expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 10 March 2017

March Countdown and Me.

Sedar tak sedar dah bulan Mac dah pun. Acah-acah je tajuk dalam bahasa Inggeris. Maaflah ya. Aku terasa macam nak menaip dalam bahasa ibunda pulak hari ni.

Baiklah. 10 Mac 2017. Kurang enam hari je lagi nak dapat keputusan SPM 2016. Berdebar? Ya. Teruja? Ya. Takut? Ya jugak. Macammana ni? Okay. Apa yang penting ialah kita kena jangka benda yang tak terjangka. Faham ke tak tu? 

Tapi kan, bila aku dah muhasabah hidup ni, banyak lagi benda yang kita tak ambil kisah. Selain dari keputusan SPM ni, banyak lagi benda yang akan mendatang dalam hidup kita. Sepanjang aku menulis, mencari inspirasi tak pernah bosan. Sebab ia mendedahkan aku kepada realiti kehidupan yang kasar dan tak seindah yang novel selalu ceritakan. Walaupun ada novel yang buat kisah realiti tapi jarang juga. 

Macam kawan aku kata, kalau nak buat novel pengakhiran sedih, drama pengakhiran sedih. Baik tak payah baca novel atau tengok drama. Kehidupan diri sendiri pun dah cukup menyedihkan. Mula-mula dengar memang aku gelak sungguh-sungguh. Bukan sebab kelakar, tapi sebab benda tu memang kena tepat pada sasarannya. Selama ni aku tak jumpa sebab yang paling munasabah nak jawab bila orang tanya kenapa tak suka tengok atau baca cerita sedih. Sekarang, aku dah ada jawapannya. Thanks buddy. Hehehe. 

Tulah. Bercakap pasal realiti kehidupan yang menyedihkan, manusia takkan pernah lari dari masalah. Semua orang ada masalah. Mungkin masalah anai-anai pun termasuk juga. "Anai-anai yang kecik tu pun boleh buat manusia hidup serabai." Wuhuhuhu. Dah dua dah ayat Umai aku jadikan kata-kata ala-ala kata-kata motivasi atau hikmah gitu. 

Bila aku tengok macammana orang lain tangani masalah mereka, aku bersyukur kerana aku masih, alhamdulillah sehingga ke hari ini masih tak hilang nilai-nilai kemanusiaan aku. Ternyata Allah bagi aku dan keluarga aku kekuatan yang sangat luar biasa. Kekuatan secara mental. Yup. Dan sepanjang perjalanan ni, aku sedar, bertahun-tahun aku habiskan hidup dengan mencari-cari orang yang boleh menerima aku seadanya, sudi berkongsi cerita dan sentiasa berada di belakang aku, seorang demi seorang muncul bila tepat waktunya.

Realiti kehidupan yang sangat menyedihkan. Baru-baru ni aku terpukau dengan lagu Rockabye Baby. Bila aku hayati lirik dia, aku pun nak nangis. Sangat menyentuh perasaan. Uhuk.  

Apalah sangat nak dibandingkan dengan keputusan di atas sekeping kertas kalau kita tak reti nak menilai realiti hidup? Aku akan pujuk diri dengan kata-kata ini seandainya kecewa. 

Apa-apa pun, aku sukakan cabaran dan perubahan. Contohnya hari ini. susunan perenggan tu. Hehehe

Sekian, masih menunggu hari. 

#It ain't me