antara menanti keputusan PT3
atau, menghabiskan PBS yang masih tersisa
atau, menikmati masa dengan rakan-rakan yang mungkin terpisah nanti
Ya. kenangan. di sini bermula segala-galanya.
dari satu KRK. down to memory lane bak kata orang putih. aku masih ingat macammana awkwardnya keadaan lepas aku berpindah dari SB yang tak sampai dua hari aku duduk tuh. masa tuh, kawan2 lama Adlina, Nik dan lain-lain masih ada lagi. oh! Engku pun ade. hehehe. tahun tuh juga aku ditempatkan dalam rumah tuah iaitu rumah tuah SMKDE. bangga woi dah 2 tahun jadi juara since aku sekolah kat sana.
tahun pertama tuh jugak aku mula aktif dengan aktiviti-aktiviti sekolah. terutama choral speaking and so on. first time aku sertai syarahan agama dan johan menentang akak2 form 2 and form 3. oh! tak lupa sambal yang melekat pada kertas syarahan yang aku tulis cincai tuh. hahaha.
tahun tuh juga aku dilantik jadi pengawas pada hujung tahun. 2 bulan jadi percubaan membuatkan aku kenal dengan senior2 kesayangan aku iaitu Alif dan juga kak Awin. ye. aku takkan lupa diaorang walaupun diaorang dah pergi daripada sekolah kitaorang. tahun tuh jugak aku melecur jari sebab masak dekat bengkel KHB. wah2. macam2 kenangan yang aku tak boleh lupa. termasuklah 'someone' yang amat penting dulu.
naik ke 2KRK. yep. lagi macam-macam cabaran dalam menjalankan PBS. bermulalah kat sini bakat lakonan aku diasah. watak pertama drama aku dalam drama Rumplestiltskin ialah Lisa,Rahman sebagai King, dan Vitala sebagai Rumplestiltskhan. Kirthanna dan Aiman membawa watak sebagai ibu bapa aku dan drama itu secara sengaja telah kami tukarkan menjadi tema bollywood. Menang tempat pertama. Yeah!
Sumpah cakap, tahun tuh agak teruk untuk aku dengan Azyan berada di bengkel masakan. kerana baldi dan sinki, aku menjadi mangsa banjir yang tidak sengaja di rancang! uhuk2. memang sampai bila2 aku tak boleh lupa. ingat lagi ke waktu buat arca mobail? ah. memang lawak time tuh apabila kami menyerbu DIY bersama-sama. paling sweet Valar dengan Rahman lah. kahkahkahkah.
ingat lagi waktu buat model bandar tuh? ye. tough day sebab semua kena bawak ke sekolah dalam keadaan angin yang kuat dan ribut. haritu, aku kena sekolah sekerat hari macam kirthana sebab ada ujian UKM 2. memang sah gila. hahaha.
paling best, pergi ke pertandingan Mighty Minds dengan Alya Adilah dan Vitala. walaupun aku memang tak serasi sangat dengan Vitala, tapi dia memang ketua yang kreatif. entah-entah dia mampu cipta kereta terbang suatu hari nanti. imaginasi dia tinggi. Good Luck Vitala. kau kawan yang hebat sebenarnya walaupun selalu buat aku marah ^^
aku masih ingat tahun lepas macammana sekolah kecoh dengan pertandingan maskot untuk rumah sukan masing-masing. aku dan Rahman tampil sebagai pembuat maskot bersama. haha. Ali dari rumah lain turut membantu. terima kasih. tanpa bantuan korang tak mungkin dapat aku siapkannya. terharu sangat. pernah sekali tercucuk jari aku dengan jarum paling besar yang aku pernah guna. entah-entah nak jahit orang pun jarumnya lagi kecik. (aku cakap macamni sebab aku nak jadi surgeon) hahaha.
pengalaman berharga juga aku dapat kutip bila aku pergi ke kem BSMM dekat dengan sawah padi. wah.. memang berbaloi sangat-sangat untuk timba pengalaman. ramai kawan-kawan yang aku jumpa kat sini. aku akan simpan kemas-kemas kenangan tuh. sebagai motivasi untuk masa akan datang.
aku rasa kirthanna pun ingat macammana kitaorang kongsi satu khemah yang kami sendiri tak pernah reti nak pasang. tapi, it turns out to be khemah yang paling kukuh walaupun senget. yang lain semua terbalik bila ada ribut. hmmm. inilah yang buat aku tersenyum sendiri. yalah. macam2 kesukaran yang kami hadapi bila orang macam aku yang terbiasa duduk rumah terdedah kepada adventure.
entahlah. macam-macam benda. honestly. hidup aku semakin mencabar bila aku meningkat dewasa.
dan pengalaman terbaik adalah berkenalan dengan bestie aku..
dan bila tahun ini pun tiba, ia membuka satu lembaran baru untuk aku. kami dikejutkan dengan peperiksaan. OMG!!! hahaha.
dari PBSMR---> PT3. alhamdulillah. dah berlalu pun PT3 tuh. macam-macam kitaorang kena lalui demi PT3. termasuklah menjelajah pasar borong! fuishhh. trauma eden. hahaha.
oh ya. kawan-kawan baru, bestie aku yang merangkap adik beradik aku sendiri, iaitu Fatin, Anis, Jidin, dan lain-lain juga bermula dari sebuah pertandingan. iaitu Bahas Ala Parlimen. sangat mengagumkan yang kami terus bersama biarpun daripada kelas yang berlainan. syukur alhamdulillah.
banyak lagi sebenarnya. aku terus menanti penghujung kesudahan cerita Kembara PT3 ini. adakah ia penamat gembira untuk semua orang dan permulaan untuk satu lagi kembara hebat??
aku pun tidak tahu.
No comments:
Post a Comment