expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 28 April 2018

Pengalaman bergelar pelajar ASASIpintar..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Memandangkan tak lama batch kami sesi 2017/2018 akan menamatkan gelaran kami sebagai pelajar ASASIpintar, akak rasa terpanggil untuk menulis sesuatu bagi adik-adik yang akan masuk ke sini. Rasanya, kalau nak cerita semua sekali akak pun tak larat apatah lagi kalian yang nak membacanya. 

Apa-apa pun, akak akan cuba ringkaskan sebaik mungkin untuk jadi padat dan mantap. Now, siapa yang rasa macam gerun bila dengar pasal ASASIpintar ni? Ada yang kata susah, ada yang rasa macam takut nak masuk. Sekarang akak nak pastikan kalian betul-betul tahu apa itu ASASIpintar dan macammana kehidupan sebagai pelajar ASASIpintar. Untuk memudahkan semua, akak akan bahagikan kepada beberapa bahagian. 

1)Akademik.

Perkara yang paling utama sekali adik-adik perlu tahu ialah, kalian hanya boleh memohon untuk menjadi pelajar aliran sains tulen sahaja. Maksudnya, tak ada pilihan lain selain daripada belajar semula subjek-subjek seperti Fizik, Biologi dan Kimia. 

Di sini akak senaraikan kursus-kursus yang kalian akan belajar sepanjang semester I and II nanti. Akak takkan terang semua satu-satu sebab macam biologi, statistik dan kimia tu rasanya mesti kalian dah dapat agak dah belajar apa. 

Semester I
1. Biologi I (3)
2. Fizik I (3)
3. Kimia I (3)
4. Apresiasi Bahasa dan Kesusasteraan (LLA) (3)
-Dalam subjek ni kalian akan belajar untuk menghayati puisi,cerita pendek dan drama dalam bahasa Inggeris. Kursus ni bukan biasa-biasa macam klise kita belajar untuk SPM dulu. Kita kena analisis apa maksud lagi mendalam disebalik apa yang kita baca dan kita dengar. Salah satu poem kegemaran akak ialah Barbie Doll by Marge Piercy. Instead of list kan semua poetic device dalam tu, nanti kalian sendiri yang kena tulis poem pulak. :)
5. Research Skills (4)
-Untuk semester ni, kalian akan didedahkan dengan cara-cara untuk membuat kertas kerja untuk research yang akan dijalankan dalam semester 2. Waktu ni kena bersedia untuk cari macam-macam idea yang bernas untuk jalankan research. Apa yang paling penting ialah kena rajin membaca artikel-artikel saintifik. 
6. Logical reasoning (Calculus) (3)
7. Statistics (4)
8. Pembangunan Jati Diri Kebangsaan (3)


Semester II
1. Biologi II (3)
2. Fizik II (3)
3. Kimia II (3)
4. Critical Analysis of Current Issues (3)
-Cara pembelajaran subjek ni lebih kurang macam LLA semester satu. Kita banyak analisis isu semasa dan tulis refleksi. Nanti penyudah untuk subjek ini, kalian perlu mencari isu semasa dan cari jalan penyelesaian dengan menyumbangkan sesuatu. Sebagai contoh, masalah gelandangan. Batch akak ada yang buat projek Pintar Meals untuk bantu golongan mereka ini. :) menarik kan? 
5. Research Project (6)
6. Calculus vector (3)
7. Kepimpinan dan Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) (3)

Kalau adik-adik perasan ada nombor dekat tepi subjek-subjek tu, itu ialah jumlah pemberat bagi subjek tu. Dalam kes ini, research project membawa pemberat terbesar iaitu sebanyak 6.

Apa yang paling penting ialah semua subjek ni wajib adik-adik ambil. Tak ada pengecualian!

Maklumat tambahan:

-Anugerah dekan diberikan kepada pelajar yang mendapat pointer 3.67 dan ke atas semester 1
-Laluan selepas menamatkan ASASIpintar hanyalah tersedia ke UKM sahaja melainkan anda layak menerima biasiswa dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang lain.
-Ada 4 kali peperiksaan. 2 peperiksaan akhir yang membawa 50% keseluruhan gred untuk kedua-dua semester. 2 peperiksaan pertengahan semester yang memegang sebanyak 10% markah.

2) Fasiliti

Untuk batch akak, pembelajaran masih dijalankan di pusat PERMATApintar Negara. Akan ada 4 kelas biasa dan selebihnya di makmal, auditorium dan lain-lain tempat. Bermula batch akak juga, kami dibahagikan kepada dua kolej yang berbeza iaitu di Kolej Keris Mas dan juga Kolej Pendeta Zaaba. Kolej Keris Mas ni jarak dia lebih kurang 10 minit lah nak sampai ke PERMATA dengan menaiki bas. Manakalah Kolej Pendeta Zaaba pula mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Jadi, sesiapa yang bertuah dapat Kolej Pendeta Zaaba tu sempat lah juga tidur lama sikit dalam bas walaupun perlu bangun awal. Hehehe.

Selain itu, anda akan juga ditempatkan satu bilik 2 orang. Ikut nasib juga. Kadang-kadang dapat duduk bilik sorang. Huhuhuhu.

Disebabkan dah dipecahkan kepada dua kolej, maka kalau ada kerja-kerja berkumpulan, kawan-kawan dari Kolej Keris Mas mungkin perlu menaiki bas Zon 3 atau Zon 6 untuk ke Kolej Pendeta Zaaba dan sebagainya. Bas UKM akan beroperasi sehingga maksimum pukul 11 malam.

Oh, satu-satunya jenis pengangkutan nak ke tempat kuliah hanyalah bas. Tapi kalau taknak naik bas, naik basikal pun digalakkan. Tapi meredah hutan jugalah. Kalau tak bersedia nak dikejar beruk atau babi hutan, eloklah naik bas. Manfaatkan sebaik-baiknya ya fasiliti yang telah disediakan.

3) Keperluan kewangan
Bagi sesiapa yang mendapat tawaran untuk ke ASASIpintar, bayaran utama seperti yuran kemasukan dan lain-lain akan diberitahu kemudian. Apa yang akak nak ceritakan di sini ialah mengenai keperluan kewangan untuk membeli buku dan sebagainya.

Diawal kemasukan nanti, anda akan diberikan peluang untuk membeli buku-buku teks yang berkenaan. Macam biology, kita ada buku Campbell, kalau Fizik kita akan gunakan Giancoli and so on. Tapi nasihat dari senior akak, beli buku-buku yang berkaitan dengan bidang yang kita nak sambung bila masuk degree nanti. Contohnya macam akak, akak minat nak sambung bidang Biologi. Jadi akak beli lah buku teks Campbell.

Tak masalah pun nak beli semua. Tapi buku-buku yang dijual tu agak mahal juga. Mencecah seratus lebih juga setiap satu. Kalau tak guna, tak perlulah beli.

P/S: Buku Physics Giancoli agak penting untuk buat tutorial.

Dari segi makanan dan minuman, purata sehari untuk makan sekiranya makan 3 kali around 12-15 ringgit. Boleh jadi kurang lagi dari tu sekiranya berjimat cermat. Ada je kawan-kawan akak yang belanja 10 ringgit je sehari untuk makanan. Jadi jangan lupa rancang perbelanjaan wang saku untuk mengelakkan anda kekeringan poket.

Oh! Ada satu lagi yang akak hampir terlupa. Sediakan juga duit untuk fotostat nota terutamanya nota kimia. Akak dulu dapat dari senior jadi kurang sikit belanja nak fotostat nota. Kalau ada printer, digalakkan bawa printer sendiri untuk menjimatkan duit printing. Sebab harga printing akan lebih mahal berbanding fotostat. Sekiranya tak ada printer, pastikan adik-adik belajar cara printing yang betul sebelum print apa-apa dikedai. Jangan sampai tersilap macam kawan akak. Tak sengaja terprint warna dan habis RM50 ringgit untuk bayar benda yang dah tersilap print. Huhuhu. 

4) Masa

Kelas akan bermula sama ada pukul 8 atau 9 pagi bergantung kepada jadual adik-adik. Kelas berlanjutan sehingga pukul 1. Rehat sekejap sehingga pukul 2 dan sambung kelas semula sama ada sampai pukul 4,5 atau 6 petang. Semester 1 agak penat sikit sebab banyak kelas balik pukul 6 petang. Semester dua maksimum akan balik pukul 5. Ini untuk hari isnin sehingga hari khamis.

Hari Jumaat pula kelas akan habis dalam 11.30 pagi dan petang tu tak ada kelas. Sabtu dan ahad biasanya cuti melainkan ada bengkel SPSS, bengkel MUET, hari sukan dan sebagainya. Agak sibuk sebenarnya. Jadi rancang sebaik-baiknya penggunaan masa.

5) Aktiviti-aktiviti lain di luar kelas

Memandangkan ASASIpintar ialah sebahagian dari PERMATApintar, jadi banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh kita sertai untuk meningkatkan skil-skil tambahan seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, keberanian dan banyak lagi. Selain jadi peserta, kita juga boleh menjadi volunteer untuk banyak program. Akak tak banyak sangat join aktiviti-aktiviti lain. Tapi akak ada lah join beberapa aktiviti contohnya Permata Model United Nations sebagai volunteer. Banyak je lagi program-program lain contohnya attachment dengan hospital untuk pengalaman tambahan dan sebagainya.

Tak kurang juga, siapa yang suka bersukan boleh lah mewakili kolej kediaman masing-masing untuk sukan UKM.


Pendek kata, masuk ASASIpintar bukan semata-mata belajar, banyak aktiviti-aktiviti lain yang perlu diseimbangkan untuk jadi manusia yang holistik. Bukan sahaja pandai tapi kalau dicampak dimana-mana boleh survive.

6) Cabaran-cabaran utama di ASASIpintar.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rintihan rakan-rakan akak sebelum dapat menyesuaikan diri, berikut merupakan cabaran-cabaran yang mungkin adik-adik juga akan hadapi.

1) Pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

Bagi adik-adik yang dah biasa belajar dalam bahasa Melayu, akan ada masalah sedikit untuk beberapa bulan pertama hendak menyesuaikan diri dengan istilah-istilah bahasa Inggeris. Mungkin akan berlaku sedikit kekeliruan. Jangan risau. In shaa Allah ada rakan-rakan yang dah biasa belajar dalam bahasa Inggeris untuk membantu.

Bahasa penyampaian utama ialah bahasa Inggeris dan juga diselangseli dengan bahasa Melayu. Kalau tak faham, sila tanya. Jangan berdiam je. Itu cara untuk survive bila kita belajar.

Selain itu, akan ada juga pembentangan kerja berkumpulan dalam bahasa Inggeris. Ini pun akan mengambil masa sedikit untuk penyesuaian. Walaupun banyak juga cabaran dan kesusahan untuk memfasihkan lidah dengan bahasa Inggeris, kebanyakan rakan-rakan akak berjaya mengatasinya dan melepasi peperiksaan MUET dengan cemerlang. Alhamdulillah.

Lagi satu, peperiksaan MUET diambil agak awal lah juga. Maksudnya, masuk hujung bulan 5, dalam bulan 11 macamtu dah ambil peperiksaan MUET. Sila pastikan adik-adik buat persediaan untuk jawab MUET dengan memperbanyakkan latihan dan sebagainya.

2)Bercakap dihadapan.

Biasanya kita hanya akan dengar cikgu sahaja yang mengajar sewaktu kita sekolah menengah dahulu kan? Di ASASIpintar, kadang-kadang kita yang kena cari bahan-bahan, siapkan slide powerpoint dan bentangkannya dhadapan pensyarah dan rakan-rakan. Ramai juga rakan-rakan akak yang rasa takut dan menggigil. Ada juga yang menangis bila terpaksa bentang seorang diri di hadapan. Tapi jangan risau, sekali dua je macamtu. Lepastu dah okay. Tak ada orang akan kecam anda disebabkan ini. Pensyarah akan support kita.

Benda ni penting sebenarnya sebab selain presentation, memang akan ada assignment yang memerlukan kita bercakap kat depan. Contohnya APTED Talk. Pernah dengar Ted Talk? Kalau tak pernah. Cuba cari dekat youtube dan dengar.

3)Subjek yang banyak dan agak berat.

Rata-rata kawan akak banyak merungut pasal projek penyelidikan. But let me give some tips here, kalau rasa-rasa buntu nak buat apa, boleh lah contact senior dan tanya macammana mereka atasi masalah untuk perkara tu.

Untuk akak, akak rasa projek penyelidikan tu agak memeningkan juga. But in the meantime, akak belajar banyak perkara baru. Siapkan research cepat, jangan tangguh-tangguh sampai ke penghujung baru nak mula buat. Kalau ada yang nak jadikan alasan nak tolak ASASIpintar sebab ada projek research, ingatlah yang nanti bila masuk degree, especially dekat UKM pun kita akan buat research juga. By joining ASASIpintar, we are already one step ahead. Atleast kita dah pandai guna SPSS (alat untuk analisis data research), jalankan sendiri penyelidikan dan tulis our own research paper. Isn't that amazing? Take that as a challenge and excel with it.

4) Jadual yang padat.

Isnin dan Jumaat biasanya akan ada kuiz. Kelas dari pagi sampai lewat petang. Masa rehat yang singkat. Walaupun macamtu, kami masih sempat beriadah di petang hari, main bola jaring dan sebagainya. Assignment yang perlu dihantar sebelum deadline dan sebagainya. Di satu sisi yang lain, jadual yang padat nilah yang mengajar kami untuk mendisiplinkan diri sendiri. Main, main juga. Tak kisahlah nak main dota ke, mobile legend ke, game masak-masak ke. Asalkan belajar dan siapkan assignment.

I think that's all for now. Kalau ada apa-apa soalan jangan segan silu nak tanya akak. Jangan rasa takut, ambil benda ni sebagai cabaran dan akak wish good luck for all of you and your future.  =)

Last but not least, some pictures for recap my experience as ASASIpintar student.

Classmates semester 2,set 3. Ada 28 orang semuanya. Oh, lupa nak bagitahu. Kami ada 7 kelas je. Gambar ni dekat depan auditorium yang indah lagi cantik.

Basically, this is our batch. Kecik je batch kami ni. Ada 181 orang je. Kelakar betul rasanya waktu The ASASI Games haritu. Compare dengan asasi-asasi lain, kami ialah batch asasi yang paling kecil. 
Ni pulak waktu semester 1. Kami ada creative project untuk hasilkan satu video pendek. Tajuknya Foreseen. Video pendek tu bukan je untuk assignment, malah untuk dipertandingkan dalam anugerah gilang gemilang iaitu ASASIpintar Movie Premiere (AMP)
Oh ya! Kalau teringin nak tengok movie pendek yang kelas akak buat haritu, tekan sini --> Foreseen

Kalau berminat nak tengok kelas-kelas yang lain boleh tengok channel ASASIpintar Movie Premiere



So ini gambar dengat Set 6 waktu semester 1. Semua orang pakai cantik-cantik and hensem-hensem waktu ni. Yelah. Jalan atas karpet merah lah katakan.

Thursday, 19 October 2017

Sem 1 hampir ke penghujungnya

Dear blog, 

Nampaknya aku dah kurang update blog ni selepas aku dah tukar alamatnya. Entahlah. Aku rasa sakit pulak bila fikir yang aku terpaksa ambil langkah tu untuk selesaikan masalah. Tak apalah. Kadang-kadang kita kena berkorban juga. 

Secara officialnya kelas dah pun habis. Sekarang tinggal 3 hari je lagi untuk study before exam Statistik isnin depan. I would say, tough betul duduk asasi. 8 subjek nak kena handle termasuklah research skill. 6 subjek masuk exam. Sejujurnya aku tak ready. 

Dengan demam yang sekejap baik sekejap tak ni. Okay. Aku taknak lah manja-manja sangat kan. By the time exam final ni selesai, dah habis pun bulan 10. In shaa Allah. Seronok fikir bila habis exam, but now how to catch up with all of the syllabus content to score well in exam later?

Macam-macam jugak benda yang dah berubah. Let say, it less drama this year. Belum lagi ada merajuk sampai sebulan, lari-lari ke. Atau kesedihan melampau sampai tak boleh tidur malam dengan tenang.  I miss how things were done before like makan yang dah tersedia kat DM yang jalan tak sampai berapa langkah dah sampai. Hahaha. Sekarang duduk kat sini, nak gi makan pun jalan jauh gila. Kalau jalan dalam hujan x pakai payung tu dah basah-basah dah.

Apa-apa pun hidup perlu diteruskan. Sedar-sedar je dah nak habis dah sem 1. Oh ya. Tak dinafikan banyak benda baru yang aku belajar dalam hidup ni. Especially travel sorang-sorang. Even dalam kampus je as in naik bas sorang-sorang x berteman. That day aku teringat lagi last day before Umai pindah IPG, kitaorang naik bas last, bas rapid yang tak lalu kkm tapi sebabkan kesian, encik pemandu bas tu pandu gak sampai sana. Haih. Lawak pulak bila ingat. dahlah around 11 pm lebih tu. Gila betul. 

And I admit, sometimes tahun ni aku macam crybaby sikit. Haih. 

Okay, I think aku kena sambung study balik 

Thursday, 13 July 2017

Random Post in July

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya aku dah tak post dekat blog sampai rindu rasanya. Haa. Ada masalah sikit sebenarnya itu yang terpaksa aku tangguhkan sekejap. 

Baiklah. Ini bukannya post yang panjang pun. Just untuk briefly terangkan apa yang sebenarnya ada dalam kepala aku ni (of course lah aku tengah mengantuk juga) by the way. aku just tengah serabut sikit sebab banyak benda bersepah dalam kepala. aku tak dapat cari cara nak kemas sebagai mana aku boleh kemas meja aku yang bersepah. 

Sejujurnya assignment terlalu banyak sampaikan rasa macam x larat nak siapkan. Aku baru perasan sesuatu, bila aku khusyuk sangat buat assignment sampai aku jadi kejam kat diri sendiri sebab tak bagi peluang pun untuk diri aku ni relax. Well, atleast adakan lah masa untuk engage dengan dunia, buat lawak-lawak sikit and tengok apa yang jadi kat Facebook. But no..until semalam je aku ambik masa sekejap layan video lawak. huhuhu. Lepastu, boleh pula aku tertidur awal gila-gila

So now, mata pun dah minta tidur, jadi..sekian dulu. 

Saturday, 20 May 2017

Cuti dah nak habis!

Hello!

Hi guys. Cuti lepas SPM dah nak habis. Dah dekat setengah tahun bercuti dan duduk di rumah. Dari hujung bulan 11 sampai lah dah nak habis pulak bulan 5. Lamanya! Jadi, nak buat apa lepas ni?

Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan lanjutkan pelajaran ke asasi. In shaa Allah. Syukur. Lepas aku dah dapat tentukan cita-cita aku nak jadi saintis, aku rasa asasi jalan yang terbaik untuk aku. Harap-harapnya begitulah.

Aku ingat cikgu sekolah rendah aku pernah cakap, kalau kita sanggup nak berusaha, campak lah kemana-mana pun. In shaa Allah kita boleh berjaya. Kalau tak berjaya tu, ada lah lagi benda yang perlu di ubah.

Sepanjang cuti 6 bulan ni, tak adalah banyak sangat pencapaian aku selain makan yang sememangnya banyak. Hahaha. Kakak aku kata waktu ambik result haritu, muka aku dah bulat semacam dah. Semangat sangat cuti banyak makan.

Dahlah makan semangat. Belajar masak pun semangat juga ni. Tak adalah belajar masak gila-gila. Tapi paling mencabar ialah masak nasi atas dapur gas tu. Baru tolong je aku rasa dah nak nangis. Macammana lah nenek moyang kita zaman dulu tu masak guna dapur kayu? Amazing.

Walaupun lembab sikit, sempatlah aku belajar bahasa walaupun tak banyak sangat progress dia. Baca beberapa buku yang menarik. Tak dinafikan ada lah juga beberapa novel cinta klise. Klise betul! Hahaha.

Satu benda yang tak berubah pasal aku, sampai sekarang aku tengok lagi Barbie. Ish.Ish. Sabi, kalau baca post akak ni tengoklah Barbie in Video Game Hero. Akak rasa best. Hehehe.

In shaa Allah, rabu depan aku akan masuk UKM. Ada orientasi untuk 3 hari. Wish me luck! Hopefully dapat roommate yang boleh lah adapt dengan perangai aku yang kadang-kadang random ni. The rest is, bukak buku baru dan semangat baru.

Ha, semalam terserempak dengan kawan-kawan dari sekolah lama. Dari SKSTB dan jugak SMKDE. Dah lama dah since kali terakhir jumpa mereka lepas UPSR dan PT3. Kelakar rasanya bila teringat yang masing-masing dah nak dewasa. Jumpa Syahirah, Fatimah dan Batrisyia, Tapi paling panjang tu borak dengan Batrisyia lah. Sebab kiranya kitaorang deskmate dulu. Sekali dengan Syasya. Geng-geng duduk belakang.

Teringat pulak pasal biskut di bilik KH dulu. ish ish.

Semoga kita semua berjaya nanti. Amin...

Oh ya..

Sepanjang cuti ni aku banyak sangat bermimpi. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada je Rapid Eye Movement phase (REM) time aku tidur. Ada yang pelik dan tak munasabah. Ada yang menakutkan. Ada yang biasa je. Adalah beberapa yang menggembirakan.

Something yang aku rasa pelik is that, some of those people yang dah lama aku tak jumpa atau tak teringat suddenly muncul dalam mimpi aku. Aku wonder, dari segi saintifiknya mimpi ni masih banyak benda yang tak dapat nak dijelaskan. Dari satu sudut, aku sendiri percaya yang mimpi ni lebih dari sekadar aktiviti otak sewaktu tidur.

Sesuatu yang tak dapat dijelaskan dalam dunia nyata tapi wujud hubungannya dengan dunia realiti.

Entahlah.

To someone who recently wrote comment on my older post..if you read this post.

Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya assume semuanya akan jadi baik selamanya. Tak ada apa yang kekal dalam dunia ni. Apatah lagi friendship yang tak matang.

Dari berempat berpecah tiga dan seterusnya dua. Dan akhirnya aku terpaksa bawa diri sendiri yang kecewa. Aku tahu dulu aku pernah tulis "takkan berpisah". Aku mengaku aku tulis, tapi waktu tu aku tak kenal lagi dunia ni macammana.

Mungkin waktu tu aku tak matang, Aku tahu. Tapi sampai sekarang aku sendiri broken sampai aku susah nak percaya pada orang.

Aku nak jelaskan pada kau kenapa benda ni kena stop. Walaupun aku yakin kau takkan faham sepenuhnya. Tolonglah move on. Aku tak tahu nak cakap macammana. Kita takkan pernah boleh maju ke hadapan kalau kita asyik fikirkan masa lalu. So please. Jangan buatkan aku rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku.

Terima kasih kerana stay hampir 2 tahun dengan aku dulu. Aku tahu 2 tahun tu bukan masa yang singkat. Bukan senang nak hadap perangai aku yang keras kepala, tak henti-henti nak debat dengan orang, jenis yang tergesa-gesa buat keputusan sebab time tu..aku memang sangatlah tak matang.

Kalau aku boleh putarkan masa, I'll try my best untuk cari balik moment yang betul supaya aku tak perlu nak sakitkan sesiapa.

Aku tahu kau pernah cakap, persahabatan tak bergantung kepada apa yang kita ada. Ianya bergantung kepada siapa kita.

Kalau itu apa yang kau rasa. Yang silapnya kita. Atau lebih tepat aku. Aku bukan orangnya. Macam kepingan jigsaw puzzle yang salah.

Itu sebabnya aku selalu kalah dalam perjuangan friendship. Yang mana aku masih survive, aku tertanya-tanya..berapa lama aku boleh survive before benda sama jadi atau lebih teruk lagi?

Aku just betul-betul terkejut, lepas masuk asrama masih ada yang boleh hadap aku sebetul-betul hadap sebab hampir 24 jam depan mata. Makan satu meja. Belajar satu kelas. Assignment satu group. Bergaduh tolak-tolak kerusi. Main piano sama-sama. Menangis sebab addmath sama-sama.

Kalau kau baca ni..

Maafkan aku. Aku just tak boleh ubah apa yang berlaku. So please. Move on...

Sampai sini dulu untuk kali ini. 

Tuesday, 9 May 2017

Anugerah Sinaran Matahari Penulis Blog 2017(Sunshine Blogger Award 2017)

Assalamualaikum! Ni hao ma? Wie geht's? How are you?

Okay. I don't know this even supposed to be fully in English or what. I usually hears about Wechat or Whatsapp group games, but now blog too? Or am I just notice that? Hmm. Since the first entry on December 2012, this is the first time ever I have something like this. 

sunshine
Tadaaa! So cute for a sun drawing!
Well, thanks to Thaza_kun for nominating me for this award. Truly speaking, eventhough it's almost 5 years writing on this blog, just for fun. I don't think I deserve this. As this award should be for those who inspire their readers and other bloggers. This should be given to someone who writes quotes, inspirational piece of essay, educational blog or atlest those blogs which write incredible recipes which I usually failed to follow. *my bad. 

Rules
  1. Display Award
  2. Thank the person who nominated you, and post a link to their blog on your blog. Try to include a little promotion for the person who nominated you.
  3. Answer the 11 questions they’ve written for you.
  4. Summon (Nominate) 11 bloggers from your hand drawn magic circle and write them 11 new questions.
Time to answer some questions!

1.What makes you start blogging?
There's a long story to go what made me start blogging. To make it short, I like writing. I do even start writing my own novel since standard 5. There's one day, someone advice me to write about myself on blog. Which, that person advice me to make it private so that it acts as a diary. At that point, I see. Why wouldn't I write about myself and those that are really special? It is a form of appreciation. Right?

2.Who do you look up to in blogging?
Since I, myself start blogging on my own wish... I don't know. I'm being honest now. Too honest maybe? However, I do enjoy myself reading the writings of the guy that nominated me for this award.  He likes to write in English. Which totally opposite since I prefer writing in Malay. I'm bad with the grammar either. So, congrats grammar nazi.

3.Ever thought starting a vlog? Why and why not?
The first time ever I heard about vlog. Okay. I just know that vlog is a short for video blogging. Yeah. Why not? I just need time, partner, and ideas to start one. Obviously not now.

4.Do you watch Youtube? If yes, who's your favourite Youtuber?
Yes. I do. Hmm. If you are asking about specific people. I don't know. But, I do like Ted-ed channel. Seriously. There's a lot of interesting science videos made by different people. It even sometimes explain historical or even mythical things such as "where is Vampire are originated?". I'm quite surprise when they mention hantu penanggal in that video. Wow. I'm sure they have a lot of research to do just one video. That's why, it is interesting.

5.What is your favourite book?
It's a hard question actually. Why don't you ask about favourite person? Just kidding. I have no particular favourite book since I like to read anything interesting. But let me pick the latest one I read a few days ago. 

"All The Wrong Question" Second book by Little Brown, It was about Lemony Snicket. The truth is, I abandon that book for almost three years just because the book cover was so creepy. I don't have any idea why I pick it in the first place.

I guess the idiom"Don't judge the book by it's cover" is real. I know it's real but never find it myself until that one <3

6.One quote you've adapted from a book/movie/drama/anime?

"They can teach us. But it doesn't mean we learn it or believe it." Said Lemony Snicket to Ellington Feint about what his chaperone said to him. One hundred percent agree with it. No less.

7.One thing you would want to do but never had the resources to do so?

I can't think any of it right now. Sorry.

8.What subject do you hate the most in school?
I hate it when I don't understand it. If you ask me 2 years ago, my answer would definitely be Additional Mathematics. Yeah. I guess now it's Physics. Good luck with that.*Talk to myself anyway. No hard feelings.

9.If you can travel to any place in the world, where would it be? Why?
I am still looking for my courage to go on and travel especially when it involves the airplane. -,-" Well. I want to go to Turki. Istanbul to be precise. I like to go around that historical city. The best is if I can do backpack travelling.

The next after that maybe to Quebec, Canada during autumn.

10.Which do you prefer, popular music or relatively unknown music?
Why?? Why this question though?

I don't really differentiate between popular music and the unknown one. Anything that makes me feel good when I listen to it are the ones I prefer.

I know both of the latest popular music and those which relatively unknown equally. It connects me to people better.I didn't say I know all of the musics. I am not an encyclopedia. -,-" There's a chance we are able to be close to each other if we listen to the same music.

11.When and where were you are the happiest of your life? 
Hmm. PPCS 2014? Of course at Kolej Permata Pintar.

My nominations.

So, these are people which also a blogger like me. Please continue!

1.budaknostalgeek
2.Vampicuore

I'm worse than Thaza_kun... I suppose to name 11 person.  Infinity sorry for that!

Questions time.

1.Favourite movie?

2.Favourite language and why?

3.Happiest moment in school?

4.Name three qualities of person which you think made that person worth chasing for?

5.Where you are in 10 years time in your vision? 

6.If time traveling machine is exist, which do you prefer to have? Travelling to past or future? Why?

7.What do you really believe about your dreams? 

8. State a favourite song and your favourite part of lyrics. 

9.If you have one chance to change one decision that you have made,would you take it?

10.One new year goal that you never achieve for the past few years? 

11.What happen if you lost with me in a jungle or a desert? Would you still have me as friend or your enemy?

That's all for now. Please don't be mad at me. xP

P/s: due to some technical problem, I can't finish this post earlier.

Friday, 10 March 2017

March Countdown and Me.

Sedar tak sedar dah bulan Mac dah pun. Acah-acah je tajuk dalam bahasa Inggeris. Maaflah ya. Aku terasa macam nak menaip dalam bahasa ibunda pulak hari ni.

Baiklah. 10 Mac 2017. Kurang enam hari je lagi nak dapat keputusan SPM 2016. Berdebar? Ya. Teruja? Ya. Takut? Ya jugak. Macammana ni? Okay. Apa yang penting ialah kita kena jangka benda yang tak terjangka. Faham ke tak tu? 

Tapi kan, bila aku dah muhasabah hidup ni, banyak lagi benda yang kita tak ambil kisah. Selain dari keputusan SPM ni, banyak lagi benda yang akan mendatang dalam hidup kita. Sepanjang aku menulis, mencari inspirasi tak pernah bosan. Sebab ia mendedahkan aku kepada realiti kehidupan yang kasar dan tak seindah yang novel selalu ceritakan. Walaupun ada novel yang buat kisah realiti tapi jarang juga. 

Macam kawan aku kata, kalau nak buat novel pengakhiran sedih, drama pengakhiran sedih. Baik tak payah baca novel atau tengok drama. Kehidupan diri sendiri pun dah cukup menyedihkan. Mula-mula dengar memang aku gelak sungguh-sungguh. Bukan sebab kelakar, tapi sebab benda tu memang kena tepat pada sasarannya. Selama ni aku tak jumpa sebab yang paling munasabah nak jawab bila orang tanya kenapa tak suka tengok atau baca cerita sedih. Sekarang, aku dah ada jawapannya. Thanks buddy. Hehehe. 

Tulah. Bercakap pasal realiti kehidupan yang menyedihkan, manusia takkan pernah lari dari masalah. Semua orang ada masalah. Mungkin masalah anai-anai pun termasuk juga. "Anai-anai yang kecik tu pun boleh buat manusia hidup serabai." Wuhuhuhu. Dah dua dah ayat Umai aku jadikan kata-kata ala-ala kata-kata motivasi atau hikmah gitu. 

Bila aku tengok macammana orang lain tangani masalah mereka, aku bersyukur kerana aku masih, alhamdulillah sehingga ke hari ini masih tak hilang nilai-nilai kemanusiaan aku. Ternyata Allah bagi aku dan keluarga aku kekuatan yang sangat luar biasa. Kekuatan secara mental. Yup. Dan sepanjang perjalanan ni, aku sedar, bertahun-tahun aku habiskan hidup dengan mencari-cari orang yang boleh menerima aku seadanya, sudi berkongsi cerita dan sentiasa berada di belakang aku, seorang demi seorang muncul bila tepat waktunya.

Realiti kehidupan yang sangat menyedihkan. Baru-baru ni aku terpukau dengan lagu Rockabye Baby. Bila aku hayati lirik dia, aku pun nak nangis. Sangat menyentuh perasaan. Uhuk.  

Apalah sangat nak dibandingkan dengan keputusan di atas sekeping kertas kalau kita tak reti nak menilai realiti hidup? Aku akan pujuk diri dengan kata-kata ini seandainya kecewa. 

Apa-apa pun, aku sukakan cabaran dan perubahan. Contohnya hari ini. susunan perenggan tu. Hehehe

Sekian, masih menunggu hari. 

#It ain't me



Monday, 6 February 2017

Isu hantaran kahwin mahal-Salah siapa?

Assalamualaikum. 

Apa pasal pulak tiba-tiba aku nak tulis entri pasal tajuk ni? Jujur tak ada kena mengena dengan aku dah masuk umur 18. Aku just personally rasa geram pulak lelaki sibuk bahas pasal benda ni dekat Twitter. Bukan Twitter je sebenarnya. Dari dulu pun ada lah yang sibuk bahas dekat group batch. Hadoi. Tak faham aku. Nak sangat cepat kahwin ke sampai benda ni jadi concern dulu? Husnuzon. Mungkin banyak sangat masa time cuti SPM.

Okay. Baiklah. Jadi semalam aku tengok cerita Bujang Lapok. Mengisahkan Sudin yang nak kahwin dengan Eton dan bermasalah nak dapatkan wang hantaran sebanyak 1000 ringgit serba satu. Kenapa nampak hantaran ni macam menyusahkan sangat sebenarnya? Kalau menyusahkan, kenapa adat orang Melayu yang penuh dengan tatasusila dan keindahan budaya mewujudkannya, kenapa??

Itu persoalan yang pertama. Soalan yang kedua, hantaran perlu ke mahal-mahal sangat? Jawapan untuk soalan ini bergantung pada kedua-dua belah pihak tu sendiri. Siapa yang letakkan jumlah hantaran tu sebagai indikator darjat? Makanya, muncul lah golongan-golongan yang mementingkan "air muka" sebab masyarakat meletakkan indikator sedemikian meletakkan hantaran setinggi langit. Bangga bila orang sanggup juga sediakan duit hantaran mahal untuk menyunting sekuntum bunga ditaman. Haish. 

Saya secara peribadinya sebagai perempuan terasa perlu juga nak bersuara. *walaupun blog ni tak ada orang baca sangat. Almaklumlah, Saya malas nak reply dekat Twitter kang jadi gaduh. Susah. Lagi-lagi tengah ramai-ramai lelaki kat thread tu. Okay, lagi satu. Ni apesal nak kaitkan hantaran dengan kebolehan diri? Cuba cakap? Haa. *Tengah marah ni. Kalau dah bagi hadiah, nama pun hantaran tu hadiah, tolonglah ikhlas sikit. 

Keluarlah nanti isu, "hantaran mahal-mahal, bancuh air pun tak reti. hantaran mahal-mahal masak nasi pun hangus." *tepuk dahi. Eh, nak kahwin asalnya tak kisah. Sanggup sehidup semati dan terima kekurangan diri tapi in the end disebabkan hantaran tahu pulak nak ungkit? Ceh. Nampak lah sebenarnya hang tu lagi value duit dari cinta. *sigh.

Persoalan keempat, disebabkan isu hantaran kahwin mahal, ramai yang pilih untuk jadi gay? Apa masalah kau hantaran mahal pastu kau nak jadi gay pulak? Semua perempuan ke letak hantaran mahal? Mengaku jelah, kau sendiri pun memilih nak yang lawa, yang ada-ada jugak pastuh bila hantaran mahal kau frust tak tentu pasal pastuh nak salahkan orang lain. Padahal diri sendiri nak jadi macamtuh. Bukan salah orang letak hantaran mahal! *sabar..sabar.. fuhhh. Okay. Kalau anak dara yang minta hantaran sederhana dah pupus, carilah janda. *cadangan okay. Jangan kecam saya pulak. 

Okay. Sekian sahaja entri yang pendek dan membidas dengan hujah peribadi. segala bias mohon dimaafkan. Terbuka untuk sebarang perbahasan. Terima kasih.