expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 April 2013

kursus komunikasi dan pengucapan awam pengawas SMK Darul Ehsan.*haa??

"aku rase lepas ni mesti aku tertido dengar ceramah."

nilah ayat yang selalu Kirthanna ulang-ulang wktu kami mula-mula duduk kat kerusi dalam dewan.yup,tajuknye pun mmg macam bosan.aku duduk antara Kirthanna dan kak Fariza.sekitar pukul lapan pagilah macamtuh.datang2 aje aku nampak Rahman sorg aje.rupanya pukul 7 pagi dia dah sampai?ish2.

sabar ajelah.dah merepek2.mentang2 lah Kirthanna mak aku dalam drama Rumplestitlskin.muahahah!Rahman pulak King dalam cite tuh.dah bergaduh2 mak mentua dengan menantu tadi..

so,apa yang sebenarnya dah jadi harini?hmm.okey,pada permulaannya kami diberi peluang utk bentuk kumpulan sendiri.so,aku,Kirthanna,Azyan,Sabrina,kak Fariza,Farah,Aina dan berapa orang lain lagi.*bnyk sangat.susah nk ingat semua.

satu kumpulan 10 orang.perkara pertama yang kitaorg kene buat ialah ice breaker.hadoi,penat giler nak mencari org2 mengikut kriteria yg fasilitator tu nak.pakai saiz kasut sama?lahir pada bulan april?tapi kesian kak Dania,semua org serbu dia utk yang April tuh.hehehe.

aktiviti kedua,angkat straw guna kelingking,ini taklah berapa kaw lagi.huhuhu.aktiviti seterusnya pasti tak sanggup!

sebelum rehat,ada sesuatu yang menakutkan perlu kami lakukan.iaitu...JENG,JENG,JENG!

lambung orang beramai2!hadoi.ada dua barisan dan kita akan pegang tangan orang yang dihadapan kita,so,bila sampai orang kat atas tangan,kita kena lambung dan pas kebelakang.kesian sape yang kene.mesti pening.nasib baik tak ada yang jatuh.aku dengan kak Aimi dah takut giler terlepas tangan waktu passing org kebelakang.hadoi!!

yang kedua.lagilah susah.kene silang tangan beramai2.ingat kan kene lambung org lagi.kalau dengan keadaan camtuh lambung org patah lah tangan.. =,="

rupa-rupanya kami kene bukak simpulan tuh jadikan bulatan besar.what???susahnya.pusing sana takleh.pusing sini takleh.hmm.sakit gile lengan.sabar ajelah..paling aku terkejut,sekolah kami rupanya sekolah pertama yang buka simpulan kat tengah-tengah.hadoi.apepun kami dapat buka simpulan tuh dan pecah rekod.14 minit 50 saat!wowowo!hahaha.bangga2.eceyh!great job semua!

lepas tuh rehat.hmm.makan nasi lemak.sekali lagi aku gabung dengan kak Fariza,Azyan,Aina dan Farah.well.apalagi,semua cerita pasal apa yang berlaku.paling best lambung org tuh laa.

lepas rehat,hmm.adalagi aktiviti.mula2 macam nak berkawad.tanpa sedar rupanya tukar kumpulan.hadoi!sabar ajelah.satu kumpulan lebih kurang 15-18 orang.hmmm.mula2 kami main perang dunia pertama.bom negara lain!

sabar2.bukan perang betul2 eh?nyanyi je lagu untuk hantar bom ke negara orang lain..lagu dia macam nieh

sebelum tuh.lupa pulak.masing2 kene plih negara yang hanya ada dua suku kata dan kami plih korea.hahah!
berbalik kepada lagu,lagu dia macam ni.

korea bom,korea,korea bom to thailand bom!hahahaha.sekadar lagu.kalau lambat jawab kene bom!kalau bom negara yang dah hancur negara sendiri hancur.pusingan kedua pulak sebelum balas kene nyanyi satu lagu.lagu chan mali can lah.lagu shae lah.tapi satu rangkap je ye..hadoi...

yang paling last sekali.ahak2.lepas tuh,kitaorang ibarat kan kami nak berdamai.dah takmau perang2 lagi.so,kita kene bina satu negara baru.wow!kami diberi mandat untuk membina sebuah negara.siap dengan perdana menteri.ni bahagian paling lawak.hadoi.segala menteri pertahanan,menteri hiburan pun ada?entahlah.aku rase diaorang main buat aje asalkan ada.dh terlalu banyak datin2 and dato'2 kan?hahaha...

kami lukis negara kami adalah sebuah pulau.lengkap dengan segala benda kat situ.nak ape?universiti?pelantar minyak?hahaha.sesi menerangkan satu minit.and soal jawab dua minit.ada dua soalan yang kumpulan kami dapat.satu,mana kubur and negara kami pulau an?jadi kalau tsunami macammana??

hmm.yang tsunami aku yang jawab.ehem,ehem.jawapannya begini..

"mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis,negara kami tidak terletak dalam lingkungan api pasifik,jadi kemungkinan untuk tsunami dan gempa bumi tidak ade"
yang berkenaan kubur tuh shashikumar yang jawab.takbleh blah betul
"adat negara kitaorang,negara Newland Harvard kalau mati campak je kat laut.takpayh kebumi...huhuhu

sekadar nak menyelamatkan keadaan aje.hahahah!

hadoi.apepun,kumpulan kami dapat tempat ketiga.alhamdulillah..hehehe.maybe sbb kepetahan menteri2 sekali bercakap ye.hmmm.

hmm.apepun aku harini aku belajar erti kebijaksanaan dan kerjasama amat penting dlm kehidupan.disamping itu motivasi diri jangan malu!hehehehe.

sampai disini sahaja dulu!!hehehe

p/s:mmg best gilerrrr!!

No comments:

Post a Comment