expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 6 February 2017

Isu hantaran kahwin mahal-Salah siapa?

Assalamualaikum. 

Apa pasal pulak tiba-tiba aku nak tulis entri pasal tajuk ni? Jujur tak ada kena mengena dengan aku dah masuk umur 18. Aku just personally rasa geram pulak lelaki sibuk bahas pasal benda ni dekat Twitter. Bukan Twitter je sebenarnya. Dari dulu pun ada lah yang sibuk bahas dekat group batch. Hadoi. Tak faham aku. Nak sangat cepat kahwin ke sampai benda ni jadi concern dulu? Husnuzon. Mungkin banyak sangat masa time cuti SPM.

Okay. Baiklah. Jadi semalam aku tengok cerita Bujang Lapok. Mengisahkan Sudin yang nak kahwin dengan Eton dan bermasalah nak dapatkan wang hantaran sebanyak 1000 ringgit serba satu. Kenapa nampak hantaran ni macam menyusahkan sangat sebenarnya? Kalau menyusahkan, kenapa adat orang Melayu yang penuh dengan tatasusila dan keindahan budaya mewujudkannya, kenapa??

Itu persoalan yang pertama. Soalan yang kedua, hantaran perlu ke mahal-mahal sangat? Jawapan untuk soalan ini bergantung pada kedua-dua belah pihak tu sendiri. Siapa yang letakkan jumlah hantaran tu sebagai indikator darjat? Makanya, muncul lah golongan-golongan yang mementingkan "air muka" sebab masyarakat meletakkan indikator sedemikian meletakkan hantaran setinggi langit. Bangga bila orang sanggup juga sediakan duit hantaran mahal untuk menyunting sekuntum bunga ditaman. Haish. 

Saya secara peribadinya sebagai perempuan terasa perlu juga nak bersuara. *walaupun blog ni tak ada orang baca sangat. Almaklumlah, Saya malas nak reply dekat Twitter kang jadi gaduh. Susah. Lagi-lagi tengah ramai-ramai lelaki kat thread tu. Okay, lagi satu. Ni apesal nak kaitkan hantaran dengan kebolehan diri? Cuba cakap? Haa. *Tengah marah ni. Kalau dah bagi hadiah, nama pun hantaran tu hadiah, tolonglah ikhlas sikit. 

Keluarlah nanti isu, "hantaran mahal-mahal, bancuh air pun tak reti. hantaran mahal-mahal masak nasi pun hangus." *tepuk dahi. Eh, nak kahwin asalnya tak kisah. Sanggup sehidup semati dan terima kekurangan diri tapi in the end disebabkan hantaran tahu pulak nak ungkit? Ceh. Nampak lah sebenarnya hang tu lagi value duit dari cinta. *sigh.

Persoalan keempat, disebabkan isu hantaran kahwin mahal, ramai yang pilih untuk jadi gay? Apa masalah kau hantaran mahal pastu kau nak jadi gay pulak? Semua perempuan ke letak hantaran mahal? Mengaku jelah, kau sendiri pun memilih nak yang lawa, yang ada-ada jugak pastuh bila hantaran mahal kau frust tak tentu pasal pastuh nak salahkan orang lain. Padahal diri sendiri nak jadi macamtuh. Bukan salah orang letak hantaran mahal! *sabar..sabar.. fuhhh. Okay. Kalau anak dara yang minta hantaran sederhana dah pupus, carilah janda. *cadangan okay. Jangan kecam saya pulak. 

Okay. Sekian sahaja entri yang pendek dan membidas dengan hujah peribadi. segala bias mohon dimaafkan. Terbuka untuk sebarang perbahasan. Terima kasih. 



No comments:

Post a Comment