expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 23 October 2016

Exactly 14 Days Before SPM

Hmm.. *tongkat dagu, menghadap laptop dan termenung sekejap.

Bilik masih dalam keadaan yang huru-hara. Ni betul-betul dasyat ni. Haih, Buku habis dah bersepah atas meja, beg kat lantai, kipas seiling makin perlahan disebabkan beratnya habuk-habuk yang membebani beliau. -,-"

Alhamdulillah, semalam dah habis dah event-event penting yang berjalan dekat sini. Event-event yang saya maksudkan ialah, event-event yang memerlukan untuk pakai baju kemas-kemas, cantik-cantik, banyak aksesori dan sebagainya dah habis. 

Jumaat haritu, batch Iridescent selamat graduate dengan kekuatan seramai 96 orang. Maksudnya, kami dah berjaya lalui apa yang senior-senior kami lalui dengan jayanya. Yeay! Graduated with Diploma High School. Bukan mudah nak survive, kami menangis, kami bergaduh, kami meraung, kami berguling, berlari, melompat dan banyak lagi.

Sekarang, apa yang perlu kami selesaikan ialah SPM. Yang akan datang lagi 14 hari je lagi. 

Disini saya sorotkan beberapa gambar sepanjang hari graduasi batch Iridescent. 

Dengan Najib, budak paling tinggi dalam kelas yang membuatkan kitaorang semakin pendek -,-"

Ni namanya dua orang manusia pengacau abadi hidup. Tak ubah macam hantu dua-duanya. =,="

Kesayangans dan cikgu Fizik suku masa :P
P/S: perasan tak muka kitaorang ada iras-iras semua? kecuali yang tudung kuning tuh. huhuhuhu. 

Batch Iridescent dengan kekuatan 96 orang. Tahniah semua!

Ni aku, Syaf, Misha dan Umai. Harini semua normal ya. Pakai kasut flat je. 
Pendek kata, kami batch baru yang rasmi jubah baru. Muahahaha. Adehh. So, from now, I am looking forward for next graduation. *dan aku harap, aku tak lambat lagi nak attend hari graduasi yang akan datang, In shaa Allah. huhuhuhu. 

Apa yang membuatkan aku sangat terharu ialah ada beberapa surprise waktu hari graduasi yang aku tak jangka. Pertama sekali, adik-adik kesayangan ni bagi hadiah Al-Quran dengan warna favourite aku. Ya Allah. Macam termakbul pulak doa aku. Aku tak mengharap orang bagi bunga atau coklat waktu hari graduasi,sebab bunga akan layu dan aku akan sedih. Coklat akan habis dimakan. Hehehe. Demand pulak aku ni kan. Tapi kalau next time ada yang nak bagi pun aku terima je. 

Okay, lepastuh ada yang muncul dan buat surprise jugak. Ish. Punya lah drama dia haritu kata jauh sangat nak jalan. =,=" yang itu, bukan aku je. Dengan orang lain pun sekali terperanjat. Tahniah lah Pakcik. Saya tabik!

Yang last sekali sebab mak aku still masak makanan favourite aku walaupun dari haritu lagi dia cakap macam x sempat nak masak. haish, dah suku hari graduation, baru dia bagi tahu. Uwaaa. Nak nangis aku, aku cepat sangat terharu ke dengan surprise2 berbentuk macamni? Pelik pulak aku rasa. hahaha.

Okay, tuh hari graduasi. Gambar2 yang lain masih ada dalam simpanan. Dan sebenarnya yang paling aku terkilan ialah sebab xde gambar kelas waktu haritu. entah kemana-mana tah classmate aku hari. Aku dah kata dah. Yang suka lari2 ni, kita ikat je dorang kat tiang sebelum bergambar. Baru lengkap gambar kelas.

Semalam pulak dinner batch. Hmmm. Tapi...

Nak cerita panjang pulak! Hehehe. So, aku rasa better aku stop sampai sini. Maybe, aku kene start gerak kemaskan bilik dan bersihkan sawang2 dekat kipas tuh. Huhuhu. Ada baiknya kalau aku tidur awal malam ni. Hmmm. *emoji berfikir. 

Aku yakin, in shaa Allah, Iridescent akan cemerlang dunia dan akhirat. Pendek kata, doakan kami semua ya!

Saturday, 15 October 2016

Random Post.

Assalamualaikum.

Okay, tinggal 22 hari lagi nak SPM. Memang dah kritikal sangat-sangat ni. Rasa takut tapi masih lagi x dapat nak boost kemampuan ke tahap maksimum. Well, semalam hampir seharian sakit kepala. Dengan perubahan cuaca mendadak, aku perhatikan ramai yang tak sihat. Aku bab-bab cuaca ni kalau nak effect pun sama ada kepala atau tekak. Dua-dua ni sensitif. Punya dasyat aku rasa sakit kepala tuh sampai aku ketuk-ketuk pun tak hilang lagi. Nauzubillah, aku x boleh bayang sakit kepala orang yang real migrain tu. 

One positif thing is that aku rasa aku mampu tidur awal semalam. Hmm. *emoji berfikir* ni semua sebab aku xnak telan ubat. Yelah. Paracetemol bukan boleh makan selalu. Nanti lama-lama badan lali. Elok-elok boleh makan sebiji, kene ganda dua dos ubat tuh baru boleh berkesan.

Jadi, aku just nak cakap something. "Life is full of surprises."

Lately ni, hidup aku macam terlalu banyak kejutan yang aku langsung x sangka. Ada yang macam susah nak terima, ada yang aku dah awal-awal jangka so tak ada lah surprise sangat.

However, dengan masa yang sikit je lagi ni, aku rasa risau nak tinggalkan adik-adik junior yang aku sayang ni dekat sini. 

Khabar angin bergerak lebih pantas daripada angin puting beliung yang sebenar dengan kekuatan menghancurkan dalam senyap. Mampu menyebabkan perang dingin yang mampu menyerap segala aura positif disekelilingnya. Semalam lepas habis talk, aku disapa oleh angin yang memang sepoi-sepoi bahasa membuatkan langkah ku perlahan menikmati keindahan sekolah ini. *ayat dah cukup berpuisi dah ni.

Apa pun, macammana? Risau memang terlalu banyak aku risau. Lagi-lagi dengan perang dingin yang tiba-tiba muncul. 

Tak apalah. Tolak ke tepi dulu benda tuh. Hari Graduasi menjelang tiba jugak. 5 hari lagi. Uhuk. Aku x jangka sebenarnya hari graduasi tahun ni, tapi apa-apa pun aku redha. buat rakan-rakan yang ibu bapanya tak boleh datang, jangan sedih sangat. tahun depan waktu ambik result, mohon datang sekali. boleh lah aku berkenalan. teringin jugak nak jumpa mak Umai ke sape2 jelah. 

Sebenarnya terlalu banyak yang aku nak luah, tapi tak terluah. Aku pun xtahu macammana nak cakap. hmmm...

Aku masih lagi takut. Aku tahu,  tapi aku x cuba lagi untuk memberanikan diri.

Saturday, 1 October 2016

Hello October! To the journey of SPM!

Assalamualaikum,

Dari pagi aku sibuk dah lagha sampai lah sekarang. Muahaha. Okay. Bagi sikit masa je lagi. Aku nak tulis blog ni sekejap. Sebab dah lama sangat tak update.

Well, kalau ikut perkiraan, SPM lagi 36 hari. atau sebenarnya mungkin 31 hari? Entah lah. ada pulak ura-ura yang SPM akan dipercepatkan. Fuhhh. Sakit jiwa nak fikir. Kalau lagi awal mula, lagi awal habis. Tapi masalahnya aku tak bersedia lagi. Hahaha.

Nak cerita pasal trial haritu, macam-macam betul dugaan dia. Ingat lagi waktu sehari sebelum exam sejarah. Pagi yang indah dengan air milo secawan, aku dah lah tak turun sarapan. Ha, tiba-tiba ada pelawat yang tak di undang. Monyet! Dia main cak-cak dengan penghuni bilik ni. Mula-mula aku terkejut tuh sampai nak lari ke luar bilik, fuhh. tersepak habis tumpah air milo. Tak pasal-pasal aku jadi cinderella sementara. jenuh jugak nak lap air milo tuh. bukan sikit2. sampai tumpah ke luar pintu! orang ketuk pintu tanya "apa jadi ni sampai air milo ke luar?"

Ya rabbi.tuh mula-mula ingat dah habis dah. rupa-rupanya dia datang lagi. stress aku. terkejut aku lari lah keluar lagi. kali ketiga? aku rasa dah penat, tengah aku settle kan lap lantai tuh, kat situ jugak aku menangis macam budak kecik. Sudahnya aku tak sempat habis baca dua tajuk terakhir. aku redha je keesokannya. 

Kenangan dekat sekolah menengah ni, sumpah aku takkan lupa. especially tahun ni. Yalah. kita semua makin dewasa, makin matang. mestilah perangai pun dah berbeza kan.

Aku rasa maybe hari terakhir aku ada dekat sini tahun ni,mungkin aku menangis. Hahahaha. Rindu sangat dekat diaorang. Syaf, Umai, Misha. Ya rabbi. Tiga-tiga manusia ni. Diaorang paling banyak tengok-tengokkan aku. Selalu biasanya bila aku takut nak langkah longkang. Susah betul ada kawan macam aku ni. tengok longkang kecik pun dah cuak. apatah lagi yang besar jurangnya.

Tuh tak masuk lagi pakcik fizik yang pelik tuh. Hahaha. Newly joined in the team, Hafiz. welcome to the group of weirdos. Naqib, Najib dan Hafiz. still wondering what will I do after SPM. 

Aku akui terlalu banyak perkara yang indah waktu jadi remaja. Semua ni dengan ledakan emosi. Yang kadang kau boleh kawal, kadang kau tak mampu.

Kita jadi remaja sekali je. Benda ni takkan berulang lagi. 

One thing aku rasa yang kurang best sebab kemungkinan besar graduate tahun ni. arghhh. huhuhu. aku redha je. Menunggu dan terus menunggu. Kejutan apa yang akan ada esok? Hmmm..

Okay lah,ini je yang aku nak tulis hari ni.Sekarang aku rasa aku kene buat sesuatu untuk SPM. maybe latihan SPM? hahaha.

Sincerely,
Yours, those who love me dearly.