expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 31 December 2015

End of the year, 2015-Part Two

okay well. dah countdown dah untuk tahun 2016. so ada 366 hari untuk bukak buku baru. =) In shaa Allah.

so, untuk penutup bagi tahun ni, aku tuliskan lagi satu entry.

tahun 2009. saja nak post sebab dah terlampau rindu sangat dekat SKSTB sampai terbawak-bawak dalam mimpi!
tahun 2014. waktu ambik keputusan PT3. Azyan pun ada gak kat situ. dapat cari tak dalam gambar kedua2 tuh mana orangnya? :)


Gambar dekat PERMATA? oh. aku rasa aku nak simpan dulu. banyak tuh memang banyak. ada yang aku letak wallpaper laptop, wallpaper fone. tampal dalam diary. hehehe.


Dari SKSTB sampailah ke SMKDE dan kini di PERMATA. perjalanan yang jauh rasanya sampai aku dah tak sedar dah nak masuk 17 tahun. tapi aku ni muka nampak tua sebelum tua. umur 13 pun orang kata dah 20 lebih dah. tapi ada orang kata, kalau muka cepat matang, lambat nampak tua. hihihi.

serious. aku rindu dekat sekolah-sekolah lama aku dulu. rindu nak jadi nakal. tapi bila aku chat dengan kawan aku tadi, dia kata takutnya nak menghadapi SPM. takutnya nak membesar.

aik? aku ingat, aku aje yang takut nak membesar. rupanya dia pun? nampaknya ada geng. ahak. >_<

aku pun xtahu aku jadi senior yang macammana tahun depan. any hint? aku rasa aku x dapat lagi. sejujurnya, barang-barang pun x pack lagi sekarang walaupun sabtu dah nak balik.

oh. asyik aku merepek je dari tadi, bila aku tengok semula tahun 2015 ni.. ada beberapa perkara yang buatkan aku rasa bersyukur sebab buat keputusan untuk berpindah ke sekolah baru. pengalaman baru. suasana baru. cabaran baru dan orang-orang yang sangat memberi kesan dalam hidup aku.

terima kasih. 

azam 2016?

Banyak sangat! 

Hopefully semuanya berjalan lancar. Amin...






Monday, 28 December 2015

The End Of The Year 2015-Part One.

Tak sangka aku dah menulis semula mengenai penghujung tahun. Kali ini setahun lagi dah berlalu.

Aku tak tahu macammana nak kata, tapi aku rasa 2015 merupakan tahun yang terbaik yang pernah terjadi pada aku sepanjang hidup ni. *eh? rasa macam tiap-tiap tahun cakap benda yang sama. hahaha. Tak apalah. Rasanya setiap tahun ada ceritanya yang tersendiri. Jadi tak perlulah nak diskriminasi tentang tahun terburuk atau terbaik. 

Somehow aku ni jenis yang suka mengimbas balik macammana  diri aku dulu. well, bila dah balik rumah ni, banyak berbual dengan mak aku, aku baru perasan yang mak aku kata, aku dari kecil kalau nakkan sesuatu aku suka berkias-kias. nak telefon berkias-kias. nak laptop pun berkias-kias. hahaha. kelakarnya, mak aku faham. tapi dia saja buat-buat tak faham sebab waktu tuh dia rasa aku x perlu lagi benda-benda alah tuh. well. syukurlah. sekurang-kurangnya aku taklah attach sangat dekat gadjet.

Adakah aku masih berkias-kias kalau nakkan sesuatu? hmm. rasanya masih lagi. cuma dekat rumah je aku dah berani nak speak up. kadang-kadang tak payah cakap. mak aku boleh teka sendiri. katanya tengok muka pun dah tahu. hehehe.

Tak tahulah. Aku rasa walaupun aku jenis berani, tapi deep down sebenarnya sebahagian diri aku yang pemalu tuh masih ada kekal kat situ. Ah. Biarlah. Rasanya itu normal kot. Hihihi.

So, nak kata aku matang ke sekarang? oh. Aku pun sendiri tak pasti. Tapi rasanya mak aku suka sangat mengusik. Tanya dia, "bila nak kahwin?" uish. soalan dia bahaya betul. mentang-mentang lah aku tahun depan nak SPM. sama je dengan makngah and makcik. =,=" 

Yang aku  pasti dengan certain orang, kebudak-budakkan aku mesti terserlah. tak tahulah orang yang menghadapi 'aku' yang begitu tuh bertuah ke malang. nasib kau lah. hahahaha.

Somehow aku memang terlalu risau banyak benda untuk tahun depan. Research dan SPM terutamanya. aku tak tahulah aku nak ambik ke tak SAT dengan TOEFL. masih terfikir-fikir sebenarnya. English aku over these years masih lagi di tahap yang membimbangkan.

Berikutan dengan folio kerjaya. setelah banyak buat search. baru aku sedar yang sebenarnya susah nak sambung study. bidang kedoktoran especially. peluang terhad. universiti tempatan pun sikit je yang tawarkan bidang perubatan. itu baru jadi doktor biasa. rasanya macam agak susah nak menonjol antara berpuluh ribu yang memohon.

Tapi entahlah pulak kan. Rezeki manalah tahu. aku berusaha je. dapat kesampaian cita-cita, dapatlah. Aku sebenarnya ada ketakutan sendiri kalau nak melangkah keluar negara. Macam-macamlah. Sebab aku rasa aku tak cukup kuat nak jaga diri sendiri.

Aku pernah cakap dengan mak aku, alangkah bestnya hidup ni kalau dah kerja, kumpul duit, lepastuh travel dekat eropah. bawak backpack je and jalanlah kemana kaki melangkah. woah. dengar macam hebat je en?  

"Ha! Jangan berani-berani nak pergi sorang. kalau awak tuh siap dengan kung fu, silat, taekwondo ke takpe lagi. dahlah awak tuh perempuan."

=,=" nak travel. nak! nak! nak! tapi takut.

alamak. melalut pulak daripada tajuk the end of the year 2015. okay. so, ada tak apa-apa wish 2015 aku yang tak terlaksana tahun ni? of course ada!

Satu, nak masuk pertandingan drama atleast peringkat daerah. bila mendadak masuk permata terus aku punya potensi nak berlakon pun tertutup. uhuk. aku suka berlakon ni. jadi puteri, jadi hantu, jadi anak orang kaya, jadi anak orang miskin, jadi mak penagih dadah. apa lagi? kalau aku diberi peluang bawak watak lelaki pun mungkin aku cuba. aku suka bawak watak yang berbeza. yang menyedihkan atau kejam. tapi tahun ni dapatlah juga berlakon dalam drama leftenan adnan dengan OME parody tuh untuk assignment. macam biasa. jadi mak orang jugak. yang lagi satu tuh tak adalah berlakon sangat. dah memang watak budak sekolah.

drama leftenan adnan tuh masih tak sempat lagi nak update. huh. tahun depan jelah.

wish yang kedua, nak masuk banyak pertandingan menulis. kempunan aku tahun ni nak masuk pertandingan menulis. tahun lepas masuk pertandingan DBP dengan Pustaka Negara. tahun ni nothing. novel aku pun in progress lagi. tapi takpelah. passion dan cinta nak menulis tuh masih ada. aku akan terus menulis sebab aku tetap cintakan penulisan.

wish yang ketiga, nak masuk pertandingan Mighty Minds. ini dah dua tahun berlalu. tahun depan last peluang. aku nak merasa lagi sebenarnya macammana duduk dekat dalam lingkungan para peserta sambil tekan remote. yang bergaduh dengan Vitala tuh x dapat lagi lah kan sebab dah pindah sekolah. hahaha. *kenapa aku suka sangat cari gaduh? tapi gaduh tuh lah sebenarnya cara aku nak rapat dan selesa dengan orang-orang tertentu.

wish yang keempat. nak aktifkan diri dalam sukan. =,=" tapi aku rasa ini paling susah nak buat. xnak describe panjang-panjang biar aku cross je dari wishlist tahun depan terus.

Hmm. apa lagi eh? tak ingatlah pulak. tapi 3 wish yang atas tuh memang aku rasa terkilan sikit sebab x dapat nak buat. in shaa Allah tahun depan aku fight habis-habis. *motivate diri sendiri.

bercakap pasal tahun depan.. errrr. entahlah. aku tertanya-tanya siapa bakal roommate aku nanti. aku doa sangat orang yang dapat satu roommate dengan aku tuh, walaupun malang sebab dapat aku, tapi aku doa dia adalah manusia yang boleh terima kekurangan dan gila-gila aku. sebab kalau dah tinggal satu seiling dengan aku, satu lantai dan satu pintu. aku boleh jadi dua benda. satu, baik sangat, dua, jahat sangat.

aku rasa bukan aku je. orang lain pun sama jugak. *menurut pemerhatian aku lah. 

*pejam mata and wish* Amin..

baru-baru ni aku jumpa bestfriend aku. dah setahun x jumpa dia. sumpah rindu gila. alhamdulillah, dia masih sama. gila-gila dia. garang dia. wah. aku pun xberubah jugak kata dia. pipi gemuk. syukurlah ada peluang lagi nak jumpa.

tiba-tiba je waktu nak balik mak aku dengan mak dia sangkut borak lama. adehhh. tapi bagus jugak. atleast mereka dah bagi lampu hijau yang hujung tahun depan lepas SPM pergi ambik lesen kereta dengan motor sama-sama. yezza! *SPM jauh lagi dah plan apa nak buat lepas SPM. teruk betul. hehehehe.

sumpah best jumpa dia! dapat borak pasal angan-angan masa depan! fuh. nak pergi Jerman lah, UK lah, Istanbul lah, Perancis lah. pendek kata kalau boleh nak jelajah dunia. nak pergi tempat bersejarah. kalau boleh nak pergi mesir jugak! tengok pyramid.

uhuk. apehal lah aku melalut teruk sangat ni? okay. sambung part two pulak nanti. >_<



Monday, 14 December 2015

>_< Aduh SPM!!

SPM 2016 is coming!!!!

dengan kurang lagi 20 hari lagi sebelum nak kembali ke sekolah. aku baru nak bergerak buat folio kerjaya, physics baru berapa helai je and bio tak start buat lagi handout cikgu bagi tu. aku tak tahu apa aje yang aku buat cuti ni. -,-"

pengurusan masa aku agak teruk jugaklah. masih lagi tak berganjak daripada dulu. bersyukurlah sempat merasa cuti akhir tahun lepas dengan 3 minggu PPCS yang aku gunakan secara produktif dan tak membazir masa.

kadang-kadang aku tak reti nak divide masa tu jadi lebih teratur. i mean, kalau aku dah start belek belajar bahasa jerman, dua jam aku belajar straight. bukan nak berhenti bukak subjek lain. -,-" just geram dekat diri sendiri.

jenis pilih kasih pun ya jugak. kalau bukak pun subjek2 tertentu je. Biologi contohnya. aku rasa sepanjang cuti ni baru sempat usik biology, physic dengan buku addmath yang aku tenung je sampai macam nak keluar laser tembus buku tuh.

aduh Hidayah. aduh SPM. aduh. aduh. aduh! sakit kepala.

tak tahulah. tak bersedia lagi nak habiskan zaman remaja dengan stressfull life macamni. aku kadang-kadang macam terima juga kenapa masa macam cepat sangat.

baru semalam kemas lembaran PBS form 2 nak dibuang. rasa macam kelakar pulak tengok tulisan sendiri yang cakar ayam tuh. macammana PBS matematik banyak salah sampai kene ulang dua tiga kali. memang kelakar.

oh, lagi kelakar tengok hasil lukisan PBS form 2 tuh. buruk gila ya ampun! patut lah band 4 je. hehehe. so that's it. memang macam-macam kegilaan sepanjang zaman PBS dulu.

and now sekarang, aku dah kena buat research and so on. maybe tak sempat nak sesuaikan diri dah habis dah tingkatan 5.

I don't believe it! I'm going to be super senior tahun depan! which is sebelum ni aku ingat zaman senior aku akan berada di SMKDE..

hmm.


apa pun, life goes on.


Thursday, 3 December 2015

To the confusion of myself and things i have done so far this holiday.

Assalamualaikum.

Dear blog yang tersayang. tiba-tiba kepala ni panas bila fikir pasal masa hadapan. seminggu cuti sekolah dah berlalu dan tak banyak benda aku dah buat sepanjang dua minggu ni. huh. tapi kan? kenapa eh tiba-tiba rasa masa berlalu macam lambat sangat berbanding biasa? entah lah. mungkin sebab berada di rumah kot.

Buku,buku dan buku! Aku memang suka sangat dengan buku. dalam bilik tidur aku atas almari pakaian aku aku susun banyak buku elok2 memandangkan tak ada rak buku lagi, maklumlah. rumah flat aje. kecil dan tak banyak ruang. nak beli satu rak buku khas letak dalam bilik memang tak muat lah. nak sediakan satu bilik untuk bilik bacaan? well. tolak tepi sebab satu bilik study yang available pun dah penuh dengan meja belajar, PC komputer aku dan buku-buku di rak alat tulis. haa.

tapi Alhamdulillah aku bahagia di rumah kecil ni. aku selesa sebab aku tinggal bertiga je. hehehe. walaupun kadang-kadang tu adalah rasa sunyi sebab kakak umur jauh beza. dah kahwin dah pun. tinggallah aku aje anak dara dekat rumah ni.

apa pun, sepanjang seminggu ni aku habiskan masa merepek-repek bukak apa-apa buku yang aku nak. bukak ensiklopedia greatest invention in the world sikit. ensiklopedia human body sikit, *sebab aku suka sangat biology, baca novel melayu, dan latest bukak world almanac sikit. hahaha. kebanyakannya sikit2 sebab aku lemah bahasa inggeris. so kadar membaca aku lambat berbanding aku baca buku melayu.

well, novel melayu kalau campak dekat aku, sehari boleh habis kalau start pagi even page 500 lebih. latest aku baca novel Biarkan Aku Merindu. baguslah novel ni. tak klise sangat lah. dia memaparkan kisah kehidupan realiti daripada pelbagai aspek.

watak utama novel tu ialah Anntasya ataupun nama panggilannya Anne, Ana dan juga cik putih. hero utama novel tuh ialah Rafiq. yang bagusnya pasal novel ni tak adalah jalan cerita klise macam cerita biasa. lelaki kaya kahwin dengan perempuan miskin. gaduh2 lama2 bahagia. aduh.  lelaki tuh pulak biasanya mesti kaya sebab warisan. konon2nya lelaki tuh tak pegang agama, kaki perempuan bagai. muak jugak baca cerita begini. dah hafal dah 3 tahun duduk menengah rendah seminggu hampir 3 novel aku pinjam dulu.

novel yang aku baca tuh ada beberapa sudut yang aku suka. satu, Rafiq yang mengusahakan syarikatnya sendiri secara kecil-kecilan dan berjaya atas usaha sendiri. bukan warisan macam yang kita biasa baca or tengok. dua, memaparkan keretakan rumah tangga ibu Anntasya yang ditinggalkan oleh ayah Anntasya sebab mengejar cinta baru sewaktu Anntasya 7 tahun.ketiga, kegigihan Anntasya simpan duit untuk sambung belajar sendiri. keempat, macammana susahnya nak yakinkan perempuan yang dah trauma disakiti kisah masa silam untuk percayakan lelaki.

oh, nampak rumit. tapi itulah hakikatnya. ramai aje perempuan yang susah nak percayakan lelaki kat luar sana. aku sendiri pun kadang2 jadi takut.

so, novel aku sendiri dalam progress. entah lah. hopefully aku cukup passion untuk teruskan novel tuh sampai ke penutupnya.

okay, itu pasal buku. assignments? oh lahai stresnya lah. Daripada folio fizik yang tak boleh taip dan yang paling aku runsing ialah folio kerjaya.

aku dah tahu aku nak jadi doktor. tapi sekarang aku tak dapat decide bidang apa yang aku nak ceburi. Surgeon? Pediatrician? or Psychiatrist?hmmm...

Surgeon, aku tak takut darah. walaupun sekarang aku baru nak belajar siang ikan,*okay tak ada kene mengena, tapi aku rasa aku boleh buat dengan tunjuk ajar. tapi masalahnya aku takut aku tak boleh tahan dengan schedule yang terlalu ketat sampai aku tak dapat nak ada life selain di hospital. sedangkan aku masih nak dekatkan diri dengan mama and aku nak ada keluarga yang bahagia dengan anak-anak yang membesar dengan kasih sayang seorang ibu. *okay dah jauh sangat pulak. tapi kalau ada peluang in shaa Allah aku nak.

tapi kalau aku busy sangat? tak pasal-pasal rumah tangga retak. untung dapat suami yang memahami, alhamdulillah. kalau tak? habislah. sebab tuh aku rasa sakit kepala bila fikir. takut.

Pediatrician. hmm. aku rasa aku kene tengok dulu keadaan macammana. aku boleh ke tak handle budak2 kecik. aku boleh jadi baik, tapi masalahnya budak2 takut dengan aku. mungkin muka aku garang sangat. tuh tak masuk lagi hodoh, sweet apatah lagi jauh sekali muka aku ni. hahaha. wekkkk. tapi, aku memang suka budak2 walaupun aku x reti nak layan lagi yang kecik2 bawah umur 5 tahun. maaf lah tapi aku terpaksa kutuk diri sendiri berkali2 sebab aku memang tak pandai. =,="

yang last sekali Psychiatrist. hmmm. aku rasa bab2 psikologi ni aku selalu handle. aku rasa in shaa Allah aku boleh bawa. boleh lah juga aku merasa nak jadi macam Psylocke. walaupun aku tak psikik. hahaha. but maybe aku handle bawah 18 tahun.

but really please, i really need help with it. kalau tak aku semakin confuse dan tak tahu mana aku patut tuju lepas spm. *ceh. SPM pun tak lepas lagi babe.hahahaha.

apa pun. aku bersyukur yang aku sempat siapkan kad hari jadi untuk mama kesayangan. punyalah aku cari idea, gabung. cubaan pertama gagal. cubaan kedua alhamdulillah menjadi. hopefully mama suka lah, aku tak tahu macammana nak advance kan lagi dah kad tuh. haha.

ingat nak buat pop up. tapi sudahnya tak jadi..

habis lah comot aku dengan pen, gam. glitter dan macam2. skill aku mengait or knitting pun aku keluarkan juga. skill menjahit skill menganyam semua aku tumpahkan dekat situ...

now, dah almost 12,30 malam and aku tak makan nasi lagi. haa. rutin aku memang macamni. suka makan lambat2. lepastuh gemuk. okay lah. better aku off laptop dan makan sekarang..

esok jelah aku bagi mama kad birthday dia. hehehe. happy birthday mama. stay young walaupun dah makin tua. sebab mama adalah bestfriend woman that i ever had.

Happy Birthday! tak sangka aku jadi sesweet ini bila dengan orang aku sayang. sebab aku sanggup all the way back jadi kreatif dan berwarna warni tak ubah macam budak kecik. just for special person je aku sanggup keluarkan kertas warna,glitter, reben dan sebagainya.

May Allah bless you mama.. amin...
PS: Hodohkan kad ni?  tak lawa mana pun. :( tapi inilah kad 3 keping yang aku mampu buat. bunga purple tuh ada reben yang aku anyam sampai jadi bunga. so long... okay. :) yang penting ucapan dalam kad tuh bermakna.

Friday, 27 November 2015

The End of The Year.

Assalamualaikum.

Ku tuliskan entri ini tidak lain dan tidak bukan kepada sesiapa yang sudi membacanya.

yang sudi menjenguk dan yang sudi membaca, terima kasih.

Dah masuk 6 hari cuti bermakna dah 6 hari berlalu selepas aku menamatkan sesi persekolahan untuk tahun ini. Ya. It's been a tough ride for me though. apapun, aku gembira sepanjang tahun ni biarpun disertai oleh banyak tangisan yang melebihi tahun-tahun sebelumnya.

sayangnya, sebelum aku sempat menikmati keindahannya, aku terpaksa melepaskan beberapa perkara. jadi, tahun hadapan tidak akan sama lagi tanpanya.

salah satunya adalah roommate kesayangan. Melissa. Orang panggil dia Mel tapi aku panggil dia Lisa je. pelikkan? yang lagi peliknya, tak pernah pulak roommate kesayangan aku tuh tersasul bahasakan diri dia Mel bila ada dengan aku. sungguh aku tak percaya. dia orang pertama yang cipta sejarah bila mampu bertahan dengan aku tinggal satu seiling, *sebab tak ada bumbung hahahaha , satu lantai dan satu pintu dengan aku tanpa ada sebarang rungutan atau pun pergaduhan yang tak diingini. wow! hampir setahun.

mengimbas kembali detik2 hari pertama menjejakkan kaki di PERMATA sebagai pelajar rasmi, masuk je ke bilik, aku nampak seorang budak berpakaian baju biru dan tudung hitam. bekas pengawas juga fikir aku. mula2 dia letak semua barang-barang dia di katil sebelah kiri. aku pun masuk sambil letakkan beg aku dekat katil sebelah kanan. sebelum dia tiba-tiba tukar pulak. eh? tanpa amaran dia tak bagitahu pun.

so, aku malas nak cakap apa-apa dan terus berpindah ke katil sebelah kiri tuh. hmmm.. mula-mula almari kami tercabut pintunya. sebelum ayah Lisa tolong pasangkan semula. terima kasih. pintu almari tuh kekal akhirnya sehingga ke hari terakhir. cuma pintu almari Lisa ada lah hampir tercabut beberapa kali yang hampir menghempap si Sabi dan Lisa. huhuhu.

mula-mula rasa takut jugaklah. kot-kot tak boleh sekepala dengan roommate. sungguh, minggu pertama aku kerap mengadu dekat bestfriend aku yang luar permata yang aku risau kalau terpaksa duduk dengan roommate yang tak sekepala. huish. nazak woo. walaupun waktu tuh ada dengar ura-ura yang roommate setengah tahun lepastuh tukar. hahahaha. itu pun masih lagi buat aku tak lega.

dan masuk minggu kedua. something miracle happen. kami dah mula rapat! entah pasal apa entah tiba-tiba jadi sepakat lah pulak. haish. dan aku masih ingat lagi yang kali pertama dia ajak aku lepak dekat rooftop. sejak haritu lah aku mula rapat dengan budak2 foundation, kenal manusia tuh dan juga jadi rapat dengan jiran depan, Sabi dan Lisa.

apa-apa pun, journey yang agak panjang sampai lah ke pertengahan tahun dengan tiba-tiba satu peristiwa terjadi yang hampir mengeruhkan keadaan kami berdua. *bukan sebab mana-mana pihak pun sebenarnya. akhirnya kami masing-masing berterus-terang dan konflik diselesaikan bersama-sama. semua berpunca daripada orang ketiga.

macam-macam kenangan manis dengan roommate tercinta. pendek kata ukhwah terbina dah macam hubungan adik beradik, sayang sangat dekat dia. *memandangkan aku memang tak ada adik

boleh dikatakan hampir tiap-tiap malam kami mengadu lapar kat satu sama lain. maka dengan itu sebelum wujudnya macam-macam jualan, burger silat, kek coklat, mashed potato dan kerepek ekor kucing*favourite saya maka kami pun makan lah maggi ataupun sibuk bancuh air panas sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah.

tanpa disedari, kami mempunyai hobi yang sama iaitu memasang lagu secara kuat-kuat serupa dunia kami yang punya. suka hatilah kadang-kadang dia yang pasang kadang-kadang aku. bila dah penghujung tahun, aku mula cari alternatif untuk dengan radio ERA online. dan secara tidak langsung menjadi saluran radio kegemaran dia jugak. hehehehe.

kadang-kadang dia terpengaruh jugak dengan lagu-lagu yang aku pasang dan lagu terakhir yang sempat aku lekatkan dalam kepala dia ialah lagu Angel with a Shotgun. mana taknya, aku jadi obses dengan lagu tuh sejak akhir-akhir ni sebelum balik ke rumah. semua sebab aku terjumpa AMV Chuunibyou tuh. adoi.

tapi hakikatnya aku memang macamni. disebabkan aku terlalu minat sangat sesuatu benda sampai aku senang jugak nak jangkitkan kepada orang lain jugak. ehehehe.

kadang-kadang ada satu masa tuh kami menjadi sewel seketika sampai kami tergelak-gelak sendiri. memang ya pun. kadang-kadang aku ni kalau cuba buat lawak tak menjadi. tapi perlakuan aku yang spontan tuh buat orang gelak. hehehe.

dia jugalah yang sabar melayan kerenah aku sepanjang tahun. kalau tiba-tiba aku rasa dah bosan pakai tudung bawal, aku nak mencuba pakai shawl, dia lah orang yang memakaikannya. sudahlah aku tinggi, dia yang comel kemetot dari aku cuba nak pakaikan dekat aku. apa boleh buat nak. hehehe.

pernah sekali kitaorang menggila dengan inai beberapa jam sebelum Arcturus Movie Award Asasi pakai inai instant. itu pun kerja gila juga. hehehe..

pernah sekali tuh waktu krisis air, aku heret dia sekali untuk tolong buat timba dari tingkat tiga tuh. aduh, gila betul lah. aku sanggup sambungkan beg-beg plastik sebagai ganti tali untuk timba tuh. benda tuh agak berguna tapi agak leceh. >_< maka Lisa jugaklah yang menyaksikan kegilaan aku tuh. 

kadang-kadang bila waktu exam, aku suka sangat naik atas meja dia tuh menulis segala macam formula aku dekat papan putih dia tuh. aku harap sangat papan putih dekat bilik tuh lagi besar sebesar yang ada dekat kelas. tapi mana nak dapat? mustahil kan nak letak dalam bilik? dia pun ya kan ajalah apa-apa formula termasuklah formula addmath kat situ.

lagi satu, waktu ulangkaji, aku suka ulangkaji dua benda ni dengan dia. ulangkaji biologi dan sejarah. memandangkan kami berkongsi cikgu yang sama walaupun dia budak foundation dan 3 tahun lagi muda daripada aku.

and the list goes on and on.

beserta dengan itu, orang yang paling kerap merempuh masuk ke bilik kami macam bilik itu juga bilik mereka ialah Erin dan Sabi. jiran sebelah kanan dan jiran hadapan. dua-dua budak foundation membuatkan aku bertindak sebagai kakak kepada mereka.

sama jugak. mereka ni pun kadang-kadang msuk air sekali dengan kami. kotlah kalau rasa study sorang-sorang bosan, maka berkumpul lah kami bersidang 4 orang. tinggallah aku yang tua ni rasa jadi muda jugak hihihi. almaklumlah bergaul dengan orang-orang muda. 

kalau pun aku sedih sampai menangis sekalipun, 3 orang ni lah angels pengubat duka lara. masing-masing ada cara sendiri. thank you! 

itu pasal roommate dan jiran-jiran bersepadu sekalian. benda lain?

haa. nampaknya lepas ni tak adalah lagi batch Erudite. senior yang akan graduate. somehow ada beberapa akak senior yang aku sayang dan admire sangat. dan juga cikgu suku masa yang tak bertauliah bila loyar buruk mengalahkan minions dalam cerita Despicable Me! hadoi. *nasib kaulah aku bagi nama gelaran pelik-pelik..

kepada sesiapa yang dah bersabar dengan aku selama ni. terima kasih..aku amat menghargainya. terutama yang sudah meninggalkan banyak kenangan manis di dalam ingatan ini.

sebab terlalu banyak event yang memberikan kesan mendalam kepada diri ini..

Explorace Tahun Baru Cina-terpukau dengan kebudayaan dan kesenian
Minggu Aspirasi Pelajar- Tempat aku mengenal senior-senior awesome dan serlahkan bakat debat.
Arcturus Movie Award- Just wow!
Sapphire- tak menyesal aku masuk rumah sukan ni.
Kem Ibadah- terlalu banyak perkara yang aku belajar disamping pengalaman berjalan di tempat orang
cultural day- boleh lupa ke? aku jadi Elsa hari tuh!
Drama Leftenan Adnan- ini legend. aku director, aku Mak Milah aku jugaklah pencakap skrip.
Weirdos production-Hostel OME Parody.
Dinner College-Jadi cinderella beberapa jam. hehe
Mooncake Festival-Ni paling best. berjalan dalam gelap bawak lantern.


dan banyak lagi. sampai dah tak tertulis semuanya.

for now jari jemari ni dah rindu sangat nak menekan piano. walaupun tahu satu dua lagu je. tapi aku nak sangat main piano. itulah salah satu caranya untuk aku released stress walaupun orang lain stress dengar aku main lagu sama berpuluh kali.

now, aku harap cuti ni aku habiskan dengan bermanfaat dan bersedia sendiri untuk tahun hadapan. sebab kehilangan yang aku alami membuatkan aku takut aku dibayangi memori tahun ini sehingga aku tak boleh move on tahun hadapan.

may Allah bless our bonds. Amin.....




Saturday, 31 October 2015

Exam IV, my miserable life and those memories.

I made a mistake.

No. I made a lot of mistakes. I keep telling this to myself. "If I....." But I know things wouldn't change. The ones that hurt will be left with the scars. The things that already happened can't be undone and I am ready to face everything as a result for the things that I have done.

However, in this journey, I know that the same thing will happen over again. Only this time, with other person, another place, and another situation. One thing that kept constant is the conflict. It will always be the same.

I learnt something. Sometimes you just need to give up to save you friendship or relationship. I lost so many friendships before and I don't want it to ever happen again but now, it seems that I lost my hope on this. I am starting to get tired to interfere others life while I don't even actually have the right to do it.

I think that I lost my sense of humanity of giving other people their privacy in life. I definitely hate myself for this. I think maybe if the right time has come, I'll leave certain people's life and pretend like nothing have ever happen. It hurts but its okay to sacrificed as long as they are happy.

When I am sad, I will keep on smiling to others, because I don't know who is in the pain at that moment same as mine. To see other people feeling down will only making you feel worse.

Najib, a friend of mine said that "No matter how you think people didn't notice or care about you, especially the people that you really care but never care for you back, there will always be a person who actually care for you." He said that once I ask him why do he look so sad. He doesn't know what was the thing that actually made me feel down, but somehow his advice reminds me to stay strong.

I'll let Allah to decide what is the best for me. For one thing that I am sure is that, people will never stay. Only memory does. That is why I think what will happen if I wake up one morning and lose atleast half of my latest memories. Would my world still look the same? Would I see the people around me with the same way and do people stop hating me and start to accept the new me?

In this short period time left to end this second semester of being level 1 student, I started to force myself to accept the lost earlier before it happens. One thing for sure, I don't want it to end in the bad way. I wish only good memories as the end of spending our time together.

Human sometimes can be so weird. They often after something that unworthy for time, feelings and energy and left those things that are much more better from it. This circle will never stops until they lost everything that used to be with them and miss the moment of being having it.

Only after they feel the lost.

"There's no use of crying over the spilt milk." said Dayana in the OME Parody entitled Hostel. it sounds funny at that time when I cried once the water in the pail that I carried was toppled and the water splashes on the floor.

In real life, it is not. You will cry for real, regretting everything and if you can't turn back, you will regret for the rest of your life.

I keep telling this to myself, stand straight, take a deep breath, smile and walk with confidence. Conceal, don't feel and never let it show just like Elsa. Stand strong girl! You are Elsa. You stand on your own. Stop hoping for the others to notice, care or help you.

For this exam IV, I decided to change for real. I'll help along my friends, and my fellow little sisters. Because the only thing that will make me forget my sadness is by making others smile and happy.

Although I am not that strong, somehow often fell sick, hurt my eyes of too much of the light because forget to wear the spectacles, gastric when I didn't take my meal and easy to catch fever or cold.I just need to prove something!

In shaa Allah, I will.

I will always pray for the happiness the ones that I really care for.

I write this for one thng because I know, That person will never read this. Maybe it is better to be kept as secret. I'm sorry that I cried for the things that I shouldn't cry for. Only this blog is the way I express my feelings on.

I am young and I am stupid. I came to people's life and make their life worst.....

Sincerely me,





Wednesday, 9 September 2015

Why am I posting this?

Assalamualaikum. =)

Mir ist krank. Yeah. Despite being sick for the whole two days, and this morning I spent the whole day in the sick bay, I still went to the international language class. who cares? once you miss the class you would miss the whole fun!

But why I am posting this? Well, there is something happen that made me cry almost 15 minutes or more because of that. I am not sure why but to be sure that issue is so serious. Not saying about me doing a mistakes or causing trouble. It is just the things that happen to wake me up from what state I am now.

I remember some of this quotes said by the principle of Princess Charm School to Barbie starred as Blair.

"Confidence without character is dangerous. but you Blair,have a different problem, character without confidence."

The quote yet indeed stuck in my head now. to be honest.

I do believe i have the character to be someone that are success in their lives. but mostly i don't have the confidence to do it. I am more likely to be affected by my own emotional states rather than being cool and try to figure something out.

Yesterday, I was feeling so sick and the moment i receive my marks for Chemisty, mostly i felt like something struck hardly in my head that i felt so dizzy at that time. it was so horrible than my expectation! and to be precise, i'm not expecting high marks for it.

so lower than lower. hmm..

and I was so upset about it. no. truly still upset with it. why? because things like this will ruin my reputation and chances for me to be a surgeon one day. it is not that easy to go into top 10 universities with a result like that. because everything had already started.

and the moment I meet the doctor this morning, I just double upset. He is not that serious on checking my health condition. with that kind of service, why don't he just say "Go to the pharmacy and take your own medicine according to your health condition."

urghh. that's why I want to be a doctor someday. because I want to help people. yes. it is true that helping people has so many ways.

but this is me. and I want to help people in that way.
so this is Blair or princess Sophia. Don't even ask me why I know this. in fact I still watch Barbie movies until now. so what?

and another quote is "Every girl is a princess." so what kind of princess that you want to be? think and act. So, I'll try to stand again after falling on the floor all this time. *Thanks floor for being able to support me all these times. you are still supporting me but this time I will stand that I will walk and after I will run towards the dream that I wish.

It is hard though. yeah. for 2 days I've been crying while letting out all of my thoughts. I am at my critical point and trying to get to my neutral point.

So as a starting point to mend my grammars and get my english better, i write some of the posts in english and read english books. I just finish reading a book of fairytales that usually bedtime stories for children and it was fun! easy for me to understand. yet i hope it will later on make me easier to realize the grammar mistakes in my essay. just the way i do with Malay Languange. wow. how much do i read before?

My head now is getting dizzier as I cried a lot this evening. with my sorethroat and so on, I would better be going to sleep. but before that, I shall take some medicine.

May Allah ease everything. In shaa Allah.

Friday, 4 September 2015

menjawab soalan anon di ask.fm. "Macammana kau akan react bila kawan baik lelaki kau kata dia suka kau?"

hi anon! sorry lambat balas. baru je habis exam. Alhamdulillah.

sebenarnya dah lama aku baca soalan ni. cuma aku tangguh dulu nak jawab. sebab mcm akan ambik masa panjang untuk jawab. ha buktinya sampai aku terpaksa post dekat blog tau.

well. for that question, aku rasa kau tertinggal perkataan "akan" react. kan? eh xpelah. biarlah.

so. jadi soalan, mcmmne aku akan react kalau bff lelaki aku kata dia suka aku? first. let say if bff aku tuh jenis yang kuat bergurau. aku akan just mcm. "sudah lah kalau nak prank pun buat lah cara lain pun."and ketawa. sebabnya orang ni x boleh dijangka. *so kalau nak prank aku, jangan cara mcmtuh eh. aku x percaya. Hahaha.

second, let say if he is serious. still aku takkan marah or bertindak luar batasan. sebabnya suka dan perasaan nak menyayangi ni fitrah. kita hidup dengannya. percayalah. mungkin kalau dia confess tuh sebab di rasa dah lama sangat terbuku dalam hati dia. beratkan simpan perasaan lama2? sama macam perasaan marah jugak.

but, a question, what will happen after that? okay, satu. kalau dia confess dengan tujuan nak tahu aku ade perasaan yang sama jugak atau x, kalau aku, aku takkan bagitahu apa perasaan aku. sebab aku nak biarkan ianya rahsia. lagipun orang kata, sayang ni macam2 cara. ada yang kirim guna doa, ada yang care dengan cara diam dan lain2. kita boleh nilai dan nampak kan?

kalau dia confess sebab dia nak couple, errr. sorry. I will not accept. aku dah tengok dah rata2 orang yang couple ni. dari kawan baik jadi couple kan? first, friendship bond yang kukuh dah jadi terlerai. lagi teruk kalau couple tuh yang jenis bagai nak rak konon "she is mine. he is mine bagai." aduh. lama2 putus. pastuh langsung x cakap. ha. pastuh mula lah update status. "pernah tak kenal seseorang dengan sangat rapat lepas tuh dah jadi mcm stranger?" .so first thing first aku akan pastikan walaupun lepas dia kalau confess pun friendship akan tetap kekal utuh lagi kukuh. tuh diaaa. hehehe.

third. ini kemungkinan yang paling sikit berlaku. errr. tapi dalam kawan2 aku ada jugak berlaku. kalau lah dia confess sampai kata " aku yakin kau jodoh aku bla bla bla bla and sebagainya." ha. x payah banyak cakap. start2 lah rajin solat, rajin baca quran, belajar hormat orang tua, belajar rajin2.sebab aku nak jodoh yang baik. *eh demanding betul kan? yelah. aku pun bukannya baik sangat pun. itulah sebabnya aku nak orang bimbing.aku akan bebel sikit kot. aku nak tengok sejauh mana kuatnya yang dia kata ada jodoh tuh. biar Allah yang tentukan. sebab orang kata campak lah mana pun, kalau dh hak milik kita akan kembali pada kita jugak.

itupun kalau akan datang dia x lupa aku.. entah2 dah lama x jumpa nanti, bertembung dekat jalan pun x kenal dah. biasalah. x semua orang matang sampai nak fikir masa depan yang jauh tuh. betul x?

hahaha. tapi biasanya lelaki.. ada seorang yang kata dengan aku. "lelaki ni hati dia macam bintang. berkelip2. harini dia nampak kita penting, kita lah yang paling cantik dan paling baik. esok lusa ada lagi yang lagi baik dari kita dia nampak."

yep. itulah jawapan aku anon. panjang kan? so nasihat aku untuk aku dan juga orang lain.

anon, kalau kau perempuan macam aku dan ada bff lelaki, tolong lah react dgn cara yang terbaik kalau bff kau tuh confess. jangan pulak kau putuskan macamtuh aje. :) mohon lah sangat2 jangan couple. sebab nanti relationship korang tuh xkan diberkati lagi. jangan salah kan orang lain kalau break. okay? dan lagi satu jangan terlalu mengharap. itu yang penting. perjalanan masih jauh. jangan sibukkan diri dengan perasaan sampai terabai segala2nya. kita ni umpama berlian. sangat berharga. kalau suka jugak pun simpan je diam2. doa.

anon, kalau kau lelaki, ingatlah perasaan tak boleh dibuat main2. kalau kau ada bff perempuan and nak confess, jangan sakitkan hati perempuan tuh ya. especially kalau kau nampak dia macam sayang dekat kau tapi dia tak bagitahu.  oh ya. jangan terasa pun dengan analogi bintang tuh ya! doakan dia banyak2.
:)

anon, walaupun aku rasa kau kenal dan tahu aku memang ada kawan baik. tapi aku x dapat nak detect siapa kau. hopefully one day kau akan bagitahu aku. kenapa kau tanya soalan ni.

sekian.

Wednesday, 19 August 2015

stuck in my own little world?


Assalamualaikum, Good evening, Hallo,

I am listening to Endless Tears song when I am writing this post. i realized it's been a long time since I didn't write anything in this blog. just wondering, why I can't find the right words to describe what I am feeling right now? is it to much to say, or it is just simply complicated? *Simply complicated? I am not sure if that is the right word too anyway.

to be honest, I am a good actor. yes. I am very sure of that. I can cry, laugh, or acting stupidly just to make sure people are convinced with the character that I am trying to show in the drama.

same goes to my reality. sometimes I act infront of people too. I laugh, I smiled, and pretend not to care for some certain things even it irritates me that much. or when I am really concerned. the reason why I do that? I am sick of people when I show my concern about them, it seems that they use me and tend to hurt me other day. and once I make a decision to leave one's life, I'll never be back. unless they ask me for the second chance, and I had considered that they should be given the second chance. in some cases, no more second chance because they are not deserve for it.

when I care, I am not expecting the same treat from that person too. *although sometimes I hope that there is atleast one person who really cares for me. however, for a girl like me, it will be just a dream.

usually, the one who would care for me that much will not stay with me forever in my life. they will come just for a while and leaved me with those memories. even if they don't want to leave me for stupid reasons like fighting, hating each other or yadayadayada things, they need to go. they just need to go.

far away...

distance sometimes make me cry.

sometimes, it is hard to hide your sadness especially when you are facing the reason of your sadness right in front of your eyes. I would always have this kind of fight with myself to settle down with that feeling.

and when I find someone who is almost exactly like me, I don't to hurt that person even a little bit. i want to help, to share, but it seems gaining trust from someone like "me" it is hard. I am looking at another me and I understand why that person acts like that.

sometimes, i just want to tell that person, stop caring so much for other people and start to think about yourself instead. why I didn't do that at the first place? I don't know. I just can't stop myself from caring for others. because deep in my heart, I have dreams and hopes.

and now, I'm preparing  myself to lose another person gave me so much valuable words and memories. Because that is the thing that would always happen. after sometime, people would start to realise the flaws in me and start to make a distance.

I don't even care of the facts that people would hate me after knowing me sometime, leaving me for others that they feel better than me, I just don't care. I am here in your life to give you something. either it is memory, words or lesson,

I am not perfect but I don't want to change myself into something else. i just don't want.

let me scream, let me shout.
i don't even care if i wear the same colour of hijab everyday. 
i don't even care even people hate the songs that i like.
i don't even care if people call me crazy.

and now I'm asking my heart. what is this feeling that bothers me a lot?? this weird feeling....





Tuesday, 14 July 2015

cuti raya, yeay!

Assalamualaikum :)

ha nampak sangat seronok nak balik cuti raya kan? memang pun. penat ni. dah sebulan duduk sini tak balik rumah. rindu masakan mama. rindu dapur gas kat rumah. rindu nak masak dekat rumah. ah, rindu semua lah yang kat rumah senang cerita. rindu Selayang juga. :)

sepanjang berpuasa dekat sini, macam-macam perkara baru yang aku terpaksa lalui. contohnya bila first day bukak puasa dengan kawan-kawan. uish, sikit aje boleh menangis woo. nasib baik tak terlebih touching.

ha, inilah dia apa jadi bila kelas kami bergambar ramai-ramai. dalam ni ada 14 orang aje. dua lagi hilang. adehhh. ni semua pengaruh strawberri luqman lah ni. tak pasal-pasal semua kena pakai baju merah and naqib patutnya berfungsi sebagai tangkai or daun sebab dia aje yang pakai hijau tau kat situ.


nampak tak gambar cawan ni? susunan dia dah lebih kurangkan macam gambar dekat atas? ni lah sekali lagi pengaruh strawberry. saya dah malas dah nak type banyak2 pasal strawberri. kan? kan? kan?

 ini pulak waktu semalam.hari isnin. waktu ni baru lepas sesi bermaaf-maafan. yelah dah nak raya kan. adik-adik ku foundation, selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

6 orang dari kiri Rizq, Alyssa, Fatimah, Saya, Syazana junior and Melissa (my roommate). ramai lagi sebenarnya adik-adik foundation tapi nak muatkan semua memang tak muat lah. hehehe.

oh,btw, keputusan pengundian untuk kepimpinan yang baru dah pun di umumkan sepenuhnya. tahniah kepada semua calon yang menang. walaupun aku kalah dua kali, aku tahu ada hati-hati yang percaya pada aku. terima kasih kerana percayakan aku. aku anggap benda ni sebagai sesuatu kenangan berharga yang aku akan bawa sampai bila-bila.

Manifesto, Curriculum Vitae (CV) mengundi dan sebagainya. semua ni adalah kenangan berharga bagi aku.


gambar ni aku ambil waktu pergi ke salah satu masjid di Bangi untuk berbuka puasa dan solat terawih. haa. bukan senang tau nak dapat ni. ini pun kene berkorban duduk dekat asrama dalam keadaan tak ada elektrik.

teringat pulak macam-macam kisahnya waktu elektrik takda hari tu. 

sampai Melissa terlupa elektrik takda. masuk bilik sambil kata "eh panas lah pulak." cuba bukak suis. padahal waktu tu tak ada elektrik. hahahaha.

nasib baiklah sempat cas fone. kalau tak habeslah.

ini cerita dua minggu lepas. yang sabtu baru ni pun tak ada elektrik juga. haa. berjam-jam duduk dekat koridor semata-mata nak angin. duduk dalam bilik terperap rasa macam duduk dalam ketuhar erkkk. hahaha. sepanjang hari bazir masa berborak dan termenung dekat tangga atau tepi koridor. rasa macam watak dalam novel yang baru lepas kecewa atau terlalu rindu lah pulak. hehehe.


ni waktu ambik slip peperiksaan dan perjumpaan ibu bapa. hahaha. basically ini semua adalah anak-anak murid cikgu Alin. *tak pastilah semua ke x. hehe. ni semua sebab Pink Panther bawak monopod. tiba-tiba masuk sekali pulak. ape pun tahniah sebab dah pergi jepun untuk program mobilti. jauh langkah kau.


ni ialah jack frost. Crushing gila dekat kartun yang satu ni. penangan tugasan crossover. crushing dekat kartun ni sebab dia comel. heee. ada yang berani lawan tak? hahaha. handsome kan? ape pun sebenarnya crossover saya adalah yang seperti berikut.

OMG. comel gila gambar ni. ape pun kedua-duanya ihsan daripada google. hehehe. Elsa and Tadashi.



hehehe, ni saja-saja je nak ambil gambar pensel tekan warna warni. satu saja yang saya tak dapat lagi. pensel tekan warna hijau. :)

ape pun selamat berhari raya. semoga kita diberkati Allah. kepada semua yang membaca post ni, saya minta maaf zahir dan batin. hanya sekadar mengupdate blog saya sahaja. hehehe

Sunday, 14 June 2015

Something has something, nothing has nothing?

ianya menyakitkan apabila manusia lain melayan kita tak macam manusia.

sebab tak semua manusia ditakdirkan baik dengan kita. tak semua manusia ditakdirkan berkawan dengan kita. kalau tak habislah macam tuh 8 billion orang atas dunia ni semua nak berkawan dengan kita. kawan-kawan satu sekolah pun x mungkin nak kenal semua (lainlah kalau sekolah tu jumlah dia sikit macam sekolah sepupu aku. satu kelas 18 orang ade 3 kelas. memang sikit lah kan?) 

ada sesetengah orang lagi istimewa berbanding orang lain. Allah uji dia tak ada ramai kawan macam orang lain yang popular. tapi, aku yakin orang-orang macamni Allah bagi hadiah untuk dia lain pulak. satu, atau dua atau tiga kawan yang betul-betul bermakna waktu senang gelak bersama, waktu susah sama-sama menangis. kawan macamni bagi aku sama dengan 1000 kawan-kawan yang biasa tuh. aku lebih rela tolak tepi kawan-kawan yang ramai tapi sakitkan hati daripada tolak seorang kawan yang betul-betul sanggup dengar cerita kau susah or senang.

percayalah. sakit hati kita ni ada ubatnya. kalau kau selalu berseorangan? okay. langkah pertama muhasabah diri. kenapa kau berseorangan? sebab perangai buruk kau? tak? okay. check. sebab kau tak pandai hal-hal semasa? errrr. tak ada sama minat dengan orang lain?? hei! dengar ni. JANGAN UBAH DIRI KAU,MINAT KAU semata-mata nak fit in dengan orang lain. that is such a hipocrite!

kalau dah cuba tegur orang, tapi orang tak berminat nak berkawan dengan kau.. tak apa. jangan risau tak lama lagi ada lah hadiah seseoarang yang Allah hantar untuk kau.

tapi....hmm. semua orang tak sempurna tau. jadi hargai dia baik-baik. x bermakna dia takkan buaat silap walaupun kecil pada kau. kesianlah dekat dia. ikhlas atau tidak seseorang tu nilai dengan mata hati. 

Nilai dengan mata hati. inilah yang aku sentiasa cuba buat walaupun aku tahu aku tak sempurna. sebab aku tahu macammana sakitnya persahabatan aku terputus. bukan sekali, berkali-kali sampaikan aku sendiri fobia nak percaya orang. tapi aku tak serik jugak. nak jugak percaya. *ketuk kepala sendiri.

aku tahu, setiap persahabatan yang aku ada tuh,tak lama lepas tuh orang-orang tuh sendiri jauhkan diri. ataupun pergi jauh daripada aku sebab-sebab tertentu dan tak contact. or sebab jumpa kawan lain. aku nangis. tapi. apa yang aku mampu. mereka Allah pinjamkan aje untuk aku. mungkin ada hikmah atau aku perlu buat sesuatu.

This three things that keep me going on.

Masa, Keyakinan dan Harapan. dibawah satu benda yang lebih besar. 

Thursday, 9 April 2015

friends??

i'm sorry. i can't take it anymore. but today i can't hold it.

ini asrama. bukan sekolah biasa. kalau sekolah biasa aku balik rumah. ada family. kat sini??

memang orang cakap aku matang daripada orang lain. tapi aku manusia bukannya robot. kalau dah sampai kene bahan orang kata aku pelik, suara pelik. serabut. you expect? aku nak ubah ikut macam mereka supaya diterima? tolonglah.. aku x suka berpura-pura.

tolonglah jangan berlagak seperti anda tahu semua benda. aku dah serik. serik sangat-sangat. kalau cepat sangat menilai. tuduh2 memang lah jadi macamni.

aku sabar. cuba kalau aku buat macam tu dekat orang lain? mesti diaorang marah. bayangkan yang buat aku marah lebih 10 orang. nak menghadapi aku sorang. aku?? aku buat salah sikit semua orang nak marah. so what??

sebab tu aku nak nangis. dan aku dah pun nangis harini.

aku kalau aku letakkan kepercayaan aku percaya sepenuhnya.

tapi, semua nak pijak kepala aku. penat. thanks Addina sebab dengar luahan akak harini. dalam sejarah akak nangis teruk sebab siksaan perasaan dekat sini. akak harap lepas ni akak boleh jadi lebih tabah lagi.

mungkin inilah ujian macam apa yang syakir cerita semalam. supaya aku tak jadi macam monyet yang lalai tu. aku kena kuat. oh ya. orang takkan peduli kalau kita merangkak di belakang sekalipun. lumrah manusia.

jadi, jangan baik sangat,

apa pun, aku kagum dengan seorang lelaki ni. dia boleh hidup dalam dunia dia sendiri dan bahagia. aku kagum.. bagi inspirasi untuk aku teruskan usaha aku.

Tuesday, 31 March 2015

perkara-perkara yang kadang-kadang terlintas di fikiran

inilah yang orang kata bila kita berputus asa atau terlalu penat dengan kerenah orang sekeliling. mesti akan ada yang terdetik di hati.

"apa yang akan jadi ha kalau aku amnesia bangun pagi esok?"

"kan bagus kalau ada butang restart life kat dunia ni."

"kalau lah aku tak buat keputusan tu."

and yes. sometimes we do think like that. and this morning,, i just simply wake up and think like that. hmmm. so..

why?? just simple question, why??

sebab kita nak tengok, apa yang jadi bila kita betul-betul amnesia. ada tak orang yang berusaha sedaya upaya untuk ingatkan tentang mereka semula atau pun mereka tak kisah?

sometimes. we want certain unwanted hurting memories to die.
because we don't want to live in the shadow of past.
but those memories will always be there.

Saturday, 28 February 2015

some crazy things at my new school. :D smile!



Assalamualaikum

well this is me again. my post. my life story and how I actually managing my life. tapi mesti kalian semua pelik apa kes pulak ada baldi dalam entry aku kali ni? ada sejarahnya. mari kita baca.

lately macam-macam benda gila yang aku buat. macam dua hari lepas, walaupun aku tak gila, tapi situasi yang membuatkan aku gila-gila.dua hari lepas aku attend satu talk on healthy food for healthy mind. and perjalanan naik bas nak pergi ke dewan di ukm tuh yang buat aku rasa aku jadi gila seketika. macam naik roller coaster. LOL. hahahah. *ini trademark najib ek. aku rasa aku punya trademark sekarang ialah "tahniah ar" yang telah diklasifikasikan sebagai pendek tetapi membuatkan orang terasa annoyed dengan aku. hahaha. bijak kan? aku dah copy trademark seseorang lalu menjadikannya seperti hak milik aku.  mungkin beliau akan marah sesudah membaca blog saya ini. kehkehkehkeh.

apapun, pertama kali naik bas dengan kesempitan tahap sardin dalam bas yang diibaratkan sebagai tin. tak kisahlah nak ibaratkan sebagai mackerel dalam tin ke (mungkin mackerel lagi sedap) macamtuh lah trip level 1 and foundation 2 pergi talk tuh. nasib baik tak jauh. hahaha.

waktu time pergi. aku dapatlah jugak duduk. jadi macam tough naik bas tuh tak terasa sangat walaupun orang lain dan macam nak terbalik. x cukup sado mungkin. itu apa yang aku fikirkan mula-mula.tapi bila belah balik, aku pulak yang kena berdiri. haa. masak. time bas membelok hampir je aku nak terduduk atas orang lain. hahahaha. gila kan? gila tapi mungkin best.

tetiba teringat pulak dengan aktiviti hey i'm not rubbish time jati diri haritu. hahahaha. terjumpa .pulak gambar di flicker.nak tengok? haa. jom!







tengoklah gambar ini. nampak bahagia kan? tolong lah jangan salah faham. sebenarnya ini waktu kami buat presentation "hey i'm not rubbish" entah sebab apa yang aku dengan Luqman ni gelak pun aku tak pasti.





hahhaha. aku rasa lawak waktu ni sebabnya yang paling banyak bercakap ialah Luqman dengan Naqib. aku bagi introduction je walaupun initial idea aku yang cadangkan. hahahaha. rugi tak tangkap gambar projek apa yang kami cipta. hahaha..

disebabkan itu, aku dah jadikan presentation sejarah selepas itu, aku x benarkan Luqman bercakap banyak-banyak. nampak tak? hahaha. btw, setakat ni, muka-muka yang aku asyik nampak sama dalam group aku ialah Luqman,Afiah dan Naqib.

mungkin dalam gambar ni nampak perbezaan ketinggian dekat situ. dah macam piramid dan aku tengok. hahahaha.

dan semalam, ada kelab koir. hahaha. rasa macam lawak sebab pukul 5 tepat waktu kami nak pergi ke bilik muzik tu tiba-tiba hujan lebat. haa. x ke haru macam tuh? mula lah aku dengan Melissa kelam kabut. aku pergi tanya orang siapa yang ada bawak payung. dan bila sampai giliran kat Sabi/Sabrina, dia bagi aku baldi. kahkahkah. sumpah lawak.

tapi, honestly sebenarnya aku memang ada cadangan nak guna baldi awalnya. tapi x relevan langsung. x sangka Sabi ada idea sama.

dan kerja gila yang aku buat petang itu ialah, jeng3. pakai selipar jepun je pergi ke bilik muzik. ewah-ewah. sedap-sedap rasa je berjalan pakai selipar. ingat boleh ke haa??? tapi apakan daya. tak mungin ku biarkan kasut kesayangan dibasahi hujan. uhuk! ayatku sungguh tragis dan membunuh rasa.

dan malamnya pulak perjumpaan rumah sukan. hahaha. yang rarenya pasal perjumpaan rumah sukan kami ialah, kami buat ditengah-tengah jalan. boleh tahan terlebih rare dah tuh. sampaikan ada beberapa kali kami lari dengan penuh dramatik ketepi jalan sambil memerhatikan kereta yang lalu degan slow motion. ada salah satu daripada larian itu lebih dramatik apabila di serikan lagi dengan drama tertinggal fon tengah jalan lalu salah seorang berlari ketengah demi menyelamatkan fon tersebut! Alaahai sawitnya!

dan cheers rumah sukan kami iaitu Saphire adalah
"tinggi-tinggi gunung kinabalu"
"tinggi lagi semangat Sapphire"
"biru-biru itu rumah kami"
"tiada boleh lawan"
"kamilah Sapphhire"

oh ya. Sapphire ni rumah biru which is my favourite colour and now you know.hehehehe.


sekian sahaja untuk kali ni. peace yow!













Thursday, 19 February 2015

cuti tahun baru cina 2015 :) my life so far?

assalamualaikum and hello semua :)

my life so far so good i guess accept for addmaths that is getting harder and complicated. yeah. since aku bergelar menjadi pelajar di kolej permata pintar, rasanya aku dah berubah sikit demi sedikit. one of them is banyak senyum. aku ni dari dulu lagi selalu orang nampak macam garang aje. 

and the main point is, i learned how to share with other people. orang yang paling dekat dengan aku di kolej permata pintar ni ialah Melissa. my roommate. how many times pun aku cerita dekat orang lain, satu aje nak cakap. first impression kita pada orang adalah berbeza dengan apa situasi sebenar. 

dan orang kedua yang terdekat ialah Sabrina. budak foundation one yang duduk depan bilik aku yang aku dah anggap macam adik angkat aku sendiri. aku panggil dia Sabi. nama manja dia. satu persamaan yang paling ketara  bagi kami ialah kami ada microphone dalam tekak. that means, suara kami sama-sama kuat. wonder why, but perangai kami almost the same. 

oh ya! lupa nak bagitau. sebenarnya aku tinggal kat aras paling tinggi di blok B. yang satu kelas and satu aras dengan aku dekat tingkat tuh ialah Atifah, Syazana, Misha, Dayana dan Syafiqah. tapi biasanya bilik yang selalu aku pergi ceroboh ialah bilik Syafiqah. makcik yang selalu perasan dirinya sado :P >_<

dah dua bulan aku tinggal dekat asrama and so far okey aje. assignment banyak? hahaha. biasalah. dekat sekolah lama dulu pun banyak  jugak keje especially musim-musim PBS berleluasa. ye dok? cuma bezanya dekat sini, assignment banyak secra berkumpulan dan basically semua orang perlu bekerjasama. lagi bagus kerjasama, lagi bagus hasilnya.

kelas aku kelas 4K4 dan kelas aku ada 4 orang daripada kursus Astrofizik. Hafiz, Syazana,Atifah dan aku. well. our class have 9 female students and the rest is male students. therefore terlihat ketidakseimbangan di situ. 

i can say, semuanya ada perangai masing-masing and so far, balik-balik aku akan satu kumpulan dengan Afiah, Naqib dan Luqman.

dalam kelas ni, ada lagi seorang yang umur 15. Umairah. but the magic is, aku tak pernah nak bahasakan diri aku sebagai "Akak" bila bercakap dengan dia. sedangkan dia jauh lebih muda daripada Atifah. adehhhh, kami satu batch sepatutnya dah di zero "akak" kat sini. apa pun, kalau aku cuba nak bahasakan diri aku dengan atifah sebagai "aku" ianya akan jadi tersangat lah pelik.

so, basically, this is the list name of my classmate
1.Syafiqah
2.Umairah
3.Najib
4.Naqib
5.Izwan
6.Aqilah
7.Misha
8.Dayana
9.Haziq
10.Luqman
11.Afiah
12.Atifah
13.Syazana
14.Daniel
15.Hafiz

and the last one of course, me :)

walaupun kami semua baru aje duduk dan bersekolah dekat sini, macam-macam program yang dah dijalankan dan salah satunya adalah minggu aspirasi pelajar. aku masuk banyak aktiviti waktu minggu ni tapi yang paling berkesan ialah pertandingan bahas ala parlimen which is something that always be my favourite. tapi yang plaing menakjubkan ialah, team aku yang consist of Irdina and Audrey mara ke peringkat final dengan menggunakan keputusan swiss bracket. kami rasa terkejut sebab aku tak pernah jadi menteri ketiga, Audrey dengan Irdina pulak memang tak pernah masuk bahas O.o

kami tak buat persiapan yang cukup pun sebenarnya sebab tajuk diberi secara mendadak pada malam sebelum pertandingan dimulakan. lawak jugak bila first and second round, Irdina pakai baju kurang, (Perdana menteri) Audrey selaku timbalan perdana menteri pakai kemeja and last, aku pakai baju sukan jadi menteri ketiga. dahlah lambat 5 minit. masuk2 je kelas tengok harith, Azfar and Adib dah menunggu. kami berjuang di bawah nama kumpulan AF menentang kumpulan biskut.

itulah sebabnya bila aku nak bidas hujah pihak-pihak pembangkang daripada kumpulan biskut, aku gunakan ayat (......sampaikan mereka tak sedar bahawa hujah mereka terlalu rapuh tidak ubah seperti biskut kering yang senang dipatahkan)

perancangan asalnya pada malam itu ialah, adik-adik angkat aku iaitu Sabrina, Addina, Erin dan Melissa serta yang lain-lainnya adalah untuk membawa biskut sekali ke dalam perbahasan tersebut. biar aku boleh patah-patahkan biskut tersebut di hadapan pihak lawan. muahahaha! kejam tak aku?

hahahaha. and final bahas berlaku dua hari selepas tuh.

apa-apa pun, explorace CNY pun seronok jugak. explorace CNY merupakan medium untuk kami belajar benda-benda baru tentang budaya masyarakat cina. salah satu daripadanya tulisan kaligrafi. kami juga belajar bagai mana untuk membuat luck knot yang bermaksud simpulan tuah(maafkan saya sekiranya tersalah. peach blossom tree pun satu seni yang menarik yang kumpulan aku telah buat.

so, what is coming up next??

sebenarnya banyak benda lagi yang berlaku. tapi apa pun, kalau nak cerita semua memang masa takkan mencukupilah kan.

sometimes, kami dari kursus astrofizik berkumpul semula bila Miss Nisah dan Abang Aimran menjenguk kami. yeah. terasa dah macam family. 

and Irdina, terima kasih sebab dah selesaikan konflik aku tentang gula. nak tau tak, adik-adik angkat aku semuanya excited bila nampak cube sugar tuh. hahaha. biasalah budak-budak :) apapun mereka tetap comel.

and sekarang ni, my favourite food at kafe is cheesy wedges. my favourite drink at dewan makan is Sarsi and Milo. *perlu ke nak cerita? suka hati lah. this is my blog anyway.

oh well. perasan tak yang penggunaan kata "kitaorang" dah tak ada?? well. aku tengah berusaha untuk menzero kat perkataan tuh.

satu je benda yang aku tak lupa untuk explore hari-hari. iaitu langit. night sky di Permata pintar selalu cantik. and aku dapat spot Jupiter dengan mata kasar. well. astrofizik. :) aku bangga jadi budak astrofizik.

and now, aku nak focus untuk exam. aku kalau boleh nak lah capai keputusan yang baik. walaupun  ada certain subject yang aku rasa susah, tapi aku perlu terus mencuba. 

thank you ya Allah for guiding me every single day. without you i will lost.

that's all for now. thank you! :)

#hopethaticanbebetter

Sunday, 25 January 2015

a new journey just begin. budak asrama 2015.=)

assalamualaikum semua... :)

tak sangka dah masuk seminggu lebih aku berada dekat sini. khamis haritu hari last minggu orientasi. opsss. lupa nak cerita aku ada dekat mana sekarang. sekarang aku dah berada di kolej permata pintar negara. so far so good for me. well. apapun aku enjoy minggu orientasi haritu. best walaupun aku penat sikit. biasalah jadual padat. tapi masa tuh lah nak enjoy habis2 sebab lepas ni kita kena fokus dan serious! yeah

as for SMK Darul Ehsan, rasanya banyak yang dah berubah. dah ada yang pindah dan ada juga yang dah bertukar kelas. apa-apapun goodluck ya semua! sayang korang ketat2. ada masa nanti kita jumpa. hehehe.

first day waktu hari pendaftaran aku rasa hidup aku sangat lah kelam kabut. tak pastilah sebab apa tapi aku terlupa macam2 perkara. lupa nak hantar gambar lah, lupa nak ambik duit lah. lupa nak ambik gambar lah. x ke huru hara macamtuh? dengan barang sebeban penuh satu kereta dah macam tin sardin dah. penyek aku kat belakang tuh tau -,-"

nasib baiklah senior2 kat situ tolong aku. rasa amatlah segan campur malu tapi alhamdulillah those moments had pass. hmmm. sometimes rasa macam malu bawak barang banyak2 tapi sekarang rasa seronok sebab aku rasa selesa duduk sini. semua keperluan yang aku perlu aku dah bawak. hehehe..

yang tak bestnya sekarang aku tengah sakit tekak. well. sob sob. tersangatlah sedih.tapi kita kena ingat, sakit tuh satu ujian. so melalui orientasi kat sini, dapatlah aku simpulkan bahawa kepintaran bukanlah diuukur melalui kecerdikan IQ sahaja. malah merangkumi dari segala aspek2 yang lain. contohnya spiritual intelligence.

pagi tadi baru je aku siapkan assignment yang diberi sewaktu berada di dewan haritu. semuanya dalam bahasa inggeris. aku ni dah lah grammar fail, tulis pulak panjang2 dalam bahasa inggeris. haih. ada2 ajelah.

macam2 benda gila yang kumpulan aku buat sewaktu orientasi. mungkin disebabkan ahli-ahli kumpulannya semua memang jenis gila-gila kot. walaupun diberi nama Gifted Students, tapi it looks like gila students. kehkehkeh. salah satunya ialah waktu art therapy. orang lain lukis kemas-kemas aje.. kitaorang pulak? astaghfirullah! macam2 benda letak kat situ. penuh satu kertas. heheehhe.

most of all yang paling gila adalah waktu talent show. sebenarnya kitaorang rase sketsa kitaorang lawak. tahun ni temanya junior dan senior. so, yang paling merepeknya bila Yashvin bagi idea untuk memasukkan watak tok bomoh dan darth vader sekali dalam tuh. tetiba pula Celine muncul sebagai super senior yang berpakaian ala-ala superman gitu datang menyelamat kan junior daripada dibuli oleh Darth Vader. aduh lawak lah. Irfan penaakulan mantik pun ade. memang lagi jadi gila lah.

tapi disebabkan kitaorang last sekali, so persembahan kitaorang tak dapat sambutan sangat. sia2 aje bawak banyak props sampaikan ke garam pun irfan bawak jugak. eh?? garam?? garam?????? dia memang bawak garam ke?? O.o

time explorace pun kitaorang gile jugak. hari khamis haritu, kitaorang susah payah mencari belon merah. jumpa satu ajee. rupa-rupanya ada kumpulan lain dah sorok. cis! we can't take others belonging you know. dah satu kerja pulak nak berunding dengan dia. sabar aje lah.

alhamdulillah kitaorang can figure out most of the clues that the seniors from tahap 2 gave us. well. yang checkpoint yang aku tak boleh lupa ialah baling CD ke buah tembikai. ingatkan dia nak suruh buat jus tembikai sebab time tuh ade cawan sekali. sudahnya, kitaorang dapat baling satu je kat buah tembikai tuh. yang lelaki pun tak dapat susun cawan2 tuh dengan pantas. jadi dua2 kena denda. lelaki kene lompat katak sepanjang laluan and perempuan kena cari biji tembikai. aku pun punya lah cari tengok satu2 dekat atas rumput tuh. dah lah tadi  kene tipu mintak beras. barang amanah tuh! adehhhhh.

oh lupa nak cerita, barang amanah kitaorang ialah 10 butir beras. tak pasal2 yahsvin menggunakan telefon bimbitnya dengan mengeluarkan bateri dan memasukkan berasa ke dalam ruangan bateri tersebut. selepas itu telefon tersebut diletakkan ke dalam beg botol air aku. disebabkan telefon itulah aku terpaksa menapak sampai ke atas dan turun semula untuk memberikan telefon tersebut kepada Yashvin sebelum beliau mengamuk.

Akhirnya salah seorang senior disitu bagi klu bahawa biji tembikai tersebut diletakkan tempat yang tidak berlakunya fotosintesis. hmmm. orang lain semua cakap ditempat yang tak ada pokok. tapi aku rasa berada di tempat yang tak ada cahaya matahari. eh? betul rupa-rupanya!aku cari lah rupanya bawah meja je? cehhh. nasib baik aku jumpe. hehehehehe

apapun kitaorang enjoy  duduk sini sebab kitaorang mengamalkan zero indifference. semua orang sama aja. ape pun aku harap kelas esok berjalan lancar. fuhhhh. x sabar nak jumpe para instructor dan dapat jadual. so good luck kawan2! :)

Sunday, 11 January 2015

My plans for 2015 in progress

assalamualaikum...

nampaknya dah sunyi lah grup wasep. ade memang ade lagi. tapi dah sunyi sikit lah. btw, esok ade medical check up! >_< serammmm! huuhuhuhu. well i guess sunyi lah aku lepas ni..

huhuhu. doakan semuanya berjalan lancar ye. nampaknye blog aku dah kembali active setelah dua bulan menyepi. terima kasih kepada segala pengalaman yang diwujudkan oleh jr.astrophysicist. saya mintak maaf kepada manusia itu kerana meremove beliau dari grup AM. sape suruh mensenyapkan diri? maafkan saye ye.

bila ditanya saya suke sape.. hmm. i guess kene rahsiakan dulu sebabnya aku xnak manusia tuh tau.. takut nanti dia marah aku camne? haa. xkan ke haru hidup aku nanti. aku ni dah lah jenis muke garang hati lembut. cepat tacing bak kata miss nisah. well. stop psal crushing sane sini. agak2 ape the plans for 2015? hmmm.

since dah dapat tawaran ke quadp, alhamdulillah aku bersyukur sebab aku pun x sangka aku layak jugak. well. inilah dikatakan rezeki. mungkin dah sampai masanya untuk aku merantau ke dunia baru. dunia asrama. jauh daripada family ni buatkan aku rase aku dah x boleh jadi anak manja2 lagi. aku kene kuat. aku x penah sangka pulak aku akan buat keputusan untuk terima. coz dari dlu prinsip aku xnak pergi sekolah asrama. biasenya ape yang kita xnak tulah yang kita akan dapat.

cakap psal perancangan. aku sebenarnya dari tahun lepas dah terfikir macam2 ape yang aku nak buat kalau aku stay di sekolah lama. aku nak masuk drama, bahas dan lain2 lagi. hmm sebab aku memang minat berlakon lagi2 yang jenis gile2 sikit. agak2 ade tak peluang aku nak berlakon dekat quadp? yelah. nama pun kolej. mungkin aktiviti dia berbeza sikit. tak ke gitu?

lagi satu aku suke berbahas ataupun berdebat. well. tak ada lah power sangat. tapi bolehlah terjun2 begitu. aku ni suara macam annoying sikit. teringat pulak ape yang dah jadi tahun lepas. x penah2 sekolah kami ambik budak form 3 jadi wakil tetiba aku yang main terjun jadi menteri pertama pulak. haih. semua benda ni buatkan aku rindu dekat smk darul ehsan. smk darul ehsan akan tetap di hati walaupun kemana aku pergi.

satu-satunya benda yang i guess i can keep is minat aku dalam menulis. alhamdulillah cikgu Zahariah banyak ajar aku tentang skill nak menulis dengan baik. macammana jalan cerita sesuatu itu diplotkan dengan baik. cerita tuh mestilah ade kemuncak dan suspens. macam cerpen "kalaulah aku." cerpen tuh aku buat berdasarkan imaginasi aku. wah. untungnya si hero dalam cerita tuh. boleh selamat2 kan org pulak. hehehe. nampak sangat aku suke express imaginasi, cita2 dan perasaan serta cerita hidup melalui penulisan.

hmm. satu je aku nak cakap. kalau berusaha nak mengenali aku dari kisah silam, mungkin blog ini boleh jadi penceritanya. memang lah tak semua benda aku tulis disini. mungkin suku je atau pun kurang lagi, tapi kalau ade orang yang boleh curi bace diari aku mesti  dia tau semua yang aku rase. hahaha.

tapi the best cara nak mengenali diri aku ialah dengan cara mendekati aku sendiri. aku ni nampak aje macam peramah, tapi sebenarnya, ade satu sisi yang hanya orang2 tertentu sahaja boleh tau.. 2 tahun tak ckup nak mengenali aku sepenuhnya walaupun hampir setiap hari berbual dan bersembang. ini cerita betul.

berbalik kepada plan 2015, aku bercadag nak libatkan diri dengan lebih giat lagi dalam astronomi. well. biologi takkan ku lupakan disebabkan aku memang minat bio dari dlu lagi. tapi nak buat macammana. dari kecik jugak memang aku semulajadi minat kepada bintang dan langit. betapa excitednya diri ini bile memerhati langit siang dan nampak pelangi. ataupun senja merah macam mak aku kata..

bila tiba waktu malam, yelah. aku tak biase keluar rumah waktu malam. jarang sangat dapat keluar. cuma ade mase sekali sekala mak aku bawak pergi pasar malam dekat dengan rumah. hmm. time tuh kalau langit cerah dapat lah tengok bintang2. waktu tuh aku jahil sangat pasal astronomi. aku tertanya-tanya kenape bintang tuh nampak kecik ye? aku selalu ingat bintang memang saiz tuh.

bila sekarang aku dah tau betapa besarnya saiz bintang tuh, aku tergelak sendiri bila aku pernah mintak dengan kawan aku tlg petikkan bintang aku nak buat kasut. hahahaha. memang lah lawak semata2 tapi bile fikir, bintang tuh dah lah besar, panas pulak dan bercahaya. memang tak masuk akal langsung.

aku rase tahun ni aku nak masuk kuiz mighty minds kot. tapi nak build kumpulan bukannya senang disamping nak buat research. aku pun xtau ape yang akan jadi dengan rutin baru aku nanti. entah2 terlebih busy tak? hehehe. ape2 pun rahsia nak bertahan ialah happy. hopefully in shaa Allah ade langkah sampai quadp dapatlah aku roommate yang baik hati. hehehe.

well. walaupun aku dah create satu lagi blog, nampaknya blog ni jugak yang jadi tumpuan. hmm. i wish all of you could see and hear how fast i type using my keyboard. memang laju sangat2. sampaikan waktu buat ujian ukm2 dekat sekolah rendah haritu bising satu computer lab. kesian mereka. hehehe.

hmmm.. btw, nak cakap something boleh? aku rase hairan dengan satu subjektif yang bernama perasaan.. perasaan ni selalu bermain2 dengan kita sampai kita rase kadang2 mood kita x stabil. kita boleh jadi sedih tiba2 sampai sakit. or rase tiba2 sihat bile happy. ha?? dasyat kan? hahaha. macam dekat ppcs haritulah. tak ke pelik bile aku sakit gastrik punye teruk pun boleh senyum sengih lagi??

well. i guess ni je untuk malam ni. see you later semua!

PS:xdelah nak semua sangat. yang ini pun aku xtau sape yang nak bace. muahahaha.


Friday, 9 January 2015

the day i need to go home. PPCS'14

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

dah dekat nak sekolah dah. i guess, i need to say good bye to all friends yang dah nak kembali ke asrama. nanti bile balik time cuti jangan lupa nak tegur aku ye. i guess ade somebody tuh memang dah xnak cakap dengan aku dah. xpelah. aku redha.

nampak sangat aku yang terlebih tacing antara budak2 jr.astrophysicist. well. nak buat macammana. ini lah kelemahan orang yang selalu sangat berlagak nak jadi garang. alih2 kene pada tempatnya menangis jugak. teringat hari last day aku ade dekat PPCS.

bangun je pagi haritu lebih lambat dari biase. hmm. ape lagi, memang semuanya lambat giler lah. memang budak2 perempuan AF terkenal dengan kelambatannya dari semasa ke semasa. sampaikan ke hari terakhir pun masih jadi yang paling lambat. ape pun, memang excited nak balik sebenarnya. tapi the moment kemas2 barang. haa. ambik kau. time nak bawak turun macam nak patah pinggang tau!

lepas aje bawak barang2 semua turun, kitaorang check out dulu. hantar kunci dan cadar. hahaha. dekat dewan pulak aku dengan mira nampak budak2 AF dan PM sebahagiannya berkumpul dan buat cheers. wah! bergegar dewan tuh tau. ape2 pun, agak aku rase lawak bile berlaku sedikit salah faham dekat kaunter pemulangan kunci..

macamni ceritanya, kunci si amira ni kan patah haritu. jadi sepatutnya, deposit kunci yang 5 ringgit tuh tak dapat semula lah. tapi sebab dia bagi awal2 deposit 20 ringgit. jadi sepatutnye dia dapat 15 ringgit baki.

"Awak bagi 5 ringgit aje lah. mane ade baki 15 ringgit lagi." kata penjaga kaunter tuh. macam nak marah aje bunyi nya. stres benor ke akak tuh?

"saya bagi 20 ringgit lah. mane ade tipu." Amira pun dah buat muke selamba badak dia. aku kat situ dah petak dah menunggu.

Amira pun pandang dekat sampul surat yang orang tuh tunjuk.

"Nama saya bukan Nik Amira lah kak. Amira aje."

"Hish! cakaplah awal2 tak ade Nik. buang mase saye aje."

Hahahahaha. inilah akibatnya kalau nama sebijik2. nasib baik ade tambahan Nik kat situ. kalau tak? sampai kesudah tak dapat dikenal pasti. ape2 pun. yang paling lawaknya, pagi tuh Amira bagi aku setengah balang keropok seaweed untuk dibawak balik. terima kasih weii. aku terharu gile sebab kau bagi keropok kesukaan aku. huhuhu. bile mak aku tanya sape yang bagi mesti aku jawab amira. kalau mak aku tak kenal amira yang mane satu aku tengah cerita mesti aku kata "alah! amira yang bagi keropok seaweed tuh." kesudahannya melekat sudah nama amira seaweed kat rumah ni. hehehehe.

well. kesudahannya, bila kembali semula ke kelas.. semuanya bertumpu pada komputer. ye lah. komputer keramat dekat AF 2 tuh memang penuh dengan segala macam gambar. menyesal aku x tempah 32gb punye pendrive dekat mak aku. huhuhuhu. x dapat nak download langsung video talentime time menari tuh. huahauhuahuhaua.

ape pun. sedih juga bila tunggu mak ayah sampai. sempat lah jugak pagi2 tuh tangkap gambar same2. ade satu gambar tuh, kitaorang semua menghadap abang paan. alololo. kesian abang paan. berair dah mata beliau. hehe. saya takkan lupakan saat2 dan kenangan indah bersama anda semua.

sempat lah jugak ambik tandatangan daripada rakan2 sekelas. ade yang poyo, ade yang gile2. well. boleh aku katakan semua ade tagline memasing. walaupun abang wan langkawi kata dah tak praktikal lagi ambik2 tandatangan ni, saya tetap nak simpan jugak. saya tak nak biarkan budaya ini pupus ditelan zaman. hehehehe.

bile je mama dengan abah sampai, jumpe cikgu nisah and ambik report card, time tuh sempat lagi gi tangkap gambar dengan semua.. mereka berdua keluar kelas dulu sebelum aku start menangis peluk cikgu dan rakan2 yang lain. wah. aku ni memang cepat tacing lah. susah lah cenggini. huhuhuhu. tuh baru kisah dalam kelas. belum lagi bila dah melangkah keluar. adehhhh. lagi teruk aku menangis.

paling aku terharu, bila Afiq mula menyanyi lagu Sayonara tuh. huhuhu. thank you Afiq. tak sangka korang nyanyi same2. padahal malam sebelum tuh bila Afiq suruh kitaorang semua hafal, aku buat tak tau aje. Afiq2. walaupun kita penah ade perselisihan faham kat wasep, sampai hari keesokannya Afiq tak nak cakap dengan aku, tapi Afiq tetap faham perasaan aku hari tuh. lagi aku menangis lah bila dorang nyanyi ramai2.

Sayonara, sayonara
sampai berjumpa lagi...
buat apa susah
buat apa susah
susah itu tak ada gunanya...

hahaha. aku pandang sorang2.. Syazana, Irdina, Celine, Sham, Afiq, Azim, Sabri, Irsyad dan lain2. semuanya buatkan aku rase berat nak tinggalkan PPCS'14. boleh dikatakan itulah 3 minggu yang terindah dalam hidup aku. semua orang yang aku pandang pada hari itu, membuatkan aku berharap yang aku akan jumpe mereka lagi.

dan bila aku melangkah pergi tinggalkan kelas, aku masih lagi menangis. wah. memang ratu tacing lah aku haritu. hehehe.

aku akan ingat bila masanya aku hilang suara..
aku akan ingat macammana Sham bagi gelaran yaya dekat aku..
aku akan ingat macammana Irdina kata "eii menyampah pulak aku."
aku akan ingat kasut yang bersepah2 depan bilik sampai RA kene buat marathon lompat.
aku akan ingat moment aku rempuh pintu sampai kene dekat Intan and Irdina yang sibuk cari wifi laju.
aku akan ingat moment latihan tarian asmaradana dan zapin.
aku akan ingat moment meja berputar.
aku akan ingat moment perdebatan helio dan geocentric.
aku akan ingat moment mencerap meteor shower sambil jadi ahli mesyuarat tingkap tak bertauliah
aku akan ingat moment tertido tersengguk2 kat surau.
aku akan ingat moment Intan makan kuaci dengan kitaorang.
aku akan ingat moment Alia panggil "anak2"
aku akan ingat moment Azim cakap. " dah lah tuh, balik lah. makcik dengan pakcik dah tunggu lame dah" waktu hari last.
aku akan ingat moment bila Hakim jaga pintu sambil cakap" aku dah ambik ijazah dah untuk kerja bukak pintu nieh."
aku akan ingat puisi bulan Angeline yang aku rasakan memang lain daripada puisi2 orang lain..
aku akan ingat moment bila Baihaqi membahan intan dengan toge.
aku akan ingat kemesraan budak2 lelaki AF dengan adik2 penaakulan mantik.
aku akan ingat moment bila Irsyad dengan Alia ade konflik dalaman time menari zapin.
aku akan ingat moment macammana belon mengubah kehidupan dua orang insan.

semuanya akan berada dalam ingatan aku. :')

sekian... wassalam.

Tuesday, 6 January 2015

Last day before going home *story at PPCS'14

Assalamualaikum~ dan salam sejahtera.

well. i guess ceritera PPCS'14 dah nak sampai ke penghujungnya. kalau dah habis ape yang aku mampu buat adalah sorotan scene2 yang terkenal sahaja. muahahaha. seronok jadi penglipur lara dekat blog ni. sambil2 plak dengar lagu Taylor Swift. layan~

ape pun, to be honest, by now ade beberapa orang yang sangat aku rindu. memang bagi kesan dekat jiwa. uwaaaa. nak nangess. pagi tadi sibuk menghafalkan lirik lagu Amnesia tuh. saboooo jelah.

ape pun, hari last day before nak balik tuh, kitaorang pegi ke acara majlis perasmian penutup. time tuh semua pakai baju merah lah. ape lagi.nak dipendekkan cerita, bila habis je acara penutup tuh, kitaorang pun masuk kelas balik. the moment ckgu suruh kitaorang mengemas, kemaskan semua barang dekat makmal Fizik 2 tuh. mase tuh rase.... sayu.. sayu sangat2.

antara nak balik ke rumah jumpa keluarga ataupun nak stay dengan kawan2.
antara nak bersenang lenang dekat rumah ataupun lalui cabaran dengan sahabat2.

aku tak tau.. aku rindu jugak kawan2 lame. kawan2 yang biase aku tengok untuk 3 tahun.tapi.. aku sayang nak lepaskan semuanya. aku tak tau kenape. semuanya ade kenangan. haih.

Tak ada lagi Rubu' Mujayyab dan Spektroskop yang memenuhi rak.
Tak ada lagi fail2 yang berwarna warni
Tak ada lagi gambar pakcik Kepler.
Tak ada lagi mind map yang ditampal sana sini.
Tak ada lagi kertas mahjong dengan segala macam lukisan di dinding.
Tak ada lagi puisi yang menyebabkan budak2 lelaki didenda menjadi PA budak2 perempuan untuk beberapa jam untuk beberapa jam.

dan paling aku rase macam sedih gile, bila jawab print test. time tuh susun2 balik. duduk jauh2. tapi hari tuh aku duduk dengan Irdina jugak. hehe. cuma specialnya sebab duduk kat meja cikgu. heeee.alhamdulillah setelah kami di ajar dan dicurahkan ilmu serta kasih sayang daripada RA,Instructor dan TA, maka kitaorang boleh lah menjawab soalan tersebut.

paling aku rase lawak time tuh, abang afiq boleh pulak duduk depan komputer dekat makmal tuh sambil gelak2 sorang. ohhh abg afiq. haa? buat ape tuh?? haa. kantoi edit2 crop gambar untuk teka gambar. heeee "ini apa yang Irdina cakap. tak tau lah betul ke tak ye."

ape pun, habis aje kitaorang buat ujian tuh teruslah kemas2. and then sengaja turun lambat. sepatutnya pukul 4 dah turun dah tapi kitaorang lanjutkan sampai kul 5 melepak lagi dekat makmal tuh. alasannya, sebab abang wan tak jemput kitaorang. ish3. kesiannya. xsangka kitaorang dilupakan begitu sahaja. tapi x kisah pun! tdo kat makmal tuh pun x kisah sebab situ ade air cond. sejukk. heee.

ape pun petang tuh bila balik bilik, semua dah kecoh dah nak pakai baju ape.  punya lah mama Alia sibuk dah tetapkan warna purple biru pink ape semua. last2 x jadi. pakai je baju ape yang korang nak pakai. haa ambik! hahaha. si Amira pulak ajak aku pakai baju kemeja. tapi baju kemeja pulak basuh, tak kering2. so how suppose I nak pakai? hahaha. kesudahannya, aku pakai je lah baju simple2 dengan kardigan and tudung warna biru favourite aku. hahahaha. dan amira, biase lah. tak putih mestilah purple. balik2 warna dah macam justin bieber. kau ingat aku xtau? ahahahaha. paling lawak bila amira pakai tudung misai dan dibahankan di AF 1. hehehe. pakai misai kat muka lah. bukan kat tudung. dah lah bukan satu. banyak2 pulak tuh. hehehe.

ape pun, lepas je habis solat isyak, kami terus ikut kak tikah. yelah. semuanya dah pakai dah kemas2 walaupun biase2 je. kecuali intan. intan comel lah. pakai baju ala2 dress gitu. hehe. kitaorang semua rock2 aje.heeee >_< rasenye kitaorang gi ceroboh kelas etnomatematik untuk dijadikan tempat jamuan perpisahan kitaorang memandangkan dalam makmal tak boleh makan. muahahaha! kejam tak? kejam tak?

kitaorang pun tunggu.. dan tunggu. dan tungguu. tik tok tik tok tik tok. kemanalah agaknya mereka pergi? kenapa budak2 lelaki ni tak sampai2 lagi?? ape yang diaorang buat? tertido kat surau ke??

dan kitaorang pun tertanya-tanya. mungkin tertido kot. sebabnya bukan tak kenal habit diaorang ni. asyik2 tertido lepas solat. kadang2 boleh pulak melepak baring berjemaah kat situ. nampak sangat dah perangai diaorang ni. hahaha.

so agak lama jugaklah kitaorang menunggu. tak tau lah ape kes, tetiba kitaorang wasep budak2 lelaki. jawapan mengejutkan, mereka kate ade yang sedap bermekap! uhhhhh.. tacing aku dengan Amira. kitaorang pun tak mekap2 bagai ni.

masuk2 je diaorang. jeng4. haa. almost semua smart gile pakai kemeja. aku tabik ah. puji. memang kemas. macam baru lepas kene mekap. hahahaha. jealous kitaorang tau.. ape nak jadilah zaman sekarang ni. rase macam dah terbalik pun ade. xpelah. lepas ni kitaorang siap lambat2 pulak yee. hehehe.

well2, aku rase paling best lepas makan, kitaorang dapat coklat daripada abang wan langkawi. yeay! coklat milky way pulak tuh.hehehe. abang afiq panggil coklat hershey's kisses tuh coklat kiss me. hahaha. lawak gile. aku dengan mira gelak je. dah lah buat muke comel sekali.

dan tiba-tiba, adik2 penaakulan mantik pun muncul menceroboh kelas itu. hahaha. kesian kelas budak2 etnomatematik. dah kene ceroboh dengan budak AF lepas tuh budak PM pulak masuk. haaaa. maka terserlah lah sifat  mithali lelaki-lelaki di AF yang baik hati lagi budiman melayan anak2 penaakulan mantik. tahniah ar fizal. sekarang ni kau dah jadi papa fizal dekat Astromantik. wuuuu. tahniah2.

siap pulak tuh main suap2 kek. aik? budak2 perempuan AF pun xde main suap2 ni. kitaorang pun ape lagi. nak jugak lerr bersuap2 kan. ha. sape yang mula dulu suap2? eiiii. sawit2 pulak korang ni. tabik ah dengan friendship diaorang ni. nasib baik Nik pun suap aku jugak. kalau tak jeles aku. hahaha.

ape pun, lupa nak story. bila je adik2 penaakulan mantik datang, dah habis dah scene suap2 adik2 penaakulan mantik. Syahila pun dah habis dah suap abang Daim. *tak silapnya. maafkan diri ini kalau tersalah. kami semua pun meluru keluar. haa. ambik. duduk ah kat depan kelas tuh and buat cheers. wah. cheers kitaorang pun budak2 penaakulan mantik dah hafal. terharuuuu. sebab kitaorang daripada awal memang dah hafal pun cheers budak2 penaakulan mantik.

siap lah kitaorang menari dengan berpusing2 segala. padahal time gravity dance haritu series kekok gile. aku time gravity dance tuh sikit punye malu sampai tersengih2 nampak barisan gigi semua. enjoy gila malam tuh buat cheers. punyalah kuat, budak2 course lain pun keluar sama nak tunjuk cheers depa gak. dah berlawan2. mana nak same dengan cheers kitaorang. cheers kitaorang gempak sebab makin lame makin bersemangat.

ingat pasal cheers, macam2 perjalanan yang kitaorang perlu lalui untuk dapatkan cheers sebenar. sampai kitaorang yang perempuan ni boleh tengok budak2 lelaki gerak kaki "awak kat mane awak awak kat mane??" sumpah lawak lagi2 ingat kat Sham. hahahaha.

dan yang terakhir ucapan perpisahan. hahaha. aku rase seronok dengar ucapan syahila yang unik dan berbeza daripada orang lain. selamba badak wei. itulah pasalnya orang kata kalau nak ke marikh jangan lupa bawak Syahila. mesti tak bosan.

sampai kat aku jee yang tetiba sedih gile. ape punye kes lah sampai aku nak menangis teresak2. pelik benoo aku nieh emo tak tentu hala. atleast Sham bagi ucapan pun dia tekapkan muke kat pintu jee sambil cakap ayat "sedih!" hehehe.

hmmm.. malam tuh aku tak cukup emo lagi tau. hahaha. sejarahnya dengan belon pada malam itu ade dua. satu, gelaran abang takut belon pun muncul. kedua, Atifah menangis sebab Afiq letupkan belon. jangan kata Atifah. aku pun terkejut dengar bunyi belon tuh. ayokkk Afiq. haaa. abang takut belon tuh sape lagi... tau kan? xyah cakap lah. nanti ade orang tuh marah pulak. hehe.

sape tak takut bile belon tuh dah lah tiup besar2 pastuh isi bedak? walawei. kalau pecah kene muke mau tak macam hantu tepung?

tapi habis je semua orang bagi ucapan, kitaorang tak balik terus sebenarnya. kitorang pergi DM jap tangkap2 gmbar skit. hmm. nak letak gambar kat sni!!!!!!! arghhhhhh!! frust internet lambat!!!!

well. malam tuh aku, intan, irdina, mira dan audrey yang menceroboh bilik kitaorang berjaga sampai pukul 3 lebih. sempat lagi main ToT (truth or truth) hahaha. mentang2 lah hari last day kan. jadi siapa peduli kalau berjaga sampai lewat malam?