expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 20 October 2014

Tick tock-masa terus berlalu.

antara menanti keputusan PT3

atau, menghabiskan PBS yang masih tersisa

atau, menikmati masa dengan rakan-rakan yang mungkin terpisah nanti

Ya. kenangan. di sini bermula segala-galanya.

dari satu KRK. down to memory lane bak kata orang putih. aku masih ingat macammana awkwardnya keadaan lepas aku berpindah dari SB yang tak sampai dua hari aku duduk tuh. masa tuh, kawan2 lama Adlina, Nik dan lain-lain masih ada lagi. oh! Engku pun ade. hehehe. tahun tuh juga aku ditempatkan dalam rumah tuah iaitu rumah tuah SMKDE. bangga woi dah 2 tahun jadi juara since aku sekolah kat sana.

tahun pertama tuh jugak aku mula aktif dengan aktiviti-aktiviti sekolah. terutama choral speaking and so on. first time aku sertai syarahan agama dan johan menentang akak2 form 2 and form 3. oh! tak lupa sambal yang melekat pada kertas syarahan yang aku tulis cincai tuh. hahaha.

tahun tuh juga aku dilantik jadi pengawas pada hujung tahun. 2 bulan jadi percubaan membuatkan aku kenal dengan senior2 kesayangan aku iaitu Alif dan juga kak Awin. ye. aku takkan lupa diaorang walaupun diaorang dah pergi daripada sekolah kitaorang. tahun tuh jugak aku melecur jari sebab masak dekat bengkel KHB. wah2. macam2 kenangan yang aku tak boleh lupa. termasuklah 'someone' yang amat penting dulu.

naik ke 2KRK. yep. lagi macam-macam cabaran dalam menjalankan PBS. bermulalah kat sini bakat lakonan aku diasah. watak pertama drama aku dalam drama Rumplestiltskin ialah Lisa,Rahman sebagai King, dan Vitala sebagai Rumplestiltskhan. Kirthanna dan Aiman membawa watak sebagai ibu bapa aku dan drama itu secara sengaja telah kami tukarkan menjadi tema bollywood. Menang tempat pertama. Yeah!

Sumpah cakap, tahun tuh agak teruk untuk aku dengan Azyan berada di bengkel masakan. kerana baldi dan sinki, aku menjadi mangsa banjir yang tidak sengaja di rancang! uhuk2. memang sampai bila2 aku tak boleh lupa. ingat lagi ke waktu buat arca mobail? ah. memang lawak time tuh apabila kami menyerbu DIY bersama-sama. paling sweet Valar dengan Rahman lah. kahkahkahkah.

ingat lagi waktu buat model bandar tuh? ye. tough day sebab semua kena bawak ke sekolah dalam keadaan angin yang kuat dan ribut. haritu, aku kena sekolah sekerat hari macam kirthana sebab ada ujian UKM 2. memang sah gila. hahaha.

paling best, pergi ke pertandingan Mighty Minds dengan Alya Adilah dan Vitala. walaupun aku memang tak serasi sangat dengan Vitala, tapi dia memang ketua yang kreatif. entah-entah dia mampu cipta kereta terbang suatu hari nanti. imaginasi dia tinggi. Good Luck Vitala. kau kawan yang hebat sebenarnya walaupun selalu buat aku marah ^^

aku masih ingat tahun lepas macammana sekolah kecoh dengan pertandingan maskot untuk rumah sukan masing-masing. aku dan Rahman tampil sebagai pembuat maskot bersama. haha. Ali dari rumah lain turut membantu. terima kasih. tanpa bantuan korang tak mungkin dapat aku siapkannya. terharu sangat. pernah sekali tercucuk jari aku dengan jarum paling besar yang aku pernah guna. entah-entah nak jahit orang pun jarumnya lagi kecik. (aku cakap macamni sebab aku nak jadi surgeon) hahaha.

pengalaman berharga juga aku dapat kutip bila aku pergi ke kem BSMM dekat dengan sawah padi. wah.. memang berbaloi sangat-sangat untuk timba pengalaman. ramai kawan-kawan yang aku jumpa kat sini. aku akan simpan kemas-kemas kenangan tuh. sebagai motivasi untuk masa akan datang.

aku rasa kirthanna pun ingat macammana kitaorang kongsi satu khemah yang kami sendiri tak pernah reti nak pasang. tapi, it turns out to be khemah yang paling kukuh walaupun senget. yang lain semua terbalik bila ada ribut. hmmm. inilah yang buat aku tersenyum sendiri. yalah. macam2 kesukaran yang kami hadapi bila orang macam aku yang terbiasa duduk rumah terdedah kepada adventure.

entahlah. macam-macam benda. honestly. hidup aku semakin mencabar bila aku meningkat dewasa.

dan pengalaman terbaik adalah berkenalan dengan bestie aku..

dan bila tahun ini pun tiba, ia membuka satu lembaran baru untuk aku. kami dikejutkan dengan peperiksaan. OMG!!! hahaha.

dari PBSMR---> PT3. alhamdulillah. dah berlalu pun PT3 tuh. macam-macam kitaorang kena lalui demi PT3. termasuklah menjelajah pasar borong! fuishhh. trauma eden. hahaha.

oh ya. kawan-kawan baru, bestie aku yang merangkap adik beradik aku sendiri, iaitu Fatin, Anis, Jidin, dan lain-lain juga bermula dari sebuah pertandingan. iaitu Bahas Ala Parlimen. sangat mengagumkan yang kami terus bersama biarpun daripada kelas yang berlainan. syukur alhamdulillah.

banyak lagi sebenarnya. aku terus menanti penghujung kesudahan cerita Kembara PT3 ini. adakah ia penamat gembira untuk semua orang dan permulaan untuk satu lagi kembara hebat??

aku pun tidak tahu.





Thursday, 16 October 2014

My Feelings.

JODOH.

aku tahu umur aku baru 15 tahun. and. aku x patut cakap psal ni. but..

i have to.

ada suatu perasaan yang pakse aku tulis benda ni. macam didesak semacam. aku memang nak cakap satu benda. jodoh tuh adalah salah satu perkara yang sememangnya menjadi rahsia Allah. ya. jadi itulah sebabnya aku x suke nak ulas pasal perasaan.

btw, orang zaman sekarang ni asyik sibuk dok berkapel. buat menambah dosa je. berapa peratus orang yang berkapel2 ni sampai berjodoh? ha? berapa peratus? tapi inilah yang kita sebagai remaja selalu buat. dah macam jadi kebiasaan. sampai orang yang tak kapel pulak disisihkan. -,-"

Allah dah tetapkan dah siapa jodoh kita sejak azali. ye. jodoh ni takkan berubah sampai bile2. kauorang lari lah kemana pun, akan bertemu jugak.

same lah dengan rezeki. banyak mana Allah dah tetap kan, banyak itu jugak yang kauorang akan dapat. weh, kalau x rezeki, dah masuk ke dalam mulut pun terkeluar balik. sebab itu kenapa kita nak merungut macam-macam?

moral kat sini, x salah nak kawan dengan lelaki (bagi perempuan) dan begitu juga sebaliknya. cuma kene pandai lah jaga batas pergaulan. ye. perasaan fitrah nak mencintai dan dicintai tuh memang lah akan wujud, tapi bersabar lah buat seketika.

"Sebaik-baik umur nak berkahwin pada umur 24 tahun."

kenapa? ha. sebabnya time ni orang dah lebih bersedia nak pegang komitmen. tapi aku just nak ingatkan,sebelum tuh hidup kene ade perancangan. kalau xde perancangan dan cite2 tuh yang malas nak belajar.

aku kesal bila tengok orang putus cinta sampai toreh-toreh tangan lah. ape lah. x perlu. jangan buat macam tuh.

"Lelaki yang baik untuk yang perempuan yang baik. lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan begitulah seterusnya."

ya. jadi kalau nak expect lelaki yang jujur dan baik. plissss. jagalah perangai sendiri dulu. yang penting jangan hipokrit. tau? jangan suke sakitkan hati orang. berjalanlah di muka bumi Allah ni dengan menyenangkan orang lain. In shaa Allah urusan hidup nanti dipermudahkan.

aku tak kisah hati aku disakitkan berkali-kali. aku ada jugak menaruh hati kat seseorang. tapi, entahlah. simpan aje.. bukannya mampu buat apa-apa pun.

Jaga batas pergaulan, jaga batas aurat. jangan sampai terleka. dunia dah dekat nak kiamat. jangan sampai kita jadi umat akhir zaman yang terbabas.

Assalamualaikum.

#dakwahringkas.

Saturday, 11 October 2014

PT3 is coming.

Dear my dearest blog,

hi. dah lama rasanya tak update blog ni. yeah. semuanya sebab sibuk sangat-sangat. well. sepanjang aku tak update ni memang macam-macam dah jadi. dari friendship, sampailah ke pbs and so on.

yep. PT3 Fasa 1 dan 2 dah lama complete. and isnin depan adalah fasa terakhir iaitu ujian bertulis. hmm. nervous sangat-sangat. sebenarnya nervous ni dah start sejak habis trial haritu. exam yang paling mencabar yang pernah aku hadapi ialah trial PT3 2014. selaku batch pertama, aku akui yang memang agak mencabar.

Masih segar dalam ingatan on how macammana aku kene menghadap pasar borong untuk laksanakan tugasan geografi, ye. malu dan trauma sebenarnya. apa boleh buat. tugasan yang paling dekat dengan kami adalah tugasan pencemaran bau. pada hari itu lah aku,Anis, Fatin, Jidin dan Izzah serta Sera dan Linda bergerak sama-sama. huahuahuahua. ape2 pun tugasan tuh dapat eratkan aku dengan adik-beradik aku yang berlainan kelas ni. aku sayang bestie-bestie aku yang selalu support aku dari belakang.

yesterday, majlis restu ilmu dan penyusunan kerusi meja dan dibuat. ye. sesi bertangis-tangisan dan meminta maaf pun terjadi. cikgu Zahariah merupakan cikgu yang aku rapat walaupun dia tak mengajar kelas aku. ini semua berkat usaha aku nak menyertai pertandingan cerpen. ye. disebabkan cerpen tu jugak aku dah melepasi band 6. alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana telah mencambahkan minat aku terhadap bidang penulisan.

To my angah, haa. ni pun satu hal. aku sebenarnya dah 3 bulan ada abang angkat secara official. hmm. tak sangka persahabatan aku dengan dia dah masuk 2 tahun. thanks angah sebab support adik so much. sejak belakangan ni aku kerap jugak sakit. stres sangat agaknya.

ni pun semalam melecur tangan ni kene kuali. sape suruh menelefon time memasak?

hikmahnya bila dah dekat PT3 ni, mana yang dulu bermasam muka, dan erat semula. mana yang bergaduh dah berbaik. ye. inilah hikmah yang aku tak sangka2 langsung. Salah seorangnya adalah buddyz aku yang dahulu. Nora. life has been changed since we are not keep in touch. semuanya berlaku luar dugaan.

habis aje PT3 ni in shaa Allah aku nak jalankan projek Pameran Warisan dan Explorace Warisan. it is a way to enjoy and get band. aku jugak nak belajar sikit-sikit bidang astrofizik. astrofizik tuh berkaitan dengan sains angkasa.

oh, ada berita gembira sebenarnya. aku dapat tawaran untuk ke PPCS 2014 anjuran permata pintar. x sangka rasanya boleh lepas ujian ni. apa-apa pun aku perlu prepare myself and put my best foot forward untuk PT3. then i'll think about something else.

To Fatin Syafiqah, kawan aku ni memang selalu support aku. ye. aku akui. first impression kita selalunye berbeza dengan apa yang sebenar. All the best to my friends.

macam-macam benda dah aku lalui. dan tahun inilah penentu sebelum kami semua naik ke tingkatan 4.

oh yee. cikgu Zahariah pernah kata, yang muka aku selalu masam je. serious semacam. aku tak sedar pulak aku jenis yang macamtuh. hahaha. tapi kalau nak tau, aku ni kalau dah sekali gelak, susah nak berhenti tau. itulah pasalnya kalau Nazrien buat lawak sampai aku semput gelak. sabar je lah. orang gelak tak sampai 20 saat pun. aku? gelak boleh cecah 2 minit! gile sungguh.

"Senyuman Hidayah ni mahal tau. susah nak nampak. kalau dah senyum tuh ada lah apa-apa tuh. biasa kalau dia berjalan muka dia dah macam komander dah." ayat cikgu Zahariah buat classmates aku gelak dalam bilik guru.

dulu cikgu Hassan pun ada kata "Hidayah ni saya tengok memanjang je stres. bila berjalan kat mana-mana muke serius jee."

see? orang memerhatikan kita tau. moralnya, senyum tau. jangan jadi macam aku. kelat je muke. hahaha. now aku selalu cuba senyum. Jidin kata dia pun setuju bila orang kata muka aku asyik masam atau tak ada perasaan.

tapi.. itulah. aku sebenarnya bukannya apa, just kadang2 nak sembunyikan perasaan. aku tak suka orang kata aku lemah or lembik. aku nak jadi kuat. nak berdikari sendiri. jadi aku tak boleh tunjukkan ape yang aku rase. so aku sembunyikan semua.

kenangan. kenangan sepanjang tiga tahun ni memang aku takkan lupakan. how i bake a biscuit dengan baju drama and so on. how i participate and be makcik tua. haha. semuanya kenangan yang akan tersimpan kemas dalam bekas hati.

Aku sebenarnya kagum dengan lelaki yang setia which susah nak dapat zaman sekarang ni. so kalau jumpa please have a faith on him and don't be too controling. aku dah jumpa but that person is not mine. susah nak cari orang yang faham aku. jadi, sebelum kenal aku betul-betul, jangan bercakap ikut sedap mulut je.

hmmm. talk about my PC. oh my Allah. meletup lagi PC kedua tuh. and finally sebuah lappy dibelikan untuk aku dengan harapan janganlah meletup lagi.

so, I still waiting for my PC. PC aku dah dihantar untuk dibaiki. oh! kehidupan ni sesungguhnya sungguh mencabar.

Over all. i am hoping the best for myself and my friends for PT3. doakan kami batch pertama PT3. Kita dah usaha dan hanya kepada Allah kita mengharap.

okeylah! nanti kalau ada masa aku akan menulis lagi. now i got to go. bye!

PS: good luck batch PT3!