat kahwin tau" atau "bila nak kahwin?" Masya Allah. Hahahaha. Tak apalah. Jodoh sampai kahwin ya. Terima kasih kepada semua yang wish. Aku syukur yang birthday tahun ni dimulakan dengan perkara-perkara yang baik je.

Tahun lepas yang dahsyatnya time birthday tu, Allah je lah yang tahu macammana hidup aku. Roommate balik dan tinggallah aku sorang dekat bilik. Dengan tengah tak sihat demam segala. Suara serak-serak basah. Nak pergi pusat kesihatan yang secara kebetulan tutup. Mulalah kawan-kawan aku cakap "pusat kesihatan pun cuti sempena hari jadi kau." Hmm. Kena marah dengan orang lain yang turut sama-sama demam berjemaah. Waduhh. Hari jadi yang memang huru hara dan aku paling ingat kot. 

Cita-cita nak capai before 19? Ha. Rasa macam seronok je nak bincang ni. Heee. In shaa Allah kalau boleh aku nak berusaha capai pointer 3,75 sepanjang asasi. Kenapa bukan 4.0? Hmm. Aku nak buat peningkatan berbanding pointer high school. itu je. Haa. Before 19 juga, kalau boleh nak master bahasa mandarin. Tak adalah sampai tahap hebat gila-gila tu. Kalau boleh berkomunikasi bahasa harian pun jadi lah. So tak ada jalan lain terpaksa lah jadi budak-budak balik. Belajar nama-nama haiwan, barang-barang rumah. Secara jujurnya aku try nak grasp vocab dulu ni. Ayat tunggang langgang betul. Huhuhu.

Aku rasa benda yang paling terkejut aku dapat tahu berkaitan dengan tarikh lahir aku tahun ni ialah aku sebenarnya zodiak harimau dalam kalender cina! So maksudnya dalam kelas aku ada dua orang zodiak harimau, seorang zodiak naga dan selebihnya zodiak arnab. Haish. Saja lah nak tahu jugak kan, kita kan hidup di negara pelbagai budaya. 

Sekejapnya masa berlalu. Sedar-sedar je aku dah 18. Well. Apa yang akan jadi tahun ni? Aku tak tahu. Tapi aku harap semuanya baik-baik saja. Jumpa dengan orang-orang yang awesome. Maybe aku akan terpengaruh dengan cerita Korea sekejap.

18 tahun berlalu. Ramai yang datang. Tapi ramai yang pergi berbanding yang stay. Kadang-kadang sedih sangat-sangat tapi aku tetap jadi diri aku.

Terima kasih semua yang wish, yang ingat. Tahun ni tak ada yang nyanyikan lagu atau beri teddy bear dengan surat, tapi aku tetap hargainya. Sebab aku tak berhenti senyum sorang dengan kerenah korang walaupun ada satu waktu yang buat aku menggigil tahan menangis.

Sekian,
Kak Picasso Turned 18-Nickname given by Eli Elieza.

No comments:

Post a Comment