Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
Memandangkan tak lama batch kami sesi 2017/2018 akan menamatkan gelaran kami sebagai pelajar ASASIpintar, akak rasa terpanggil untuk menulis sesuatu bagi adik-adik yang akan masuk ke sini. Rasanya, kalau nak cerita semua sekali akak pun tak larat apatah lagi kalian yang nak membacanya.
Apa-apa pun, akak akan cuba ringkaskan sebaik mungkin untuk jadi padat dan mantap. Now, siapa yang rasa macam gerun bila dengar pasal ASASIpintar ni? Ada yang kata susah, ada yang rasa macam takut nak masuk. Sekarang akak nak pastikan kalian betul-betul tahu apa itu ASASIpintar dan macammana kehidupan sebagai pelajar ASASIpintar. Untuk memudahkan semua, akak akan bahagikan kepada beberapa bahagian.
1)Akademik.
Perkara yang paling utama sekali adik-adik perlu tahu ialah, kalian hanya boleh memohon untuk menjadi pelajar aliran sains tulen sahaja. Maksudnya, tak ada pilihan lain selain daripada belajar semula subjek-subjek seperti Fizik, Biologi dan Kimia.
Di sini akak senaraikan kursus-kursus yang kalian akan belajar sepanjang semester I and II nanti. Akak takkan terang semua satu-satu sebab macam biologi, statistik dan kimia tu rasanya mesti kalian dah dapat agak dah belajar apa.
Semester I
1. Biologi I (3)
2. Fizik I (3)
3. Kimia I (3)
4. Apresiasi Bahasa dan Kesusasteraan (LLA) (3)
-Dalam subjek ni kalian akan belajar untuk menghayati puisi,cerita pendek dan drama dalam bahasa Inggeris. Kursus ni bukan biasa-biasa macam klise kita belajar untuk SPM dulu. Kita kena analisis apa maksud lagi mendalam disebalik apa yang kita baca dan kita dengar. Salah satu poem kegemaran akak ialah Barbie Doll by Marge Piercy. Instead of list kan semua poetic device dalam tu, nanti kalian sendiri yang kena tulis poem pulak. :)
5. Research Skills (4)
-Untuk semester ni, kalian akan didedahkan dengan cara-cara untuk membuat kertas kerja untuk research yang akan dijalankan dalam semester 2. Waktu ni kena bersedia untuk cari macam-macam idea yang bernas untuk jalankan research. Apa yang paling penting ialah kena rajin membaca artikel-artikel saintifik.
6. Logical reasoning (Calculus) (3)
7. Statistics (4)
8. Pembangunan Jati Diri Kebangsaan (3)
Semester II
1. Biologi II (3)
2. Fizik II (3)
3. Kimia II (3)
4. Critical Analysis of Current Issues (3)
-Cara pembelajaran subjek ni lebih kurang macam LLA semester satu. Kita banyak analisis isu semasa dan tulis refleksi. Nanti penyudah untuk subjek ini, kalian perlu mencari isu semasa dan cari jalan penyelesaian dengan menyumbangkan sesuatu. Sebagai contoh, masalah gelandangan. Batch akak ada yang buat projek Pintar Meals untuk bantu golongan mereka ini. :) menarik kan?
5. Research Project (6)
6. Calculus vector (3)
7. Kepimpinan dan Kemahiran Membuat Keputusan (KMK) (3)
Kalau adik-adik perasan ada nombor dekat tepi subjek-subjek tu, itu ialah jumlah pemberat bagi subjek tu. Dalam kes ini, research project membawa pemberat terbesar iaitu sebanyak 6.
Apa yang paling penting ialah semua subjek ni wajib adik-adik ambil. Tak ada pengecualian!
Maklumat tambahan:
-Anugerah dekan diberikan kepada pelajar yang mendapat pointer 3.67 dan ke atas semester 1
-Laluan selepas menamatkan ASASIpintar hanyalah tersedia ke UKM sahaja melainkan anda layak menerima biasiswa dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang lain.
-Ada 4 kali peperiksaan. 2 peperiksaan akhir yang membawa 50% keseluruhan gred untuk kedua-dua semester. 2 peperiksaan pertengahan semester yang memegang sebanyak 10% markah.
2) Fasiliti
Untuk batch akak, pembelajaran masih dijalankan di pusat PERMATApintar Negara. Akan ada 4 kelas biasa dan selebihnya di makmal, auditorium dan lain-lain tempat. Bermula batch akak juga, kami dibahagikan kepada dua kolej yang berbeza iaitu di Kolej Keris Mas dan juga Kolej Pendeta Zaaba. Kolej Keris Mas ni jarak dia lebih kurang 10 minit lah nak sampai ke PERMATA dengan menaiki bas. Manakalah Kolej Pendeta Zaaba pula mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Jadi, sesiapa yang bertuah dapat Kolej Pendeta Zaaba tu sempat lah juga tidur lama sikit dalam bas walaupun perlu bangun awal. Hehehe.
Selain itu, anda akan juga ditempatkan satu bilik 2 orang. Ikut nasib juga. Kadang-kadang dapat duduk bilik sorang. Huhuhuhu.
Disebabkan dah dipecahkan kepada dua kolej, maka kalau ada kerja-kerja berkumpulan, kawan-kawan dari Kolej Keris Mas mungkin perlu menaiki bas Zon 3 atau Zon 6 untuk ke Kolej Pendeta Zaaba dan sebagainya. Bas UKM akan beroperasi sehingga maksimum pukul 11 malam.
Oh, satu-satunya jenis pengangkutan nak ke tempat kuliah hanyalah bas. Tapi kalau taknak naik bas, naik basikal pun digalakkan. Tapi meredah hutan jugalah. Kalau tak bersedia nak dikejar beruk atau babi hutan, eloklah naik bas. Manfaatkan sebaik-baiknya ya fasiliti yang telah disediakan.
3) Keperluan kewangan
Bagi sesiapa yang mendapat tawaran untuk ke ASASIpintar, bayaran utama seperti yuran kemasukan dan lain-lain akan diberitahu kemudian. Apa yang akak nak ceritakan di sini ialah mengenai keperluan kewangan untuk membeli buku dan sebagainya.
Diawal kemasukan nanti, anda akan diberikan peluang untuk membeli buku-buku teks yang berkenaan. Macam biology, kita ada buku Campbell, kalau Fizik kita akan gunakan Giancoli and so on. Tapi nasihat dari senior akak, beli buku-buku yang berkaitan dengan bidang yang kita nak sambung bila masuk degree nanti. Contohnya macam akak, akak minat nak sambung bidang Biologi. Jadi akak beli lah buku teks Campbell.
Tak masalah pun nak beli semua. Tapi buku-buku yang dijual tu agak mahal juga. Mencecah seratus lebih juga setiap satu. Kalau tak guna, tak perlulah beli.
P/S: Buku Physics Giancoli agak penting untuk buat tutorial.
Dari segi makanan dan minuman, purata sehari untuk makan sekiranya makan 3 kali around 12-15 ringgit. Boleh jadi kurang lagi dari tu sekiranya berjimat cermat. Ada je kawan-kawan akak yang belanja 10 ringgit je sehari untuk makanan. Jadi jangan lupa rancang perbelanjaan wang saku untuk mengelakkan anda kekeringan poket.
Oh! Ada satu lagi yang akak hampir terlupa. Sediakan juga duit untuk fotostat nota terutamanya nota kimia. Akak dulu dapat dari senior jadi kurang sikit belanja nak fotostat nota. Kalau ada printer, digalakkan bawa printer sendiri untuk menjimatkan duit printing. Sebab harga printing akan lebih mahal berbanding fotostat. Sekiranya tak ada printer, pastikan adik-adik belajar cara printing yang betul sebelum print apa-apa dikedai. Jangan sampai tersilap macam kawan akak. Tak sengaja terprint warna dan habis RM50 ringgit untuk bayar benda yang dah tersilap print. Huhuhu.

4) Masa
Kelas akan bermula sama ada pukul 8 atau 9 pagi bergantung kepada jadual adik-adik. Kelas berlanjutan sehingga pukul 1. Rehat sekejap sehingga pukul 2 dan sambung kelas semula sama ada sampai pukul 4,5 atau 6 petang. Semester 1 agak penat sikit sebab banyak kelas balik pukul 6 petang. Semester dua maksimum akan balik pukul 5. Ini untuk hari isnin sehingga hari khamis.
Hari Jumaat pula kelas akan habis dalam 11.30 pagi dan petang tu tak ada kelas. Sabtu dan ahad biasanya cuti melainkan ada bengkel SPSS, bengkel MUET, hari sukan dan sebagainya. Agak sibuk sebenarnya. Jadi rancang sebaik-baiknya penggunaan masa.
5) Aktiviti-aktiviti lain di luar kelas
Memandangkan ASASIpintar ialah sebahagian dari PERMATApintar, jadi banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh kita sertai untuk meningkatkan skil-skil tambahan seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, keberanian dan banyak lagi. Selain jadi peserta, kita juga boleh menjadi volunteer untuk banyak program. Akak tak banyak sangat join aktiviti-aktiviti lain. Tapi akak ada lah join beberapa aktiviti contohnya Permata Model United Nations sebagai volunteer. Banyak je lagi program-program lain contohnya attachment dengan hospital untuk pengalaman tambahan dan sebagainya.
Tak kurang juga, siapa yang suka bersukan boleh lah mewakili kolej kediaman masing-masing untuk sukan UKM.
Pendek kata, masuk ASASIpintar bukan semata-mata belajar, banyak aktiviti-aktiviti lain yang perlu diseimbangkan untuk jadi manusia yang holistik. Bukan sahaja pandai tapi kalau dicampak dimana-mana boleh survive.
6) Cabaran-cabaran utama di ASASIpintar.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rintihan rakan-rakan akak sebelum dapat menyesuaikan diri, berikut merupakan cabaran-cabaran yang mungkin adik-adik juga akan hadapi.
1) Pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Bagi adik-adik yang dah biasa belajar dalam bahasa Melayu, akan ada masalah sedikit untuk beberapa bulan pertama hendak menyesuaikan diri dengan istilah-istilah bahasa Inggeris. Mungkin akan berlaku sedikit kekeliruan. Jangan risau. In shaa Allah ada rakan-rakan yang dah biasa belajar dalam bahasa Inggeris untuk membantu.
Bahasa penyampaian utama ialah bahasa Inggeris dan juga diselangseli dengan bahasa Melayu. Kalau tak faham, sila tanya. Jangan berdiam je. Itu cara untuk survive bila kita belajar.
Selain itu, akan ada juga pembentangan kerja berkumpulan dalam bahasa Inggeris. Ini pun akan mengambil masa sedikit untuk penyesuaian. Walaupun banyak juga cabaran dan kesusahan untuk memfasihkan lidah dengan bahasa Inggeris, kebanyakan rakan-rakan akak berjaya mengatasinya dan melepasi peperiksaan MUET dengan cemerlang. Alhamdulillah.
Lagi satu, peperiksaan MUET diambil agak awal lah juga. Maksudnya, masuk hujung bulan 5, dalam bulan 11 macamtu dah ambil peperiksaan MUET. Sila pastikan adik-adik buat persediaan untuk jawab MUET dengan memperbanyakkan latihan dan sebagainya.
2)Bercakap dihadapan.
Biasanya kita hanya akan dengar cikgu sahaja yang mengajar sewaktu kita sekolah menengah dahulu kan? Di ASASIpintar, kadang-kadang kita yang kena cari bahan-bahan, siapkan slide powerpoint dan bentangkannya dhadapan pensyarah dan rakan-rakan. Ramai juga rakan-rakan akak yang rasa takut dan menggigil. Ada juga yang menangis bila terpaksa bentang seorang diri di hadapan. Tapi jangan risau, sekali dua je macamtu. Lepastu dah okay. Tak ada orang akan kecam anda disebabkan ini. Pensyarah akan support kita.
Benda ni penting sebenarnya sebab selain presentation, memang akan ada assignment yang memerlukan kita bercakap kat depan. Contohnya APTED Talk. Pernah dengar Ted Talk? Kalau tak pernah. Cuba cari dekat youtube dan dengar.
3)Subjek yang banyak dan agak berat.
Rata-rata kawan akak banyak merungut pasal projek penyelidikan. But let me give some tips here, kalau rasa-rasa buntu nak buat apa, boleh lah contact senior dan tanya macammana mereka atasi masalah untuk perkara tu.
Untuk akak, akak rasa projek penyelidikan tu agak memeningkan juga. But in the meantime, akak belajar banyak perkara baru. Siapkan research cepat, jangan tangguh-tangguh sampai ke penghujung baru nak mula buat. Kalau ada yang nak jadikan alasan nak tolak ASASIpintar sebab ada projek research, ingatlah yang nanti bila masuk degree, especially dekat UKM pun kita akan buat research juga. By joining ASASIpintar, we are already one step ahead. Atleast kita dah pandai guna SPSS (alat untuk analisis data research), jalankan sendiri penyelidikan dan tulis our own research paper. Isn't that amazing? Take that as a challenge and excel with it.
4) Jadual yang padat.
Isnin dan Jumaat biasanya akan ada kuiz. Kelas dari pagi sampai lewat petang. Masa rehat yang singkat. Walaupun macamtu, kami masih sempat beriadah di petang hari, main bola jaring dan sebagainya. Assignment yang perlu dihantar sebelum deadline dan sebagainya. Di satu sisi yang lain, jadual yang padat nilah yang mengajar kami untuk mendisiplinkan diri sendiri. Main, main juga. Tak kisahlah nak main dota ke, mobile legend ke, game masak-masak ke. Asalkan belajar dan siapkan assignment.
I think that's all for now. Kalau ada apa-apa soalan jangan segan silu nak tanya akak. Jangan rasa takut, ambil benda ni sebagai cabaran dan akak wish good luck for all of you and your future. =)
Last but not least, some pictures for recap my experience as ASASIpintar student.
![]() |
Classmates semester 2,set 3. Ada 28 orang semuanya. Oh, lupa nak bagitahu. Kami ada 7 kelas je. Gambar ni dekat depan auditorium yang indah lagi cantik. |
![]() |
Basically, this is our batch. Kecik je batch kami ni. Ada 181 orang je. Kelakar betul rasanya waktu The ASASI Games haritu. Compare dengan asasi-asasi lain, kami ialah batch asasi yang paling kecil. |
Kalau berminat nak tengok kelas-kelas yang lain boleh tengok channel ASASIpintar Movie Premiere
![]() |
So ini gambar dengat Set 6 waktu semester 1. Semua orang pakai cantik-cantik and hensem-hensem waktu ni. Yelah. Jalan atas karpet merah lah katakan. |