expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 25 January 2015

a new journey just begin. budak asrama 2015.=)

assalamualaikum semua... :)

tak sangka dah masuk seminggu lebih aku berada dekat sini. khamis haritu hari last minggu orientasi. opsss. lupa nak cerita aku ada dekat mana sekarang. sekarang aku dah berada di kolej permata pintar negara. so far so good for me. well. apapun aku enjoy minggu orientasi haritu. best walaupun aku penat sikit. biasalah jadual padat. tapi masa tuh lah nak enjoy habis2 sebab lepas ni kita kena fokus dan serious! yeah

as for SMK Darul Ehsan, rasanya banyak yang dah berubah. dah ada yang pindah dan ada juga yang dah bertukar kelas. apa-apapun goodluck ya semua! sayang korang ketat2. ada masa nanti kita jumpa. hehehe.

first day waktu hari pendaftaran aku rasa hidup aku sangat lah kelam kabut. tak pastilah sebab apa tapi aku terlupa macam2 perkara. lupa nak hantar gambar lah, lupa nak ambik duit lah. lupa nak ambik gambar lah. x ke huru hara macamtuh? dengan barang sebeban penuh satu kereta dah macam tin sardin dah. penyek aku kat belakang tuh tau -,-"

nasib baiklah senior2 kat situ tolong aku. rasa amatlah segan campur malu tapi alhamdulillah those moments had pass. hmmm. sometimes rasa macam malu bawak barang banyak2 tapi sekarang rasa seronok sebab aku rasa selesa duduk sini. semua keperluan yang aku perlu aku dah bawak. hehehe..

yang tak bestnya sekarang aku tengah sakit tekak. well. sob sob. tersangatlah sedih.tapi kita kena ingat, sakit tuh satu ujian. so melalui orientasi kat sini, dapatlah aku simpulkan bahawa kepintaran bukanlah diuukur melalui kecerdikan IQ sahaja. malah merangkumi dari segala aspek2 yang lain. contohnya spiritual intelligence.

pagi tadi baru je aku siapkan assignment yang diberi sewaktu berada di dewan haritu. semuanya dalam bahasa inggeris. aku ni dah lah grammar fail, tulis pulak panjang2 dalam bahasa inggeris. haih. ada2 ajelah.

macam2 benda gila yang kumpulan aku buat sewaktu orientasi. mungkin disebabkan ahli-ahli kumpulannya semua memang jenis gila-gila kot. walaupun diberi nama Gifted Students, tapi it looks like gila students. kehkehkeh. salah satunya ialah waktu art therapy. orang lain lukis kemas-kemas aje.. kitaorang pulak? astaghfirullah! macam2 benda letak kat situ. penuh satu kertas. heheehhe.

most of all yang paling gila adalah waktu talent show. sebenarnya kitaorang rase sketsa kitaorang lawak. tahun ni temanya junior dan senior. so, yang paling merepeknya bila Yashvin bagi idea untuk memasukkan watak tok bomoh dan darth vader sekali dalam tuh. tetiba pula Celine muncul sebagai super senior yang berpakaian ala-ala superman gitu datang menyelamat kan junior daripada dibuli oleh Darth Vader. aduh lawak lah. Irfan penaakulan mantik pun ade. memang lagi jadi gila lah.

tapi disebabkan kitaorang last sekali, so persembahan kitaorang tak dapat sambutan sangat. sia2 aje bawak banyak props sampaikan ke garam pun irfan bawak jugak. eh?? garam?? garam?????? dia memang bawak garam ke?? O.o

time explorace pun kitaorang gile jugak. hari khamis haritu, kitaorang susah payah mencari belon merah. jumpa satu ajee. rupa-rupanya ada kumpulan lain dah sorok. cis! we can't take others belonging you know. dah satu kerja pulak nak berunding dengan dia. sabar aje lah.

alhamdulillah kitaorang can figure out most of the clues that the seniors from tahap 2 gave us. well. yang checkpoint yang aku tak boleh lupa ialah baling CD ke buah tembikai. ingatkan dia nak suruh buat jus tembikai sebab time tuh ade cawan sekali. sudahnya, kitaorang dapat baling satu je kat buah tembikai tuh. yang lelaki pun tak dapat susun cawan2 tuh dengan pantas. jadi dua2 kena denda. lelaki kene lompat katak sepanjang laluan and perempuan kena cari biji tembikai. aku pun punya lah cari tengok satu2 dekat atas rumput tuh. dah lah tadi  kene tipu mintak beras. barang amanah tuh! adehhhhh.

oh lupa nak cerita, barang amanah kitaorang ialah 10 butir beras. tak pasal2 yahsvin menggunakan telefon bimbitnya dengan mengeluarkan bateri dan memasukkan berasa ke dalam ruangan bateri tersebut. selepas itu telefon tersebut diletakkan ke dalam beg botol air aku. disebabkan telefon itulah aku terpaksa menapak sampai ke atas dan turun semula untuk memberikan telefon tersebut kepada Yashvin sebelum beliau mengamuk.

Akhirnya salah seorang senior disitu bagi klu bahawa biji tembikai tersebut diletakkan tempat yang tidak berlakunya fotosintesis. hmmm. orang lain semua cakap ditempat yang tak ada pokok. tapi aku rasa berada di tempat yang tak ada cahaya matahari. eh? betul rupa-rupanya!aku cari lah rupanya bawah meja je? cehhh. nasib baik aku jumpe. hehehehehe

apapun kitaorang enjoy  duduk sini sebab kitaorang mengamalkan zero indifference. semua orang sama aja. ape pun aku harap kelas esok berjalan lancar. fuhhhh. x sabar nak jumpe para instructor dan dapat jadual. so good luck kawan2! :)

Sunday, 11 January 2015

My plans for 2015 in progress

assalamualaikum...

nampaknya dah sunyi lah grup wasep. ade memang ade lagi. tapi dah sunyi sikit lah. btw, esok ade medical check up! >_< serammmm! huuhuhuhu. well i guess sunyi lah aku lepas ni..

huhuhu. doakan semuanya berjalan lancar ye. nampaknye blog aku dah kembali active setelah dua bulan menyepi. terima kasih kepada segala pengalaman yang diwujudkan oleh jr.astrophysicist. saya mintak maaf kepada manusia itu kerana meremove beliau dari grup AM. sape suruh mensenyapkan diri? maafkan saye ye.

bila ditanya saya suke sape.. hmm. i guess kene rahsiakan dulu sebabnya aku xnak manusia tuh tau.. takut nanti dia marah aku camne? haa. xkan ke haru hidup aku nanti. aku ni dah lah jenis muke garang hati lembut. cepat tacing bak kata miss nisah. well. stop psal crushing sane sini. agak2 ape the plans for 2015? hmmm.

since dah dapat tawaran ke quadp, alhamdulillah aku bersyukur sebab aku pun x sangka aku layak jugak. well. inilah dikatakan rezeki. mungkin dah sampai masanya untuk aku merantau ke dunia baru. dunia asrama. jauh daripada family ni buatkan aku rase aku dah x boleh jadi anak manja2 lagi. aku kene kuat. aku x penah sangka pulak aku akan buat keputusan untuk terima. coz dari dlu prinsip aku xnak pergi sekolah asrama. biasenya ape yang kita xnak tulah yang kita akan dapat.

cakap psal perancangan. aku sebenarnya dari tahun lepas dah terfikir macam2 ape yang aku nak buat kalau aku stay di sekolah lama. aku nak masuk drama, bahas dan lain2 lagi. hmm sebab aku memang minat berlakon lagi2 yang jenis gile2 sikit. agak2 ade tak peluang aku nak berlakon dekat quadp? yelah. nama pun kolej. mungkin aktiviti dia berbeza sikit. tak ke gitu?

lagi satu aku suke berbahas ataupun berdebat. well. tak ada lah power sangat. tapi bolehlah terjun2 begitu. aku ni suara macam annoying sikit. teringat pulak ape yang dah jadi tahun lepas. x penah2 sekolah kami ambik budak form 3 jadi wakil tetiba aku yang main terjun jadi menteri pertama pulak. haih. semua benda ni buatkan aku rindu dekat smk darul ehsan. smk darul ehsan akan tetap di hati walaupun kemana aku pergi.

satu-satunya benda yang i guess i can keep is minat aku dalam menulis. alhamdulillah cikgu Zahariah banyak ajar aku tentang skill nak menulis dengan baik. macammana jalan cerita sesuatu itu diplotkan dengan baik. cerita tuh mestilah ade kemuncak dan suspens. macam cerpen "kalaulah aku." cerpen tuh aku buat berdasarkan imaginasi aku. wah. untungnya si hero dalam cerita tuh. boleh selamat2 kan org pulak. hehehe. nampak sangat aku suke express imaginasi, cita2 dan perasaan serta cerita hidup melalui penulisan.

hmm. satu je aku nak cakap. kalau berusaha nak mengenali aku dari kisah silam, mungkin blog ini boleh jadi penceritanya. memang lah tak semua benda aku tulis disini. mungkin suku je atau pun kurang lagi, tapi kalau ade orang yang boleh curi bace diari aku mesti  dia tau semua yang aku rase. hahaha.

tapi the best cara nak mengenali diri aku ialah dengan cara mendekati aku sendiri. aku ni nampak aje macam peramah, tapi sebenarnya, ade satu sisi yang hanya orang2 tertentu sahaja boleh tau.. 2 tahun tak ckup nak mengenali aku sepenuhnya walaupun hampir setiap hari berbual dan bersembang. ini cerita betul.

berbalik kepada plan 2015, aku bercadag nak libatkan diri dengan lebih giat lagi dalam astronomi. well. biologi takkan ku lupakan disebabkan aku memang minat bio dari dlu lagi. tapi nak buat macammana. dari kecik jugak memang aku semulajadi minat kepada bintang dan langit. betapa excitednya diri ini bile memerhati langit siang dan nampak pelangi. ataupun senja merah macam mak aku kata..

bila tiba waktu malam, yelah. aku tak biase keluar rumah waktu malam. jarang sangat dapat keluar. cuma ade mase sekali sekala mak aku bawak pergi pasar malam dekat dengan rumah. hmm. time tuh kalau langit cerah dapat lah tengok bintang2. waktu tuh aku jahil sangat pasal astronomi. aku tertanya-tanya kenape bintang tuh nampak kecik ye? aku selalu ingat bintang memang saiz tuh.

bila sekarang aku dah tau betapa besarnya saiz bintang tuh, aku tergelak sendiri bila aku pernah mintak dengan kawan aku tlg petikkan bintang aku nak buat kasut. hahahaha. memang lah lawak semata2 tapi bile fikir, bintang tuh dah lah besar, panas pulak dan bercahaya. memang tak masuk akal langsung.

aku rase tahun ni aku nak masuk kuiz mighty minds kot. tapi nak build kumpulan bukannya senang disamping nak buat research. aku pun xtau ape yang akan jadi dengan rutin baru aku nanti. entah2 terlebih busy tak? hehehe. ape2 pun rahsia nak bertahan ialah happy. hopefully in shaa Allah ade langkah sampai quadp dapatlah aku roommate yang baik hati. hehehe.

well. walaupun aku dah create satu lagi blog, nampaknya blog ni jugak yang jadi tumpuan. hmm. i wish all of you could see and hear how fast i type using my keyboard. memang laju sangat2. sampaikan waktu buat ujian ukm2 dekat sekolah rendah haritu bising satu computer lab. kesian mereka. hehehe.

hmmm.. btw, nak cakap something boleh? aku rase hairan dengan satu subjektif yang bernama perasaan.. perasaan ni selalu bermain2 dengan kita sampai kita rase kadang2 mood kita x stabil. kita boleh jadi sedih tiba2 sampai sakit. or rase tiba2 sihat bile happy. ha?? dasyat kan? hahaha. macam dekat ppcs haritulah. tak ke pelik bile aku sakit gastrik punye teruk pun boleh senyum sengih lagi??

well. i guess ni je untuk malam ni. see you later semua!

PS:xdelah nak semua sangat. yang ini pun aku xtau sape yang nak bace. muahahaha.


Friday, 9 January 2015

the day i need to go home. PPCS'14

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

dah dekat nak sekolah dah. i guess, i need to say good bye to all friends yang dah nak kembali ke asrama. nanti bile balik time cuti jangan lupa nak tegur aku ye. i guess ade somebody tuh memang dah xnak cakap dengan aku dah. xpelah. aku redha.

nampak sangat aku yang terlebih tacing antara budak2 jr.astrophysicist. well. nak buat macammana. ini lah kelemahan orang yang selalu sangat berlagak nak jadi garang. alih2 kene pada tempatnya menangis jugak. teringat hari last day aku ade dekat PPCS.

bangun je pagi haritu lebih lambat dari biase. hmm. ape lagi, memang semuanya lambat giler lah. memang budak2 perempuan AF terkenal dengan kelambatannya dari semasa ke semasa. sampaikan ke hari terakhir pun masih jadi yang paling lambat. ape pun, memang excited nak balik sebenarnya. tapi the moment kemas2 barang. haa. ambik kau. time nak bawak turun macam nak patah pinggang tau!

lepas aje bawak barang2 semua turun, kitaorang check out dulu. hantar kunci dan cadar. hahaha. dekat dewan pulak aku dengan mira nampak budak2 AF dan PM sebahagiannya berkumpul dan buat cheers. wah! bergegar dewan tuh tau. ape2 pun, agak aku rase lawak bile berlaku sedikit salah faham dekat kaunter pemulangan kunci..

macamni ceritanya, kunci si amira ni kan patah haritu. jadi sepatutnya, deposit kunci yang 5 ringgit tuh tak dapat semula lah. tapi sebab dia bagi awal2 deposit 20 ringgit. jadi sepatutnye dia dapat 15 ringgit baki.

"Awak bagi 5 ringgit aje lah. mane ade baki 15 ringgit lagi." kata penjaga kaunter tuh. macam nak marah aje bunyi nya. stres benor ke akak tuh?

"saya bagi 20 ringgit lah. mane ade tipu." Amira pun dah buat muke selamba badak dia. aku kat situ dah petak dah menunggu.

Amira pun pandang dekat sampul surat yang orang tuh tunjuk.

"Nama saya bukan Nik Amira lah kak. Amira aje."

"Hish! cakaplah awal2 tak ade Nik. buang mase saye aje."

Hahahahaha. inilah akibatnya kalau nama sebijik2. nasib baik ade tambahan Nik kat situ. kalau tak? sampai kesudah tak dapat dikenal pasti. ape2 pun. yang paling lawaknya, pagi tuh Amira bagi aku setengah balang keropok seaweed untuk dibawak balik. terima kasih weii. aku terharu gile sebab kau bagi keropok kesukaan aku. huhuhu. bile mak aku tanya sape yang bagi mesti aku jawab amira. kalau mak aku tak kenal amira yang mane satu aku tengah cerita mesti aku kata "alah! amira yang bagi keropok seaweed tuh." kesudahannya melekat sudah nama amira seaweed kat rumah ni. hehehehe.

well. kesudahannya, bila kembali semula ke kelas.. semuanya bertumpu pada komputer. ye lah. komputer keramat dekat AF 2 tuh memang penuh dengan segala macam gambar. menyesal aku x tempah 32gb punye pendrive dekat mak aku. huhuhuhu. x dapat nak download langsung video talentime time menari tuh. huahauhuahuhaua.

ape pun. sedih juga bila tunggu mak ayah sampai. sempat lah jugak pagi2 tuh tangkap gambar same2. ade satu gambar tuh, kitaorang semua menghadap abang paan. alololo. kesian abang paan. berair dah mata beliau. hehe. saya takkan lupakan saat2 dan kenangan indah bersama anda semua.

sempat lah jugak ambik tandatangan daripada rakan2 sekelas. ade yang poyo, ade yang gile2. well. boleh aku katakan semua ade tagline memasing. walaupun abang wan langkawi kata dah tak praktikal lagi ambik2 tandatangan ni, saya tetap nak simpan jugak. saya tak nak biarkan budaya ini pupus ditelan zaman. hehehehe.

bile je mama dengan abah sampai, jumpe cikgu nisah and ambik report card, time tuh sempat lagi gi tangkap gambar dengan semua.. mereka berdua keluar kelas dulu sebelum aku start menangis peluk cikgu dan rakan2 yang lain. wah. aku ni memang cepat tacing lah. susah lah cenggini. huhuhuhu. tuh baru kisah dalam kelas. belum lagi bila dah melangkah keluar. adehhhh. lagi teruk aku menangis.

paling aku terharu, bila Afiq mula menyanyi lagu Sayonara tuh. huhuhu. thank you Afiq. tak sangka korang nyanyi same2. padahal malam sebelum tuh bila Afiq suruh kitaorang semua hafal, aku buat tak tau aje. Afiq2. walaupun kita penah ade perselisihan faham kat wasep, sampai hari keesokannya Afiq tak nak cakap dengan aku, tapi Afiq tetap faham perasaan aku hari tuh. lagi aku menangis lah bila dorang nyanyi ramai2.

Sayonara, sayonara
sampai berjumpa lagi...
buat apa susah
buat apa susah
susah itu tak ada gunanya...

hahaha. aku pandang sorang2.. Syazana, Irdina, Celine, Sham, Afiq, Azim, Sabri, Irsyad dan lain2. semuanya buatkan aku rase berat nak tinggalkan PPCS'14. boleh dikatakan itulah 3 minggu yang terindah dalam hidup aku. semua orang yang aku pandang pada hari itu, membuatkan aku berharap yang aku akan jumpe mereka lagi.

dan bila aku melangkah pergi tinggalkan kelas, aku masih lagi menangis. wah. memang ratu tacing lah aku haritu. hehehe.

aku akan ingat bila masanya aku hilang suara..
aku akan ingat macammana Sham bagi gelaran yaya dekat aku..
aku akan ingat macammana Irdina kata "eii menyampah pulak aku."
aku akan ingat kasut yang bersepah2 depan bilik sampai RA kene buat marathon lompat.
aku akan ingat moment aku rempuh pintu sampai kene dekat Intan and Irdina yang sibuk cari wifi laju.
aku akan ingat moment latihan tarian asmaradana dan zapin.
aku akan ingat moment meja berputar.
aku akan ingat moment perdebatan helio dan geocentric.
aku akan ingat moment mencerap meteor shower sambil jadi ahli mesyuarat tingkap tak bertauliah
aku akan ingat moment tertido tersengguk2 kat surau.
aku akan ingat moment Intan makan kuaci dengan kitaorang.
aku akan ingat moment Alia panggil "anak2"
aku akan ingat moment Azim cakap. " dah lah tuh, balik lah. makcik dengan pakcik dah tunggu lame dah" waktu hari last.
aku akan ingat moment bila Hakim jaga pintu sambil cakap" aku dah ambik ijazah dah untuk kerja bukak pintu nieh."
aku akan ingat puisi bulan Angeline yang aku rasakan memang lain daripada puisi2 orang lain..
aku akan ingat moment bila Baihaqi membahan intan dengan toge.
aku akan ingat kemesraan budak2 lelaki AF dengan adik2 penaakulan mantik.
aku akan ingat moment bila Irsyad dengan Alia ade konflik dalaman time menari zapin.
aku akan ingat moment macammana belon mengubah kehidupan dua orang insan.

semuanya akan berada dalam ingatan aku. :')

sekian... wassalam.

Tuesday, 6 January 2015

Last day before going home *story at PPCS'14

Assalamualaikum~ dan salam sejahtera.

well. i guess ceritera PPCS'14 dah nak sampai ke penghujungnya. kalau dah habis ape yang aku mampu buat adalah sorotan scene2 yang terkenal sahaja. muahahaha. seronok jadi penglipur lara dekat blog ni. sambil2 plak dengar lagu Taylor Swift. layan~

ape pun, to be honest, by now ade beberapa orang yang sangat aku rindu. memang bagi kesan dekat jiwa. uwaaaa. nak nangess. pagi tadi sibuk menghafalkan lirik lagu Amnesia tuh. saboooo jelah.

ape pun, hari last day before nak balik tuh, kitaorang pegi ke acara majlis perasmian penutup. time tuh semua pakai baju merah lah. ape lagi.nak dipendekkan cerita, bila habis je acara penutup tuh, kitaorang pun masuk kelas balik. the moment ckgu suruh kitaorang mengemas, kemaskan semua barang dekat makmal Fizik 2 tuh. mase tuh rase.... sayu.. sayu sangat2.

antara nak balik ke rumah jumpa keluarga ataupun nak stay dengan kawan2.
antara nak bersenang lenang dekat rumah ataupun lalui cabaran dengan sahabat2.

aku tak tau.. aku rindu jugak kawan2 lame. kawan2 yang biase aku tengok untuk 3 tahun.tapi.. aku sayang nak lepaskan semuanya. aku tak tau kenape. semuanya ade kenangan. haih.

Tak ada lagi Rubu' Mujayyab dan Spektroskop yang memenuhi rak.
Tak ada lagi fail2 yang berwarna warni
Tak ada lagi gambar pakcik Kepler.
Tak ada lagi mind map yang ditampal sana sini.
Tak ada lagi kertas mahjong dengan segala macam lukisan di dinding.
Tak ada lagi puisi yang menyebabkan budak2 lelaki didenda menjadi PA budak2 perempuan untuk beberapa jam untuk beberapa jam.

dan paling aku rase macam sedih gile, bila jawab print test. time tuh susun2 balik. duduk jauh2. tapi hari tuh aku duduk dengan Irdina jugak. hehe. cuma specialnya sebab duduk kat meja cikgu. heeee.alhamdulillah setelah kami di ajar dan dicurahkan ilmu serta kasih sayang daripada RA,Instructor dan TA, maka kitaorang boleh lah menjawab soalan tersebut.

paling aku rase lawak time tuh, abang afiq boleh pulak duduk depan komputer dekat makmal tuh sambil gelak2 sorang. ohhh abg afiq. haa? buat ape tuh?? haa. kantoi edit2 crop gambar untuk teka gambar. heeee "ini apa yang Irdina cakap. tak tau lah betul ke tak ye."

ape pun, habis aje kitaorang buat ujian tuh teruslah kemas2. and then sengaja turun lambat. sepatutnya pukul 4 dah turun dah tapi kitaorang lanjutkan sampai kul 5 melepak lagi dekat makmal tuh. alasannya, sebab abang wan tak jemput kitaorang. ish3. kesiannya. xsangka kitaorang dilupakan begitu sahaja. tapi x kisah pun! tdo kat makmal tuh pun x kisah sebab situ ade air cond. sejukk. heee.

ape pun petang tuh bila balik bilik, semua dah kecoh dah nak pakai baju ape.  punya lah mama Alia sibuk dah tetapkan warna purple biru pink ape semua. last2 x jadi. pakai je baju ape yang korang nak pakai. haa ambik! hahaha. si Amira pulak ajak aku pakai baju kemeja. tapi baju kemeja pulak basuh, tak kering2. so how suppose I nak pakai? hahaha. kesudahannya, aku pakai je lah baju simple2 dengan kardigan and tudung warna biru favourite aku. hahahaha. dan amira, biase lah. tak putih mestilah purple. balik2 warna dah macam justin bieber. kau ingat aku xtau? ahahahaha. paling lawak bila amira pakai tudung misai dan dibahankan di AF 1. hehehe. pakai misai kat muka lah. bukan kat tudung. dah lah bukan satu. banyak2 pulak tuh. hehehe.

ape pun, lepas je habis solat isyak, kami terus ikut kak tikah. yelah. semuanya dah pakai dah kemas2 walaupun biase2 je. kecuali intan. intan comel lah. pakai baju ala2 dress gitu. hehe. kitaorang semua rock2 aje.heeee >_< rasenye kitaorang gi ceroboh kelas etnomatematik untuk dijadikan tempat jamuan perpisahan kitaorang memandangkan dalam makmal tak boleh makan. muahahaha! kejam tak? kejam tak?

kitaorang pun tunggu.. dan tunggu. dan tungguu. tik tok tik tok tik tok. kemanalah agaknya mereka pergi? kenapa budak2 lelaki ni tak sampai2 lagi?? ape yang diaorang buat? tertido kat surau ke??

dan kitaorang pun tertanya-tanya. mungkin tertido kot. sebabnya bukan tak kenal habit diaorang ni. asyik2 tertido lepas solat. kadang2 boleh pulak melepak baring berjemaah kat situ. nampak sangat dah perangai diaorang ni. hahaha.

so agak lama jugaklah kitaorang menunggu. tak tau lah ape kes, tetiba kitaorang wasep budak2 lelaki. jawapan mengejutkan, mereka kate ade yang sedap bermekap! uhhhhh.. tacing aku dengan Amira. kitaorang pun tak mekap2 bagai ni.

masuk2 je diaorang. jeng4. haa. almost semua smart gile pakai kemeja. aku tabik ah. puji. memang kemas. macam baru lepas kene mekap. hahahaha. jealous kitaorang tau.. ape nak jadilah zaman sekarang ni. rase macam dah terbalik pun ade. xpelah. lepas ni kitaorang siap lambat2 pulak yee. hehehe.

well2, aku rase paling best lepas makan, kitaorang dapat coklat daripada abang wan langkawi. yeay! coklat milky way pulak tuh.hehehe. abang afiq panggil coklat hershey's kisses tuh coklat kiss me. hahaha. lawak gile. aku dengan mira gelak je. dah lah buat muke comel sekali.

dan tiba-tiba, adik2 penaakulan mantik pun muncul menceroboh kelas itu. hahaha. kesian kelas budak2 etnomatematik. dah kene ceroboh dengan budak AF lepas tuh budak PM pulak masuk. haaaa. maka terserlah lah sifat  mithali lelaki-lelaki di AF yang baik hati lagi budiman melayan anak2 penaakulan mantik. tahniah ar fizal. sekarang ni kau dah jadi papa fizal dekat Astromantik. wuuuu. tahniah2.

siap pulak tuh main suap2 kek. aik? budak2 perempuan AF pun xde main suap2 ni. kitaorang pun ape lagi. nak jugak lerr bersuap2 kan. ha. sape yang mula dulu suap2? eiiii. sawit2 pulak korang ni. tabik ah dengan friendship diaorang ni. nasib baik Nik pun suap aku jugak. kalau tak jeles aku. hahaha.

ape pun, lupa nak story. bila je adik2 penaakulan mantik datang, dah habis dah scene suap2 adik2 penaakulan mantik. Syahila pun dah habis dah suap abang Daim. *tak silapnya. maafkan diri ini kalau tersalah. kami semua pun meluru keluar. haa. ambik. duduk ah kat depan kelas tuh and buat cheers. wah. cheers kitaorang pun budak2 penaakulan mantik dah hafal. terharuuuu. sebab kitaorang daripada awal memang dah hafal pun cheers budak2 penaakulan mantik.

siap lah kitaorang menari dengan berpusing2 segala. padahal time gravity dance haritu series kekok gile. aku time gravity dance tuh sikit punye malu sampai tersengih2 nampak barisan gigi semua. enjoy gila malam tuh buat cheers. punyalah kuat, budak2 course lain pun keluar sama nak tunjuk cheers depa gak. dah berlawan2. mana nak same dengan cheers kitaorang. cheers kitaorang gempak sebab makin lame makin bersemangat.

ingat pasal cheers, macam2 perjalanan yang kitaorang perlu lalui untuk dapatkan cheers sebenar. sampai kitaorang yang perempuan ni boleh tengok budak2 lelaki gerak kaki "awak kat mane awak awak kat mane??" sumpah lawak lagi2 ingat kat Sham. hahahaha.

dan yang terakhir ucapan perpisahan. hahaha. aku rase seronok dengar ucapan syahila yang unik dan berbeza daripada orang lain. selamba badak wei. itulah pasalnya orang kata kalau nak ke marikh jangan lupa bawak Syahila. mesti tak bosan.

sampai kat aku jee yang tetiba sedih gile. ape punye kes lah sampai aku nak menangis teresak2. pelik benoo aku nieh emo tak tentu hala. atleast Sham bagi ucapan pun dia tekapkan muke kat pintu jee sambil cakap ayat "sedih!" hehehe.

hmmm.. malam tuh aku tak cukup emo lagi tau. hahaha. sejarahnya dengan belon pada malam itu ade dua. satu, gelaran abang takut belon pun muncul. kedua, Atifah menangis sebab Afiq letupkan belon. jangan kata Atifah. aku pun terkejut dengar bunyi belon tuh. ayokkk Afiq. haaa. abang takut belon tuh sape lagi... tau kan? xyah cakap lah. nanti ade orang tuh marah pulak. hehe.

sape tak takut bile belon tuh dah lah tiup besar2 pastuh isi bedak? walawei. kalau pecah kene muke mau tak macam hantu tepung?

tapi habis je semua orang bagi ucapan, kitaorang tak balik terus sebenarnya. kitorang pergi DM jap tangkap2 gmbar skit. hmm. nak letak gambar kat sni!!!!!!! arghhhhhh!! frust internet lambat!!!!

well. malam tuh aku, intan, irdina, mira dan audrey yang menceroboh bilik kitaorang berjaga sampai pukul 3 lebih. sempat lagi main ToT (truth or truth) hahaha. mentang2 lah hari last day kan. jadi siapa peduli kalau berjaga sampai lewat malam?

Sunday, 4 January 2015

2nd last day before going home PPCS'14

assalamualaikum dan salam sejahtera.

nampaknya x lame lagi benda yang aku nak tulis dekat blog ni tentang PPCS akan berakhir. sob2. sedih2. hmm. x lame lagi nak sekolah dah. dan aku paling risau kan, risau takut diaorang x boleh nak contact dah. uwaaaaa. aku mesti rindu kerenah diaorang dekat wasep tuh. uhuk. RINDUUUUUU!!!

okey. well. second last day. agak2 ape yang jadi ye? time ni sebenarnya tak nampak lagi kesedihan time nak balik. xtau lah. x sedar diri barangkali. hahahaha. nak tau tak ape yang dah jadi haritu? haaa.

awal2 pagi lagi cikgu Nisah ajak kitaorang main game. eh? eh? tak pernah lagi rasenye main game gile2 macam kat AF 1. habis kuat pun gravity dance je. itu klakor sebabnya kitaorang menari macam budak kecik. oh. cerita pasal gravity dance, aku rase aku dah kembali jadi macam budak kecik. hahaha.

"tangan kanan ke depan, kebelakang"
"depan belakang dan goyangkan"
"lakukan seperti ini dan berputar lah"
"mudahkan caranya"

ha kau. siap berpusing2 lagi tau.. paling aku rase kelakar tengok Sham. sebab Sham nampak je macam form 5. tapi bile buat gravity dance nampak ala-ala kiut gitu. hehehe.

well. kumpulan lagi satu kene buat chicken dance. nampak sangat semua kekok. haha. malu2.. muke garang hati lembut. wuwuwuw. *entry harini bosan en? hahaha.

okey2. merapu sudah. ape pun. pagi tuh, kitaorang main game What If dulu lepastuh baru sambung ke permainan ToD. well2. permulaan cikgu Nisah tetapkan supaya tidak ada soalan berbentuk peribadi. jadi game tuh agak boring sikit. hehehe. tapi awal2 pusing laser tuh kene kat aku. *eh kejap2. laser?? O.o haah lah. pakai laser tau. laser merah. biase pakai botol, haritu kitaorang pakai laser pulak. hahaha. tapi selamat lah aku kene awal. kesudahannya cikgu suruh describe aje ape first impression aku dekat budak2 AF 2 ni. aku describe lah sorang2. ade yang awal2 nampak cam form 2 sebenarnya form 3. contoh macam Irsyad. hahaha. sorry Syad. and then Alia yang selalu kelihatan terlebih excited. rasenye banyak komplen menjurus kepada Azim kot ketika itu.almaklumlah, kan balik2 nampak muke dia. hahaha. Hakim pun aku punye first impression, rase2 macam nak gaduh je dengan dia sepanjang PPCS, tapi xjadi lah pulak. lawak gile aku rase. sebab balik pun nampak muke dia.

as for Syazana, kita geng. sebab tuh kita nampak macam same2 gitu. wuwuwu. untung lah ckgu nisah punye first impression kau lawa. terbaik. tapi kita kan garang2 gitu, tegas sikit. ckgu pernah cakap yang lelaki suke perempuan yang jenis malu2 and pendiam. xpelah Syazana, ade jugak yang minat jenis2 kita ni. kita tunggu je okey? hehehe. *pssttt. ade orang minat kat Syazana tau dalam AF. heeee.

as for Irdina. hihihihi. aku suke menyakat dia. jadi aku kata, first impression aku terhadap Irdina ialah poyo. masuk2 macam senyap je. lepastuh dah petang sikit lain dah. ha. tak ke poyo macamtuh? punye lah dia marah. "ape?? kau kate aku poyo dayah?" hehehe. jangan marah. hilang comel kau nanti.

ape pun, setelah habis describe satu2. maka dipusing lah laser itu sekali lagi. haa. time kena dekat Alia. kantoi yang dia selalu sangat ckap pasal Azim. alasan dia Azim tuh anak bongsu dia. haa. xpe2.  boleh pulak dia membabitkan hal abang paan dalam soal ToD? ini memang mintak kene sekeh. dah lah terlebih2 excited. makan ape ni Alia sampai excited terlebih? nak tau jugak.

bila time kene dekat Sham. haa. ini lawak. dia kan tak ada rahsia hidup "lah sangat." bila cikgu tanya perancangan masa depan, dia boleh pulak selamba badak je jawab. salah satu soalan tersebut, nak kawin dengan isteri umur berapa? dia kata tak lebih muda atau pun tua 3 tahun dari dia.adoi sham. soalan yang same, kene tanya dengan Sabri, dah kepayahan aku tengok dia nak menjawab. kesian dia. ape pun tabik ah Sham boleh jawab semua soalan selamba badak. kan? kan? kalau kene kat aku mau aku guling2 atas lantai kat situ. cite2 Sham pulak masih x dapat dikenal pasti lagi. alololo. xpe Sham. nanti kita cari cite2 kau same2.

Lama jugaklah kitaorang main ToD. sampaikan lepas minum pagi pun bersambung sampai ke tengah hari. tapi soalan yang paling sakit nak dengar bila suruh buat ranking. yelah. lelaki buat ranking perempuan daripada paling tak suke kepada suke. same macam budak2 perempuan pun macamtuh jugak. memang sakit ah nak dengar. hahaha. ape2 pun aku kene ranking last dengan Azim. *nampak x? nampak x? nampak sangat dia anti dengan aku. dan aku dapat ranking first bile tanya dengan Hakim. *Hakim punye kes lain sikit, aku rase dia nak sebut Syazana tapi dia sebut nama aku sebab nak cover. ini bile aku tanya orang lain lah ade yang kate begitu. hahaha.* masih jadi spekulasi ye. ape2 pun Hakim dengan Azim. dua muke ni yang selalu sangat aku jumpe. balik2 muke dorang. -_- tapi yang peliknya perangai kontra. hahaha.

nak cerita lebih2 pun tak boleh. bahaya sangat2. hahaha. tapi yang time lawak tuh bile time kene kat Azim. cerita ni sebenarnya budak2 perempuan je tau. hahaha. ToD Azim sebenarnya tergantung kejap sebab ade waktu minum pagi. kesudahannya, kami semua dibawah pimpinan mama Alia *sebab dia kan mak. mengadakan mesyuarat nak tanya ape kat beliau. hahaha. bersatu padu dan sehati sejiwa betul! sebab nak bincang punye pasal, kitaorang makan jauh gile time tuh. ade2 je..

rasenye terkejut bile nampak budak2 lelaki buang sampah kat tong sampah dekat2 situ. haih. terkezot! masing2 aku tengok semput kat situ. hahaha. nasib baik tak dengar. *korang x dengar kan? kan? kan? rasenye yang aku ingat time tuh Sabri kot. tiba2 je muncul.

ape pun, ToD akan menjadi game yang akan sentiasa membunuh jiwa dan raga manusia yang menyertainya. sekian.

so, tengah hari tuh, kami semua main bubble! haa. bukan sebarangan bubble tau. giant bubble lagi. terus aku rase jadi macam budak2 kecik balik. tau kenape?

Ha bai? ape hal kamu ni? bace doa?? jangan lerr begitu.. mohon direndahkan sikit tangan anda itu. hehehe. ape pun nampak muke2 bahagia di belakang sane terutama alif tinggi dan Irsyad. tersengih2 gitu.

ni aku lah ni yang depan sekali ni.bersemangat betul tengok tipah kat belakang tuh. x habis2 cover mulut. nampak azim agaknye. hahaha. eh? Celine kenape buat tangan macamtuh? takkan nak nanges kot? be happy! main giant bubble ni. hahaha.btw. sape yang tangkap gambar ni eh? ayokkk. I SEE YOU
fuh! besar2 bubble yang kitaorang buat. ade satu bubble tuh, terbang tinggi tapi x pecah2 langsung. dah x larat nak mendongak kat langit dah sebab rase macam nak patah tengkuk and silau. hehehe. ade lah sekali dua aku melompat2 skit sebab buih tuh pecah sebelum sempat terapung. eihhh. -,-" malu gile bile orang nampak perangai aku camtuh. x sesuai dengan muke lah nak melompat2.

dari haritu lagi sebenarnya aku tanya ape resepi untuk buat giant bubble ni. tapi x dapat2 lagi. yang aku ingat sabun pencuci pinggan glo je. xpe2. lain kali aku tanye lagi ek. hehehe. best tau main bubble ni. best gile!!
dah lah bancuh dua baldi. ambik kau. banyak gile.

petang tuh sempat lagi kitaorang pergi biotech fair. well2. hahaha. favourite aku time pegi sane adalah pegang ular kecik yang diberi nama chip! hehe. alhamdulillah. aku bersyukur sebab aku x geli or fobia dengan ular. maybe sebab ckgu cakap ianya tak merbahaya kot.ade gak aku tengok kecut perut dah pegang ular tuh. wekkkk :P bila aku tanya x ngaku. ehehehe. ular tuh jenis ular jagung atau cornsnake. ade ke patut intan kata "cuba lah masak ular tuh." apa kau ingat boleh jadi popcorn ke?? -_- eh tapi kan.. kenape dia diberi nama ular jagung? xnampak macam jagung pun. langsung tak!!

hahaha.well3. haritu adalah hari yang paling aku rase agak stress. sebab petang ade reahersel. petang sikit ade kelas. malam pun ade kelas jugak.
tengok lah anda semua. ada yang tdo. ade yang tersengguk-sengguk. kasihan. aku pun dan terasa macam lenguh pinggang di situ. mengantuk yang amat.

haa. habis malam tuh keje aku asyik mengusik pipi tembam si Irdina. memang jadi mangsa keadaan semase lah. aku tepuk lah pipi dia. aku usik lah. memang keje aku mengacau je. bile aku dah ngantuk mmg jadi agak macam senget plus nak sewel sikit. hehehe. sorry tau..

okaylah. sampai disini saje duluuuu. nanti kita sambung lagi yee. mohon boss Irsyad jangan marah saye. hehehe. sekian!

PS: manusia yang terbawak laser merah time main ToD tuh mohon pulangkan semula yaa. terima kasihh..


Friday, 2 January 2015

Talentime PPCS'14 *our story part-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekali lagi.

saya memohon maaf kerana terpakse menangguhkan episod drama talentime akibat kebimbangan anda2 pembaca semua pengsan membace karangan ala-ala spm secara berterusan tanpa henti. semua dah rehat? dah takde yang rase berpinar-pinar mata? okey okey okey?

baiklah. talentime. hari selase 16 disember 2014. hari sabtu, kitaorang dah bercadang2 dah nak pakai baju warna ape. disebabkan takde orang nak bagi pinjam baju yang same seragam semua. maka aku pandang semua pasangan lain. ku lihat ku pandang. *eh jangan salah faham. pasangan zapin ye. hahaha. aku lihat mereka sedang berbincang secara aman nak pilih warna ape. bukan macam aku. huhuhu. intan dengan fizal lah ye yang request pakai baju purple. aku pulak diwarningnya jangan pilih warna purple *sebab intan tau aku ade baju kurung warna purple dalam almari. adehhh. hahaha.

aku tanya dengan si Azim nak pakai baju warna ape, dia boleh cakap dia tak ade baju melayu. nampak benor menipunya. tak silap aku Hafiz cadangkan suruh aku pakai baju kurung warna pink. memang tak ada lah kan. tak pernah dalam sejarah aku beli baju kurung warna pink. X PERNAH. okey. hahaha.

*bagus2. lagu a7x dah masuk playlist. boleh lah aku release stres. hahaha.

waktu tuh aku ingat Yu yen bincang dengan harith rasenye diaorang nak pakai baju warna hijau. hampir je aku nak pinjam kan baju kurung aku yang warna hijau tuh. nasib baik x buat ape2 keputusan. payah jugak nak bincang dengan orang yang x duduk diam macam azim ni. macammana lah mama Alia boleh tahan ade anak bongsu perangai macam ni? --" apa2 pun. lepas tuh dia kate dia nak pakai baju melayu warna pink pulak. haish! kau nak jadi mat jambu ke? dah jelas2 aku kata aku x pernah beli baju kurung warna pink. aduhhh. hahaha.

akhirnya, perbincangan terakhir membawa kepada kata sepakat yang x berapa nak sepakat sangat. dia pilih warna hijau. fine. aku mmg ade baju kurung warna hijau. so x de problem. tapi hijau ape? hijau cair? hijau pekat? semua aku tanya semua jawapan same je "aku tak tau." geram tak? geram tak? hahaha. tuh yang aku pelik ape kes si Fizal cakap dengan intan yang kitaorang gaduh tuh sawit. takde maknenye sawit oii fizal. kau dengan intan tuh yang sawit. cakap orang lain pulak.  tapi xpe. aku redha. xpe2. habis ppcs rasenye tak jumpe lagi. aku tau azim pun memang menyampah nak tgk muke aku. balik2 nampak muke aku kan? hahaha.

ape pun, panjang kan kisah talentime ni? itu baru sekerat. okey lah. pagi bila hari talentime itu kami diberikan tugasan untuk membincangkan psal planet. presentation memang xde masalah. aku yang bermasalah sebab suara aku serak setaraf donald duck. oh! dan mengejutkan lagi, bile undi2, aku dah x satu kumpulan dengan Hakim and Azim. poyo betul sebab pagi tuh Hakim cakap kat aku "Kita dah tak satu kumpulan dah. Tahniah ar." eh2? kan poyo tuh. hahaha. sebab tuh lah yang aku perasan kat situ, trademark dia adalah "Tahniar ar." banyak kali dia cakap time ppcs. aku perasan. hahaha. sedih jugak x dapat satu kumpulan dengan Hakim dah time tuh. adehhh. malas nak ngaku, tapi bertambah2 sedih sebab aku dapat satu kumpulan dengan Irsyad pulak tuh. hei, kalau boleh tukar, aku campak Irsyad masuk satu kumpulan dengan Syazana. tukar dengan Hakim. senang sikit. otak Hakim ni banyak betul maklumat dia. hahaha.

eh cakap psal Hakim. kemana ek dia? dah berapa hari x nampak. ke dia betul2 pergi planet marikh? hahah.

okey2. petang itu, bile aku balik bilik, *AF 2 biasenye balik lambat sikit daripada AF1. aku terkejut nampak intan dekat bilik. macam x sihat. so, aku dengan Irdina pun tanya. "kau okey tak?" hmm. rupa2nya dia kena migrain. dia memang kurang sihat petang tuh. demam dan pening. haih. mula lah aku naik risau. sebab malam tuh kitaorang nak perform dah.

"Kau rehat je lah. xyah turun solat asar. ni kes emergency ni."
"Takpelah. kejap lagi aku turun lah. nanti kak Tiqah cari macammana?"
"kau nak berzapin malam ni. dah lah berpusing-pusing. pengsan karang macammana?"
"biarlah. aku pun xtau aku malam ni nak berzapin dengan sape."

haa?? aku pandang Irdina. Intan ni mengigau ke ape? tetiba je kate xtau nak berzapin dengan sape. bukan ke berzapin dengan Hafizal??

"xtau dengan sape? habis hafizal nak campak mane?"
"dia kan sakit. mana nak larat berzapin."
"haih. macam berjanji-janji pulak. sweetnyeeeee. tapi ini bukan mase yang sesuai."
"kau rehat je lah dulu.. rehat2. nanti kitaorang bagi tau dengan kak tiqah.

maka, kitaorang pun turun lah untuk solat asar berjemaah di surau. habis je solat berjemaah. tetiba je ade taklimat sikit. taklimat tuh x salah. yang salah tuh sebab tahan kitaorang membazirkan mase je kat dewan tuh x buat ape2. tengok diaorang hias pentas je. adehhhh. sakit. eh wait2. i can see Hafizal! ade jee fizal tuh sihat walafiat. sakit apenye??

ni aku dah tau dah. hafizal bergurau nak kenakan si Intan! haha. kesian intan. dah sakit pun kena prank lagi. kitaorang balik je bilik terus report kat intan. nasib baik si intan dah sihat sikit. yeay! alhamdulillah. kalau x, x berseri kumpulan zapin kami tanpa dua orang yang double sawit ni. hehehe.

insiden yang aku x boleh lupa adalah bile blok B kecoh dengan berita dimana seterika telah dibawak lari oleh pihak tak bertanggungjawab. adalah beberapa orang pelajar yang secara x sengaja jadi ala-ala polis and thief gitu. tapi pencuri tersebut tak dapat dikesan! haih.parah betul kes ni. tau lah nak cantik kak oii. jangan lah bawak lari seterika tuh sampai camtuh sekali. *tepuk dahi. sabar ye geng. sabar. berterima kasih kepada amira kerana dengan baik hatinya telah menyeludup seterika dan diletakkan di dalam bilik kitaorang. bagus betul. seterika je nama seterika amira. tapi kitaorang bertiga yang conquer.

so, sewaktu kitaorang bersiap2, tinggal nak menggosok tudung aje, tiba2 amira merempuh bilik kitaorang dengan berpakaian ala-ala setaraf pendekar begitu. berbaju melayu warna hitam dengan ikatan berwarna kuning di pinggang. hensem kau amira. hahaha. hahaha.
hensem tak? hensem tak amira? alaa. yang ikat kain kuning kat kepala tuh. hehehe. oh yee. yang hijau macam daun pokok pisang tuh aku. hehehe.yang budak depan ni Irdina dan belakang tuh Alia. 


 okey. so, disebabkan intan tak sihat, irdina pulak memang jenis x makan nasi nak jadi awet muda, maka aku dengan amira je lah yang rase lapar gile petang tuh. nak turun pergi dewan makan. tapi tudung x siap gosok. uwaaaa. aku xde tudung hijau so terpakse lah pinjam tudung intan yang bertemakan toge *bak kata Baihaqi tuh.

dalam sibuk2 tuh sempat lagi check wasep. alahai. terharu giler bile sabri tanya mana budak2 perempuan semua. katanya turun lah makan dulu..kejap lagi sambung lagi bersiap especially budak2 asmaradana. yelah. berikat2 kain kuning bagai. hahaha. jadi, aku dengan amira pun sepakat lah turun. terserempak dengan abg wan. first thing dia cakap membuatkan aku ternganga seketika.

"Hidayah, warna baju awak matching sangat dengan warna baju Azim. bagus. jeles Sabri."

Terus aku ternganga pandang si Amira. aku macam blur kejap. ape kes pulak tetiba masuk Sabri ni?

"kenape Sabri abang wan?"

"ha kan Sabri.. tak pelah. tak de ape2. makan2."

Terus aku tepuk dahi. haa. ni mesti gara-gara ToD tuh kan. --" aku dah kate dah permainan ToD ni membunuh jiwa raga betul. ape pun kisah sebenar Sabri aku masih x ketahui sampai sekarang. hahaha. takpe2. abaikan yee..

oh ye. aku tengok jugak baju melayu yang fizal pakai. apesal x match dengan baju intan? terpandang pulak baju harith. eh? kenape pulak warnanya dekat2 same dengan warna baju intan? haa. ambik. ape pun. time tuh aku turun pakai tudung sarung warna biru. abang wan tanya, kenape tak pakai tudung hijau jugak? "belum gosok." jawab aku. hahaha.

aku naik atas,Hakim wasep aku. katanya budak2 lelaki semua komplen tudung aku tak matching. ooo. sempat korang mengumpat aku ek? btw. lupa pulak nak cerita. kitaorang dah x jadi dah buat drama puteri gunung ledang dengan sultan rubu' mujayyab tuh. kesian Audrey. x kesampaian nak menari zapin dengan Baihaqi. hahaha. penat2 je Hakim tulis skrip tuh sampaikan perbincangan time grup pun dia tulis skrip. kesian dia. sodihhh eden. hahaha. kesudahannya mereka buat sketsa bola sepak je kat situ.

Sham pulak tetiba jadi pengulas bola sepak. wah! cayalah Sham. tabik2. boleh ganti pengulas bola sepak malaya. sebijik macam yang kat dalam tv tuh. hehehe. penonton2nya Baihaqi, Alif dan jugak Hakim. hahaha. kesian jugak aku tengok director Hakim. dia pun terlibat jugak dalam konflik dalaman talentime ni. cuma time tuh, budak2 zapin vs budak2 lakonan. memang kalau x stop, boleh bawak perang dowh. hahaha.

sebenarnya aku teringin sangat nak tengok ade lakonan yang puteri gunung ledang tuh. why2!!! why dibatalkan? huhuhu. kesudahannya Audrey jugak menari sorang2 takde pasangan.
ikutkan gambar nak je aku crop gambar budak spect hitam putih yang macam daun tuh sebab aku nak tunjuk sape sebenarnya guru zapin kitaorang je,. haa. tuh dia yang tengah buat peace tuh. cun x? cun x? yang sebelah daun tuh yu yen. partner menari harith.

nilah jadi kalau semua nak berselfie dalam satu gambar. dah sesak macam dalam tin sardin dah.
Pendekar angeline.  hehehehe.

ish. ape lah kesnya. elok je nak update gambar para2 wanita semua terus tersekat --"" adehhh. masalah betul. xpe. in shaa Allah lain kali saye update ye. tapi alhamdulillah pada hari itu saya bersyukur kerana warna baju saya tak adelah kontra melampau dengan si Azim. saye boleh menari walaupun tempat kat tepi pentas itu agak sempit. Alhamdulilllah dan bersyukur sangat2.

persembahan asmaradana pulak walaupun dengar lagunya agak meremang sikit, tapi anda semua sangat bagus. tepuk tangan! *clap2.

*ish! nak upload gambar tapi x boleh jugak. internet ni dengki lah. huhuhuhu.

ape2 pun nasib baik lah tidak ada konflik disaat-saat akhir nak persembahan. akhirnya persembahan berjalan dengan lancar. alhamdulillah.. maka bebas lah kami daripada latihan talentime yang membuatkan saya gelak2 menangis terutama menghadapi kerenah Azim..

begitulah kisahnya bagaimana talentime ini sampai menjadi dua bahagian. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa menyokong saya terutama Audrey, guru menari yang banyak memberikan perhatian terutama kepada saya dan Azim kerana kami adalah partner menari yang paling complicated.

saya juga ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada Amira, kerana telah menyeludup seterika untuk kegunaan kami. xperlu lah kami jadi macam detektif untuk cari sape yang bawak larik seterika. segunung penghargaan kepada Irdina dan Intan kerana telah tolong menggosokkan tudung kami semata-mata untuk membenarkan kami makan. double terima kasih untuk intan sebab tolong bagi pinjam tudung sekali.

tahniah juga saya ucapkan kepada Hakim, walaupun skrip anda tak jadi digunakan, tapi tahniah!!

kepada Irsyad, saya mintak maaf sebab banyak sangat mengumpat anda. dan saya sebenarnya terlampau jeles dengan pasangan2 zapin yang tersangat lah sawit. Hafiz dengan Atifah, Intan dengan Hafizal, A'isyah dengan Amirun, Harith dengan Yuyen, Abang wan dan Syazana. bagi Alia dan Irsyad, saya mintak maaf sebab x dapat golongkan anda dalam kalangan pasangan zapin yang sawit.

baiklah. saye dah x larat sebenarnya nak tulis. tapi nak tulis sikit. saya takkan lupakan detik kak Tiqah dan abang wan menari lagu hindustan leca,leca di atas pentas. comel sangat2. hehehe. dah lah. itu aje. harap2nya boss Irsyad puas hati pada kali ini sebab jari jemari saya terasa macam nak tercabut dan sendinya. good mornight. hehehe.

PS: esok nak tulis entry ape ye? =)







Talentime PPCS'14 *our story. part-1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Talentime. hmm. first time aku dengar talentime ni, kot ye lah boleh buat ape yang kita suke. macam slot kebudayaan yang biase. mungkin bagi masa dalam satu jam nak fikir dan keluar buat persembahan atas pentas. macam, kem kepimpinan pengawas. gila2 menyanyi kat atas tuh tak pakai kasut. lagu tak hape2 main terjun je. hahaha.

tapi kali ni memang sangat berbeza. bayangkan lah satu petang yang indah tuh, tiba2 abang wan datang bagitau kitaorang yang kitaorang nak buat talentime. dan dapat untuk negeri Johor O.o Oh My Allah. memang terkejut gile time tuh. maknanya tak kuda kepang kene zapin lah? hadehhh. hahahaha. so, perancangan awal, kitaorang nak buat drama musikal ala-ala filem Magika tuh. Secara tak sengaja Hakim dah dilantik menjadi director memandangkan dia yang tulis skrip. oh ya. dia buat skrip pasal puteri gunung ledang dengan sultan rubu' mujayyab. muahahahaha. ade2 je dia ni. pun boleh lah.

so, kitaorang telah pun memilih Audrey sebagai tuan puteri gunung ledang tersebut manakala Baihaqi sebagai sultan rubu' mujayyab. 2 orang perempuan jadi dayang dan selebihnya jadi 7 gadis serta penari zapin. ha. yang lelaki2 nak buat ape pulak ek? tiba2 mereka dijadikan sebahagian sketsa menonton perlawanan bola sepak dekat tv. adeh3. hahaha.

so, akhirnya setelah cerita punye cerita, maka aku pun termasuklah kumpulan menyanyi lagu asmaradana. aku no problem dengan menyanyi sebab aku memang suke sangat menyanyi. biase talentime pun yang kuat memekak kat sekolah aku lah. hahaha. well. Aku pun ape lagi, satu grup lah dengan Celine, Amira, Nik, Angeline, Haziqah dan Irdina. okey. Ni dah bagai nak rak ni salin bagai dengan tona tinggi rendah tinggi rendah. aku perhati je budak2 zapin. semua kelihatan dan okey. ade 2 orang lelaki tercampak jugak masuk grup awal kitaorang ni. yang aku ingat Sabri je. sorang lagi sape ha? sebab diaorang takde role ape2 pun. hahaha.

okey. dan pada hari itu jugak, kitaorang pun mule berlatih. kitaorang naik lah tangga berkumpul dekat tingkat atas auditorium tuh. adehh.. tetiba aje syahila naik suruh aku turun. dalam hati aku apehal pulak syahila ni suruh turun? seiring pulak dengan suara laungan Kak Tiqah. kata mereka, aku disuruh masuk menari. O.o Ha??? menari? biar betul ni?? aku ni dah lah keras. x lemah gemalai langsung! bile menari tak ubah macam patung pinocchio tau. --"

rupa-rupanya terjadinya kisah itu kerana Syahila memberontak dengan Sabri. *eh? sejak bila Sabri masuk menari pulak ni? huhuhu. tak apelah. disebabkan Syahila ni form 2, maka aku mengalah jugalah walaupun aku x yakin aku boleh menari zapin tuh.  kenape Syahila?? apakah dosa Sabri sehingga anda memberontak sebegitu rupa? kenape akak kau jadikan mangsa keadaan? kenapa??? *drama cikett.

Audrey aku tengok muke bahagia je belajar zapin. jadi aku pun okey lah xde lah nervous sangat. eh? tup tup time nak berlatih akak Tiqah komplen plak. x matching dengan Sabri. huhuhu. jadi Sabri pun ditarik keluar. Haih. dah masuk,Sabri pulak keluar. baik aku x yah masuk je menari ni. aku nak menari dengan sape? menari sorang2? dalam kes ini, ketinggian pula menjadi masalah. *aik? asyik2 cerita masalah je. memang banyak betol masalah!

Setelah ku cuba ingat, barulah aku tau ape insidennya sampai aku kene menari dengan budak spect hitam putih. ish. rupa2nya dia sendiri offer nak masuk menari. aku nampak sangat dia memang x rela nak masuk berlakon sampai kan orang berlatih menari dia pun sebok menempel kat situ. -,-" malas nak cakap. tapi partner zapin aku ialah...jeng3 Azim. huhuhu. kata Kak Tiqah ketinggian Azim sesuai dengan ketinggian aku. Tapi, Azim lagi tinggi. uwaaa. kenape bile aku masuk PPCS aku terasa aku semakin pendek??

PS: To all, sape2 jangan marah saya kerana saya menjadi partner zapin Azim. sye pun xtau kenape takdir menentukan begitu. ini semua berpunca daripada Syahila. skandal2 Azim semua jangan ade yang carik saye lepas ni. kalau nak marah, marah lah pada Syahila!

okey. well. akhirnya. jadilah ade 7 pasangan zapin. *ini tak cerita lagi bab2 bertukar2 partner zapin sampai ade orang stress.
1.abang syazwan dengan syazana *nama dekat2 kan? hehe
2.Hafiz dengan Atifah. *mereka ini sungguh sawit
3.Yuyen dengan Harith *untung Yen, Harith sangatlah caring.
4.Alia dengan Irsyad *ini panjang sejarahnya.
5.A'isyah dengan Amirun *alhamdulillah, ini yang paling aman.
6. Hafizal dengan Intan *mereka ini triple sawit daripada yang lain.
7.Aku dengan Azim. *erkkk. xnak komen. nanti ade orang marah.

inilah kumpulan tarian dan nyanyian asmaradana. huish. awat muke semua serius sangat ni? mata bulat2 pulak. heeeee.


gambor ni tak jelas. tapi nampak jugak lah nak berlatih zapin kat situ. hahaha. muke sape2 pun kabur kat situ..

well. sebenarnya walaupun nampak okey, tapi pernah lah jugak berlaku beberapa konflik dalaman dekat grup zapin ni. sebagai contoh. pada permulaannya, Irsyad partner dengan Syazana. tak tau lah ape masalahnya, Syazana pun memberontak dengan Irsyad. adehh. memang korang memberontak ye dalam zapin? same lah macam kes Sabri tadi. cuma Irsyad ni ditukarkan menari dengan si Alia.

Kitaorang pulak tengok muke si Irsyad ni stres dan murung semacam je waktu latihan. kesian Alia. kecik hati dia bile Irsyad macam rela tak rela menari dengan dia. kesudahannya Alia asyik mintak aku tukar dengan dia menari dengan irsyad. aku pulak yang stres. aku tanya dengan Azim, dia kate "aku boleh je." aku tanya betul2 jawab lah betul2. nak ke tak? eihhh. ku sekeh jugak Azim ni.

paling mengejutkan, bila aku tanya dengan Irsyad nak tukar ke tak, Irsyad kata xnak. eh? kalau x kisah menari dengan Alia, kenapa macam x rela je?? Alhamdulillah. setelah berbincang secara aman, akhirnya x jadi tukar. sekarang aku je yang tau kenape Irsyad berkelakuan sedemikian setelah menemubual beliau sendiri.

aku tanya dengan Irsyad dua hari lepas, aku tanya kenape tak nak tukar partner menari? dia cakap "aku lebih rela menari dengan Alia daripada menari dengan kau." eihh. poyo giler. kau xnak sekali aku lagi sejuta kali tak nak. sejuta kali rela lagi aku menari dengan Azim daripada menari dengan Irsyad -,-" aku jealous tengok partner menari lain sebab diaorang aman damai jee. kecuali Alia dengan Irsyad. uwaaaaa..

aku bukannya ape dengan si Azim ni. pening jugak sebab kitaorang lambat masuk untuk berlatih. dah lah aku memang keras bab2 menari ni. Azim pulak boleh main2 time berlatih. --" aku x kisah dia nak buat lawak berguling2 atas karpet merah dekat audi tuh macam tenggiling, atau baring atas tembok macam dugong terdampar kat pantai. aku bolehlah tengok atleast dapatlah jugak release stres. tapi masalahnya, masa tak sesuai. aku memang stres time menari. asyik2 lupa atau salah step. --------__________---------- bayangkan betapa jellynya aku bila tengok Hafizal dan Intan berlatih menari dua orang sampai pandai. adakah anda tahu sampaikan Intan sanggup tidur lambat semata2 untuk berlatih zapin sampai pandai?

Kadang2 macam terfikir, ke Azim ni ade konflik macam Irsyad? x rela menari dengan aku? adehh. hahaha. eloknye si Azim ni menari dengan Syahila si suster ngesot AF1 tuh agaknye. baru ade teman seperjuangan nak berguling2. sorang mengesot sorang berguling2. kan sawit tuh..

ape pun, ianya antara salah satu perkara yang paling susah aku nak belajar. sampaikan kena berguru dengan audrey khas dekat dorm!2syen menari sorang2 kat situ. hadehhh. 1.2,3.4,5.6,7.8. kalau korang orang zapin, yes. aku tau mesti ade dengar suara waktu kita semua menari. kan2? thanks audrey sebab sudi ajar aku. nasib baik time tuh audrey tak tido. kalau time tido pun aku ganggu jugak. akan ku redah bilik jiran sebelah semata2 untuk zapin. sebab aku geram! geram tak dapat step!

pssssttt: tumpang lalu. nak habiskan part satu. jumpe kat part dua tau!hehehe.