expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 16 July 2016

Just happened to be like this.

Assalamualaikum. :)

So, hari sabtu dah tiba kembali. Minggu yang sangat meletihkan untuk kedua-duanya. Physically and mentally broken. Yeah. Aku cuba tabahkan diri sampailah menunggu hari cuti. Baru tenang sikit.

Not much achievement though since bangun pagi tadi. hahaha. baru sempat siapkan kerja matematik dan separuh handout bio. Semalam aku ingat nak start buat dah kerja-kerja sekolah. Tapi dah terulangkaji sejarah pulak dengan Sabi. Tapi tak kisahlah. Bagus jugaklah. Sebab rasa macam dah lama je aku tinggalkan sejarah ni berbanding subjek2 lain.

Too much things happen this week like seriously aku asyik2 rasa sebak sorang2 pastuh nak menangis tak lepas. Stress sangat bro. Tambah lagi dengan unnecessary thinkings semua. 

I mean like somehow, aku tiba-tiba larut dengan perasaan sedih. Why? Banyak sebabnya. Antaranya, aku terasa macam kebanyakan orang-orang sekeliling aku hanya berada dengan aku bila aku gembira je. Bila aku mampu tersenyum, tersengih bagai nak gila. Certain times, aku perasan yang orang cari aku bila betul-betul bosan je. Well, salah aku jugakkan yang layan je. So maybe dalam mindset dorang, aku ni penghibur tak ubah macam badut.

So, orang-orang yang macamtuh, waktu aku dalam kesedihan, dorang bukan kawan aku. Tunggu lah sampai aku betul-betul gembira balik baru lah korang ni kawan aku. Kalau x, aku yang akan semakin bertambah-tambah koyak hati, koyak rabak mental aku. 

Kenapa aku kata bahaya? sebab aku perasan, lately ni kalau aku down sangat2. nanti aku jadi lemah semacam. orang pun perasan aku pucat. mana taknya, terbangun tengah-tengah malam xde sebab. tambah lagi dengan benda-benda yang buat aku sedih.

Sometimes aku terfikir, kenapa lah manusia disekeliling aku tak pernah nak bersyukur? Yeah well. maybe dorang tak pernah merasa kekurangan kot, ataupun tak pernah merasa kehilangan. kan?

Apalah nak banding dengan aku ni. Siapalah aku. Sesuai ke aku nak berkawan dengan orang macamtuh? 

Semua benda ni membuatkan aku selalu ambik masa sorang-sorang layan angin yang menghembus dekat aku. Masalahnya aku tak mampu berhenti berfikir!

Tuh tak masuk lagi dengan tragedi yang terjadi sampai aku rasa macam, ya rabbi... penat lah nak hadap manusia di sekeliling. ape rasanya ya kalau tinggal dalam kelompok kucing? Kurang kot rasa sakit hati ke, rasa tak selamat ke.

Alhamdulillah masih ade manusia yang mampu buat aku distracted dari kesedihan ni walaupun aku tak cerita, dia masih boleh buat aku ketawa. Pengunjung setia bilik aku yang sudi nak belajar dengan aku. Orang yang sudi yang nak berjalan dengan aku waktu petang-petang dan sudi nak support aku berdiri bila tak stabil sebab sakit pinggang pagi2. Tolong jangan nangis bila akak dah tak sekolah dekat sini. Tolong tabah ya. :') mungkin akak kadang-kadang membuli jugak tapi akak sayang dengan korang.

coz korang membuatkan akak masih percaya yang kalau kita betul2 rasa sayang dekat orang, kita akan luangkan sedikit masa kita untuk mereka walaupun sesibuk mana. bukannya lari ke mana-mana bila bosan atau pun sibuk sampai nak mesej kita "saya sibuk. bila ada masa kita borak ya." pun x mampu. saya tak boleh terima :')

Somehow bersyukur coz tiba-tiba kawan lama aku contact balik. Rasa macam Allah hantar kawan aku ni tepat2 masanya. Terima kasih kawan. Rasa lega dapat bercakap dengan kau semula. 

Well, panjang pulak aku emo ni. So back to my life, ada banyak benda yang aku kene buat untuk assignments. habis lah aku minggu depan. Penyek lah aku. hahaha. Mana taknya. dengan all those bengkel SPM + assignments + hafazan + K3M + FSC yang semakin mendekat. Moga bertabah ya semua. hahahaha. hopefully aku cukup rehat lah.

So, shall we start back our mission? 









Saturday, 9 July 2016

Random thoughts

First and foremost, Assalamualaikum. :)

I guess aku tergesa-gesa sangat nak balik rumah haritu sampaikan aku tertinggal diari aku dekat rak buku. huhuhu. Serves you right sebab x kemas awal-awal malam tu. Well, tak apalah. Atleast aku masih ade medium untuk menulis dan meluahkan apa-apa.

To be honest, aku x sangka pulak dah seminggu aku bercuti dekat rumah. Guess what? Banyak lagi 'pakej percutian' yang cikgu2 bagi tapi aku x siapkan. Huhuhu. Apa boleh buat. Mood nak mereput tu lagi kuat daripada mood nak buat kerja.

For sure one thing yang aku lega sekarang is that, research aku finally done. Along with the poster and aku rasa semua benda dah begin nak okay. :) betul cakap kawan-kawan aku selama ni, it is just a matter of time. mesti ada hikmah di sebalik semua ni. dan ternyata selepas malam tu, seekor kucing yang dah selama ni duduk dalam jantung aku akhirnya keluar dengan relanya. 

Oh! baru aku perasan. agak lama jugak ya aku x menulis dekat blog ni. Sebenarnya dah naik sem 4 dah pun. suasana baru, roommate baru, jadual baru, kelas intensif dengan orang-orang baru. semuanya masih aku ambil masa untuk sesuaikan diri. something yang buat aku rasa lain sangat ialah dah berjauhan dengan junior2 sekalian. uhuk.

Pada mulanya aku rasa dah berputus asa untuk melaksanakan sebahagian daripada impian aku pada daun-daun di pokok aku tuh sampaikan aku x tampal2 lagi dekat board bilik aku yang sekarang. hmm. nampaknya balik hari ahad ni, kenelah aku tampal balik.

AHAD??? alaaaa. dah nak balik dah rupa-rupanya :( alamak. lagi busy lah rutin lepas ni. kenapa?? yalah. awal2 pagi kena siap cepat2 sebab nak turun breakfast, tengah hari mesti setengah jam luang masa untuk lunch dan petang kene turun DM awal2. sebenarnya, aku tak suka sangat duduk DM. sebab ramai sangat orang. kang x pasal2 aku rasa awkward tak tentu pasal.

So? ape aku nak buat balik sekolah ni?? Hmmm. benda yang paling terdekat aku perlu bersedia ialah, of course exam K3M! and right after that, FSC pulak. wow. ini satu lagi event yang ramai orang. ehem. aku memang lah suka jumpa orang. tapi yang ramai sangat ni kang tersesat kemana-mana pulak. as if, ramai orang dah makin meninggi dari aku, yang datang tuh pulak tinggi2. huhuhuhu. ape aku merepek ni? Ya Ampun. hahaha.

okay2. so, approximately sebulan after FSC tuh trial pulak. cepatnya masa berlalu. well teapot! i guess nanti bilik kita akan penuh ditampal dengan nota-nota sekalian. biar bangun awal2 pagi celik nampak nota dulu. kalau dah hari2 nampak, in shaa Allah ingat. Amin,...

Tapi kan..

Semakin jauh aku pergi dan aku menimba ilmu, semakin aku sedar, ilmu dapat mengubah perspektif dan cara kau berfikir. I mean like, hidup kau seriously akan jadi lebih tenang. Aku rasa mulai dari sekarang, aku akan aplikasikan cara aku belajar both chemistry and biology dalam semua subjek yang aku belajar. Well, the only key is that jangan pernah merungut.

Boleh jadi perkara yang kau paling benci, itulah perkara yang kau akan suka nanti. Well, kalau asyik bergaduh dan bencikan orang pun boleh tersuka, takkan subjek pun x boleh kan? hahah. cuma kau takdelah bergaduh bertekak mulut. maybe boleh struggle buat latihan banyak2?

Somehow aku memang nak habiskan tempoh belajar aku ni dengan selaju yang boleh. Ade misi yang x selesai dan aku bercadang nak sudahkan dalam masa 6 tahun dari sekarang.. lama ke lagi 6 tahun tuh? hmmm..

Mungkin selepas tuh kalau ade rezeki, baru aku fikir nak sambung belajar lagi ke x. alaaa. belajar x semestinya kene masuk uni kan? boleh je belajar sendiri.tapi, cikgunya nak cari kat mana ya??

Just thinking. So I guess, selamat berusaha!