Alhamdulillah! hari ni dah start cuti raya. eh? mesti orang ingat aq excited pasal nak raya kan? raya pun aku excited juga. tapi lagi excited sebab dapat cuti. penat woo. bulan ni memang mencabar kesabaran sangat-sangat. macam-macam benda yang dah jadi.
antaranya kemenangan bahas ala parlimen dan drama komsas 2014. perghh. alhamdulillah. syukur sangat-sangat walaupun penat gila. dahlah macam tuh. baru je habis PT3 untuk Sejarah dan Geografi. honestly,tough year,tough month. hati kenalah sado beb. badan ni takda lah sado tapi terpaksalah ku sado kan jugak. isk,isk :'(
lagu raya dah berkumandang dah dekat radio Era FM ni. haa. tu dia. sampai tersadung aku kat radio ni tadi -,-"
semalam pun best jugak. yelah,hari terakhir sekolah sebelum cuti raya. apa yang kitaorang buat? masing-masing buat kad raya. ni semua idea cikgu Yasmin. yep. bak kata syasya, rasa macam kembali ke zaman sekolah rendah. haish. aku pun apa lagi. ambiklah peluang anyam ketupat and buat pop up flower card tampal kat depan kad tuh.
tak sangka kena bahan dengan kelas. katanya aq dah elok dh duduk dapur. tinggal tunggu orang pinang and kawin je. ape kau ingat aq ni heroin cerita novel kawin pakse? kawin muda-muda sebab pilihan keluarga? sorry!
pejam celik,pejam celik. lagi dua atau tiga hari nak raya. sedih pulak rasanya bila bulan mulia ni nak tinggalkan kita. semoga Allah panjangkan umur,murah rezeki kita jumpa lagi ramadhan tahun depan.
apa-apa pun,aku tahu. naik je cuti raya ni habislah batch PT3. sibuk bukan kepalang. gerenti sibuk.
eh? eh? haha. okeylah. aku nak sambung buat kerja lah. banyak kerja nak raya ni. sambung lain kali! ngeng :3
It was always a little bit of love we are looking for in our life. Love is there when you listen. Love is there when you share. Love is there when you care. Terima kasih kepada yang ingat saya suka roti apa atau pimpin saya melangkah bila saya takut.
Saturday, 26 July 2014
Saturday, 5 July 2014
Prolog-novel saje2 aku- Siapakah aku di mata kamu mr BFF?
Assalamualaikum guys! good evening! hehe. sedar tak sedar dah 7 hari kita berada dalam bulan puasa. sekejap betul rasanya masa berlalu.ini pun hari sabtu dapat cuti sebab bulan puase.jujur aku kata. school nowadays are so busy. u can say that school are not a fun place anymore. to be more serious,PT3. hmmm
kepada sesiapa je manusia yang seangkatan dengan aku,well. good luck untuk korg. semoga kita semua berjaya dengan cemerlang dalam PT3 nanti. Amin......
hmm.tetiba rasa macam nak tulis sedutan cerpen plak. try bace tau. aku bagi tajuk cerpen ni, "SIAPAKAH AKU DI MATA KAMU MR BFF?"
aku menggeliang geliut semacam di dalam selimut. maklumlah,baring lama-lama pun sakit badan juga. sepatutnya dari 2 atau 3 jam yang lepas aku dah masuk tidur. mujurlah esok tidak ada sesi persekolahan. dan masuk pukul 1 pagi. ni semua gara-gara novel cinta yang aku pinjam di perpustakaan petang tadi. banyak pulak novel-novel romantik terbaru dekat perpustakaan sekolah tu. boleh rambang mata dibuatnya!
tiba-tiba terasa gatal pula tangan aku hendak melihat telefon pintar yang berskrin besar itu. slide punye slide,tengok-tengok ada satu notification. Rafeeq hantar wechat. wah,wah,wah. budak tu tak tidur lagi ya? apalah yang dia buat dekat politeknik tu tengah malam buta ni? dahlah jauh di Johor sana. ish. saja cari nahas. esok mengantuk tak terbangun sahur padan muka.
"APASAL SENYAP JE?? TAK TEGUR PUN??"
ah sudah. budak ni sah meroyan. last-last aku juga yang kena? bukan aku send wechat last pukul 8 malam tadi? kau yang tak balas. nak salahkan aku pulak?
"TULISAN TAKLEH SAIZ LAGI BESAR KE?" aku taip balik jawapan selepas menekan butang capslock. apa kau ingat aku takut dengan kau? haha. mana aku nak tegur-tegur dah kalau baca novel. biasa yang aku terjerit-jerit send voice message dekat wechat tu sebab bosan sangat. ni kalau dah novel tu ada kat tangan,jalan cerita best,better aku layan hero dalam novel tu. alahai. handsomenya hero bayangan aku tu!
lepas tu,tangan aku kembali merayap menyelak helaian seterusnya novel yang sedang aku baca tu. 2 atau 3 minit lepas tu,aku tengok telefon lagi. manalah tau kut-kut si Rafeeq ni balas lagi. aku sengaja buat telefon tu bagi silent sebab karang asyik memekak je keluar notification Facebook dan lain-lain lagi. mahu tak tenteram hidup aku?
"alaa..eira ni jahat eh dengan feeq. sombong gila sekarang :("
alamak. dia ni dah jiwang ke apa? aduhai. biasanya kalau dia tengah sedih macam tu lah. apasal lah dia tak menjiwang dengan makwe dia aje? kata Amanda tu selalu tidur lambat. tapi,dah pukul 1 macam ni kan,siapalah yang sanggup ambik risiko waktu bulan puasa ni tidur lambat. silap-silap tak bangun sahur,kena serang gastrik pulak.mahu menangis tak berlagu.
"manda mana feeq? tetiba menjiwang cari eira. ish." pendek aje aku balas. lepas tu,aku letak penanda buku dalam buku novel tu balik.muka surat 237 dah. memang laju betul kadar aku membaca. 2 atau 3 kali lebih pantas daripada orang biasa.
"Ish Eira ni. sebut-sebut nama dia pulak. dia dah lama tidur. hmm."
"Eira,esok kejut sahur boleh tak?"
2 message wechat. hmm. aku pun terus tengok. suruh kejut sahur pulak? sah ini memang Amanda dengan dia ada konflik. macam aku tak kenal dengan Amanda. sebelum Rafeeq kenal dengan Amanda,aku dah kenal Amanda dekat 3 tahun dah. pendek kata,masuk tahun ni,kalau hubungan kitaorang baik macam dulu dah masuk 6 tahun kami kenal. sedangkan Rafeeq,aku kenal time hujung tingkatan 1.
sekarang aku dah tingkatan 3. hahaha. cepat betul masa berlalu. daripada kami berempat berkawan baik,terus berpecah langsung. tinggallah aku dengan Rafeeq ni yang masih contact. tu pun sebab mummy dengan abah bagi lampu hijau. yelah,Rafeeq ni sebelum zaman dia tamat persekolahan dia dah pandai tackle mummy dengan abah. erkkk,kadang-kadang aku rasa terpinggir pulak bila mummy dan abah rindu dekat dia. haha. aku kan anak bongsu daripada dua beradik. kakak aku pulak dah umur 30 tahun. jauh betul beza kami. kan? haha.
"Sahur? ha. yelah,yelah. nanti Eira kejut ek. dah. pergilah tido :P" aku taip balasan dengan hujungnya smiley mengejek. macam aku tak tahu yang dia tak yakin boleh bangun sahur sendiri.
10 minit berlalu. tak ada balasan lagi. haih! inilah Rafeeq. mesej time dia suka lepastuh tiba-tiba tak balas. kadang-kadang rasa aku ni macam orang bangang pun ada. tapi tak kisah lah. dia kan BFF aku. aku dah anggap macam abang kandung sendiri dah. sebab aku sendiri pun tak ada abang.
tiba-tiba aku teringat dekat Adam. dah masuk 2 bulan kami tak contact. aku yang buat keputusan nak remove dia daripada friends. yelah. daripada mummy aku terus marah-marah. aku dah tak sanggup dah nak tadah telinga ni tahan bebelan mummy. abah biasanya diam aje. tapi jangan sampai dia bersuara. memang menangis terus aku.
bukan nak salahkan Adam. cuma,aku tak boleh tahan lah. bahasa dia selalu kasar sangat-sangat. yalah,aku ni kan tahap gurau melampau. dia pulak jenis ambik serious semua perkara. mahu menangis bila dah keluar ayat-ayat mencarut bahasa inggeris. sejak hari tu,abah dengan mummy strictly marah kalau aku sebut nama Adam. nak buat macammana,persahabatan dah tak panjang. lebih baik bawa haluan masing-masing daripada terus macamni. susah lah rasanya bila mummy dengan abah tak restu aku berkawan dengan Adam. ni baru berkawan,katakanlah aku dah besar. nak kahwin dengan Adam,macammana eh? mahu jadi cerita macam cerita Kassim Selamat tu. Nauzubillah! minta simpang jauh-jauh.
aku ni nampak je garang. tapi dalam hati tu ada taman. tu yang tak boleh nak tadah telinga kena tengking sikit atau orang mencarut. bila malas nak lawan,melelehlah air mata ni. dah macam orang putus cinta kalau aku bergaduh dengan Adam. padahal kawan baik aje sama macam Rafeeq.
Ni kes aku gaduh dengan Amanda pun tak selesai lagi. aku tak sangka dulu Amanda dengan Rafeeq. kalau aku tau awal-awal tak perlulah aku nak rapat sangat dengan Rafeeq. fuhh. mau dapat free maki-maki dekat twit. sentap rasanya tau.
aku ada dengar yang orang lain kata Adam suka kat aku. eleh.. yeke? macam saja nak melaga-lagakan aku aje. nak mengusik. tapi,entahlah. aku pun tak pasti. Rafeeq sebenarnya handsome jugak. kulit dia hitam manis. tak adalah hitam sangat. muka memang 100% melayu habis. kurus tinggi. haha. tak hairan lah bila aku pernah suka kat dia dulu. tak mustahil aku boleh suka lagi.
lagu Human nyanyian Christina Perry berkumandang. eh? siapa pula yang telefon malam-malam begini?
Azrin rupa-rupanya. terus sahaja aku angkat dan letakkan ke daun telinga.
"Hello Rin. dah kenapa kau pagi-pagi ni?"
"Eira,kau tak tidur lagi ya? ni,aku nak pesan. hari isnin tolong bawakkan buku nota sains aku. hehehe."
tergelak sinis pulak si Rin ni. nasib baiklah dia gelak. cuba kalau dia marah. tapi dia BFF aku. tak mungkin dia marah kan?
"Yalah Rin. dahlah! aku nak tidur ni. mengantuk. bye!"
Bunyi talian diputuskan oleh aku kedengaran. aku tahu sebenarnya Azrin ada benda lagi nak borak. tapi aku mengantuk. mummy dengan abah dah lama dah tidur. dah melayang sampai new zealand agaknya.
***********************
pukul 5 pagi. berat rasanya mata ni. fuhhh. cuba bukak lagi. mummy dah terjerit-jerit dah mengetuk pintu tu. gangster jugak mummy aku ni. macam nak mintak hutang. hish.
"ye! Eira bangun ni." aku duduk kejap dalam mata tertutup. lepas tuh aku rebah semula. seketika kemudian,bila aku dah melalui fasa pemulihan daripada bengong seketika barulah aku teringat nak kejutkan si Rafeeq. dia tu kalau takda orang kejut susah pula dia nak bangun. serta merta aku duduk dan mencapai telefon bimbit aku yang aku panggil Miss Quattro tu. aku hantar lah wechat suruh dia bangun. lepas tu aku terus keluar daripada bilik. makanan semua dah terhidang atas lantai di ruang tamu. haih. mummy dengan abah ni,ada meja pun malas nak guna. duduk di lantai tradisional sikit katanya. mummy duduk bersimpuh. aku je yang gangster duduk bersila sama macam abah.
Aku terus berlalu pergi ke bilik air. basuh muka,gosok gigi sikit lepas tu keluar dan tuju ke dapur pulak. bila terasa ada sisa-sisa colgate melekat dalam mulut,aku berkumur kat sinki.
sebelum duduk di lantai,sekali lagi aku capai telefon. ada balasan daripada Rafeeq. fuhh. bangun jugak ye dia?
"apasal kejut guna wechat je??"
"habis? nak guna cara apa lagi?" cepat-cepat aku membalas. tangan kanan dah sibuk senduk nasi. tangan kiri ni pula laju je menaip. haha. orang pro bermesej lah katakan. jangan kata tangan,kalau sebelum aku tukar telefon skrin sentuh tuh,butang telefon aku boleh bermesej dengan kaki tau!
"Gunalah cara sepak ke,tampar ke. simbah air ke. baru lah adventure sikit.kata Eira gangster."
sempat lagi dia nak melawak. aku nak makan ni. abah dan jeling tajam dah sebagai isyarat suruh aku surrender dulu. makan. tahu sangat aku yang abah nak suruh aku makan sahur cepat. nanti kalau aku nak terbalik berwechat pun dia tak kisah.dia pun tahu aku berwechat dengan Rafeeq.
aku makan perlahan-lahan. lepas tuh,aku minum segelas susu. haih,biasalah orang ada penyakit gastrik ni. susu dah macam menu wajib dah. lagi 7 minit sebelum azan subuh berkumandang. aku berhenti makan dah. terus aku tengok wechat lagi. ada dua mesej lagi dalam wechat.
"agak-agak kan,kalau Eira betul-betul jadi adik Feeq,macammana eh cara Eira kejut? mesti kena tampar banyak kali. hahaha."
agaknya dia tergelak betul-betul bila dia terbayang macammana aku yang kasar ni kalau jadi adik dia.
"jangan kata tampar. Eira pijak-pijak pun boleh.Hahaha." aku tersengih seorang.
"Sampai hati Eira nak pijak Feeq eh?betul-betul kejam punya adik angkat tak jadi!"
"eihh. tampar kang Feeq ni.bukan tampar,hempap sampai leper kang." aku mendengus geram. dahlah dua hari lepas dia kata aku gemuk setaraf panda. erkkk. kalau dia kata aku comel macam panda okey lah. boleh terima. gemuk macam panda? sorry naik lori!
***************************
haa. nilah cerpen masa senggang. nak sambung lagi ke tak eh? haha. tengok lah macammana.kehkehkehkeh.setakat ni jelah dulu. bye2!
Subscribe to:
Posts (Atom)