expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 February 2016

Sekilas lalu kerenah aku dan rakan-rakan sekelas.

Assalamualaikum.

Aku tulis entry ni sebenarnya nak bagi kawan-kawan sekelas aku baca sesuatu. Kiranya ini adalah entry penghargaan buat mereka yang pelbagai perangainya. :)

Masih lagi terasa sakitnya pinggang, lutut dan belakang aku akibat impak jatuh terhentak semalam. Tengah PJK main cross over tuh, silap rempuh ditolak, aku hilang stability dan jatuh terhentak pinggang. Pitam sekejap.

Macammana aku pitam? aku x sempat nak search lagi dari sudut perubatan. tapi, aku rasa aku jatuh sebab aku tiba-tiba kebas seluruh badan. macam, kalau kau terhentak bahagian siku. Funny Bone. bila terkena pada titik ni kau akan rasa kebas seluruh tangan. mungkin titik pada tulang belakang aku terusik menyebabkan aku tiba-tiba kebas sampai pitam sekejap.

aku rasa badan aku dipegang. diriba dan air mata aku mengalir sebab kepeningan. tapi bila nak bergerak aku x mampu. situasi ni berlaku dua kali tahun lepas. sekali, bila aku berlari dengan laju dan akhirnya menghentam pintu kaca tuh sebab tak nampak, dan sekali lagi bila aku masuk tarik tali tahun lepas.

sekarang, aku rasa sakit lagi. huhuhu.

apapun, sebab aku nak menulis benda ni adalah terinspirasinya daripada Umairah. *eh? apahal pulak tiba-tiba ni?

okay. sebabnya begini. tiba-tiba waktu aku dah bukak mata lepas pitam tuh dia cakap "kenapa aku rasa macam pernah jadi eh?"*seperti mengingat sesuatu. "Haaa! waktu kau langgar pintu kaca tahun lepas! aku ada waktu tuh."

aku masih ingat lagi tahun lepas. waktu badan aku kebas tak boleh bergerak waktu pitam tuh, aku masih boleh mendengar. dan aku dapat rasa tangan aku drastik mendadak sejuk. macam semalam.

mungkin x cukup darah sampai keseluruh badan aku waktu kedua-dua kejadian.

Terima kasih kawan-kawan untuk perhatian yang anda curahkan semalam. macam-macam kerenah mereka waktu aku pengsan tuh. yang paling aku rasa kelakar, Mojik(Luqman) boleh pulak hasut aku pergi PK banyak kali? hahaha. lepastuh semua orang pulak kata dia macam care kat aku. *care lah sangat. sebenarnya nak join sekali kan pergi PK? hahaha.

jadi, hampir satu jam sebelum aku rasa menggigil separuh badan tuh hilang.

paling x boleh blah, umairah cerita dekat cikgu Alin pasal aku terlanggar pintu tuh. cikgu macam nak tak nak je percaya. tercerita pulak pasal kucing beliau.

"Macam kucing saya pulak. lari laju2, lepastuh langgar sliding door. pening2 kucing tuh jadinya"

Mungkin kucing tuh rabun silau tak macam aku? hahaha. kucing..kucing. pergi buat spect okay?

so, entry khas ni, aku tulis kan buat 4 orang special, yang menjadikan aku 5 beradik unik dengan mereka. yang lain2 aku buat lain kali ya?

1.Syafiqah.
-Nenek tua yang suka bercerita. Mostly pasal movies yang dia tengok. Kalau dengan aku membebel dia boleh tahan lah. sarkastik dia boleh tahan jugaklah sampai koyak mental. paling power, Naqib takut dengan dia sebab dia kecik  tapi kalau menyepak orang kuat wooo. hahaha. almaklumlah ada silat gayung kan. wuuuuu. Nenek, kalau baca benda ni nanti kau ajar aku silat tau. 

pernah sekali dia sepak Naqib pasal dia tuang air atas kepala Syaf. hahahaha. kene sekali flying kick dengan kawan tuh.

dia nilah yang paling aku rasa sayang, rasa nak cekik, rasa nak tampar. semua dekat dia. kiranya, dalam 5 beradik ni dialah yang paling garang. macam Angah. hehehe. tapi, aku dengan dia ni tertukar2. kejap, macam dia lagi tua. kejap lagi macam aku pulak. hadoi.

2.Umairah
-16 tahun. imaginasi kuat. aku paling suka bila dia kata dia nak bina kapal terbang kaca. dia suka buat aku terhibur. kadang-kadang dengar dia bercakap pun aku boleh ketawa. kiranya kalau aku sedih ke apa, sekarang ni aku turun bilik dia je. unsur2 saspens pada dia sangat banyak. dan kadang2 blur sikit. lain aku cakap, lain dia cakap. hahaha. 

teringat lagi beberapa hari lepas, tengah malam. tiba2 dia cakap dengan aku. "Hidayah, dalam bilik ni, ada benda yang sedang bernafas selain daripada kita berdua."

ini sumpah cakap weh. aku rasa seram waktu tuh. aku pun cuba husnuzon sambil kata "Kucing ke?" sambil ketawa teragak-agak. "kau ni agak2lah kalau kucing aku nak sumbat mana? dalam beg?"

aku tanya2 lagi. sebab semakin seram. alahai. rupa-rupanya..

"pokok lah hidayah. xpelah."

aku pun teringat sesuatu. oh! mesti dia bawak alga kampucati. *ni pun aku gelak jugak. especially bila dengar dia bercerita pasal alga kampucati tuh. uhuk. hahahaha. kiranya, umairah ni selalu buat aku terhibur lah. btw, rumit betul penjagaan alga kampucati tuh. huhuhu.

well, dalam 5 beradik ni dia lah paling x matang. macam adik bongsu lah kiranya. dia ni senang buat aku terhibur. bila aku sedih, mental koyak, bila dia lah aku lari. sebab betul2 bawah bilik aku je! hahaha.

PS: Umai, nanti bagi link blog kau pleasee. hahaha

3.Naqib.
Ini manusia yang sorang ni sebenarnya sama je dengan orang jerami. *gelaran ni Syaf yang bagi. sebabnya dia ni mostly tak ada perasaan pun. dia tak faham pun perasaan orang. setahun jugaklah aku terseksa sebab dia dalam kelas selalu melukakan perasaan jiwa raga aku..

tapi, tahun ni dia dah lain sikit. *tepuk tangan. dia dah jadi macam abang aku yang xpernah aku ada. bersama kembar bukan adik beradiknya. *nanti aku tulis dalam perenggan seterusnya. sebabnya dia berlagak macam manusia yang paling cool nak handle manusia yang sensitif macam aku. hahaha.

sebab dia kata, aku special case. macam fellow friends anime dia yang lain. cuma, katanya otak aku ni resistance kuat. x mudah diracuni. nak buat macammana babe. aku ni trendsetter. bahaya kalau senang dipengaruhi.

sebab kalau tak, siapa yang pengaruh aku dapat pengaruhi orang lain jugak.

walaupun dia manusia yang x faham apa perasaan orang lain sebab dia orang jerami, tapi, bila aku sedih, aku x okay. dia lah yang akan datang. tarik kerusi dan tanya apa-apa yang dia rasa berkaitan. ataupun paling x boleh pun dia buat lawak hambar dia tuh sampai aku gelak terkekeh-kekeh. *bila mental koyak, benda x berapa lawak pun kau gelak sampai macam nak tercabut tekak.

bila aku tanya, kenapa dia sibuk ada kat mana aku ada, katanya sebab aku special case. dan dia dah lama sangat perhati aku. hahaha. tapi mohon lah yang lain baca jangan salah faham. kami x couple ke apa. just macam adik beradik. sebab bila aku rasa nak jadi budak2, dia lah yang aku kacau. sebab dia suka kacau aku dalam banyak keadaan.

4. Najib.
Najib. Naqib. ha. macam kembar lah diaorang ni. harini dua2 pakai kemeja pink. comel pulak aku tengok. dah lah dua2 tinggi. terhibur harini! hahaha. Najib ni macam kembar Naqib yang totally opposite. kalau Naqib xde perasaan, Najib sangat2 lah memahami. so, kalau aku bercakap dengan dia, or randomly senyum. memang dia sangat2 memahami! oh. untungnya dapat dua2 manusia ni umpama abang2 kembar aku. biarpun aku lagi tua. masalahnya mereka tinggi sangat. jadi, aku jadi kecik. hehehe.

aku paling enjoy bila menyanyi dengan dia. coz selalunya kami akan random je. gila2 sikit dengan Najib and bila satu grup, kami akan okay. get along. memang kalau tiba2 aku nak jadi budak2 mengada sikit pun pergi dekat dia. even kalau barang aku dah banyak sangat. *maximum 4 buku tebal kat tangan, aku akan campak kat dia dua. hehe. acah2 buli. thanks sebab faham aku..

Jadilah kalian abang kembar pada aku! hehehe. oh, dah lah minggu depan kami satu team debat! chaiyoookkk.

PS: seminggu eh kau cabar aku pakai tudung bidang 60? nanti aku pakai tau. teringin jugak nak merasa. in shaa Allah. belanja eh nanti? hehehe.

So... sebenarnya post ni aku taip waktu rabu lepas. sekarang dah sabtu. ni. semua post yang kat atas ni.

jadi, aku nak sambung sikit lah apa yang terjadi sepanjang seminggu ni.

jatuh, pitam, menghabiskan merentas desa sambil berpimpinan dengan Yana. jadi orang terakhir yang menghabiskan merentas desa. wah. aku memang x fit! >_< bak kata Naqib, fitness training aku perlulah berdasarkan training budak 12 tahun punya. *nampaknya aku perlu dilayan macam budak kecil lah lepas ni.

semalam pulak, Najib dan beberapa lagi dalam kelas cikgu cop buat kelas kecantikan pulak waktu kelas fizik! hahahaha. kelakar lah.

dan, macammana aku jadi protective gila dengan bendera sapphire. *aku rasa orang lain x faham macammana aku jadi protective sangat melainkan Najib. huhuhu.

so, goodluck sayang2 sekalian untuk exam. moga2 kita tabah ya!!! nanti buat study grup sekali utk beradik lima. huhuhu.




Tuesday, 9 February 2016

Masa yang begitu pantas berlalu.....

Assalamualaikum.

Well. Dah lama jugak aku tak update blog ni. hahaha. Apa-apa pun, aku lega sangat dah balik rumah. Maklumlah, dekat rumah je lah tempat bermanja-manja dan nak jadi budak-budak semaksimum mungkin. 

Walaupun hari rabu minggu lepas dah officially 17 years old, masih lagi nak jadi budak-budak tuh memang ada. I guess tak cukup membesar lagi kot. hahaha. Apapun, berkaitan tajuk ni, aku tetap rasakan ianya sangat-sangat lah betul.

Apa yang mak aku selalu ulang-ulang, "Masa akan berlalu, dan berlalu dengan pantas."

I mean like, sedar macam berlalu pantas. Tapi semakin sedar bila aku join hari graduasi jumaat lepas. Erudite dah officially graduate. Sedihnyaa. Hahaha. Farewell Erudite. Moga tahun ni Iridescent pulak mencipta nama. kalau tahun lepas hanyalah nama, sekarang dah jadi legend pun.

Eh? Apahal pulak aku pergi tengok hari graduasi? fuhh. panjang ceritanya kenapa. tapi aku rasa seronok tengok mereka bergraduasi. macam, segala-galanya penamat bagi perjuangan mereka di institusi kesayangan kami ini. ada sesetengah individu yang berjaya membuatkan mata aku berair sebab aku nampak kelegaan di wajah mereka yang penderitaan mereka bergelut dengan diri sendiri dah berakhir.

Hakikatnya, masih terbentang perjalanan yang luas dihadapan mereka. Sama seperti aku. Hari tu jugak aku rasa darah aku tiba-tiba bersemangat. berkobar-kobar macam aku yang nak graduate.

Mujur cikgu Alin cakap, "eh awak ni mana boleh graduate lagi. hahahaha"

x cukup umur lagi lah nak graduate. *tutup mata, tutup muka.  untunglah orang tuh sebab dapat graduate di usia muda. sama umur macam aku tapi dah graduate. aku ni umur dah terlajak baru nak masuk sini memang lah kan. *uhuk2.

sebulan lebih berlalu dan macam-macam dah terjadi dalam hidup aku. yang penting dipenuhi dengan sinetron sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Bersempena dengan fenomena El-Nino yang membawa angin panas dan kering, dah dua kali aku menghadapi demam dan sakit yang teruk. bukan sorang-sorang pulak tuh. berjemaah dengan rakan-rakan sekelas. fuhhh. hari-hari telan ubat demam, dah malas dah nak pergi pk. 

paling drama sinetronnya tuh adalah, tepat waktu birthday aku tuh, nak pergi pk, pk pulak tutup! Masya Allah. kesian kawan aku tuh. hahaha. 

yang peliknya, bila hari graduasi tuh, aku dah hampir pulih sepenuhnya. bila balik rumah, eh? dah x sakit lagi? alhamdulillah. barangkali benar bahawa aku homesick+ stress. mana taknya, assignment bertimbun ya Allah. bertambah pulak dengan kau sakit lagi. hah, memang tak boleh nak buat apa melepek je atas katil telan ubat.

oh, lupa nak cakap, Alhamdulillah, dah dapat pun roommate. itu yang paling penting. semoga dia bertabahlah duduk sebilik dengan aku sampailah ke pertengahan tahun dan kalau bertuah sampai ke hujung tahun. hehehe.

dua benda yang paling mengejutkan aku ialah apabila tiba-tiba aku dilantik menjadi Naqibah dan Ketua wing untuk tahun ni. fuhh. semput bila fikir dapat kedua-dua jawatan sekaligus.

tapi, Alhamdulillah dipermudahkan setakat ni. dapat adik-adik yang sangat memahami di wing tersebut. bila fikir-fikir balik, rasanya wing kami yang paling ramai junior. dan aku adalah satu-satunya senior paling tua disitu. *dahlah rasmi 17 tahun kan. hahaha. 

so total senior kat situ, sorang foundation 3, dua foundation tuh dan aku je yang level 2. hahaha.

bila buat perjumpaan wing dekat depan koridor, *ngek kan aku? depan pintu tuh jugak lah nak buat perjumpaan. tak apalah asal kami bahagia. semua perkataan aku akan dahulu kan dengan "akak" ini "akak" itu. wah. best betul. nasib aku x amalkan seniority.

untuk adik-adik dalam kumpulan usrah dan rakan sebatch, aku mintak maaf. aku sedang cuba memperbaiki. agak sukar dan mencabar, aku tak nafikan. tapi akan aku cuba.

mungkin aku masih culture shock dengan semua ni. hati tuh masih nak jadi budak-budak. nak dimanjakan macam tahun lepas. tapi sekarang kau yang jadi paling tua. hmmm..

tapi, aku pun rasa jugak penangan dia bila aku lihat segala perubahan di sekeliling. orang-orang baru. benda ni paling aku rasa bila aku turun dewan makan. kekosongan yang ada dipenuhi oleh sesuatu yang asing.

buat roommate baru, Eileen, hahaha. thank you sebab tinggalkan nota sweet dengan bear putih kecik tuh untuk teman akak waktu birthday sebab Eileen balik. terharu sangat. serious. maka birthday tahun inilah yang aku rasa paling mencipta sejarah. disebabkan roommate terpaksa balik, makan ubat instead of benda-benda manis macam coklat dan paling x boleh blah.

aku pakai telekung pergi kelas prep. hadui. ini semua disebabkan aku ingat lepas solat isyak terus roll call. -,-"

dahlah aku tetiba je emo waktu haritu, *aku waktu sakit memang emo sikit. apatah lagi kalau dah x larat. nak melangkah pun dah macam apa je malam sambut birthday tuh. pendek kata, jagalah kesihatan!

bila dah balik rumah ni, aku rasa lega sikit. boleh bernafas. *eh? dekat sekolah tak bernafas ke? bernafas memang bernafas, tapi rasa macam tercekik.

sekali sekala ronda sekitar gombak dengan selayang dengan mama je. aku rasa tenang. semangat aku yang hilang pun pulih semula. semoga bila aku kembali ke sekolah naik cuti ni, aku akan lebih bersemangat lagi. kalau aku keep on track wishlist dekat pokok yang aku letak dekat board tuh, in shaa Allah aku dapat habiskan tahun ni dengan senyuman dan tanpa kesalan.

tapi, ada sesuatu yang aku nak tulis untuk seseorang sebelum aku tutup entry ini.

ada seorang individu, yang aku kenal. dia sedang cuba mencari sesuatu, tetapi masih tidak ketemu. kenapa? tapi..

"Saya melihat ke sekeliling, dan saya lihat ramai orang yang sedih."

ya Adik. ramai orang yang sedih. akak dapat tengok. akak tahu. tapi kenapa adik gagal nak faham kesedihan yang orang lain rasa? adik cuba nak betulkan,  tapi adik tak mampu.

kenapa? sebab adik tak faham. adik sendiri tak merasa.

biar akak jelaskan sikit. kesedihan setiap manusia sangat berbeza-beza. dan akak rasa, kesedihan adik datangnya disebabkan melihat kesedihan orang lain.

ada manusia yang ditakdirkan untuk diberi ujian keluarganya porak peranda. dia tidak bahagia. tapi dia cuba juga tersenyum dan ubati kesedihannya itu dengan melihat kebahagiaan keluarga orang lain yang dia sangat peduli.

ada manusia, yang ditakdirkan untuk susah hati, sebab tak berkecukupan duit. dia melihat orang sekelilingnya ada segala-galanya. mungkin juga dia akan diuji dengan kata-kata rakan2nya, atau disisihkan kerana tidak setaraf. orang sebegini mungkin juga akan diuji sikap amanahnya.

ada manusia, akan diuji dengan sering disalah ertikan. dibenci hanya kerana menjadi diri sendiri. atau di pijak-pijak kerana menjadi manusia yang terlalu mementingkan kepentingan orang lain sebelum diri sendiri.

ada juga manusia, yang diuji dengan lebih daripada salah satu diatas, atau ketiga-tiganya sekali. kita tidak tahu.

mungkin jugak, adik insan yang bertuah. x merasa ketiga-tiganya. maka, Allah uji dengan cara Allah mencampakkan rasa simpati dalam diri sehinggakan rasa turut terbeban sekiranya melihat kesedihan.

x mudah untuk kita memahami orang lain sekiranya kita tidak pernah melalui.
x mudah untuk kita menjadi pendengar yang baik sekiranya kita tak ubah seperti batu.

akak cuma mampu doakan semoga adik menjadi orang yang lebih memahami satu hari nanti dan dilaksanakan hasrat murni itu. buat masa ini? teruskan mencuba.

akak rasa tak perlu kot akak ulang teori dunia pertama dan kedua tuh lagi. dah hadam dah kan? 

satu je yang aku nak tekankan sekarang. buat yang bersedih, banyak2 lah dengar lagu Fynn Jamal. Suatu Yang Pernah, Terbang Tunduk dan lain-lain akan buat kita lebih faham in shaa Allah. aku suka dengar lagu dia sebab lirik dia sangat mendalam.

walaupun kadangkala aku ketawa bila dengar lagu contohnya lagu "Lelaki" wah. lirik dia, "Biar sehancur mana dia dicincang dunia, xmati."

tabah betul lelaki kan? hahaha. agaklah. mereka ni agak kebal sikit. kadang-kadang kebal sangat, sampai mesej yang kita cuba sampaikan dekat dia pun x sampai-sampai.

buat yang sedang bersedih, yang ada dalam dunia kedua, kalian tak berseorangan. lihatlah sekeliling. pasti akan ada penghuni dua kedua jugak.

Sampai entry seterusnya. buat masa ini sekian....