Tak sangka aku dah menulis semula mengenai penghujung tahun. Kali ini setahun lagi dah berlalu.
Aku tak tahu macammana nak kata, tapi aku rasa 2015 merupakan tahun yang terbaik yang pernah terjadi pada aku sepanjang hidup ni. *eh? rasa macam tiap-tiap tahun cakap benda yang sama. hahaha. Tak apalah. Rasanya setiap tahun ada ceritanya yang tersendiri. Jadi tak perlulah nak diskriminasi tentang tahun terburuk atau terbaik.
Somehow aku ni jenis yang suka mengimbas balik macammana diri aku dulu. well, bila dah balik rumah ni, banyak berbual dengan mak aku, aku baru perasan yang mak aku kata, aku dari kecil kalau nakkan sesuatu aku suka berkias-kias. nak telefon berkias-kias. nak laptop pun berkias-kias. hahaha. kelakarnya, mak aku faham. tapi dia saja buat-buat tak faham sebab waktu tuh dia rasa aku x perlu lagi benda-benda alah tuh. well. syukurlah. sekurang-kurangnya aku taklah attach sangat dekat gadjet.
Adakah aku masih berkias-kias kalau nakkan sesuatu? hmm. rasanya masih lagi. cuma dekat rumah je aku dah berani nak speak up. kadang-kadang tak payah cakap. mak aku boleh teka sendiri. katanya tengok muka pun dah tahu. hehehe.
Tak tahulah. Aku rasa walaupun aku jenis berani, tapi deep down sebenarnya sebahagian diri aku yang pemalu tuh masih ada kekal kat situ. Ah. Biarlah. Rasanya itu normal kot. Hihihi.
So, nak kata aku matang ke sekarang? oh. Aku pun sendiri tak pasti. Tapi rasanya mak aku suka sangat mengusik. Tanya dia, "bila nak kahwin?" uish. soalan dia bahaya betul. mentang-mentang lah aku tahun depan nak SPM. sama je dengan makngah and makcik. =,="
Yang aku pasti dengan certain orang, kebudak-budakkan aku mesti terserlah. tak tahulah orang yang menghadapi 'aku' yang begitu tuh bertuah ke malang. nasib kau lah. hahahaha.
Somehow aku memang terlalu risau banyak benda untuk tahun depan. Research dan SPM terutamanya. aku tak tahulah aku nak ambik ke tak SAT dengan TOEFL. masih terfikir-fikir sebenarnya. English aku over these years masih lagi di tahap yang membimbangkan.
Berikutan dengan folio kerjaya. setelah banyak buat search. baru aku sedar yang sebenarnya susah nak sambung study. bidang kedoktoran especially. peluang terhad. universiti tempatan pun sikit je yang tawarkan bidang perubatan. itu baru jadi doktor biasa. rasanya macam agak susah nak menonjol antara berpuluh ribu yang memohon.
Tapi entahlah pulak kan. Rezeki manalah tahu. aku berusaha je. dapat kesampaian cita-cita, dapatlah. Aku sebenarnya ada ketakutan sendiri kalau nak melangkah keluar negara. Macam-macamlah. Sebab aku rasa aku tak cukup kuat nak jaga diri sendiri.
Aku pernah cakap dengan mak aku, alangkah bestnya hidup ni kalau dah kerja, kumpul duit, lepastuh travel dekat eropah. bawak backpack je and jalanlah kemana kaki melangkah. woah. dengar macam hebat je en?
"Ha! Jangan berani-berani nak pergi sorang. kalau awak tuh siap dengan kung fu, silat, taekwondo ke takpe lagi. dahlah awak tuh perempuan."
=,=" nak travel. nak! nak! nak! tapi takut.
alamak. melalut pulak daripada tajuk the end of the year 2015. okay. so, ada tak apa-apa wish 2015 aku yang tak terlaksana tahun ni? of course ada!
Satu, nak masuk pertandingan drama atleast peringkat daerah. bila mendadak masuk permata terus aku punya potensi nak berlakon pun tertutup. uhuk. aku suka berlakon ni. jadi puteri, jadi hantu, jadi anak orang kaya, jadi anak orang miskin, jadi mak penagih dadah. apa lagi? kalau aku diberi peluang bawak watak lelaki pun mungkin aku cuba. aku suka bawak watak yang berbeza. yang menyedihkan atau kejam. tapi tahun ni dapatlah juga berlakon dalam drama leftenan adnan dengan OME parody tuh untuk assignment. macam biasa. jadi mak orang jugak. yang lagi satu tuh tak adalah berlakon sangat. dah memang watak budak sekolah.
drama leftenan adnan tuh masih tak sempat lagi nak update. huh. tahun depan jelah.
wish yang kedua, nak masuk banyak pertandingan menulis. kempunan aku tahun ni nak masuk pertandingan menulis. tahun lepas masuk pertandingan DBP dengan Pustaka Negara. tahun ni nothing. novel aku pun in progress lagi. tapi takpelah. passion dan cinta nak menulis tuh masih ada. aku akan terus menulis sebab aku tetap cintakan penulisan.
wish yang ketiga, nak masuk pertandingan Mighty Minds. ini dah dua tahun berlalu. tahun depan last peluang. aku nak merasa lagi sebenarnya macammana duduk dekat dalam lingkungan para peserta sambil tekan remote. yang bergaduh dengan Vitala tuh x dapat lagi lah kan sebab dah pindah sekolah. hahaha. *kenapa aku suka sangat cari gaduh? tapi gaduh tuh lah sebenarnya cara aku nak rapat dan selesa dengan orang-orang tertentu.
wish yang keempat. nak aktifkan diri dalam sukan. =,=" tapi aku rasa ini paling susah nak buat. xnak describe panjang-panjang biar aku cross je dari wishlist tahun depan terus.
Hmm. apa lagi eh? tak ingatlah pulak. tapi 3 wish yang atas tuh memang aku rasa terkilan sikit sebab x dapat nak buat. in shaa Allah tahun depan aku fight habis-habis. *motivate diri sendiri.
bercakap pasal tahun depan.. errrr. entahlah. aku tertanya-tanya siapa bakal roommate aku nanti. aku doa sangat orang yang dapat satu roommate dengan aku tuh, walaupun malang sebab dapat aku, tapi aku doa dia adalah manusia yang boleh terima kekurangan dan gila-gila aku. sebab kalau dah tinggal satu seiling dengan aku, satu lantai dan satu pintu. aku boleh jadi dua benda. satu, baik sangat, dua, jahat sangat.
aku rasa bukan aku je. orang lain pun sama jugak. *menurut pemerhatian aku lah.
*pejam mata and wish* Amin..
baru-baru ni aku jumpa bestfriend aku. dah setahun x jumpa dia. sumpah rindu gila. alhamdulillah, dia masih sama. gila-gila dia. garang dia. wah. aku pun xberubah jugak kata dia. pipi gemuk. syukurlah ada peluang lagi nak jumpa.
tiba-tiba je waktu nak balik mak aku dengan mak dia sangkut borak lama. adehhh. tapi bagus jugak. atleast mereka dah bagi lampu hijau yang hujung tahun depan lepas SPM pergi ambik lesen kereta dengan motor sama-sama. yezza! *SPM jauh lagi dah plan apa nak buat lepas SPM. teruk betul. hehehehe.
sumpah best jumpa dia! dapat borak pasal angan-angan masa depan! fuh. nak pergi Jerman lah, UK lah, Istanbul lah, Perancis lah. pendek kata kalau boleh nak jelajah dunia. nak pergi tempat bersejarah. kalau boleh nak pergi mesir jugak! tengok pyramid.
uhuk. apehal lah aku melalut teruk sangat ni? okay. sambung part two pulak nanti. >_<
No comments:
Post a Comment