expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 28 March 2013

cuti yg benar2 memorable sungguh.*tak pernah jadi camnieh.

arghhh!frust nye dari semalam.hadoi.semuanya bermula dengan mak aku beli sabun softlan.sebenarnya bukan aku taknak pakai softlan nieh,tapi dari dulu alergik dengan bau softlan.kuat giler!pendek kata taraf bau softlan ni sama je dengan bau asap bagi aku sebabnya dua-dua mampu buat aku sakit tekak and selsema. -,-"

hari isnin,aku bangun subuh mak aku dah basuh kain.mak aku baru je beli hari ahad.katenye dh lama dh tak guna softlan.jadi agaknya alergik aku dah hilang.tapi aku start rasa tekak aku semacam bila hidu bau softlan tuh.

hari semalam adalah hari yang paling teruk.bangun aje pepagi terus aku hilang suara.ya Allah.memang siksa.sebijik macam kartun dah bila bercakap.lagi best kalau dgr aku menyanyi.ngeng3!memang layak digelakkan berjemaah.macam ape je da..

tu tak teruk sangat.perghh.pukul 3 petang semalam.eletrik pulak takde!hadoi.aku pun taktau ape masalahnya.fasa satu rumah aku semuanya black out.panas petang tuh memang macam dalam oven aje.betul lah cakap orang.kat bandar takde bekalan elektrik susah hidup.tak macam kat kampung,udara nyama segar aje.

sampai kemalam eletrik takde.kesudahannya makan malam pun bergelap.pakai lilin sebatang itupun mak aku jumpa dekat stor.nasib baik.tak pepasal bercandle light dinner aku.hahah!

siap dgn suara yang ada tak ada,aku bercerita panjang dengan mak aku dalam gelap.perghhh!sebijik macam campfire.hebat2!hahaha

macam2 betul cuti kali ni.mmg gile lah aku rse.hahaha.by the way my first novel dh siap.harap aku berjaya bincang dgn ckgu how nk terbitkan.hehehe

p/s:tak rindu skola ker? :p

Wednesday, 27 March 2013

ha!padan muka.kan dh jatuh???

betul lah bak kata org,kalau umur bawah 18tahun tak payah nak mengade-ngade bawak moto.hah!kan dah jatuh.sabar ajelah.hmm.malangnya bagi batch 99,semuanya dah berubah.umur 16 tahun masih tak boleh nak ambil lesen.yang aku ni pulak semalam kan,sje je nk belajar.tup,tup hujan.hahaha.telefon berbunyi dan aku tak sengaja lepas sebelah tangan.jatuh dekat jalan and basah kuyup.kwang3!mak aku bukannya marah.dye gelak lagi ade -,-"

kata org,kalau belajar motor tak jatuh tak sah lah.mmg adat belajar.silapnya semalam memang itu jelah.telefon berdering.ah!!!memang frust.habis lebam satu bdan.hah!kat kaki,tangan dah calar dah.nasib baik pakai helmet.kalau tak kepala pun terhantuk pengsan terus agaknye.nasib baik aku tak nangis.

aku rock wei!brutal wei.kahkahkah!mane leh nangis.apelah.dapat cikgu belajar yg agak strict tapi playful.kwang3!tak pepasal kene torture mind.memang.ade aje.masuk gear satu macam melambung aje.

takpelah.lebam2 pun lebam lah.aku rase mcm nk stop dulu belajar motor.tak kuasa.jatuh lagi aku tak tau lah.takde keje ke aku nak wat?mestilah ade.sebab aku kan generasi band.untuk dapat band 6 macam-macam benda aku kene buat.sabar ajelah.

well.sampai disini sahaja.apa pun sape yg nak belajar motor,nak ambik lesen,jadikan cerita aku ni pengajaran.orang bawah umur jangan nak berani2 bawak motor tak tentu hala.bawak moto hanya untuk emergency case sahaja.jangan sesaje gatal nak bawak ok?

yang dah dapat lesen pun sila berhati-hati.tak semestinya dah dapat lesen tak boleh accident kalau tak berhati-hati.salam sayang.

credit to someone from yesterday.thanks awak.saya tau awak takkan bace post ni. :(

Saturday, 23 March 2013

yeay!cuti dh bermula!!!apa pula cerita minggu ni?

hai semua!cuti dah pun bermula.apalah yang kauorg buat ye wktu cuti?hmm.aku fist thing buat pagi ni adalah belajar bawak motor.hahahah!,mau tak menggigil tangan pegang handle.berlatih kat padang aje lah jawabnye. ^_^

well.hmm.cerita seminggu ni pulak memang agak gempak!hahahah!

first.keputusan SPM 2012.eh?ape kene mengena nya aku dengan benda alah SPM ni?of course!aku bangga sebab ade seorang senior aku dah dapat gelaran pelajar terbaik di Selangor!sekolah kitaorg kedua terbaik di gombak and senior aku tu jugak dapat 10 terbaik dalam Malaysia.

lagi satu,aku dah jumpa dah penulis novel yang termuda.abg Hasif.huahuahua.dalam masa satu hari aku dapat dua idola.kedua2 nye senior lepasan SPM.seriusly macam-macam berlaku hari tu.Razeeq ni pun satu.bila lah nk pakai spect?haa.kan dh tak siap keje.kene marah dengan ckgu.sekali kene baling daaa buku.kene kaki.nasib baik kene kaki.kalau kene muka?haaa.ckgu tu aku tak marah.Razeeq tulah aku marah cukup2.

ape pengajaran yang aku dapat dari situ ialah,siapkan keje dan jangan bagi cikgu marah.senang hidup.

hmm.about drama?sekarang ni ade beberapa perubahan.father aku adalah Nazrien dan King adalah Rahman.hadoyai.rela x rela,rela kan ajalah!sudahlah pertandingan bulan 5 kan?Vitala pulak dah kembali jadi Rumplestiltskin.well,serentak dengan itu,bulan 5 jugak aku akan masuk pertandingan Mighty Minds.ya tuhan.banyak nye keje.tu tak masuk lagi PBS.

sampai sini jelah dulu ek.hohohoho ^_^

Sunday, 17 March 2013

keputusan PBS tahun lepas.arghhhh!!!takut.tapi alhamdulillah.. ^_^

hi!sedar tak sedar dah masuk bulan kelima dah blog ni mula ditulis.hehe.nama pun kembara tahun pertama generasi PBS an?so.semalam adalah kemuncak bagi PBS tahun lepas.alhamdulillah.nak kata cemerlang sangat tu tidak lerrr.2 band 6,4 band 5,2 band 4 dan 3 band 3.aku rase alhamdulillah untuk tahun pertama kan?lagi pun tahun lepas start pertengahan tahun.bukan mudah nak kejar sebanyak tu.

semalam awal-awal pagi lagi aku dah lepak dengan Irdina.agaknya terlampau geram sebab malam sebelum tu aku tido lambat,pukul 2 gara-gara insiden seorang perempuan gila call aku.tak perlu tau lah siapa.janji minggu depan aku settle dengan encik punca masalah tersebut -,-"by the way thanks to Dina yang sudi meminjamkan telinga dia tuh.

seriusly.aku rase terkejut jugak dengan keputusan tu.2 band 6 dan 4 band 5.huhu.suasana kelas memang meriah.tapi dah nak dekat pukul 9.30 aku kene hantar kat bawah untuk tunjukkan jalan bagi ibubapa dengan Kirthana,Atikah dan Abdul Rahman.

tak lama lepas tu mak aku pun sampai.yuhuu!rock and roll.hehe.bukanlah mak aku yang rock and roll.motor mak aku tu hah..heheheh ^_^

well.dekat atas,aku nampak ayah abdul,mak batrisyia,cikgu Azizah mak Azyan and parents Khairyssya.haha.lawaklah.paling tak boleh blah aku jumpa mak Nazrien.tak sangka pulak itu mak Nazrien.mak aku cakap punya cakap.aku pun tanyalah,auntie ni mak siapa?auntie ni mak Nazrien.kenal tak?

time tuh aku terlajak panggil ayien.memang takleh blah >.< .lepas tu aku jumpa parents Riva pulak.selama ni aku nampak ayah dia aje.semalam aku nampak dua-dua sekali.well.waktu jumpa cikgu Rabiah,semua benda cikgu nasihat.mak aku pulak dah push aku utk dapat band 6 utk banyak subjek tahun ni..

tapi apa yang aku sedih ni,tak adalah anugerah cemerlang sampailah tahun depan.ape pun tahniah kepada semua ahli kembara mimpi tahun pertama PBS.

for Dina and Riva.nanti kita bincang ye pasal ehsan got talent?banyak lagu taylor swift yang memang gempak.my favourite!

p/s:rindu seseorang.tapi....*sigh..



Sunday, 10 March 2013

keh3!~hari interaksi pengawas lah semalam.best giler!!

sakit kaki aku ni..huhu..pinggang pun boleh tahan ah..ni semua sebab hari interaksi dan permuafakatan pengawas semalam.tapi takpe..tak kisah pun.hehe.sebab best sangat.walaupun ade sesetengah aktiviti macam agak kejam sikit.

sehari sebelum hari permuafakatan pengawas ni,kitaorg dh dibahagikan kepada 8 kumpulan termasuk budak2 petang.haha.aku dapat sekumpulan dengan Azyan.ngeee.macam2 betul kan?hari jumaat bilik KH banjir.semalam hari interaksi pengawas pulak.

awal2 pagi lagi kami semua dh daftar nama.mula-mula tu tak tau jugaklah sape fasilitator kitaorg.sampai lah kitaorg masuk dewan balik lepas makan nasi lemak pun masih lagi tak tau.tapi apa yang buat aku nak tergelak tuh,beza betul situasi dikantin apabila ada budak-budak biasa dengan para pengawas.eh?apa yang beza?haa.yang bezanya,bekas makanan bersusun elok aje.bertingkat pulak tuh kat kantin!hadoi..kalau murid-murid biasa,dh gerenti sepah tuh.

masuk aje dalam dewan.perghh!ada sesi senam robik.aku waktu tu dengan Azyan tunggu aje kak Syazwin.manelah dia.eh?dh 15 mnit lepas tu aku toleh belakang ade pulak.yeay yeay!!seronok2.sambung balik senam robik.lagu2 dye mmg terbaik.lagu on the floor ah.oppa gangnam style lah.lagu lama pun ade.menari lah aerobik puas2.memang sakit2 kaki.dahlah sehari sebelum tu jatuh.sakit balik dh pinggang.
= ="

second task.semua duduk dalam group.hah.time ni baru tau sape fasilitator kitaorg.aku duduk antara kak Aqilah dengan Azyan.rupanya fasilitator kitaorg senior Vimal dengan senior Hafeez.mula2 aktivitnya kena main dengan lilin.pegang lilin tu kena guna kaki tau!pass kat org lain pun guna kaki.hadoi2. >.<

lepas tu,bermula lah segala-galanya ye.kitaorg kene pilih sama ada nk masuk aktiviti outdoor or indoor.hahaha!aku,kak Syazwin dengan kak Aqilah pilih outdoor.Azyan?kene tinggal dalam dewan.huhu.berpisah buat seketika waktu.aktiviti indoor yang pertama ialah,jeng,jeng,jeng.CARI DAUN.huhu.dengar macam senang.tapi bnyk jenis daun yang tak dikenal pasti..aktiviti kedua pulak adalah mengisi air dalam botol.ni dua org aje.kak Aqilah dengan kak Syazwin.pakai cawan dengan pinggan berlubang pulak tuh.mmg kene laju ah. ^_^

lepas tuh aktviti spider web pulak.huh!ade lima tiang kene ikat belit2 dengan tali rafia.perghhh!susah giler.setiap org kene lalu tanpa terkena tali2 tuh.lelaki ade 5 chance and perempuan 8 chance.well.aku sampai tiang ke-4 aje.so 8 markah aje dapat.paling siksa tiang terakhir tuh lah.aku terpaksa baring nak lalu bawah tuh.memang macam nk menangis aje.teruk giler.aku dah gelak2 menangis dah.ramai yg cakap kesian kat aku.hahahah.ape boleh buat.kalau asnawi boleh lah lompat.dye kan ahli silat :p

paling tak boleh blah.huh!aktiviti terakhir.ikat kaki dan tangan secara beramai-ramai.9 org nk ikat kaki?memang gile sungguh!dahlah lelaki pun kene ikat sekali.aku pulak kene ikat dengan lelaki!huh.nasib tangan tuh pegang guna pen.kaki aku kene ikat pulak dengan Asnawi.sabar2 ajelah.nk menangkan?satu2lah kira nak jalan.sakit kaki.huhu.123 jalan.123 jalan.akak fasilitator yg jaga aktiviti tu kate kat vimal "kesian.kau ajar 123 aje?"kak awin kate.tambah lah lagi 456789.keh3!

tak habis lagi tuh.lepas dah kene ikat kaki tangan,kena pas gelung pulak.tangan still ikat walaupun kaki dah lepaskan ikatan.haha.nasib baik tiga gelung aje.last sekali bila dh bukak ikatan kat tangan,ada satu lagi task.

jeng,jeng,jeng!pegang hidung,tunduk and pusing 10 kali!woooo,wooo pening!!!

"alaa!sorri2.lupa nk bagi tau.dh lepas pusing tu kene masukkan kaki dalam bulatan tu tau.semua org sekali satu gelung."tetiba je fasi tu baru teringat.alaaaahai!sekali lagi kene pusing dan sekaligus lompat!!nasib baik lepas.huh.masuk balik dalam dewan.hehe.kak Syazwin kata,nasib baik x pening sangat sampai keluar sekolah sesat masuk pet shop depan tuh.

aku duduk balek dalam dewan tuh dengan Azyan.memang best.huhu.akhir sekali.ni paling aku gelak2 ni.waktu kebudayaan.haih.macam2.kitaorg diberi pilihan.sama ada nk nyanyi,menari or berlakon.dah tuh kene guna belon,straw,gelang getah and tisu.eh?nk buat ape dgan benda2 alah ni?hmm.semua wajib ade kat atas pentas.kesudahannya kitaorg buat lagu '"oppa fasi style"kwang2.ganti lagu oppa gangnam style.secara keseluruhan,lagu ni menggambarkan fasi kitaorg mendera kitaorg sewaktu aktiviti.haha.kak Syazwin yang cipta lagu tuh.

sebelum tuh,tetiba je Asnawi tanya.ade tak lagu shae-sayang?aku pun bukak fon terus bagi kat dye.haa.aku pun tak pasti dye nk wat ape.persembahan pertama tu agak merepek sket,semua malu2 nk kuar atas pentas.ingatkan dh habis.Asnawi muncul kat depan pentas sambil heret kerusi.start2 aje lagu tuh dye berlakon jadi pompuan.Lim kai Yang berlakon jadi boyfriend dye.lawak ah Asnawi jadi pompuan.kahkah2!

aku pulak?dh tgk pentas tu macam ade dua org aje.so aku tarik Azyan pegi atas pentas tu skli.dengan tak berkasut aku menyanyi sensorg.miming je sambil wat gaya.hahahaha.syok sendiri.memang agak lawak ah.macam menyebok aje kacau kekasih yg sedang berpacaran kat depan tuh.eiuwww!lakonan semata-mata.

last sekali,bila nak umumkan siapa yang menang.ingat dapat tempat last.to our surprise,kami menang!group no 5 dapat tempat pertama!!yeay!hohohoho.mmg seronok giler ah.aku dh macam nk menangis dh sbb oppa fasi style tuh tak berapa nk jadi.tetiba sesat lagu shae-sayang pulak.mmg pelik2 aje.







ni gmbr sebelah di edit by azyan,hehe.hamper dapat dua.and 2 org tuh aku dengan azyan.


ni gambar credit to kat kak Syazwin punye kamera.dye yang upload kat Facebook.curi2 gambar dye.hehe.ni lah team no 5.ramai kan?fasilitator kitaorg tah kemana pulak wktu ni.by the way,inilah hari interaksi pengawas yang aku rase amat best walaupun baru kali pertama join.




sekian,lain kali tulis lagi.tahniah group 5!we made a great team at hari interaksi dan majlis permuafakatan pengawas 2013!! ^_^

Friday, 8 March 2013

banjir!!!habis dapur KHB banjir!!!! -->sekali lagi kekecohan di bengkel KHB

eh!!tlg2 banjir!!!!!

apa yang banjirnya?hadui.nilah aku nk cerita ni.harini salah satu daripada hari yang paling giler aku alami kat sekolah.ni semua brmula dengan sinki dapur Azyan and the geng tersumbat.dapur dia sebelah dapur aku aje.nilah akibatnya siang ayam,ikan dan sebagainya dekat sinki tanpa penapis..mak aku dah selalu warning dah kat rumah jangan buat sinki tersumbat.

kenapa?hah.dah lepas habis masak tulah.cikgu perasan yang sinki tersumbat.kumpulan aku dengan Azyan yang terpaksa bersihkan sebab aku berjiran kan dengan Azyan? *ape daaa.dh macam rumah pulak dh berjiran-jiran.hehe.so,masalahnye kene bukak dulu perangkap botol dekat bawah sinki tu..time tuh cikgu suruh cari baldi.tapi aku dgn Azyan langsung tak jumpa.hadoi!aku dengan Azyan dh lah tak pernah uruskan masalah sinki tersumbat.agak geram skit wktu mintak tlg kawan2 yg lain xnak.sbbnye bau hanyir ayam tuh teruk sngt..aku nak cedok air kat sinki yang penuh tu pun tak sanggup..

tu belum mula lagi masalah.so,seperti apa yang cikgu cakap,bukak perangkap kat bawah.aku pun bukak sikit.air keluar skit.Azyan cakap,kalau air keluar banyak ni sampai esok pun tak siap.so,pusing lebih sikit.hah!ambik kau.keluar terus air tu secara mendadak punyalah banyak giler!besen satu aje.dhlah satu je aku ambik!kecik pulak tuh!!

aku terkejut giler.Yap yang lalu tetiba panik.terus dia jerit."cikgu2!!banjir2!!"serentak dengan tuh memasing hulur ape yang boleh tadah air tuh.tak silap aku Yap hulur periuk terus.habis stokin aku.basah wei!Azyan pun terkena sekali.tapi dah terlambat.ada lah dalam 4 besen 1 periuk air yang sempat tadah.aku tak taulah kalau takde besen2 tuh macammne.dh banjit teruk lah agaknya.

paling tak tahan.bau air tuh busuk giler!siap ada sisa-sisa lemak ayam lagi tuh.eiuwww!tapi sabar ajelah.cikgu suruh kitaorg dua lap sampai kering dan bersih.aku dengan Azyan singkatkan lengan baju,campak stokin tuh and mula lap.kekadang dah rase macam jadi twins of cinderella dah.lap lantai.bersihkan lantai..

paling aku rase teruk harini.aku jatuh tergelincir.perghh..sakit dowh..nasib baik Azyan sempat tolong aku.kalau tak dh lagi teruk dah tuh..memang agak pincang sikitlah jalan.kene lagi alergik kat kaki aku yang memang alergik kene air sisa-sisa bahan mentah.sebab tuh aku biasanya akan pakai kasut tapak tebal bila pergi pasar borong =,="

walaupun aku dengan Azyan agak geram dengan ahli2 kumpulan yang lain,tak apalah.kawan.cincai ajelah..by the way,masakan semua ok.harini menu kumpulan aku dengan Azyan adalah nasi goreng dan air milo.hmm.agak nak menangis jugaklah.ada jugak yg masak hangus.yang lembik semua segala mcam adalah.macam jamuan dh harini.

kesimpulannya bnyk benda yang aku jadi harini.awal pagi jadi chef,lepastuh jadi plumber sbb betulkan sinki.dah banjir lap lantai,bersihkan lantai,jadi cinderella.time makan,macam VIP pulak dh.siap ada lagi org tlg serve.takecare sungguh Yap and Wendy.hehehe.wktu nak masuk kelas,dengan secara rela dalam terpaksa aku terpaksa memegang stokin yang berbau hapak bercampur hanyir(bersama Azyan)jalan kekelas dengan kaki yang sakit.jalan pun dah lambat aje..masuk dalam kelas jadi pelajar dan sebelum balik kene jadi presentor depan kelas.

thanks to all yang bersama aku.Yap,Wendy and Azyan,my twins.betullah bak kata Azyan,kawan yang sebenar adalah kawan yang bersama dalam kesusahan.yang lain kawan sampingan aje.aku rase macam nk merajuk dengan sesetengah kawan aku pun ade.tapi tak apalah.hmm.tak boleh blah tadi bila ada org yg tangkap gmbr time tgah banjir tuh.wktu makan pulak Sara tangkap gmbar aku dengan muka kesian.

that's all for today! ^_^