the latest event was Pameran Warisan 2014. ini adalah untuk merealisasikan band 6 bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. fuhhh. boleh dikatakan aku semput juga nak menguruskan benda ni. macam-macam benda kena buat kalau uruskan program PBL.
haaa? ape benda pulak PBL ni??? O.o PBL ni adalah Project Base Learning. kejayaan paling membanggakan bila kami adalah kelas kedua yang laksanakan PBL ni kat sekolah. wah! bangga
gila!!!
![]() |
this was taken by Fatin. thanks Fatin. ni lah gelagat 3KRK bila berselfie. sabo jelaa. |
pada hari itu, kami ada 5 gerai pameran yang memaparkan gaya hidup kaum Melayu,Cina,India, etnik Sabah dan Sarawak. good job semua. I like all of your exhibition booth.
![]() |
menunggu kehadiran Puan Pengetua kami untuk merasmikan pameran warisan tersebut. eceyh. bajet ada reben bagai. |
dalam pukul 9 pagi macamtuh, Pameran pun dirasmikan.
jeng-jeng-jeng. dah dirasmikan pun pameran tuh time ni. oh punya lah sebelum tuh kelam kabut nak mencari dulang untuk reben,kesudahannya kami ambik nyiru daripada gerai kaum Melayu and letak gunting kat dalam tuh. hahaha
![]() |
kahkahkah. seee? lawa right gerai diaorang? dah macam melawat perkampungan tradisional dah. hehehehe |
setiap gerai,pengetua ada tuliskan komen prestasi. pendek cerita, semuanya pujian yang baik-baik belaka lah. seriusly aku rasa terharu yang melampau sangat-sangat,. great job. oh ya, gerai kaum Melayu ni dah macam ada bufet jamuan pulak dah. semua orang tertumpu ambik air daripada gerai depa. hahaahha.
ini pulak, gerai kaum cina. wow. meriah sungguh naaa. merah sangat ni kak. walau apepun, gerai ni macam terlebih tumpuan pulak. ada 2 jenis makanan yang diaorang pamerkan. dumpling dan juga fortune cookies. yang paling banyak, teh cina. jenuh lah mereka2 ni membancuh teh cina tersebut. siap lagi letak meow melambai2 tuh. hahaha. enjoy...
kat gerai kaum india pulak, memang macam2 jenis makanan yang diaorang pamerkan yang tak pernah aku jumpe langsung sebelum ni. contohnya jibeli dan apetah lagi satu. yang penting manisan. yang warna warni tuh pulak kolam. waktu perasmian si wendy lah tukang yang memberikan lilin kepada pengetua untuk menyalakan lampu-lampu tersebut. jeng3.
gambar yang kat atas tuh adalah tarian buluh atau dikenali sebagai tarian magunatip. oh ya. hati-hati kalau nak cuba main tarian buluh tuh. silap haribulan jadi macam aku. haa. ye2 je nak main dengan pakai kain. ambik kau, terpijak atas buluh, tergelincir dan jatuh pulak atas buluh. sudah jatuh menimpa buluh lah kiranya ni. hahahahaha.
oh. nampak tak model baju kadazan tuh? sebenarnya itu daripada kertas aje. great job for Aliah and aku juga. berjaya juga kami siapkan baju tuh dengan mengangkut patung daripada bilik KHB. wah2. save budget 150 ringgit. kui3.
dan ini adalah sudut kaum iban. hehehe. kat sini pun kitaorang cipta model baju iban daripada kertas. hebat en? safe lagi budget 150 ringgit. overall save budget sampai 300 ringgit! wow. boleh tahan. ape pun. semuanya mendapat perhatian lah. mendapat sambutan gitu. ini adalah satu2 nya gerai pameran yang buat game. syabas.
tak dilupakan semua persiapan sehari sebelum pameran tuh. aku kena ajar anak-anak aku dari gerai pameran Melayu iaitu Syasya dan Tasha untuk buat sarung ketupat. boleh dikatakan anak-anak murid aku tuh hebat juga sebab boleh belajar dalam masa sehari. ewah2. boleh kahwin awal dah ni. :P
menghadapi cabaran yang lain juga adalah siapkan baju daripada kertas tuh. sungguh sakit kepala apabila aku memikirkannya. dengan angin yang bertiup kencang, tudung aku rasa macam nak tercabut je dalam kelas tuh.
dirikan buluh untuk gerai sabah juga merupakan satu pengalaman baru memandangkan aku bukanlah pengakap. hehehe.
oh ya. aku sebenarnya dah 5 or 6 kali buat kertas cadangan. dan kertas cadangan kali ini baru diterima dengan seadanya. makan terlaksanalah band 6 bagi tema warisan. terima kasih kepada guru-guru yang membantu.
No comments:
Post a Comment