expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 8 February 2013

program Perisai Buat Puteri yg diadakan di SMKDE

hmm.bertemu kembali dalam blog kembara generasi PBS ni.well.untuk minggu ni boleh dikatakan banyak juga yang aku nak tulis.bermula dengan hari selasa lepas.aku dan kawan-kawan aku,khas untuk perempuan lah ek semuanya?program apa yang khas untuk perempuan aje ni?hah.tajuk ceramah tersebut ialah perisan buat puteri.jeng3!lelaki tak boleh dengar.

dalam seminar ni,kami telah pun diajar cara-cara untuk berperisai daripada lelaki perosak.paling penting yang kami belajar ialah modus operandi lelaki-lelaki perosak ni...

ada tiga cara ye..
1)melalui tutur kata..
biasanya lelaki perosak akan membuatkan anda tersenyum.memulakan dengan lawak dan sebagainya.tetapi awas!jangan semua lelaki yang membuat jenaka anda kata lelaki perosak.huh!sampai bila pun kalau ada yang berfikiran begitu akan menjadi andartu.mereka juga bijak memanipulasikan perempuan.dengan merendahkan diri mereka dan membuatkan kaum hawa berasa cepat kasihan..haduyai.inilah masalah wanita.kadangkala terlalu berlembut hati.keraskan sikit hati anda tuh!huh!lagi satu.jangan mudah cair menerima pujian..faham??

2)melalui pandangan mata
hah!ini pun awas juga.bak kata orang tua-tua.dari mata turun ke hati.sebenarnya pandangan boleh menggambarkan diri atau mewakili hati.ada perbezaan pandangan mata lelaki perosak dan lelaki biasa ya..lagi satu!lelaki perosak dah biasa menipu perempuan.kalau mereka ada buat silap pun masih diaorang dapat pandang kita sharp!hadoi...susahnya.jadi kalau boleh coverlah pandangan kita tuh ek?

3)melalui sentuhan pertama
hmm.ini paling kena jaga.sebabnya penceramah tu dah kata,kebanyakan orang boleh elak daripada tutur kata dan pandangan mata tapi diaorang susah nak lupakan sentuhan pertama ni.well.lelaki perosak akan sedaya upaya menyentuh mana2 bahagian kulit anda seperti tangan dan lengan.dan diaorang juga akan cari cara macammne nak sentuh anda tanpa anda marah.sebagai contoh situasi di panggung wayang.duduk dua org.pastuh permulaannya dia akan minta awak pilih cerita.lepastu dia akan provoke awk smpi awk rase macam nak cubit dia ke.bila kita nak cubit dia akan pegang tangan kita untuk mempertahankan diri.self defense.jadi perempuan pun kene same berhati-hati ek?kalau dah terpegang sekali tu,kebanyakannya susah nk lupa.bila dh dpt skli pegang,yang lain jadi senang.jadi berhati-hati.hadoi..

rupa-rupanya inilah salah satu sebab yang membuatkan masalah sosial dalam negara kita semakin menjadi-jadi.alhamdulillah dengan dana belia satu Malaysia.program seperti ini dapat diadakan dan dengan ini diharapkan bahawa murid-murid SMKDE telah pun berperisai..

tapi yang membuatkan aku gelak tuh.once kami semua geng perempuan dah masuk kelas.Safiah pulak nak betulkan pembalut meja murid-murid kelas kami yang sememangnya dah tak semenggah langsung.dalam keadaan kritikal lagi!lebih-lebih lagi murid-murid lelaki.dah ade yg koyak.ada yang berlubang.hadoi!tak pasal-pasal mereka dicop lelaki perosak.tapi bukanlah perosak wanita.perosak pembalut meja aje.. =,="




No comments:

Post a Comment