expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 April 2013

kursus komunikasi dan pengucapan awam pengawas SMK Darul Ehsan.*haa??

"aku rase lepas ni mesti aku tertido dengar ceramah."

nilah ayat yang selalu Kirthanna ulang-ulang wktu kami mula-mula duduk kat kerusi dalam dewan.yup,tajuknye pun mmg macam bosan.aku duduk antara Kirthanna dan kak Fariza.sekitar pukul lapan pagilah macamtuh.datang2 aje aku nampak Rahman sorg aje.rupanya pukul 7 pagi dia dah sampai?ish2.

sabar ajelah.dah merepek2.mentang2 lah Kirthanna mak aku dalam drama Rumplestitlskin.muahahah!Rahman pulak King dalam cite tuh.dah bergaduh2 mak mentua dengan menantu tadi..

so,apa yang sebenarnya dah jadi harini?hmm.okey,pada permulaannya kami diberi peluang utk bentuk kumpulan sendiri.so,aku,Kirthanna,Azyan,Sabrina,kak Fariza,Farah,Aina dan berapa orang lain lagi.*bnyk sangat.susah nk ingat semua.

satu kumpulan 10 orang.perkara pertama yang kitaorg kene buat ialah ice breaker.hadoi,penat giler nak mencari org2 mengikut kriteria yg fasilitator tu nak.pakai saiz kasut sama?lahir pada bulan april?tapi kesian kak Dania,semua org serbu dia utk yang April tuh.hehehe.

aktiviti kedua,angkat straw guna kelingking,ini taklah berapa kaw lagi.huhuhu.aktiviti seterusnya pasti tak sanggup!

sebelum rehat,ada sesuatu yang menakutkan perlu kami lakukan.iaitu...JENG,JENG,JENG!

lambung orang beramai2!hadoi.ada dua barisan dan kita akan pegang tangan orang yang dihadapan kita,so,bila sampai orang kat atas tangan,kita kena lambung dan pas kebelakang.kesian sape yang kene.mesti pening.nasib baik tak ada yang jatuh.aku dengan kak Aimi dah takut giler terlepas tangan waktu passing org kebelakang.hadoi!!

yang kedua.lagilah susah.kene silang tangan beramai2.ingat kan kene lambung org lagi.kalau dengan keadaan camtuh lambung org patah lah tangan.. =,="

rupa-rupanya kami kene bukak simpulan tuh jadikan bulatan besar.what???susahnya.pusing sana takleh.pusing sini takleh.hmm.sakit gile lengan.sabar ajelah..paling aku terkejut,sekolah kami rupanya sekolah pertama yang buka simpulan kat tengah-tengah.hadoi.apepun kami dapat buka simpulan tuh dan pecah rekod.14 minit 50 saat!wowowo!hahaha.bangga2.eceyh!great job semua!

lepas tuh rehat.hmm.makan nasi lemak.sekali lagi aku gabung dengan kak Fariza,Azyan,Aina dan Farah.well.apalagi,semua cerita pasal apa yang berlaku.paling best lambung org tuh laa.

lepas rehat,hmm.adalagi aktiviti.mula2 macam nak berkawad.tanpa sedar rupanya tukar kumpulan.hadoi!sabar ajelah.satu kumpulan lebih kurang 15-18 orang.hmmm.mula2 kami main perang dunia pertama.bom negara lain!

sabar2.bukan perang betul2 eh?nyanyi je lagu untuk hantar bom ke negara orang lain..lagu dia macam nieh

sebelum tuh.lupa pulak.masing2 kene plih negara yang hanya ada dua suku kata dan kami plih korea.hahah!
berbalik kepada lagu,lagu dia macam ni.

korea bom,korea,korea bom to thailand bom!hahahaha.sekadar lagu.kalau lambat jawab kene bom!kalau bom negara yang dah hancur negara sendiri hancur.pusingan kedua pulak sebelum balas kene nyanyi satu lagu.lagu chan mali can lah.lagu shae lah.tapi satu rangkap je ye..hadoi...

yang paling last sekali.ahak2.lepas tuh,kitaorang ibarat kan kami nak berdamai.dah takmau perang2 lagi.so,kita kene bina satu negara baru.wow!kami diberi mandat untuk membina sebuah negara.siap dengan perdana menteri.ni bahagian paling lawak.hadoi.segala menteri pertahanan,menteri hiburan pun ada?entahlah.aku rase diaorang main buat aje asalkan ada.dh terlalu banyak datin2 and dato'2 kan?hahaha...

kami lukis negara kami adalah sebuah pulau.lengkap dengan segala benda kat situ.nak ape?universiti?pelantar minyak?hahaha.sesi menerangkan satu minit.and soal jawab dua minit.ada dua soalan yang kumpulan kami dapat.satu,mana kubur and negara kami pulau an?jadi kalau tsunami macammana??

hmm.yang tsunami aku yang jawab.ehem,ehem.jawapannya begini..

"mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis,negara kami tidak terletak dalam lingkungan api pasifik,jadi kemungkinan untuk tsunami dan gempa bumi tidak ade"
yang berkenaan kubur tuh shashikumar yang jawab.takbleh blah betul
"adat negara kitaorang,negara Newland Harvard kalau mati campak je kat laut.takpayh kebumi...huhuhu

sekadar nak menyelamatkan keadaan aje.hahahah!

hadoi.apepun,kumpulan kami dapat tempat ketiga.alhamdulillah..hehehe.maybe sbb kepetahan menteri2 sekali bercakap ye.hmmm.

hmm.apepun aku harini aku belajar erti kebijaksanaan dan kerjasama amat penting dlm kehidupan.disamping itu motivasi diri jangan malu!hehehehe.

sampai disini sahaja dulu!!hehehe

p/s:mmg best gilerrrr!!

Sunday, 14 April 2013

another day di bengkel KHB.aik?apa pulak kali ni?bungkus nasi lemak? -,-"

salam Ahad!finally rehat setelah seminggu bagai nak rak bekerja.ceh!!bekerja.yup.bolh dikatakan bekerja tanpa gajilah..budak sekolah beb!kwang3.bertambah dengan PBS segala bagai.macam aku cakap,bulan April mmg penat giler.2 minggu akan datang jadual aku memang padat gilerrrr..

jumaat seriusly kecoh.masing-masing lupa yang jumaat kene bungkus nasi lemak.what????hadoi..aku dah lah waktu pakai baju uniform pengawas.kalau kene sambal nasi lemak tu macammana kan?jatuh standard =,="

hahaha.first thing masuk bengkel masakan,aku dengan Irdina macam biasalah.kalau dah masuk bengkel masakan memang rapat ajelah.

6 orang bertugas ambik nasi lemak,timun,telur dengan sambal kat kantin.hadoi,semuanya berebut nak kuar kelas.opps!bukan kelas,tapi bengkel masakan.so,yang lebihan dalam kelas semuanya ditugaskan bancuh air.

hahaha.air ape?hmm.macam2 jenis ade.air teh o,teh susu,nescafe susu,nescafe o.hmm.bantai ajelah minum pe yg ada kat dapur tuh.hehehe.masak 3 cerek air and bancuh 6 teko air.sabar aje lah..macam-macam ragam sungguh.ada yang takut nak pegang cerek panas lah,ape lah.hmm..

bila sampai je nasi lemak dan rakan-rakan seperjuangannya seperti timun dan sambal,semuanya tertumpu kat situ.tinggallah berapa kerat yang nak bancuh air,itupun aku,Irdina,Sara,Tasha dengan Yap.hah.dah riuh macam kedai kopi dah tau.Sara dengan Tasha bancuh air teh susu.berbakat juga kitaorg ni nak menguruskan warung.mana lah tau kan?

akhirnya,setelah lebih kurang 1 jam,siaplah 6 teko air dibancuh termasuk keje2 membasuh cawan untuk 21 orang yang nak minum.hmm.alhamdulillah.tak ada apa yang kecoh ye seperti banjir dan sebagainya,tak kuase nak menghadapi dugaan seperti itu -,-"

well,paling lama tolong aku Irdina,thanks ye irdina *jgn bangga sangat.aku ucap time kasih.lepastuh kitaorg terus kene bungkus nasi lemak.haaa!ni pun dah kecoh dah.dalam masa aku bancuh air tu macam2 jenis bungkus nasi lemak wujud kat atas meja.ada yang senget,ada yang leper,ada juga yang dah terkoyak skit,hadoi! >.<

time giliran aku,hmm.alhamdulillah relaks.aku ambik daun pisang,lipat dulu kertas minyak yang warna coklat tuh jadi dua,pastu lipat sikit lagi.jadilah bentuk kon.huhuhu.masukkan daun pisang dalam tuh dan letakkan nasi lemak.ni lagi satu silap ramai kawan2 aku.diaorang semua fokus nak letak sambal dulu,org letak timun dengan telur dulu baru letak sambal.hadoi!so,finally aku lipat dengan kemas dan siap.heheh!sempurna.bagi aku sebab sebelum ni aku memang tak pernah bungkus nasi lemak.

alhamdulillah lepas band 4.bukan senang nak lepas band 4 tuh.maklumlah pakai band2.

orang yang terakhir kene uji bungkus nasi lemak adalah Yap.selepas tuh kami semua makan sama-sama.hmm.sekali lagi kami rase macam satu family.macam biase,Azyan dengan Musfirah sebelah kanan aku,Wendy and Yap dengan kiri aku and Irdina depan aku.yeay!masing-masing minum air buatan kitaorg.alhamdulillah.no complain.Sara punya air teh susu paling gempak.huahuahuah ^_^

by the way,hidup dengan generasi yang menggunakan band dalam kehidupan seharian seriusly selalu kecoh.

yup!kecoh.eh?tak habis lagi.lupa nak cerita pasal drama.sebelum balik skolah kitaorg smpat berlatih drama.berjalan lancar semuanya.Musfirah dtugaskan bawak baby alive untuk jadi anak aku dlam drama Rumplestitskin.huahuahua.rase macam dukung anak betul aje.Kirthanna tak habis2 nak pegang anak patung yang dikategorikan cucu dye tuh :p

well.drama tak lama lagi.awal bulan 5 kot.hahah!sara terbaik dengan watak nenek.aku suka bila dye cakap enough!!!!!!!lawak.semuanya gelak.aku harap director kami,Batrisyia akan sabar dengan perangai ktaorang yang nakal sket ni.peace!

p/s:perlu sabar menghadapi dugaan.sekian dulu....

Tuesday, 9 April 2013

Mighty minds and about April! #so much to take it along....

fuhhhh!penatnya harini.baru je lepas habis cari maklumat pasal mikroskop.mmg penat giler minggu ni.smalam aku pening smpi tertido dalam kelas aku.nasib baik cikgu tak marah.aku tak sedar yang aku dah tido.tau2 aje irdina kata aku tido dgn nyenyak lagi selambanya selama setengah jam!wow.aku pengsan ke ape sebenarnya?

sebenarnya penyebab utama yang aku penat sangat tu program hari sabtu.program ape?hah.awal2 dah ada kat tajuk tuh.alaa!~program mighty minds yg giler gempak tuh.memang gempak gile.kalau aku tak cancel trip aku pergi star trek dekat pusat sains negara tu mmg rase rugi sngt.tapi jauh kot.tempat tuh kat Paradigm Mall.haa.12 orang sekali pergi naik van.aku satu geng dengan Alya Adilah and Vitala.well.Irdina buat satu lagi kumpulan dengan Dhillan and Rivashene.lagi dua kumpulan upper form aku tak tau sape.

sebenarnya pertandingan ni ada tiga peringkat.satu general knowledge question.second hands-on challenge and last sekali buzzer quiz.tapi kitaorg sampai hands-on-challenge je.sbb?hmm.maybe english aku dengan Alya tak berapa okey sangat.kami gagal dalam  oral.hehehe.

so,awal2 pagi lagi kami dah bertolak ke Petaling jaya.memang agak jauh skit.hahah!tak sangka Vitala tertinggal beg dia kat sekolah.merepek aje!nasib baik fon dye tak tertinggal.kalau tak?haa.alamatnya dengan telefon2 sekali kene kebas.

sampai aje kitaorg dh menggigil.ha.dengan aku tak prepare ape2.Alya atleast adalah jgak baca sket maklumat kat internet.tak expect pun pergi kepusingan kedua.Vitala lagi dasyat.tak tido langsung.kesian dia.hahaha,kapten team kitaorang lah plak...

around pukul 10.30 pagi,team red upper form masuk dekat satu tapak perhimpunan khas,.dekat depan sekali atas pentas ada skrin besar.wooooo!display soalan lah!apa lagi.takkan nk tgk wayang an?memang masuk je aku dah mengigil.tetiba je tangan aku sejuk macam baru pegang ais.hahaha.releks2.belum lagi soalan dia!perghh!susah beb.by the way atas kerja sama kami berkumpulan dapat kami jawab dengan cepat.Vitala tau skit pasal sukan,aku pasal sains dan Alya pasal movie and bangunan.well.dapat 240 points.alhamdulillah!

bagi kumpulan Irdina,aku memang respect sbb Irdina tau bahasa jepun skit2.so,soalan tu ada yg tanya apa maksud Kawaii?hmm.

tak sangka SMK Darul Ehsan dapat kepusingan kedua.tapi aku respect Viitala.dia berjaya design satu teknologi dalam masa beberapa jam aje.yup.soalan dia mmg agak complicated.kita perlu design satu bekas untuk anjing makan tanpa mengundang serangga perosak dan tidak bersepah.haaa.memang.nk bina tu pakai apa?pakai bahan2 terbuang.hmm.sejak bila pulak aku jadi pereka cipta ni?Alya pun aku rasa tak pernah mereka cipta benda2 alah ni.

hmm.lepas dah buat tuh,oh lupa nak kasi tau.masa satu jam aje tau!haa.memang agak kelam kabut.30 mnit pertama vitala suruh relaks.biasalah budak lelaki kan.dah lepas tu baru kelam kabut.hmm.paling takboleh tahan kene wat oral.pakai mikrofon depan 3 juri hebat.mmg aku lupa script,Vitala pun gagap skit.Alya alhamdulillah,dia ingat skrip dia.hehehe.hebat2.

by the way,alhamdulillah.memang aku rasa semuanya okey.insyallah team aku and Irdina akan masuk lagi taun depan.insyallah.oh ye!berbalik kepada sekolah,macam2 aku kene bwat,masuk pertandingan explorace lah,buku skrap sc lah.memang terbaik.penat!dengan drama lagi.smlam sukan kene jadi wakil rumah tuah.huh.penat2.tlglah yang rumah tuah.datanglah semuanya isnin depan!

hmm.ni ada 2 keping gambar yg aku nak tunjuk.since dah kelam kabut,kitaorg smpat tangkap ini aje..

ni adalah project kitaorg yg diberi nama easy feeder.yang R45 tu adalah number kumpulan kitaorang.hehehe.cd tu sebenarnya nak buat macam kipas.tapi tak berapa nak jadi.memang gempak lah.first time kitaorang berdua asah bakat kitaorang dalam mereka cipta benda2 alah ni.by the way kumpulan lain gempak.tapi tak bermakna kalau kitaorang asah bakat kitaorang boleh menang.right?


ni gambar aku dengan Alya Adilah.macam biasalah.credit to Irdina yang tolong tangkapkan.kalau tak,memang takda langsung lah kenangan.sekeping ini jelah gambar.sabo je lah..gambar Vitala takde sbb dya tak join skli wktu tangkap gambar.






p/s:i really meant it.gempak right model tuh?hahahaha.majulah SMK Darul Ehsan menempah nama!kita mampu menjadi setanding sekolah lain yg awesome.asalkan kita tak malas and terus berusaha.peace!