expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 2 January 2015

Talentime PPCS'14 *our story part-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekali lagi.

saya memohon maaf kerana terpakse menangguhkan episod drama talentime akibat kebimbangan anda2 pembaca semua pengsan membace karangan ala-ala spm secara berterusan tanpa henti. semua dah rehat? dah takde yang rase berpinar-pinar mata? okey okey okey?

baiklah. talentime. hari selase 16 disember 2014. hari sabtu, kitaorang dah bercadang2 dah nak pakai baju warna ape. disebabkan takde orang nak bagi pinjam baju yang same seragam semua. maka aku pandang semua pasangan lain. ku lihat ku pandang. *eh jangan salah faham. pasangan zapin ye. hahaha. aku lihat mereka sedang berbincang secara aman nak pilih warna ape. bukan macam aku. huhuhu. intan dengan fizal lah ye yang request pakai baju purple. aku pulak diwarningnya jangan pilih warna purple *sebab intan tau aku ade baju kurung warna purple dalam almari. adehhh. hahaha.

aku tanya dengan si Azim nak pakai baju warna ape, dia boleh cakap dia tak ade baju melayu. nampak benor menipunya. tak silap aku Hafiz cadangkan suruh aku pakai baju kurung warna pink. memang tak ada lah kan. tak pernah dalam sejarah aku beli baju kurung warna pink. X PERNAH. okey. hahaha.

*bagus2. lagu a7x dah masuk playlist. boleh lah aku release stres. hahaha.

waktu tuh aku ingat Yu yen bincang dengan harith rasenye diaorang nak pakai baju warna hijau. hampir je aku nak pinjam kan baju kurung aku yang warna hijau tuh. nasib baik x buat ape2 keputusan. payah jugak nak bincang dengan orang yang x duduk diam macam azim ni. macammana lah mama Alia boleh tahan ade anak bongsu perangai macam ni? --" apa2 pun. lepas tuh dia kate dia nak pakai baju melayu warna pink pulak. haish! kau nak jadi mat jambu ke? dah jelas2 aku kata aku x pernah beli baju kurung warna pink. aduhhh. hahaha.

akhirnya, perbincangan terakhir membawa kepada kata sepakat yang x berapa nak sepakat sangat. dia pilih warna hijau. fine. aku mmg ade baju kurung warna hijau. so x de problem. tapi hijau ape? hijau cair? hijau pekat? semua aku tanya semua jawapan same je "aku tak tau." geram tak? geram tak? hahaha. tuh yang aku pelik ape kes si Fizal cakap dengan intan yang kitaorang gaduh tuh sawit. takde maknenye sawit oii fizal. kau dengan intan tuh yang sawit. cakap orang lain pulak.  tapi xpe. aku redha. xpe2. habis ppcs rasenye tak jumpe lagi. aku tau azim pun memang menyampah nak tgk muke aku. balik2 nampak muke aku kan? hahaha.

ape pun, panjang kan kisah talentime ni? itu baru sekerat. okey lah. pagi bila hari talentime itu kami diberikan tugasan untuk membincangkan psal planet. presentation memang xde masalah. aku yang bermasalah sebab suara aku serak setaraf donald duck. oh! dan mengejutkan lagi, bile undi2, aku dah x satu kumpulan dengan Hakim and Azim. poyo betul sebab pagi tuh Hakim cakap kat aku "Kita dah tak satu kumpulan dah. Tahniah ar." eh2? kan poyo tuh. hahaha. sebab tuh lah yang aku perasan kat situ, trademark dia adalah "Tahniar ar." banyak kali dia cakap time ppcs. aku perasan. hahaha. sedih jugak x dapat satu kumpulan dengan Hakim dah time tuh. adehhh. malas nak ngaku, tapi bertambah2 sedih sebab aku dapat satu kumpulan dengan Irsyad pulak tuh. hei, kalau boleh tukar, aku campak Irsyad masuk satu kumpulan dengan Syazana. tukar dengan Hakim. senang sikit. otak Hakim ni banyak betul maklumat dia. hahaha.

eh cakap psal Hakim. kemana ek dia? dah berapa hari x nampak. ke dia betul2 pergi planet marikh? hahah.

okey2. petang itu, bile aku balik bilik, *AF 2 biasenye balik lambat sikit daripada AF1. aku terkejut nampak intan dekat bilik. macam x sihat. so, aku dengan Irdina pun tanya. "kau okey tak?" hmm. rupa2nya dia kena migrain. dia memang kurang sihat petang tuh. demam dan pening. haih. mula lah aku naik risau. sebab malam tuh kitaorang nak perform dah.

"Kau rehat je lah. xyah turun solat asar. ni kes emergency ni."
"Takpelah. kejap lagi aku turun lah. nanti kak Tiqah cari macammana?"
"kau nak berzapin malam ni. dah lah berpusing-pusing. pengsan karang macammana?"
"biarlah. aku pun xtau aku malam ni nak berzapin dengan sape."

haa?? aku pandang Irdina. Intan ni mengigau ke ape? tetiba je kate xtau nak berzapin dengan sape. bukan ke berzapin dengan Hafizal??

"xtau dengan sape? habis hafizal nak campak mane?"
"dia kan sakit. mana nak larat berzapin."
"haih. macam berjanji-janji pulak. sweetnyeeeee. tapi ini bukan mase yang sesuai."
"kau rehat je lah dulu.. rehat2. nanti kitaorang bagi tau dengan kak tiqah.

maka, kitaorang pun turun lah untuk solat asar berjemaah di surau. habis je solat berjemaah. tetiba je ade taklimat sikit. taklimat tuh x salah. yang salah tuh sebab tahan kitaorang membazirkan mase je kat dewan tuh x buat ape2. tengok diaorang hias pentas je. adehhhh. sakit. eh wait2. i can see Hafizal! ade jee fizal tuh sihat walafiat. sakit apenye??

ni aku dah tau dah. hafizal bergurau nak kenakan si Intan! haha. kesian intan. dah sakit pun kena prank lagi. kitaorang balik je bilik terus report kat intan. nasib baik si intan dah sihat sikit. yeay! alhamdulillah. kalau x, x berseri kumpulan zapin kami tanpa dua orang yang double sawit ni. hehehe.

insiden yang aku x boleh lupa adalah bile blok B kecoh dengan berita dimana seterika telah dibawak lari oleh pihak tak bertanggungjawab. adalah beberapa orang pelajar yang secara x sengaja jadi ala-ala polis and thief gitu. tapi pencuri tersebut tak dapat dikesan! haih.parah betul kes ni. tau lah nak cantik kak oii. jangan lah bawak lari seterika tuh sampai camtuh sekali. *tepuk dahi. sabar ye geng. sabar. berterima kasih kepada amira kerana dengan baik hatinya telah menyeludup seterika dan diletakkan di dalam bilik kitaorang. bagus betul. seterika je nama seterika amira. tapi kitaorang bertiga yang conquer.

so, sewaktu kitaorang bersiap2, tinggal nak menggosok tudung aje, tiba2 amira merempuh bilik kitaorang dengan berpakaian ala-ala setaraf pendekar begitu. berbaju melayu warna hitam dengan ikatan berwarna kuning di pinggang. hensem kau amira. hahaha. hahaha.
hensem tak? hensem tak amira? alaa. yang ikat kain kuning kat kepala tuh. hehehe. oh yee. yang hijau macam daun pokok pisang tuh aku. hehehe.yang budak depan ni Irdina dan belakang tuh Alia. 


 okey. so, disebabkan intan tak sihat, irdina pulak memang jenis x makan nasi nak jadi awet muda, maka aku dengan amira je lah yang rase lapar gile petang tuh. nak turun pergi dewan makan. tapi tudung x siap gosok. uwaaaa. aku xde tudung hijau so terpakse lah pinjam tudung intan yang bertemakan toge *bak kata Baihaqi tuh.

dalam sibuk2 tuh sempat lagi check wasep. alahai. terharu giler bile sabri tanya mana budak2 perempuan semua. katanya turun lah makan dulu..kejap lagi sambung lagi bersiap especially budak2 asmaradana. yelah. berikat2 kain kuning bagai. hahaha. jadi, aku dengan amira pun sepakat lah turun. terserempak dengan abg wan. first thing dia cakap membuatkan aku ternganga seketika.

"Hidayah, warna baju awak matching sangat dengan warna baju Azim. bagus. jeles Sabri."

Terus aku ternganga pandang si Amira. aku macam blur kejap. ape kes pulak tetiba masuk Sabri ni?

"kenape Sabri abang wan?"

"ha kan Sabri.. tak pelah. tak de ape2. makan2."

Terus aku tepuk dahi. haa. ni mesti gara-gara ToD tuh kan. --" aku dah kate dah permainan ToD ni membunuh jiwa raga betul. ape pun kisah sebenar Sabri aku masih x ketahui sampai sekarang. hahaha. takpe2. abaikan yee..

oh ye. aku tengok jugak baju melayu yang fizal pakai. apesal x match dengan baju intan? terpandang pulak baju harith. eh? kenape pulak warnanya dekat2 same dengan warna baju intan? haa. ambik. ape pun. time tuh aku turun pakai tudung sarung warna biru. abang wan tanya, kenape tak pakai tudung hijau jugak? "belum gosok." jawab aku. hahaha.

aku naik atas,Hakim wasep aku. katanya budak2 lelaki semua komplen tudung aku tak matching. ooo. sempat korang mengumpat aku ek? btw. lupa pulak nak cerita. kitaorang dah x jadi dah buat drama puteri gunung ledang dengan sultan rubu' mujayyab tuh. kesian Audrey. x kesampaian nak menari zapin dengan Baihaqi. hahaha. penat2 je Hakim tulis skrip tuh sampaikan perbincangan time grup pun dia tulis skrip. kesian dia. sodihhh eden. hahaha. kesudahannya mereka buat sketsa bola sepak je kat situ.

Sham pulak tetiba jadi pengulas bola sepak. wah! cayalah Sham. tabik2. boleh ganti pengulas bola sepak malaya. sebijik macam yang kat dalam tv tuh. hehehe. penonton2nya Baihaqi, Alif dan jugak Hakim. hahaha. kesian jugak aku tengok director Hakim. dia pun terlibat jugak dalam konflik dalaman talentime ni. cuma time tuh, budak2 zapin vs budak2 lakonan. memang kalau x stop, boleh bawak perang dowh. hahaha.

sebenarnya aku teringin sangat nak tengok ade lakonan yang puteri gunung ledang tuh. why2!!! why dibatalkan? huhuhu. kesudahannya Audrey jugak menari sorang2 takde pasangan.
ikutkan gambar nak je aku crop gambar budak spect hitam putih yang macam daun tuh sebab aku nak tunjuk sape sebenarnya guru zapin kitaorang je,. haa. tuh dia yang tengah buat peace tuh. cun x? cun x? yang sebelah daun tuh yu yen. partner menari harith.

nilah jadi kalau semua nak berselfie dalam satu gambar. dah sesak macam dalam tin sardin dah.
Pendekar angeline.  hehehehe.

ish. ape lah kesnya. elok je nak update gambar para2 wanita semua terus tersekat --"" adehhh. masalah betul. xpe. in shaa Allah lain kali saye update ye. tapi alhamdulillah pada hari itu saya bersyukur kerana warna baju saya tak adelah kontra melampau dengan si Azim. saye boleh menari walaupun tempat kat tepi pentas itu agak sempit. Alhamdulilllah dan bersyukur sangat2.

persembahan asmaradana pulak walaupun dengar lagunya agak meremang sikit, tapi anda semua sangat bagus. tepuk tangan! *clap2.

*ish! nak upload gambar tapi x boleh jugak. internet ni dengki lah. huhuhuhu.

ape2 pun nasib baik lah tidak ada konflik disaat-saat akhir nak persembahan. akhirnya persembahan berjalan dengan lancar. alhamdulillah.. maka bebas lah kami daripada latihan talentime yang membuatkan saya gelak2 menangis terutama menghadapi kerenah Azim..

begitulah kisahnya bagaimana talentime ini sampai menjadi dua bahagian. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa menyokong saya terutama Audrey, guru menari yang banyak memberikan perhatian terutama kepada saya dan Azim kerana kami adalah partner menari yang paling complicated.

saya juga ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada Amira, kerana telah menyeludup seterika untuk kegunaan kami. xperlu lah kami jadi macam detektif untuk cari sape yang bawak larik seterika. segunung penghargaan kepada Irdina dan Intan kerana telah tolong menggosokkan tudung kami semata-mata untuk membenarkan kami makan. double terima kasih untuk intan sebab tolong bagi pinjam tudung sekali.

tahniah juga saya ucapkan kepada Hakim, walaupun skrip anda tak jadi digunakan, tapi tahniah!!

kepada Irsyad, saya mintak maaf sebab banyak sangat mengumpat anda. dan saya sebenarnya terlampau jeles dengan pasangan2 zapin yang tersangat lah sawit. Hafiz dengan Atifah, Intan dengan Hafizal, A'isyah dengan Amirun, Harith dengan Yuyen, Abang wan dan Syazana. bagi Alia dan Irsyad, saya mintak maaf sebab x dapat golongkan anda dalam kalangan pasangan zapin yang sawit.

baiklah. saye dah x larat sebenarnya nak tulis. tapi nak tulis sikit. saya takkan lupakan detik kak Tiqah dan abang wan menari lagu hindustan leca,leca di atas pentas. comel sangat2. hehehe. dah lah. itu aje. harap2nya boss Irsyad puas hati pada kali ini sebab jari jemari saya terasa macam nak tercabut dan sendinya. good mornight. hehehe.

PS: esok nak tulis entry ape ye? =)







No comments:

Post a Comment